Kungfu Dakwah
Wacchhaaaa...! [Kredit] |
Inche Bruce Lee pernah berkata:
"Saya tidak takut kepada orang yang berlatih 10,000 jenis tendangan dalam satu masa, tapi saya takut kepada orang yang berlatih satu jenis tendangan 10,000 kali!"
Manakala Inche Thomas Alva Edison, terpaksa berhadapan dengan kegagalan 10,000 kali sebelum berjaya mencipta mentol, suatu ciptaan yang berjaya mengubah dunia! Tetapi dia dengan penuh selamba bergaya mengatakan:
"Saya tidak gagal, tetapi saya berjaya menjumpai 10,000 cara yang tidak mendatangkan hasil!"
Inche Edison adalah orang yang sama yang pernah mengatakan:
"Genius adalah 1% inspirasi dan 99% usaha!"
Malcolm Gladwell di dalam bukunya 'Outliers: The Story of Success' mendedahkan rahsia 10,000 jam, di mana menurutnya individu-individu berjaya seperti Bill Gates dan kumpulan pop The Beatles berlatih sekurang-kurangnya 10,000 jam seumur hidup mereka di dalam bidang masing-masing sebelum mereka benar-benar sukses.
Ar-Rasul SAW mengambil masa 13 tahun berdakwah di Mekah sebelum baginda dan para sahabat berhijrah ke Madinah. Hasilnya? Kurang lebih 500-1000 orang menerima risalah yang dibawa baginda. Bandingkan jumlah itu dengan hampir 125,000 jemaah haji ketika haji Wida' di penghujung riwayat baginda, setelah kurang lebih 10 tahun berdakwah di fasa Madinah.
Dakwah itu seni dan seni memerlukan latihan. Latihan yang bagaimana..? Latihan yang intensif, bersungguh dan konsisten, seperti melakukan satu jenis tendangan 10,000 kali, seperti tidak berputus-asa menghasilkan mentol walaupon gagal pada 10,000 cubaan yang pertama dan seperti berlatih kemahiran diri 10,000 jam lamanya.
Juga seperti dakwah Nabi SAW selama 13 tahun di Mekah yang fokus dan tertumpu dalam mencari logam-logam terpilih yang boleh menjadi tulang belakang yang mantop dan mapan kepada dakwah baginda. Hasilnya? Baca sahaja sirah para sahabat Super Saiya seperti Abu Bakr, 'Umar al-Khattab, Uthman ibn Affan, 'Ali bin Abi Talib, Abu Ubaidah al-Jarrah, Thufail bin Amr ad-Dausi, Mus'ab ibn Umair, Saad bin Abi Waqas, Zubayr al-Awwan, Zaid ibn Harithah dan baaaannnyaaaakkkk lagi. Fuh.
Bukankah Allah tidak melihat kepada hasil..? Allah hanya melihat kepada usaha yang ikhlas dan bersungguh. Dan bukankah Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang dan Maha Pengasih..? Pastinya usaha yang benar-benar bersungguh, ikhlas dan istiqamah akan memberi hasil yang berkualiti dan terbaik dari ladang.
"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (dalam urusan yang lain)."
[al-Insyirah, 94:7]
Kata kuncinya? Berusaha, berusaha, berusaha dan jangan berputus-asa.
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya."
[al-Zalzalah, 99:7-8]
Ingat! Dakwah itu seni dan untuk menghasilkan seni sebaik karya Picasso atau Caravaggio, ia memerlukan latihan intensif yang berterusan dan bersungguh!
Berusaha, berusaha, berusaha dan jangan berputus-asa...!
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan mengatakan, 'Sungguh, aku termasuk orang-orang yang berserah diri'..?"
[Fussilat, 41:33]
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan 'Tuhan kami adalah Allah' kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada kerisauan pada diri mereka, dan mereka tidak pula bersedih hati."
[al-Ahqaf, 46:13]
Apa tunggu lagi...? Waacchhhaaaa....!!
-gabbana-
Ada apa dengan angka 10,000...? Hhhmmm...
8 Caci Maki Puji Muji:
usaha itu penting :)
Salam bro..=D
Lama tak menjenguk blog nih...hehe
Nyway, mekasih diucapkan kat post ni, kerana berjaya menembak sy...Dush! *jatuh tersungkur*
Aduyai...Busy2 exam ni la, keja2 dakwah tercicir sebentar...Ya Allah, teruk btol...Pentingkan sgt dunia..~.~'
"Kata kuncinya? Berusaha, berusaha, berusaha dan jangan berputus-asa."
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan mengatakan, 'Sungguh, aku termasuk orang-orang yang berserah diri'..?"
[Fussilat, 41:33]
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan 'Tuhan kami adalah Allah' kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada kerisauan pada diri mereka, damereka tidak pula bersedih hati."
[al-Ahqaf, 46:13]
Thx bro! Mekasih! Syukran! hehe...Jzkk...=D
Salaam,
wah, tengah down dan rasa 'disibukkan' assignment dan final project.
artikel yang tepat pada waktunya bagi diri ana..
jazaakallah khair akh! ^^
ezan idma: ya mmg penting! tp usaha yg ikhlas dan bersungguh lah! ;)
MYT: sama2. nak saya tembak pakai bazooka pula...? ;p
tidak mengapa, iman yazid dan yankuz. cuma pastikan ia tidak jatuh merudum dum dum. takut nnt dah tak boleh bangun pulak dah. hohoho..
barakallahu fik. moga kita sama2 dapat manfaat dari belog yg marhaen ni, biidznillah..
kahfi8: =) alhamdulillah. semuanya tu dari allah..
peace.
mantap ah!
Rasanya wonder pets kena tukar slogan la lepas ni...
Apa yang penting?
BERUSAHA!
=P
yaaser: hahaha.. menarik gak tuh. boleh anda cadangkan pada penerbit rancangan tersebut..? hehe..
"BERTAHAAANNN...!"
;)
Post a Comment