9 June 2011

Peribahasa Kool Di Zaman Moden


Salaam a'laikum murid-murid sekalian. Ok takpe takpe, sila duduk. Ye ye, cikgu faham, cikgu memang bergaya pon. Wahahaha.. Eh langsung tak qudwah. 

*koff koff*

Baiklah, hari ni Cikgu gabbana (ok kalau rasa nak keluar muntah warna oren, sila tahan dahulu..) nak ajar murid-murid sekalian peribahasa zaman moden yang sungguh kachak lagi osem. Kenapa peribahasa moden..? Sebab peribahasa ni tak pernah wujud zaman Sultan Alauddin Riayat Shah dahulu kala. Tapi peribahasa ni masih membawa makna-makna yang sungguh berguna dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara yang lebih cemerlang dan gemilang sekian terima kasih hey!
 
Ok ok. Maafkan cikgu, sedikit hyper di situ. Ni semua gara-gara menghirup sup daging kaukau untuk makan tengah hari tadi. Cikgu rasa amat penting untuk orang sekarang ni menghasilkan peribahasa mereka sendiri memandangkan kumpulan peribahasa yang sedia ada mungkin tidak lagi sesuai dengan peredaran zaman. Tambahan pula, sampai bila kita nak bergantung kepada pujangga zaman dahulukala kan..? Sudah tiba masa untuk kita pula tunjuk yang kita juga sebenarnya berbakat! Gelak sambil buat aksi Action Kamen. Cikgu rasa inilah masa yang paling sesuai untuk kita pula mengukir nama dalam sejarah sastera Melayu.

Ok, anda semua sudah bersedia..? Cikgu telah menghasilkan sepuluh peribahasa moden yang sungguh kool untuk tatapan dan kegunaan murid-murid sekalian. Takpe takpe, anda semua boleh gunakan dengan sesuka hati dan sebar-sebarkan tanpa meminta izin dahulu daripada cikgu. Ya, cikgu tahu, cikgu memang seorang yang berakhlak mulia dan sangat bersopan-santun (Ok dah boleh muntah sekarang).

Baiklah. Cikgu persembahkan sepuluh peribahasa kool untuk zaman moden yang serba canggih dan hampir setiap orang di muka bumi ada akaun Mukabuku ini!

1) Ku harap panas sampai ke petang, rupa-rupanya tak tengok ramalan cuaca!

Maksud: Kadang-kadang kita merancang untuk sesuatu dan kita sudah pon membuat pelan bekap (Baca: Back-up). Bukan setakat pelan A, B dan C sahaja, malah sampai pelan Q pon kita sudah bersedia. Tapi sebaik mana pon perancangan kita, perancangan Allah itu mendahului segalanya-galanya. Dan sudah pastinya perancangan Allah itu adalah terbaik untuk kita. 

Contoh penggunaan: "Ya ampuuunnn...!! Maafkan aku Saonah! Aku tak sangka pulak yang harga minyak naik semalam! So terpaksalah aku naikkan harga kek cawan aku ni! Alah Saonah, bukan aku sengaja. Bak kata orang, 'Ku harap panas sampai ke petang, rupa-rupanya tak tengok ramalan cuaca!'"

2) Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang!

Maksud: Dalam usaha kita untuk mendakwah-fardhiyyah logam-logam yang amat berpotensi, pada masa yang sama pihak-pihak lain termasuklah jahiliyyah juga sedang berusaha untuk mencandat mereka ini. Jadi kalau kita tidak bersungguh dan melakukan yang sebaiknya, sudah pastinya si logam itu akan dikebas orang..! Siapa cepat, dia dapat..!



Contoh penggunaan: Ahmed amat menyesal kerana tidak cepat-cepat menDF si Kasim Dol itu dan mengajaknya untuk berbulatan gembira. Kini Kasim Dol sudah pun menjadi pengedar dadah yang cukup berjaya. Ahmed berasa amat bersalah kerana tidak mendengar nasihat murabbinya dahulu, 'Kau jangan tunggu lama-lama Ahmed, nanti lama-lama, dia diambil orang!' Sungguh benar kata murabbinya itu.

3) Ibarat menarik teh, lagi tinggi lagi berbuih

Maksud: Dalam kita menjalankan tugas-tugas dakwah dan tarbiiyah kita, kita sering mengharapkan hasil yang tidak setimpal dengan usaha kita. Mana aci weyy! Buat sikit dapat sikit ah..! Ok teremo sekejap. Maka kalau kita nak hasil yang lebih lumayan, kita pon kena usaha lebihlah!  (Nota: Walaupon Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi kita ni manusia biasa, ada hati dan perasaan. Pasti nak melihat juga hasil daripada usaha kita bukan..? Aman.)


Contoh penggunaan: "Ish aku tensen le Dan. Aku rasa aku dah usaha sehabis baik dah nak tarik bebudak tu pergi konferens riang hujung minggu ni. Tapi tak berjaya jugak. Kau agak kenapa eh..?"

"Ala kau ni. Ibarat menarik teh, lagi tinggi lagi berbuih ah. Kau betul ke dah usaha sehabis baik ajak diorang tu..? Akau tengok ada je masa kau bazirkan tulis blog la, update Mukabuku la.."

"Tengs ah Dan. Air mata mengalir deras."


Maksud: Kalau kita nak menjalankan tugas Syahadatul Haq kita, yakni menyampaikan risalah Allah kepada seluruh manusia, maka kita hendaklah melaksanakan sebaik-baiknya tugas tersebut, menggunakan semua sarana dan kelebihan yang kita ada bagi memastikan di akhirat nanti kita tidak akan dipersoalkan.

Contoh penggunaan: Alysa Abu Bakar amat teruja setelah mendengar pengisian Syahadatul Haq yang disampaikan oleh seorang doktor dari China, Doktor Yue Qiu Wai. Dia berazam untuk menjalankan amanah yang cukup besar itu 'Seperti Semaun menjual sabun!'

5) Membina kilang memang susah, membina manusia lagilah payah!

Maksud: Ok ni tipu sikit. Ini sebenarnya kata-kata Syaikh Mustaffa Masyur dalam bukunya Jalan Dakwah. Tapi macam best je untuk diperibahasakan. Hehehe.. Maksudnya lurus ke hadapan (Baca: Straight forward) kan..? Senyum.

Contoh penggunaan: "Peerrgggh. Susah doww nak takwin* diorang ni. Macam-macam perangai..! Aku ingat kacang cap Pagoda je..! Betullah, 'Membina kilang memang susah, membina manusia lagilah payah..!' Adeh."

*membentuk, membina

6) Ibarat memandu laju di lebuhraya, kalau lembap sila ke tepi!

Maksud: Kadang-kadang jahiliyyah yang ada pada diri kita dan kefuturan kita yang telah dihiasi (Nau'dzubillah..) meyebabkan kita menjadi lambat dalam jalan dakwah. Yang lebih menakutkan tahap menonton cerita seram entah apa-apa yang sudah berlambak di Malaysia, masalah yang ada pada diri kita bukan sahaja melambatkan perkembangan diri kita, malah boleh jadi melambatkan orang lain juga. Maka ponn ponn! Sila beri laluan Inche!

Contoh penggunaan: Alimudin Selamat terpaksa bertegas dengan hadek-hadek bulatan gembiranya kerana setelah lama mengikuti tarbiyyah, mereka masih sukar untuk meninggalkan jahiliyyah. Alimudin memberi mereka pilihan sama ada mahu seriyes dalam jalan dakwah atau mereka mahu ditinggalkan keretapi yang sudah laju di hadapan. Tindakan Alimudin itu bolehlah diibaratkan memandu laju di lebuhraya, kalau lembap sila ke tepi.


Maksud: Ok anda pasti sudah tahu maksud peribahasa ni kan..? Hihihi.. Senang kata, isitlah kebetulan sewajarnya tidak wujud dalam kamus kehidupan seorang mukmin. Kerana setiap perkara yang berlaku di dunia ini, setiap saat dan ketika adalah di bawah aturan dan perancangan Allah yang Maha Kuasa lagi Bijaksana!

Contoh penggunaan: "Walaweh! Kebetulanlah aku jumpa kat sini! Aku memang dah lama nak jumpa kau ni..!"

"Eh hallo, sekiyus me! Mana ada kebetulan dalam hidup ni, tahu..? Kita berjumpa ni, Allah yang rancang! Kebetulan tu bahasa Argentina, bukan bahasa kita!"

"Errr..."

Betul, kebetulan tu bahasa Argentina. Kalau tak percaya cuba tanya Messi. Wahahaha.. [Kredit]
8) Tiada rama-rama tanpa ulat bulu 

Maksud: Setiap daripada kita pasti ada sejarah hitam yang tersendiri. Tetapi sejarah hitam itu tidak sepatutnya menghalang kita menjadi manusia yang lebih baik. Sudah menjadi fitrah manusia sememangnya cinta pada kebaikan. Jangan sesekali biarkan masa silam menghantui diri, sehingga amat sukar untuk berubah. Bermetamorfosislah dan jadilah rama-rama yang sungguh cantik dan bergaya!

Ambillah masa dan berubahlah menjadi seorang manusia yang hamba kepadaNya! [Kredit]

Contoh penggunaan: "Aku seganlah nak buat dakwah Peah. Yelah, sapalah aku ni. Dahla ada kapel dulu, pastu pernah hisap rokok lagi, selalu pukul orang lagi. Aduhai, layak ke aku ni..?

"Masya-Allah Sarihani. Tiada apa yang mustahil kat dunia ni. Tiada rama-rama tanpa ulat bulu, tahu..? Setiap orang ada kelemahan dan keburukan masing-masing. Tapi setiap orang ada kelebihan dan kekuatan masing-masing juga. Maka tonjolkan kelebihan tu dan kuburkanlah segala kelemahan. Ayuh!"

"Ayuh!"

(Ok macam sangat fiksi kan dialog ni..? Wahahaha..)

9) Gajah mati meninggalkan gading, Harimau mati meninggalkan belang, Dai'e Super Saiya mati meninggalkan Amanah Saham Sorga

Maksud: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sadaqah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau doa anak yang soleh." [Hadith Riwayat Muslim]

So kalau kita mati sempat meninggalkan ilmu-ilmu tak seberapa yang kita ada, dan orang lain amalkan dan sebarkan pulak ilmu-ilmu kita tu, walaweh, tak putus-putus la pahala yang kita dapat sampailah akhirat...! Ada pelaburan yang lebih baik daripada tu ke..?

Contoh penggunaan: "Tak usahlah kau bersusah-payah nak kejar dunia tu sangat. Mati nanti bukannya kau boleh bawak sekali. Jom ikut aku pergi berbulatan gembira dan membulatan-gembirakan orang lain. Insha-Allah, besar ganjarannya nanti. Bak kata pepatah, 'Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, dai'e Super Saiya mati meninggalkan Amanah Saham Sorga.' Dah, apa tunggu lagi..? Waacchhaaa...!"

10) Mencari keredhaan Ilahi tidak semudah memasak Maggi.

Maksud: Kau hengat senang ke nak dapat keredhaan Allah yang hakiki..? 

Contoh penggunaan: Inche gabbana membuat header baru blognya yang bertulis, "Sila jangan panik! Anda masih bersama... 'Angel Pakai Gucci!' "Mencari keredhaan Ilahi tidak semudah memasak Maggi." Gambar arnab sedih.

Wahahaha.. 

Apa anda ingat nak dapat keredhaan Allah boleh dalam masa 2 minit je ke...?? Uhm, eceli boleh jugak.. Hoh. [Kredit]

Baiklah. Bagaimana..? Sungguh bergaya bukan kesemua peribahasa yang baru sahaja cikgu kongsikan..? Sekiranya murid-murid menggunakan peribahasa ini pada tempat dan masa yang sesuai, cikgu boleh jamin pasti murid-murid akan mendapat tepukan gemuruh sambil berdiri (Baca: Standing ovation) daripada jiran-jiran sebelah rumah. Silap haribulan bokeh dapat anugerah sastera Utusan Melayu lagi! Fulamaweh. 

Oh selain daripada peribahasa di atas, ada juga peribahasa-peribahasa moden yang lain, yang tak dapat cikgu nak huraikan di sini. Antaranya:

  • Seluar koyak boleh dijahit, hati rabak siapa yang tahu?
  • Ibarat Goku dengan Bezita
  • Nasi lemak tanpa kacang lebih baik terjun bangunan
  • Bagai Usayn Bolt memecut di garisan penamat
  • Seperti Yong Yuk Chang si pemandu bas
  • Ibarat mengunyah Fruit Plus, sungguh sedap dan ketagihan, tetapi lama-lama ia akan habis jua
Baiklah murid-murid, itu sahaja daripada cikgu. Kelas seterusnya tak tahu lagi cikgu ada atau tidak, manalah tahu dah kena pecat! Wahahaha.. Eh jangan beritahu pada puan pengetua tahu..? Keluar kelas sambil tersengih gembira.

-gabbana-

9 Caci Maki Puji Muji:

adnin 09/06/2011, 19:08  

tiada rama-rama tanpa ulat bulu,

we cannot change the past, but insyaAllah the future gonna be osem ;-)

موسليماتوصليها 09/06/2011, 19:15  

as salam. o yeah peribahasa kamu hebat. jazakllah

zulaikha 10/06/2011, 11:13  

owh, baru perasan encik gabbana tukar header. ohsem eh?

x berkesempatan membaca semua latest posts encik gabbana kerana kesibukan tahap (agak) melampau.

=)

p/s: sambil menyelam, baca 2,3 post sekali.

Inche gabbana 15/06/2011, 15:59  

molar: senyum balik.

Inche gabbana 15/06/2011, 15:59  

adnin: whoa, i like that spirit! iAllah..! Amiin!

Inche gabbana 15/06/2011, 16:00  

muslimat solehah: kata-kata anda itu bolehlah diibaratkan seperti:

"Ditolak masuk lif, tertekan butang dan naik sendiri."

;p

Inche gabbana 15/06/2011, 16:01  

zulaikha: ok, jgn sampai tersedak sudahlah. wahahaha.. eh.

Anonymous 05/07/2011, 23:34  

inche gabbana..

mohon maaf sebelumnya.setelah sy bc bbrp post inche gabbana ni,sy mcm terkonfius dgn istilah 'futur' yg inche gabbana gunakan...kalau bole coba inche gabbana jelaskan maksud futur tu ape sebenarnya..

x sama kan maksud 'futur' dgn 'fujur' [pertanyaan dr org yg kureng sket bhs arab ^_~]

Inche gabbana 06/07/2011, 11:36  

enonimus: takpe, kita semua masih dalam peringkat belajar kan..? ;)

futur ni berbeza ikut orang. futur bagi org yg masih belum ikut tarbiyyah secara serius, mungkin pergi tgk movie atau main bola lagho2.

tapi bagi seorang dai'e, futur baginya adalaha bila rasa malas nak buat dakwah, rasa seronok dgn kelalaian. kira lagi high level la.

so takde definisi yg unik atau eksklusif ntok futur ni (pendapat saya)

tapi futur ni mendorong kepada fujur (kejahatan/kemaksiatan). sbb mmg bila dah rasa malas, syok dgn maksiat etc, kita amat mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat.

allahu a'lam. harap menjawab persoalan.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP