5 March 2011

Jalan Raya Di Malaysia: Sumber Tarbiyyah Atau Syaitonirojim...?

Here we go..! [Kredit Gambar]

Ok saya ada satu pengakuan. Pengakuan separa berani mati. 

Ketika saya memandu, ke'Ikhwah'an saya selalunya akan menghilangkan diri sambil berkata dengan penuh bergaya, "Babai anda nanti saya datang balik...!" Peluh.

Mengapa? Kerana memandu di Malaysia adalah salah satu cabaran yang paling besar buat saya dan juga kesihatan tarbiyyah saya. Sumpah saya jujur. Berpeluh-peluh. Setiap kali sebelum memandu pasti saya akan berdebar-debar, menantikan masalah apakah yang akan muncul dan menguji saya nanti.

Saya malu sebenarnya. Kerana sepatutnya, tarbiyyah yang saya lalui mampu untuk menjadi perisai dan pertahanan untuk saya menghadapi cabaran-cabaran ini. Namun saya gagal. Gagal dengan teruk sekali. Air mata mengalir laju.

Tetapi betullah, saya amat kagum dengan anda yang mampu untuk bersabar dan berakhlak mulia sepanjang pemanduan di Malaysia ini. Ok mungkin di Kuala Lumpur sebenarnya. 

Bagaimana anda boleh bersabar dengan pemandu yang kurang ajar, ikut suka hati tok nenek dia nak pandu macam mana..??

Bagaimana anda boleh bertahan dengan mereka yang tak reti-reti nak bagi signal bila mana nak membelok..??

Bagaimana anda boleh tak marah dengan mereka yang park kereta kat mana-mana yang mereka suka, asalkan mereka dapat membeli pisang goreng dan karipap ayam panas di tepi jalan dan perut mereka kenyang hey...?? Atau park di kiri kanan jalan nak pergi shoping komplek sampaikan jalan dua-tiga lane jadi satu lane semata-mata sebab kedekut Haji Bakhil nak bayar parking kereta sehinggit dua..??

Bagaimana anda boleh tahan sabar dengan mereka yang terhuyung-hayang dek sibuk bersms sambil memandu, pastu dok gelak sorang-sorang macam orang kurang siuman...??

Bagaimana anda boleh tak bertukar menjadi Inkredibel Haq apabila ada kereta yang memandu seperti kura-kura tapi teringin juga nak memandu di lorong paling kanan di lebuh raya...??

Aaaahhhhhhhh.........!!!!

Tengok tengok. Ni baru tulis dalam belog pon dah tak boleh nak sabar. Bayangkan dalam situasi sebenar keadaan Inche gabbana macam mana..?? Astaghfirullahal adzim...


Sekali sekala teringin juge nak buat camni. Kalaulah tak berdosa kan..? Tapi eceli risau juge kalau saya yang di bawah tu dan buka di atas... ^__^" Hohoho.. [Kredit Gambar]

Saya amat kagum tahu dengan anda, anda dan anda yang boleh bersabar dan mengamalkan segala sifat mahmudah dan beretika mulia ketika memandu di jalan dan lebuh raya di Malaysia ini..?? Bagaimana anda melakukannya...?? Boleh tak saya mahu berguru dan bertalaqi dengan anda...?? PLEEEAAAASSSEEEEE...???

Doakan saya terus kuat dan dapat menjaga iman dan diri ketika memandu. Sejujur-jujurnya, saya mahu menjadi seorang pemandu yang beraklak mulia dan mampu menjadi qudwah kepada pemandu yang lain. Dan bergaya. Wahahaha.. Eh. After all, bukankah seorang dai'e itu dai'e setiap masa dan ketika, dalam apa jua situasi dan peristiwa..? Hailaweh©.

Tetapi buat masa ini, anda yang bakal menaiki kereta dengan saya, jangan terkejut beruk pula sekiranya secara tiba-tiba saya bertukar menjadi raksasa gorgon berwana hijau epal dek tidak tertahan dengan sikap para pemandu di Malaysia tanah airku ini.

La taghdab... La taghdab.. TT__TT

-gabbana-

Rindu untuk memandu di Kerajaan Bersatu...

19 Caci Maki Puji Muji:

Azlin Azman 05/03/2011, 22:15  

xdepe nak komeng, bru g ceramah kelas memandu harini -___- bgus entry anda, tepat dengan masa saya

Mohammad Aiman 06/03/2011, 00:07  

senang je.. anggap dorang sume bengap.. so, macam boleh dimaafkan je lah kalau dorang buat benda2 bengap..

haha

salsabila 06/03/2011, 00:32  

hahaa. tak penah ada pengalaman drive jalan bandar. jalan kampung ada la. hahaha.

jalan kg pula kena sabar dengan lembu yg tiba2 lintas jalan. ayam yg tiba2 nak pose tgah jalan. hahaha. tak sekritikal jalan bandar yg bermain dengan manusia la. :)

Anonymous 06/03/2011, 00:34  

i noe what song u shud've been listening for while u're driving... jangan jadi org tidak sabar, terus bersabar, tetapkan bersabar... SABAR by Alarm Me..

teruskan bersabar dik..lama lagi nak kena hidup dan memandu di malaysia....

Inche gabbana 06/03/2011, 23:47  

cucu hj. hassan: hahaha.. jadilah pemandu yg berhemah dan beretika. tolong tolong tolong jgn tambahkan bilangan pemandu yg tak makan saman tu...! ^^

Inche gabbana 06/03/2011, 23:47  

aiman: huhuu.. tak bolehlah camtu. kalau sume org pk camtu, sapa yg nak ubah mentaliti masyarakat...??

bermula daripada kitalah! ^^

Inche gabbana 06/03/2011, 23:49  

salsabila: uih, latihan yg bagus untukuk anda bersedia. manalah tahu nnt kena memandu di jalanan bandar pulak kan..?

tp kena sgt2 bersedia. binatang et lis mereka buat semua tu bukan sengaja. kalau manusia ni, ikot suka hati tok nenek mereka je... -____-"

Inche gabbana 06/03/2011, 23:49  

enonimus: TT__TT terima kasih byk2. IAllah nnt kena download lagu tu.. ;)

Anonymous 07/03/2011, 00:25  

salam inche gabbana... tulisan anta sendiri semakin mantap dan meletup2.. tak rugi sangat mempromosikan tulisan begini..

teruskan berjuang penuh ikhlas.. moga kemenangan islam tetap menjadi milik kita.

lagi satu, bila sudah makin populer ni.. akan makin banyak fitnah.. pada hati.. peribadi dan sebagainya..

maka hati-hatilah dan minta ALlah melindungi diri kita dan memelihara diri kita..

cabaran besar bagi kita.. adalah untuk terus istiqamah, buat saje kerja regardless apa yang menimpa..

keep on the good work. sangat menarik utk difollow setiap entry. and i learned a lot from ur post juga akhi.

Allah hafiz!

The Author 07/03/2011, 06:25  

kerajaan bersatu. united kingdom. peluh.

inche gabbana bayangkan saya ada di sebelah, pasti reda segala kecelaruan emosi (^_^)

Inche gabbana 07/03/2011, 15:09  

kak muharikah: TT__TT mmg ujian besar. saya pon dah dapat merasainya skang ni.

sbb tu nak mantain guna identiti gabbana, dgn harapan dapatlah meminimisekan benda2 yg tak best tu, iAllah..

jzkk atas dorongan dan doa. doakan agar belog ini akan terjaga as-solahnya. huhu..

allahu musta'an..!

Inche gabbana 07/03/2011, 15:10  

ikmal: kalau anda di sebelah, mungkin dah eksiden kot.. hohohoh.. ;)

p/s: eh knapa lately mcm mode dahaga kasih syg nih...? hihihihi.. xp

EtDominion 08/03/2011, 21:58  

let me drive you around. driving in malaysia isn't as scary as driving in the UK. at least in malaysia, kalau orang lain buat macam highway tu milik mak nenek dia, so can we. :P

Inche gabbana 09/03/2011, 14:29  

etdominion: patutla jalan raya kat malaysia ni jadi camni. sbb ada org2 mcm andalah.... -___-" hohoho..

Anonymous 25/03/2011, 11:55  

adakah berkata/mengomel sendirian:

"ai..orang ni..lain kali bagi signal dulu"

"eh, hampirnyeee...jgn la hampir sgt..huhu"

"kereta depan, tolonglah laju..kalau tak sila ke kiri..huhu"

bermakna saya tidak sabar? huhu..x pasti..bersabar maksudnya kena senyum je ke? penjelasan..penjelasan..

Inche gabbana 25/03/2011, 15:14  

enonimus: hahaha.. menarik tu.

terpulangla apa yg hati anda sedang buat/kata ketika tu. kalau hati tgh marah dan penuh dgn rasa geram/hasad/dendam, ha, tu dah kira tak sabar la tu.

tp kalau sekadar rasa risau dan nak tgk perubahan pada cara rakyat Malaysia memandu, saya tak rasa tu sifat tak sabar.. ;)

allahu a'lam.

Anonymous 12/03/2012, 03:56  

keadaan yang sama turut terjadi di Terengganu~haha

Anonymous 29/03/2012, 14:35  

Anta kena cuba memandu atau tengok orang memandu di Mekah. Insya Allah anta akan bersyukur dek kerana keamanan jalan raya Malaysia berbanding di sana

Anonymous 09/12/2013, 20:25  

Apa kata inche gabbana try pandu kereta di India...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP