7 March 2011

Menjadi Seorang Ekstremis Memang Bergaya!

Apa..?? Ekstrem tu bergaya..?? Biar betul Inche gabbana ni.. [Kredit Gambar]

Marcapada ini, kalau nak pergi bulatan gembira sekali setiap minggu, konferens riang dua kali sebulan dan pelbagai program dakwah dan tarbiyyah, dengan konsisten dan istiqamah tanpa meninggalkan satu program pon, pasti kita akan dipanggil ekstrem. Setuju tak..? Siapa setuju sila angkat tangan.

Jap jap, nak kira jap. Satu, dua, tiga.. Eh, enam tujuh orang je yang setuju..? Garu kepala. Kenapa anda yang lain tak setuju pulak..? Sebab anda rasakan apa yang anda buat tu tak salah, betul tak..? Malah apa yang anda buat ni tiada yang lain melainkan untuk mendapat redha Allah yang hakiki, kan..? Senyum.

Hakikatnya anda, situasi sebenar dan realiti semasanya amat jaaaauuuuhhh berbeza. Sekiranya anda tergolong di dalam golongan yang saya sebutkan tadi, yang sanggup travel jauh-jauh semata-mata nak kendalikan bulatan gembira, yang sanggup korbankan wiken semata-mata nak uruskan konferens riang, yang sanggup tinggalkan wayang, kapel dan masa lampau yang gelap dan kotor (tetapi cerah dan canteque pada pandangan rakan-rakan anda) kerana mahu berubah dan nakkan sesuatu yang lebih baik untuk diri anda, jangan terkejut sekiranya PAAAAPPP! Anda dicop ekstrem di dahi anda.

Mengapa ekstrem? Kerana kita menentang arus perdana. Masyarakat di sekitar kita melihat kita menggunakan kaca mata 'dunia moden dan trendy' yang amat bertentangan dengan apa yang kita sedang dan mahu lakukan. Usrah? Ekstrem. Baca quran dalam tren? Ekstrem. Pergi daurah setiap minggu? Ekstrem. Humanghaih. Abes tu, apa yang tak ekstremnya? Bergaul lelaki perempuan sekali sekala berzina apa salahnya? Tak ekstrem. Kerja sampai lewat malam kadang-kadang balik nak masuk waktu Subuh? Tak ekstrem. Duit gaji habis membayar hutang, membeli gajet-gajet baru dan pakaian baru yang kedabom? Tak ekstrem.

Ya, itulah realitinya. Sedih bukan..? 


Sukan lasak yang ekstrem. Eh? [Kredit Gambar]

Rabu lalu saya ditugaskan untuk menyiapkan presentation slides untuk bos besar saya. Ya, bos besar dan bukannya Puan Bos Wanita itu. Inche Bos Besar adalah lebih besar dan tinggi pangkatnya daripada Puan Bos Wanita. Presentation slides itu boleh dikira sebagai teramatlah penting kerana pada keesokan harinya (Khamis), Inche Bos Besar akan menggunakan slides itu untuk dipersembahkan di hadapan pasukan pengurusan senior syarikat. 

Nak dijadikan cerita, pada malam itu juga saya ada bulatan gembira di Kolej Maha Busy yang letaknya agak jauh dari rumah saya. Makanya, untuk sampai awal dan mempunyai masa yang mencukupi untuk bersama hadek-hadek, sudah tentunya saya perlu bertolak awal. Sayugia, selepas menghantar slides yang saya rasakan sudah siap dan comel lote, saya terus bergegas untuk pulang kerana saya perlu ke suatu tempat dahulu untuk mengambil seorang rakan yang akan turut ke Kolej Maha Busy.

Alhamdulillah, malam itu saya mempunyai masa yang agak lama bersama hadek-hadek kerana berjaya sampai agak awal walaupun kesesakan yang agak teruk di kawasan Cheras. Memang seronok dan hilang segala kepenatan yang saya lalui sepanjang hari. Kisah ini ada saya tulis pada post Tanah Rata Genting Highland.

Nak dijadikan cerita lagi, pada keesokan harinya, ketika saya masuk ke pejabat, saya dapati ada tiga panggilan rindu (Baca: Missed calls) pada telepon pejabat. Setelah diperiksa, panggilan tersebut dibuat oleh pembantu peribadi Inche Bos Besar. Peluh kecil. Kemudian, apabila saya periksa email pejabat, saya dapati ada banyak pertukaran email antara Puan Bos Wanita dan Inche Bos Besar  dan di'cc'kan kepada saya, berkaitan presentation slides tersebut. Peluh besar pula.

Setelah Puan Bos Wanita tiba di pejabat, saya dipanggilnya masuk ke biliknya dan ditegurnya kerana pulang awal pada hari semalamnya. Kataya, saya tidak sepatutnya pulang awal, selagi Inche Bos Besar tidak memberikan komen terhadap presentation slides yang telah saya siapkan. Katanya lagi, semalam dia yang terpaksa memperbaiki slides tersebut. Mujurlah Puan Bos Wanita tidak marah-marah dan memberikan tegurannya secara baik. Siap boleh gelak-gelak lagi. Fuh, lap peluh. Tapi selepas itu saya terpaksa bertungkus-lumuslah untuk mentacap slides tersebut. Dan akhhirnya saya rata. Rata serata-ratanya.


Akibat diperah seperti tebu di tempat kerja.. -___-" [Kredit Gambar]

Namun, Jumaat lepas, Inche Supervisor memberitahu saya yang Puan Bos Wanita menyuruhnya untuk bercakap dengan saya berkaitan dengan isu tersebut, as in menegur dan slow talk la saya menyangka. Saya sedikit terkejut. Dan mengikut gaya Inche Supervisor yang melakonkan semula perbualanya dengan Puan Bos Wanita, rupa-rupanya Puan Bos Wanita agak marah dengan tindakan saya pulang awal itu. Dan sepanjang wiken saya tidak dapat tidak untuk memikirkan hal tersebut. Fikiran saya sedikit terganggu...

(Saya memang begitu. Sedikit over. Memang mudah terkesan apabila tahu ada orang yang bercakap di belakang, atau di hadapan kita lain dan di belakang kita tiba-tiba sahaja menjadi Mighty Morphin Power Rangers! Eh.)

Saya terfikir, kalaulah saya memberitahu Puan Bos Wanita atau Inche Bos Besar yang saya ada prioriti yang lebih utama, tanggungjawab yang lebih besar dan tugas yang lebih penting yakni dakwah dan tarbiyyah, anda rasa-rasalah, apa reaksi mereka..? Agak-agaknya saya akan dibuang kerja tak..? Hohohoh.. Atau mungkin juga mereka akan terus meminta untuk di'bulatan gembira'kan..? Hihihi.. Siapa tahu..? 

Kadang-kadang saya pelik. Betapa ramai manusia di luar sana yang sanggup bekerja hingga lewat malam, buat overtime lagi, semata-mata untuk membodek bos dan dinaikkan pangkat segera. Atau sanggup mengorbankan masa, bekerja membanting tulang malah ketika hujung minggu sekali pon, untuk menjadi pekerja yang disukai bos. Untuk apa? Kalau bos suka, masuk syurgakah...? Kalau dapat bonus lebih, gaji lebih, kemudian..? Lepas dapat kereta mewah dan rumah besar, kemudian..? Selepas dapat melancong dan mengelilingi dunia, kemudian..?

Eh, kita bekerja untuk siapa dan apa sebenarnya? Siapa yang ekstrem sebenarnya ni..? :O

Akhirnya kita semua akan mati juga, kembali ke tanah tidak membawa apa-apa melainkan tiga perkara; amalan kita, doa anak yang soleh (kalau ada anaklah kan..? -___-") dan ilmu yang bermanfaat yang kita tinggalkan. Kita hidup di dunia saaanggaaatttlah sekejap. At the end, kita nak hidup di akhirat yang kekal abadi. Kalau benih-benih yang kita semai di dunia ni baik dan sihat, maka buah yang lazat dan berkualiti tinggilah yang akan kita tuai di akhirat nanti. Sekiranya benih-benih di dunia ni berupa pangkat, harta  dan nafsu surakah yang kita semai, kat akhirat nanti.. *koff koff* Uhm, jawablah sendiri. 

Biarlah kita ekstrem di dunia, asalkan di akhirat nanti Allah suka dan sayang kepada kita. Lagi pun, 'keekstreman' kita ni adalah pada pandangan mata manusia, pada neraca manusia yang tidak sempurna. Biar kita ekstrem di mata mereka, tetapi di mata Allah, kitalah tentera-tentera kesayangannya yang sanggup berkorban harta dan jiwa untuk menegakkan agamaNya di muka bumi ini. 

Biarlah kita ekstrem pada pandangan manusia, asalkan kita 'cream' di mata Allah..! Hihihi..
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga..."
[At-taubah, 9:111]

Bergaya bukan..? Senyum.

-gabbana-

Nota: Sila jangan salah faham. I'm not against being an excellent and all-out worker at the workplace. Malah saya menyokong seratus peratus konsep seorang dai'e perlu menjadi yang terbaik dan contoh dalam apa-apa bidang yang diceburinya. Cuma kenalah tahu dan faham apa batas-batasnya dan juga prioritas yang lebih utama. Allahu a'lam...

8 Caci Maki Puji Muji:

Azlin Azman 07/03/2011, 10:17  

wahaha bergaya ! bagitau je Puan Bos Wanita atau Inche Bos Besar yang Hencik Gabban nak p mendakwah & mentarbiyyah. bak kta Hm tuah iskandar, kena ada 'ustaz' jgk dlm 1 orgnisasi.

arissa myana 07/03/2011, 11:10  

salam

"Biarlah kita ekstrem pada pandangan manusia, asalkan kita 'cream' di mata Allah..!"

real cool and inspiring.

jadi ekstrem mmg bergaya. tak boleh dirasai melainkan oleh mereka yang pernah merasai.

81:29

Allah hu'Alam (:

Anonymous 07/03/2011, 15:08  

hey aryssa myana, sama plak ayat fav kiter...hohoho

cuma kan encik, maybe la kan puan bos encik tu mmg marah benar encik pulang awal atas dasar dia plak nak kena amend slide tuh(wlpn ok jer bos nak buat kerja2 kiter nih). waktu tu la dia marah n suruh supervisor encik sound sket.pastu esoknyer dia dah cool n blh ckp elok2...

masalah jer tuh. usah dok pk ler..byk lg benda nak fikir...

apa2 pun yang penting Allah marah ke tak, bukan bos kiter marah n ckp2 belakang...

-sy pun nak jadi extreme mcm encik gak-

SN 07/03/2011, 15:16  

salam,

dpt suntikkan motivasi...
nak jd extrem gak la!!

Inche gabbana 07/03/2011, 23:06  

cucu hj. hassan: -____-" ckp mmg sedap dan lazat. nak buatnya tu yg tak berapa nak best tuh..

how i wish i have the strength... =S

Inche gabbana 07/03/2011, 23:09  

arissa myana: betul betul betul. belum cuba belum tahu. sudah cuba pasti tahu! eh.

oh cantik sgt ayat tu! sama ngan surah al-Insaan, 76:30!

jzkk atas perkongsian! ;)

Inche gabbana 07/03/2011, 23:10  

enonimus: T__T

"apa2 pun yang penting Allah marah ke tak, bukan bos kiter marah n ckp2 belakang..."

terkedu. jzkk...

Inche gabbana 07/03/2011, 23:10  

SN: =) jom sama2 kita jadi ekstremis yg diredhai Allah...! ^^

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP