9 March 2011

Kalau Saya Jutawan Pasti Saya Sudah Beli Sebijik Helikopter!

Dahulu saya pernah menulis tentang 'Hari Ini Saya Hampir-Hampir Menjadi Inkeredibel Hak' akibat tersekat di stesen Ampang Park hampir setengah jam lamanya. Pagi ini kejadian yang hampir sama berulang. Malah lebih teruk lagi.

Semalam saya pulang agak lewat selepas Bulatan Gembira, dek tersesat di Cheras selepas menghantar seorang sahabat pulang ke rumahnya. Seperti biasa, sekiranya saya tidur lewat, saya akan memaklumkan kepada Puan Mama yang saya akan ke opis sedikit lewat daripada biasa pada keesokan harinya.

Makanya, seperti yang dirancang, saya ke stesen Putra LRT lewat daripada biasa pada pagi ini. Setibanya saya di platform, kelihatan sebuah tren empat gerabak tercongok di platform tidak bergerak. Ramai orang yang menunggu kerana tidak dapat menaiki tren yang sudah penuh dan sesak ibarat tin sardin yang dipijak-pijak. Ha bayangkanlah betapa sesaknya tren tersebut.

Ini.. Ini satu petanda yang tidak baik. Getus hati kecil saya yang kacak. Peluh besar.  Benarlah sangkaan buruk saya kerana memang agak lama sebelum tren itu akhirnya bergerak. Dlaam keadaan ini, sangkaan buruk dibenarkan kerana sangkaan itu menjadi benar dan lebih-lebih lagi sangkaan buruk itu ditujukan buat Syarikat Prasarana Negara Berhad. Hohoho.. Dan alasan yang digunakan untuk membohongi para penumpang tetap sama; yang kononnya ada kesesakan dan tren berhenti lebih lama di platform. Pppffttttt!

Selepas tren itu bergerak, disangkakan sirna mentari akan menerangi alam buana, memberi Vitamin D kepada kehidupan seluruh alam sambil menyinari bumi dengan penuh riang gembira. Rupa-rupanya awan hitam berarak cemburu, menghalang si mentari daripada terus menyinarkan cahayanya yang berprotein tinggi. Lantas... Ape benda la yang saya merepek ni. Kejap kejap. Nak cakap, yang walaupon selepas tren tu bergerak, keadaan tidak menjadi bertambah baik, malah bertambah buruk lagi. Hadoila. 

Tren-tren yang lalu selepas itu semuanya penuh. Err, macam mana saya nak gambarkan kepenuhan tu eh...? Ok ok. PENUH. Faham dah..? Hihihi.. Tapi sumpah penuh. Macam kalau seorang kanak-kanak Ribena berusia tiga tahun empat bulan lima hari nak menyelit masuk pon belum tentu dia dapat bernafas di dalamnya. Maka saya amat kagum dan tabik spring tilam kepada abang-abang kakak-kakak pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang begitu gigih berusaha untuk cuba menyelit masuk dan berjaya. Fulamaweh!

Selepas beberapa tren lalu, keadaan masih tidak berubah. PENUH. Tren empat gerabak lalu, PENUH. Apatah lagi tren dua gerabak, PENUH. Tren kelima, keenam dan ketujuh lalu, PENUH. Ok, ini sudah lebih. Saya dapat merasakan perubahan anatomi pada diri saya. Darah mula menggelegak. Peluh jantan mula mengalir di dahi dan belakang leher. Adakah saya akan bertukar menjadi Super Saiya peringkat kelima?


Fuhh kalau suatu hari nanti jadi sampai tahap camni, saya lebih rela jalan kaki ke opis! [Kredit Gambar]

Lebih mengecewakan tiada seorang pon pegawai RapidKL yang berada di kawasan platform untuk memantau/memerhatikan keadaan. Saya rasa mereka risau sebenarnya; takut kalau para penumpang yang marah mencampak mereka ke atas landasan tren! Wahahaha..! Eh. Sedikit tidak berperikemanusiaan di situ. Terfikir juga untuk naik ke atas untuk berjumpa dengan para petugas dan membuat protes. Mengapa anda tidak menghantar satu tren kosong ke sini, pandai...?? Makan gaji butakah..??

Astaghfirullah. Ha itu kalau saya yang mengikut hawa dan perasaan, pasti akan berbuat begitu. 

Akhirnya saya berjaya menyelitkan diri ke dalam sebuah tren; tren yang entah keberapa pon saya dah tidak dapat mengiranya. Mungkin yang kesepuluh atau kesebelas. Tetapi hati masih geram dan panas. Ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku. Malah semakin lama semakin teruk pula..! Dan akibatnya, saya tiba ke opis sangat lewat. Mujurlah saya tidak bekerja di syarikat komunis, jika tidak pasti saya telah ditembak!

Kali ini saya nekad untuk membuat aduan rasmi kepada Prasana. Walaupon kebarangkalilan untuk mereka membaca aduan saya apatah lagi untuk mengambil tindakan yang sewajarnya adalah amat tipis (Hohoho.. Langsung tak bagi can!), et lis saya berbuat sesuatu dan tidak pandai mengomel dan membebel sahaja..! Et lis sekiranya selepas ini berlaku lagi masalah yang sama, saya tahu saya berhak untuk berasa marahd dan tidak puas hati kerana saya telah pon memainkan peranan saya sebagai seorang pengguna yang tampan dan bergaya. Err... 

Terfikir juga membuat aduan kepada Inche Perdana Menteri 1Malaysia. Tetapi sebentar tadi saya ke laman sesawang Perdana Menteri dan mendapati, untuk membuat aduan saya perlu mendaftarkan nombor kad pengenalan saya. Apa kes ni...?? Nak buat apa dengan nombor kad pengenalan? Supaya anda boleh mengesan siapa yang mengkritik kerajaan dan kemudian mengebom mereka..? Hohohoh..

Alasan yang digunakan? "Semua maklumat ini adalah mandatori untuk memastikan maklumbalas anda mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya." Yeah right. As if I'm gonna buy that. Thanks but thanks! So much for 'People First, Performance Now!' Tengss la Inche Perdana Menteri..! 

Ok, nanti saya dah tulis aduan pada Prasarana saya akan postkan di sini. Kali ini saya betul-betul serius. Kalau tiada penambahbaikan dalam masa sebulan, saya akan mengambil langkah seterusnya yang lebih drastik. Wahahaha.. *gelak keji* Dan saya akan cari jalan bagaimana saya boleh membuat aduan kepada Inche Perdana Menteri, tanpa perlu mengambil risiko dibom atau dihantar ke Pulau Jerjak. Doakan semuanya berjalan lancar..!

-gabbana-

22 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 09/03/2011, 11:29  

boleh try komplen kat newspaper=)

miss harti 09/03/2011, 11:46  

KTM pun buat hal pagi tadi. Tunggu dari jam 7.02 minit.. tapi tren hanya sampai jam 7.4o camtu.. penuh jgn ckp la.. buat aksi ganas macam mana pun xbleh jugak masuk.. time tu memang dah menggelabah la sebab masuk ofis kol 8..
Bincang dgn kawan2, akhirnya kitorng ambil teksi. Sempat juga minta balik duit tiket KTM, naseb baik dapat haha.. singgit je pun ekceli.. tapi kalau dah dua hari berturut2 burn tiket, xtahan juga..

dipendekkan cerita, byk teksi tak nak ke kl sbb jam.. Akhirnya kol 8 baru dpt teksi.. and yg amazing-nya
jalan dr PJ ke KL lengang je!! tak jam pun! pak cik teksi tu pun pelik! die kate selalunye sampai kol 9 jam!

Adakah hari ini semua orang mogok tanak bawa kereta dan sepakat nk naik public transport??

p/s: sampai ofis, bos ade kat depan meja huhu

Anonymous 09/03/2011, 12:05  

Pemburu Syurga berada di Malaysia?
huhu, tak tau plak pasal tu..

hurm, minggu lepas dua kali saya menggunakan KTM, kedua-duanya sangat teruk. Tapi itulah, orang cakap, kalau naik KTM, Kena Tabah Menunggu.

Bila dah naik, kena bersempit macam sardin TT__TT

Dah bertekad lepas ni nak merempit je.

miss sheikh 09/03/2011, 12:14  

owh, miss harti...boss depan mata? sungguh men'kasihan'kan sejak keta sgt2 berkurang di an_sa_r neh. sabar ye dik...

hari ni semua nak lambat..dari tren hinggalah ke sistem yang bernama pan_tasss, Fa_ssst, Tuntas, pintasss, Trust?, dan sebagainya...naper la guna 'keta' baru pun lembap sgt..ke jln jam jugak dlm talian?

haih, kena sabar utk sehari lg b4 dpt Mr Bilal balik...

Azlin Azman 09/03/2011, 12:19  

nasib baik KEDAH takdah LRT , xd KEna Tabah Menunngu, xda trhimpit2, alhamdulillah. mari2, ke kedah ! ada sawah padi ! tak sesak.

Mohammad Aiman 09/03/2011, 12:37  

meh datang miat.. byk heli2 n kapal terbang tak pakai.. ada dalam hangar...

jom2... buat macam u sendiri je..



kalau nak buat surat, buat camni ok gak..
http://www.ohtidak.com/oh-surat-seorang-remaja-kepada-perdana-menteri-malaysia/

N 09/03/2011, 14:57  

saya sokong anda! diorang memang dah melampau sungguh!

itachi 09/03/2011, 15:29  

dah beli heli nanti nak tumpang okeh:)

Inche gabbana 09/03/2011, 16:39  

enonimus I: tak nak la, nnt jadi popular, tak pasal2 pulak.. xp

Inche gabbana 09/03/2011, 16:42  

enonimus II: hahahaha.. Kena Tabah Menunggu...?? Comel gila..! Hahaha.. KTM- Kena tolak-Menolak! Hehehe...

Holoi, anda nak merempit..? Baiklah naik komuter tu. Walaupun terpaksa bersesak nafas, et lis selamat la sket... ;)

Inche gabbana 09/03/2011, 16:44  

cucu hj. hassan: tp tp... Putra amat memudahkan sebenarnya. cuma kena lebih efisien dan efektiflah! definitely lagi bagus dari Kedah..! Hihihi..

cuma ada harapan jangka hayat akan jadi pendek sbb ari2 stress dan sesak napas. :O

Inche gabbana 09/03/2011, 16:45  

aiman: woah?? Btol nih..?? kalau sapa2 tanya cakap aiman amri bagi permission eh...?? ;)

p/s: dah baca sket. mantop gile budak tuh!

Inche gabbana 09/03/2011, 16:45  

N: kan...?? mcm mana nak jadi negara maju camni... dok masuk poket sendiri je keja..! ooppps.

Inche gabbana 09/03/2011, 16:46  

itachi: hihihi.. jom..! ^^

SN 09/03/2011, 17:16  

wah.....selamat buat surat utk inche PM ~~

teringt blk zaman2 kene menyelam dlm gerabak KTM...huhuhu T_T

Azlin Azman 09/03/2011, 17:51  

hantar surat kt PM. buat macam bdk ni;

http://ladolcemucux.blogspot.com/2011/03/surat-terbuka-pelajar-kepada-datin-seri.html

Anonymous 09/03/2011, 18:31  

owh no!
sori en gabbana. the comment wasn't supposed to be here. intentionally to write at miss harti's blog.

kindly delete the comment. thank you n sorry for inconvenience caused.

-miss sheikh-

Inche gabbana 11/03/2011, 12:09  

SN: Prasarana tak reply pon lagi.tensen btol...

tak tahu mcm mana nak tulis kepada PM. as in, mcm mana nak hantar surat/komen tu. ada cadangan..?

Inche gabbana 11/03/2011, 12:10  

cucu hj. hassan: tak baca lagi. boleh tolong summarisekan tak..? xp

Inche gabbana 11/03/2011, 12:10  

miss sheikh: dah delete dah. ;) lain kali jgn cuai sgt ye..? hihihi..

SN 11/03/2011, 13:07  

emm...ape kate inche gabbana hantr surat tu scr berjemaah...

hantr surat same2 ngan rakan2 inche yg ade masalah yg same~~

pasal hantr surat kat inche PM tu sy x brp sure
tp....
inche PM kite x de email ke??
bole antr through email je~~

Inche gabbana 11/03/2011, 17:18  

menarik idea tu SN. tp tahulah kan rakyat malaysia ni camne. hangat2 tahi ayam je; mula2 tu semangat berkobar-kobar, selang dua tiga hari dah layu dah... hohoho..

uhm, tak penah jumpa lak email address dia. saya rasa takdelah, sbb kalau ada pon, ada ke dia masa nak baca berjuta-juta email yg masuk setiap hari sbb ramai gile rakyat Msia yg tak puas ati..? Hihihi..

pape pon, mekaseh atas cadangan! ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP