Semaun Si Penjual Sabun
Muhammad Semaun Osman Jailani adalah seorang lelaki berketurunan Siam-Bugis dan sekarang ini menetap di Desa Setapak, Kuala Lumpur. Umurnya tahun ini genap dua puluh enam tahun. Berkelulusan ijazah sarjana muda di dalam bidang sastera klasik Uganda, dia kini bekerja sebagai penjual sabun di sebuah syarikat sabun basuh berjenama 'WOw weE' yang beribu pejabat di Ipoh, Perak.
Ya, dia merupakan seorang penjual sabun, tetapi bukanlah penjual jalanan seperti yang anda jumpa di kedai-kedai mamak ketika anda sedang asyik menikmati roti canai garing berkuahkan kari kepala ikan. Dia merupakan pegawai pemasaran bagi syarikatnya itu. Tugas utamanya adalah untuk memasarkan sabun cap 'WOw weE' syarikatnya di seantero Asia Tenggara agar setanding dengan sabun basuh cap Daia mahupun Trojan Perisa Lemon.
Uish walaupun Semaun adalah seorang penjual yang agak kelas, tetapi tidaklah sekacak ini..! Wahaha.. [Kredit Gambar] |
Pada bulan pertama dia bekerja sebagai pegawai pemasaran, dia agak buntu bagaimana mahu memasarkan sabun cap WOw weE itu. Yalah, sebagai graduan berkelulusan sastera klasik Uganda, menjadi pegawai pemasaran bagi sebuah syarikat sabun adalah sesuatu yang agak mencabar baginya. Sayugia tanpa bertanyakan orang yang lebih dahulu makan garam waima rakan sepejabatnya, dia mengambil keputusan untuk bertindak sendiri; lone ranger bak kata orang berkulit putih.
Lantas dia merasakan teknik pemasaran yang paling berkesan adalah dengan meletakkan iklan-iklan besar di tepi lebuh raya utama seluruh negara. Dia meletakkan satu iklan di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Utara dan satu lagi di Lebuhraya Persekutuan. Dan dia yakin tekniknya itu pasti akan membuatkan berbondong-bondong pengguna membeli sabun cap WOw weE syarikatnya itu.
Dia tidak sabar-sabar untuk melihat hasil teknik pemasarannya itu. Di dalam kepalanya sudah terbayang-bayang rakan-rakan sepejabatnya, espeseli Norlisa Sarihani yang masih bujang itu untuk datang kepadanya dan memuji-muji kebijaksanaannya dalam teknik pemasaran. Juga sudah bermain-main di kepalanya yang majikan syarikatnya itu akan memberikannya bonus tujuh belas bulan di samping sebuah Proton Inspira Facelift.
Selepas sebulan, tiada apa yang berlaku. Dua bulan, juga tiada apa yang berlaku. Norlisa Sarihani pun tidak datang singgah di meja Semaun untuk berbual mesra. Semaun menggaru kepalanya yang separa botak. Tiga bulan, juga tiada apa yang berlaku. Sehinggalah bahagian Prestasi Korporat mengeluarkan laporan sukuan mereka. Menurut laporan mereka, jumlah pengguna yang membeli sabun basuh cap WOw weE tidak meningkat, malah jumlah pengguna baru mengalami penurunan ketara berbanding suku yang lepas.
Semaun resah apabila mendapat tahu tentang laporan tersebut. Jantungnya berdegup lima kali lebih pantas apabila pengurus besar syarikat, Tuan Haji Dolah Aspalela memanggilnya menghadap. Tuan Haji Dolah Aspalela meminta Semaun untuk memberi penjelasan membela diri. Saya bayar awak gaji tinggi-tinggi bukan suka-suki, tetapi nak bantu syarikat ni mengaut kentungan tinggi! Marah Tuan Haji Dolah Aspalela sambil berpantun dua kerat. Tuan Haji Dolah Aspalela menjadi bertambah berang dan hampir-hampir bertukar menjadi Super Saiya peringkat kedua apabila mengetahui yang Semaun hanya menggunakan teknik papan iklan besar di tepi jalan. Ini mana cukup! Terjah Tuan Haji Dolah Aspalela.
Tuan Haji Dolah Aspalela memberi peluang kedua kepada Semaun. Saya mahu lihat ada perubahan positif dalam suku kedua tahun ni. Faham..?? Jika tidak, awak dipecat! Semaun terketar-teketar memberi jaminan yang dia akan mengubah taktik pemasarannya. Kali ini Semaun bertindak dengan lebih pintar. Dia menebalkan muka untuk bertanya kepada rakan sekerjanya yang lebih senior dan berpengalaman. Selain itu dia juga mengambil inisiatif sendiri dengan membuat kajian perbandingan dengan sabun-sabun basuh cap yang lain. Dia juga membuat lawatan sambil belajar ke pusat-pusat dobi seluruh Ipoh untuk mengetahui lebih lanjut citarasa pengguna.
Akhirnya Semaun berhasil mendatangkan strategi pemasaran yang lebih agresif. Kali ini dia bukan sekadar meletakkan papan-papan iklan di tepi lebuh raya utama, malah diletakkannya juga papan-papan iklan yang kool dan bergaya di jalan-jalan kampung, terutamanya jalan-jalan yang dilalui oleh makcik-makcik yang membasuh kain di tepi sungai. Dia tidak berhenti di situ. Dia turut mengadakan promosi besar-besaran seluruh negara bagi menghangatkan lagi pasaran sabun basuh WOw weE syarikatnya.
Antara pesaing utama sabun cap WOw weE syarikat Semaun. [Kredit Gambar] |
Akhirnya Semaun berhasil mendatangkan strategi pemasaran yang lebih agresif. Kali ini dia bukan sekadar meletakkan papan-papan iklan di tepi lebuh raya utama, malah diletakkannya juga papan-papan iklan yang kool dan bergaya di jalan-jalan kampung, terutamanya jalan-jalan yang dilalui oleh makcik-makcik yang membasuh kain di tepi sungai. Dia tidak berhenti di situ. Dia turut mengadakan promosi besar-besaran seluruh negara bagi menghangatkan lagi pasaran sabun basuh WOw weE syarikatnya.
Dia juga mengupah Harun Salim Bachik dan Fasha Sandha untuk melakonkan watak suami isteri yang sedang makan di restoran dan kemudian kopi tertumpah di atas baju Harun Salim Bachik dan kemudian Fasha Sandha memarahinya kerana terpaksa membasuh baju yang kotor kemudian mereka pulang ke rumah dan Fasha Sandha mencuci baju tersebut dengan sabun basuh cap X dan hasilnya tidak memuaskan kerana kesan kotoran masih di situ lantas datang seorang lelaki gempal berambut kerinting bercermin mata hitam entah dari mana merekomen agar menggunakan sabun basuh cap WOw weE pula dan selepas dibuat perbandingan ternyata sabun basuh cap WOw weE memberikan hasil cucian yang jauh lebih hebat hey! Senyum.
Selain itu, Semaun juga memberikan sampel-sampel percuma kepada para pengguna yang berpotensi menjadi pembeli sabun basuh cap WOw weE sama ada di pasar-pasar raya atau melalui perkhidmatan pos Malaysia. Dan pelbagai kaedah lagi digunakapai bagi menarik minat orang ramai menggunakan sabun basuh cap WOw weE.
Semaun juga menjadi semakin popular di pejabatnya. Kali ini bukan sahaja Norlisa Sarihani yang sering berkunjung ke mejanya, malah makcik pengemop jamban juga selalu datang menyinggah untuk bertanya khabar. Ini semua gara-gara kekaguman mereka terhadap usaha Semaun untuk memasarkan sabun basuh cap WOw weE yang seolah-olah tidak mengenal erti penat lelah mahu pun putus asa. Syabas! Kata mak cik pengemop jamban itu kepadanya pada suatu hari ketika cuaca ala-ala mendung awan berarak hitam.
Antara kumpulan sasaran Semaun.. Hihihi.. [Kredit Gambar] |
Semaun juga menjadi semakin popular di pejabatnya. Kali ini bukan sahaja Norlisa Sarihani yang sering berkunjung ke mejanya, malah makcik pengemop jamban juga selalu datang menyinggah untuk bertanya khabar. Ini semua gara-gara kekaguman mereka terhadap usaha Semaun untuk memasarkan sabun basuh cap WOw weE yang seolah-olah tidak mengenal erti penat lelah mahu pun putus asa. Syabas! Kata mak cik pengemop jamban itu kepadanya pada suatu hari ketika cuaca ala-ala mendung awan berarak hitam.
Akhirnya masa yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran tiba juga; laporan suku kedua untuk tahun itu. Semaun dipanggil menghadap Tuan Haji Dolah Aspalela sekali lagi. Semaun sedikit kaget melihat wajah Tuan Haji Dolah Aspalela yang masam dan mencuka. Telinga capangnya sedikit merah. Duduk! Arah Tuan Haji Dolah Aspalela kepada Semaun. Semaun hanya menurut, taat dan patuh katanya. Tuan Haji Dolah Aspalela tidak tahu yang dalam hati Semaun ada gempa bumi lapan [perpuluhan] satu skala Richter.
Kamu tengok ni! Tuan Haji Dolah Aspalela melemparkan beberapa helai kertas bersaiz A3 kepada Semaun. Semaun mengambilnya dan membuka lipatan helaian kertas tersebut dan mula mengkajinya. Dahi Semaun berkerut. Macam mana ni..?? Tengking Tuan Haji Dolah Aspalela. Jualan daripada suku pertama hanya meningkat sebanyak tiga peratus. TIGA PERATUS...!! Apa yang awak buat dalam masa tiga bulan ni...???
Tapi tuan... Ah tiada tapi-tapi. Awak dipecat Semaun, DIPECAT..! Puas hati..??
Nanti, nanti dulu.. Ini tidak adil tuan..! Kalau dulu saya mengakulah yang saya tak buat kerja, dan memang saya boleh dipertanggungjawabkan atas jualan yang tidak memberansangkan. Tapi kali ini..?? Ini tidak adil..! Tuan tahu tak betapa susahnya dan peritnya saya bekerja..? Sampai nak terberak-berak tahu...???
Siang malam saya bekerja! Secara terbuka saya buat promosi sabun tu. Tak cukup terbuka, diam-diam pon saya buat! Tak cukup diam-diam, saya gabungkan pulak terang-terangan dan sembunyi-sembunyi! Sampaikan orang dah naik menyampah dengan saya..! Sampaikan ada yang tutup telinga! Sampaikan ada makcik-makcik yang menutup wajah mereka dengan jilbab mereka kerana sudah tidak tahan dengan promosi tahap giga saya..!
Kalau tuan nak pecat saya juga, ini tidak adil...! Kita jumpa di mahkamah..!
Tuan Haji Dolah Aspalela terpegun, diam seribu bahasa.
-gabbana-
-gabbana-
19 Caci Maki Puji Muji:
analogi yg sgt baik.berjaya jugak membuka mata saya yang dah separa tertutup dek kemengantukan yang amat di ofis ber'ekon' sepoi-sepoi bahasa ni. keep it up dan terima kasih!
salam gabbana.
terbaiklah iklan fasha sandha tu.
semput ku membacanya.
LELAH~
ahaha
haha nice..
wlupun pnjg ku usahakan jgk bc smpai abes.. hehe thanks for dis story.. =)
hurm, mmg banyak maksud tersirat..
ada sambungan ke?
salam,
x terase kepanjangan nyer bile bace...
so...moral of the story..??
Setelah seminggu tidak senyum...akhirnya aku ketawa juga membaca cerita Semaun penjual sabun ni... ya, kita jumpa di mahkamah...
napas napas....
fuhh!! abis pon baca hehe...
tumpang tnya, ada sambungan ke? sy ni slow sikit tehehee...
enonimus: o_O wah, anda tahukah ini adalah sebuah analogi...?? syabas..! ^^
aiman: hahaha. sapa soh baca sekali napas je..! gugugu..
ch!natsu: syabas atas kegigihan anda itu! hehe..
enonimus II: nak sambungan ke..? ;)
SN: moral of the story kena pk sendiri.. wahahaha.. xp
hanjila: alhamdulillah, seronok sbb cerita ni dpt mengembalikan seyuman anda.
senyum2 selalu, baik ntok kesihatan! ;)
meowwmania: haha, ni sorang lagi. kalau jatuh pengsan muka biru sbb baca post ni, saya tak tanggung ok...?? xp
nak sambungan ke...? ^^
trme kasih ye, di ats analogy yg sgt menyentap prasaan mse bca...usha yg bole la dikatakan sgt gigih, tp hasilnya x seberapa...
kne lipat gandakn usha ke tahap yg luar biasa utk dptkn mgkin 6%...
INSYAALLAH...
sama2. semuanya dari Allah juga.
hasilnya tak kisah, yg penting kita betul2 dah buat sehabis baik... ;)
MENARIK CITER GABBANA..TAHNIAH
enonimus: tiada apa yg dnak ditahniahkan pon. ^__^" analogi tu dah lama ada, sy hanya mengolahnya sahaja.
pape pon tengss..! ;)
Syahadatul haq?
Post a Comment