31 December 2010

Langsir Dua Sifar Satu Sifar Dilabuhkan

[Kredit Gambar]

Malam ini, tepat jam dua belas tengah malam waktu Malaysia, Inche Gregori 2010 akan melabuhkan punggungnya tirainya, memberi laluan kepada Inche Gregori 2011 untuk memulakan tugasnya secara rasmi.

(Nota: Gregori adalah tahun matahari sedangkan Hijri adalah tahun bulan)

Melihat kembali ke belakang, dekad pertama alaf baru ini secara amnya, dan tahun 2010 secara khususnya banyak menggamit memori, sama ada masam mahupon kepam manis. Tidak perlulah saya menyenaraikan satu persatu peristiwa-peristiwa besar yang berlaku sepanjang sepuluh tahun yang lampau kerana sekiranya saya berbuat demikian, sudah pastilah post ini tidak akan sempat dihabiskan sebelum tahun baru melangkah masuk. Dan sekiranya anda mahu tahu juga apa yang berlaku sepanjang tahun ini mahupun dekad pertama alaf ini, sila rujuk surat khabar Nanyang Siang Pao. Hihihi..

Untuk diri sendiri, tahun 2010 pastinya meninggalkan banyak kenangan yang mungkin sukar untuk dilupakan buat selamanya.

Pada tahun inilah saya bergelar seorang graduan Ekonomi secara rasminya, setelah tiga tahun menuntut di Sekolah Ekonomi London. Tetapi itu juga bermakna saya terpaksa meninggalkan saabat-sahabat baik di London, meneruskan perjuangan mereka di sana. Sedih.

Saya hanyalah graduan sebuah sekolah, dan bukan universiti! ^__^"

Tahun ini menyaksikan saya bergelar seorang Kuli Cacai Eksekutif di syarikat yang bertanggungjawab menaja pelajaran saya. Pengalaman melangkah ke alam pekerjaan merupakan suatu pengalaman yang unik yang penuh dengan cabaran. 

Tahun ini juga menjadi saksi, belog Angel Pakai Gucci ini menjadi lebih aktif dan ceria. Juga jumlah pembaca dan peminat (eh..?) yang lebih ramai. Alhamdulillah.. Terima kasih semua! ;) 

Oh terlalu banyak memori yang berlaku untuk dinukilkan di dalam post belog ini. Tidak mengapalah. Biarlah saya menyimpannya di dalam kotak memori di kepala sahaja.

Apakah yang menanti saya pada tahun 2011..? Allahu A'lam.

Tetapi sudah pastinya saya mengharapkan tahun baru ini akan menjadi suatu tahun yang jauh lebih baik daripada 2010, dalam segala hal. Insha-Allah..

Kembali ke masa lampau untuk bermuhasabah, agar ada masa hadapan yang jauh lebih cerah! [Kredit Gambar]
Saya berharap saya akan menjadi seorang anak yang lebih baik, dapat menjinakkan amarah saya di samping menjadi seorang pemuda yang lebih bersabar dan tidak gopoh. Saya mengimpikan untuk membawa masuk kedua orang tua terchenta ke dalam sorgaNya yang kekal abadi..! Insha-Allah.. Dan sudah tentunya menjadi seorang lelaki yang lebih kacak dan bergaya! Wah..!

Juga berharap dapat menjadi seorang pekerja yang komited, berdedikasi  dan ikhlas. Tidak perlulah membodek itu semua. Cukuplah semua orang senang dengan saya dan saya tidak menyusahkan mereka. Senyum.

Oh mungkin akan memulakan perniagaan kecil-kecilan. Harapnya akan berjaya juga, Insha-Allah. Nantikannya ya..?

Kahwin..? Wahahaha.. Sudah nak bernanah telinga saya mendengar soalan cepmas itu. Tunggulah. Saya serahkan segala-galanya kepada Dia. ^^

Of koz saya juga mengharapkan agar belog ini akan terus kekal relevan kepada anda semua. Doakan agar Allah akan terus kurniakan saya dengan kekuatan dan kemahuan untuk menulis. Besar harapan saya agar belog ini akan menjadi sangat amat paling bermanfaat untuk anda semua. Semoga menjadi salah satu pelaburan saya untuk Amanah Saham Sorga saya di akhirat kelak, Insha-Allah.

Paling penting, saya amatlah berharap agar saya akan terus kekal tsabat (setia, terus bersama) di atas jalan dakwah ini. Inilah satu-satunya jalan yang saya kira dapat membantu saya memperoleh redhaNya. Semoga saya tidak futur dan lari jauh daripadanya.. =(

"Ya Allah, kurniakan aku dengan kekuatan untuk terus bersama saff perjuangan Islam ini, untuk memenangkan agamaMu ini Ya Allah! Pilihlah aku Ya Allah! Jangan singkirkan aku Ya Allah! Semoga tahun 2011 menjadi saksi bahawa aku akan terus terpilih menjadi pejuang deenMu yang tegar! Amin, amin, ya Robbal A'lamin!"

Akhir kata, saya mohon seribu kemaafan seandainya sepanjang anda menjadi pembaca belog ini, ada kata-kata atau perbuatan saya yang mungkin menyinggung perasaan anda. Percayalah, saya adalah seorang lelaki yang sangat baik hati, kool dan bergaya (ya, cepat sedikit muntah hijau tu.. -___-"); arakian tidak mungkin saya berniat keji untuk menyakitkan hati anda semua dengan sengaja. Kita kosong-kosong ok..?

Oh, semoga anda terus setia bersama Angel Pakai Gucci ini! Juga mengharapkan dan berdoa tahun 2011 yang bakal tiba ini akan membawa seribu kebaikan dan kegembiraan untuk anda semua..!

[Kredit Gambar]

Sayonara Inche Dua Sifar Satu Sifar..! Selamat datang anda, Inche Dua Sifar Satu Satu..! ;)


-gabbana-

Makhluk Tuhan Paling Comel

Ini sepupu kecil saya. Aksi ini dirakamkan ketika saya pulang ke kampung di Kelantan minggu lepas.

Saya beri amaran kepada anda siang-siang lagi. Selepas anda menonton video ini, saya berani jamin yang anda tidak akan dapat tidur malam mahupun siang dengan lena lagi. Jangan salahkan saya sekiranya anda mengalami mimpi igauan ngeri...!

Selamat menonton...!


video

 

Bagaimana..? Rasa macam nak gigit-gigit sahaja pipinya bukan...?? Anda menyesal bukan kerana menontonnya..? Wahahaha.. ^__^"

Aaaahhhhhh.......!! *Berlari-lari laju sambil menarik-narik rambut kerana terlalu geram*

-gabbana-

Tak sabar mahu berjumpa dengan rakan-rakan satu batch Sekolah Bintang pada malam ini! Yabedabedu..!

30 December 2010

Maaf, Kaki Sofa Seperti Anda Tidak Layak Bermain Bola!

Harimau Malaya Juara!

Pasti sudah agak basi, tapi masih belum terlambat untuk mengucapkan teramat paling tahniah untuk pasukan Malaysia kerana berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF buat pertama kalinya dalam sejarah temasya bola sepak itu dianjurkan!

Saya turut berasa bangga, walaupun pada hakikatnya saya bukanlah seorang penonton aka penyokong bola sepak yang tegar lagi bergaya. Sebagai rakyat Malaysia, kejayaan mengalahkan Indonesia merupakan suatu kebanggan yang tidak dapat hendak disorokkan! Hihihi..

Syabas! Kini saya tidak malu untuk mengaku yang saya adalah rakyat Malingsia! [Kredit Gambar]

Tahniah Inche (tak lama lagi Datuk Sultan Pahang mungkin..?) Rajagobal dan pasukan!

Harapnya, Malaysia akan dapat mengekalkan kejayaan ini di masa-masa hadapan. Lebih kool lagi sekiranya dapat melangkah masuk ke Piala Dunia pula! Kompem kali ni Pak Najib bagi cuti sebulan! Wahahaha.. ;D

Tahniah pasukan Malaysia! Dan terima kasih kerana bagi cuti esok..! Yabedabedu...! ;p

Mengapa begitu gigih..?
Tapi kan, saya ada persoalan yang lebih menarik dan kool untuk anda semua. Agaknyalah kan, mengapa para pemain kedua-dua negara, juga para penyokongnya begitu berkobar-kobar dan sungguh bersemangat untuk memastikan pasukan masing-masing menjuarai kejohanan pada kali ini..?

Nak kata sapa menang akan mendapat hadiah lumayan berjumlah sembilan puluh lapan trillion dollar Amerika daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tak pulak. Menang Piala Dunia pon tak segrand itu.

Nak kata sapa menang nanti akan dijulang sebagai sebuah negara gah, jago dalam suka bola sepak antarabangsa dan layak dihormati sampai bila-bila.. Errr.... Piala Suzuki AFF je pon. 

Nak kata siapa yang menang akan memegang status yang amat berprestij dan akan ditakuti oleh segenap pasukan bolasepak antarabangsa. Ulang balik. Errr... Piala Suzuki AFF je pon. Lagi pon, tak lama pon rasa megah dan bangga dengan kejuaraan tu, siapa-siapa yang menang pon. Sekejap je la naik tocang.

So mengapa..? Mengapa agaknya para pemain skuad bola sepak masing-masing begitu gigih berusaha bagi memastikan kemenangan menjadi milik pasukan mereka? Mengapa para penyokong begitu berkobar-kobar, sehingga sanggup bergaduh meludah di muka sendiri semata-mata mahu membela pasukan masing-masing..?

Apa-apa pon jawapan anda, saya pasti temanya pasti berlegar-legar pada peri pentingnya perlawanan ini. Senang kata, kiranya perlawanan ni penting sangatlah buat rakyat Malaysia mahupun Indonesia! Tak kiralah apa pon alasannya!

Perlawanan Kalah Mati
Baiklah. Saya berikan anda satu gambaran berupa analogi. Katakanlah anda mempunyai sebuah pasukan bola sepak, yang akan menentang sebuah pasukan bolasepak negara komunis zalim tahap Raja Raksasa Syaitan Pikor. Ok sila bayangkan sekarang. Dan ini adalah perlawanan kalah mati. Kiranya, sekiranya anda kalah, anda dan seluruh pasukan anda termasuk Inche Jurulatih dan Inche Pengurus akan dibunuh dengan disula tombak Jawa Madura. Eh.

Jadi anda dan pasukan pon berlatihlah bagai nak mati, kerana sekiranya pasukan anda kalah, memang anda akan mati. Hohoho.. Tiba-tiba kan, sehari sebelum hari perlawanan, 3 orang tunggak utama pasukan anda menghilangkan diri. Seorang lari ke negara asal kerana tidak dapat menanggung tekanan yang teramat dahsyat. Seorang lagi telah terjun dari gaung tinggi juga kerana alasan yang sama. Dan pemain bintang anda, seorang penyerang yang amat berbakat, disyaki diculik oleh pasukan pihak lawan bagi menjejaskan prestasi pasukan anda. Dan anda pula tiada pemain simpana. Cukup-cukup je 11 orang!

Apa perasaan anda..? Apa yang anda dan seluruh pasukan akan lakukan..?

Biar saya teka. Anda akan berjalan-jalan di waktu petang sambil menghirup udara segar, menikmati pemandangan indah di tepi tasik, sambil memerhatikan orang yang ada di sekeliling dan terus menarik sesiapa yang anda jumpa untuk menyertai pasukan anda. Tak kiralah Mak Cik penjual pisang goreng ke, kanak-kanak riang yang sedang mengayuh basikal roda tiga ke, atau tok haji tua kerepot yang sedang khusyuk bermain dam. Siapa-siapa pon tak kisahlah, asalkan dapat menggantikan tiga kekosongan di dalam pasukan anda. Begitu..?

Apa anda nak mamp*s..? Wahahaha.. Pasti tidak bukan..? Anda sebenarnya sedang mengambil risiko yang amat besar sekiranya anda membuat pilihan secara rawak untuk menggantikan kekosongan dalam pasukan anda itu. Ingat! Sekiranya anda kalah, nyawa anda dan seluruh pasukan akan melayang..! 

Jadi pastinya anda akan lebih berhati-hati dalam membuat pilihan. Paling koman pon anda akan memilih si Jali yang dahulunya pernah mewakili sekolah rendah dalam pertandingan bola sepak peringkat daerah, tak pon si Pak Haji Santok, yang pernah suatu ketika dahulu menjadi jurulatih pasukan bola sepak Kampung Nasi Lemak Sebungkus. Pendek kata, anda akan memilih pemain yang mempunyai sekurang-kurangnya asas dalam menyepak bola. Tidaklah main pilih secara semborono sahaja!

Pilih betul-betul! Salah pilih nanti anda yang rugi! [Kredit Gambar]

Sekiranya anda tidak betul-betul memilih, anda bukan sahaja telah mengambil risiko besar, menyebabkan pasukan anda ada kemungkinan besar akan kalah dalam perlawanan tersebut. Tetapi secara tidak langsung anda juga telah memberi peluang keemasan untuk pasukan lawan menjuarai perlawanan!

Bola Sepak dan Dakwah
Sebenarnya banyak juga pengajaran daripada bola sepak yang boleh diserapkan dalam kita beramal dengan dakwah. Selain amal jamai'e, berdisiplin dan mendengar arahan ketua, analogi yang saya berikan di atas juga sebenarnya amat signifkan untuk diaplikasikan dalam kita menyampaikan risalah Allah.

Tanyalah bagaimana. Ya, sila bertanya, tidak perlu malu-malu. Ok terima kasih senyum.

Begini. Dalam keadaan Islam berada dalam keadaan yang begitu teruk dan tertindas, kita sebenarnya amat terdesak dalam memperkuatkan saf perjuangan kita. Benarlah dakwah itu wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja, namun dalam kita memastikan kita dapat membina pasukan yang benar-benar kuat dan mampu memberikan saingan sengit kepada musuh Islam, mahu tidak mahu kita juga sebenarnya perlu membuat pilihan yang tepat lagi bernas.

Ok ini akan jadi kontroversi saya tahu. Wahaha..

Tapi itulah fiqh dakwah dalam keadaan semasa. Kita tidak boleh main semberono sahaja berdakwah, kerana itu akan merugikan kita. Samalah seperti situasi bola sepak yang saya berikan tadi. Malah lebih serius lagi kerana dakwah itu wajib dan sekiranya ia tidak disampaikan dengan baik, kita akan bertanggungjawab sepenuhnya di akhirat nanti. Arakian sekiranya kita gagal membuat pilihan yang tepat, maka secara tidak langsungnya kita telah memberikan peluang percuma kepada pasukan lawan untuk menjuarai perlawanan good versus evil ini.

Oh pilih apa ni..? Anda bertanya sambil menggaru kepala yang tidak berapa gatal.

Pilih orang untuk didakwahilah! Ha, kan dah kontroversi tu..? Haha..

Benar. Dalam situasi di mana kita mempunyai banyak pilihan dan pada masa yang sama, kita kekurangan tenaga dan amat terdesak untuk memperkuatkan saf perjuangan kita, kita sebenarnya terpaksa memilih dengan teliti siapakah orang-orang yang dapat membantu kita untuk melajukan lagi gerak derap dakwah kita.

Dakwah itu wajib disampaikan kepada semua orang, tapi bukan semua orang yang benar-benar dapat berkorban tenaga, masa, jiwa dan harta untuk kebaikan Islam. Dan orang-orang beginilah yang perlu kita pilih untuk bersama-sama dengan saf kita.

Tapi nak pilih siapa..? Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang itu untuk dipilih..? Peninglah macam ni..! Wahaha.. Sila maafkan saya. Lain kali Insha-Allah sekiranya ada peluang saya akan eksplen pula bab yang ini. Seronok juga dapat provok anda semua! Hihihi.. 

Eksklusifnya...!
Eksklusif..? Haha.. Memanglah kelab ini eksklusif, hanya untuk orang-orang yang terpilih sahaja. Tapi anda fikir, siapa yang terpilih menjadi ahli kelab, adakah mereka akan bergembira, bersuka ria bergoyang kaki sahaja..?

Tidak! Malah merekalah orang-orang yang paling besar dan banyak pengorbanannya bagi memastikan Islam naik semula. Dan selepas pengorbanan dan perjuangan mereka menjadi batu asas dan tulang belakang kepada Islam itu sendiri, barulah keahlian kelab ini dapat dibuka kepada umum. 

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman,” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
 [al-Ankabut, 29:2-3]


Oh tetapi sebagai bukti dan hujah yang teknik amat berkesan, lihat sahaja pada sirah Rasulullah SAW. Baginda SAW di peringkat awal dakwahnya amat memilih, kepada siapakah dakwahnya perlu disampaikan. Maka baginda memilih Abu Bakr r.a., sebagai antara orang yang terawal untuk membantu baginda menyebarkan dakwah. Kemudian giliran Abu Bakr pula memilih; beliau membawa enam orang lagi memeluk Islam keesokan harinya. Terbukti pilihan Nabi SAW itu sangat tepat. Terbukti juga pilihan Abu Bakr juga hebat; keenam-enam sahabat yang didakwahnya itu semuanya adalah di kalangan 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga oleh Allah! Walaweh...!

Anda pernah dengar doa Nabi SAW, meminta agar Allah menguatkan saf umat Islam dengan dua orang Umar (Umar al-Khattab dan Abu Jahal)..? Di situ juga jelas elemen pemilihan. Ada kualiti-kualiti tertentu yang ada pada mereka, yang pastinya dilihat oleh Nabi SAW sebagai perlu dan ideal untuk membantu perkembangan dakwah Islam.

"Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam"

[al-Baqarah, 2:132]


Nah! Allah juga memilih bukan..? Haha..

Ok sudah cukup saya membebel. Nanti pening pula anda yang membacanya! Haha.. Sebenarnya topik ini amat panjang untuk dihuraikan. Cukuplah sekadar saya memberikan trailernya dahulu. Hihihih.. Anda tak faham..? Tak mengapa, anda masih punya banyak masa untuk memahaminya Insha-Allah.. ;)

Oh tapi ada satu lagi point yang amat best! Sekiranya pasukan kita betul-betul kuat dan hebat, pastinya sokongan yang diberikan oleh para penyokong juga amat menggalakkan! Lihat sahaja perlawanan akhir semalam; mereka yang selama ini tidak pernah peduli tentang perkembangan bola sepak Malaysia juga tiba-tiba menjadi penyokong tegar..!

Begitu juga dengan dakwah dan pasukan pemuda-pemudi yang membawa panji-panji dakwah. Sekiranya pasukan ini hebat dan benar-benar menjalankan tugas mereka, pastinya suatu hari nanti berbondong-bondong orang yang akan datang menyokong Islam.

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam deen Allah, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
[an-Nasr, 110:1-3]

Maka dalam membentuk pasukan yang kuat dan hebat, kita hendaklah memilih rakan sepasukan yang benar-benar serius dan gigih tahap Son Goku hendak mengalahkan Fliza untuk bersama-sama kita dalam dakwah ini! Dan kemenangan dari Allah itu pasti akan datang apabila kita telah berjaya membentuk pasukan yang benar-benar sabar, taat dan penuh disiplin.

Pilihlah aku Ya Rabb! Pilihlah aku! [Kredit Gambar]

Ayuh! Apa tunggu lagi..? Anda tidak mahu sertai pasukan saya...?? ;)

-gabbana-

Terima kasih sekali lagi kepada pasukan Harimau Malaya! Kerana andalah saya cuti esok hari! Terima kasih Pak Najib! Terima kasih 1Malaysia! Wahahaha.. ;D

28 December 2010

Sepuluh Tips Untuk Kekal Hot & Bergaya!

Tips-tips ini diperturunkan kepada saya oleh nenek kebayan Gunung Halilintar Embun Seputeh ketika saya sedang menuntut ilmu persuratan ekonomi serantau sewaktu ketika dahulu.

Sama ada berkesan atau tidak, kena cuba dahululah baru tahu! Tetapi menurut nenek kebayan, kompem berkesan jaminan 100% dengan warranty 10 tahun! Woah.. 

So apa tips-tips nya..? Pasti anda sudah tidak sabar-sabar hendak mengetahuinya bukan..?

Baiklah.

Jeng jeng jeng..

*ehem ehem*

Ta da...!

(Oyy cepatlah...! Banyak pulak intro dia...! Pfffttt..!)

Wahahaha.. Ok ok. Chill boleh tak..? ;)

Dengan ini, saya mempersembahkan...

*clap clap clap*


10 Tips Untuk Anda Terus Kekal Hot, Anggun dan Bergaya!


  1. Perbanyakkan baca al-Quran. Et lis 2 muka sehari.
  2. Perbanyakkan zikrullah. Paling-paling koman pon baca doa-doa Maathur sekali sehari.
  3. Selalu dalam keadaan berwudhu'. Kalau kentut je terus pergi ambil yang baru.
  4. Rajin-rajinkan diri untuk solat sunat. Dhuha dan witir kalau boleh jangan tinggal. Ekele, 2/3 rakaat je pon!
  5. Sayangi orang di sekeliling anda. Hormati mereka, layan mereka sepertimana anda mahu dilayan. Juga hargai dan cintai kedua ibu bapa dan keluarga anda!
  6. Bersukan dan jaga kesihatan anda. Uiisssh, ni penting sangat. Kalau hari-hari dok melantak nasi lemak roti canai teh tarik, bagaimana nak kekal canggih dan anggun?
  7. Tidur awal dan bangun awal. Bukan tidur awal bangun lambat. Tidur lambat bangun awal boleh konsider lagi la, walaupon tidak berapa elok untuk kecantikan kesihatan tubuh badan.
  8. Cuba sedaya-upaya untuk qiam dan lakukan solat malam. Yang ini kompem boleh buatkan minda anda segar dan meningkatkan kapasiti jiwa anda. Tapi of kos la niat tu semata-mata kerana Allah.
  9. Selalu berdampingan dengan orang-orang yang soleh dan baik-baik. Dengan siapa kita berkawan mencerminkan diri kita juga. Bak kata Nabi SAW, kalau berkawan dengan tukang buat minyak wangi, maka wangilah badan kita..!
  10. Join dan aktif dalam usrah. Ni kompem sekompem-kompemnya akan buat anda terlalu amat kool...! ;D
[Kredit Gambar]

Ha...

Amacam...? Senang je kan..?? Eleh, kalau tengok TV Telenovela Kirana Nur Kasih bagai berjam-jam boleh, takkanlah nak buat 10 benda yang sempoi dan tak makan banyak masa ni tak boleh..?

Kalau gi shopping bercuti berseronok sampai nak pengsan boleh, takkanlah nak luang masa untuk Allah tak boleh..?

Kalau sanggup berfesbuk berbelog bagai, sampai sanggup duduk depan komputer berjam-jam semata-mata nak tunggu komen, notifikasi dan dinding-dinding (Baca:Wall) baru, takkanlah nak berkorban sedikit tak boleh.. Kan..?

Lagi pon, semua ni untuk anda juga..! Kan dah tertulis di situ, tips-tips ni untuk menjadikan anda kekal panas, anggun, cun, meletop, unggul dan bergaya...?? Wahahaha..

Belum cuba belum tahu, tahu..??

=)

Allahu a'lam.

-gabbana-


Dah tulis ni, nampaknya saya pon kena berusaha bersungguh-sungguh la untuk amalkan.. ^__^"

27 December 2010

Sudah Jatuh Ditimpa Pula Lelaki Obes 128 Kilogram

Post ini adalah sambungan kepada post 'Ini.. Ini.. Sungguh Mencabar Sehiggakan Indiana Jones Pasti Cemburu!' Maka sekiranya anda belum membaca post tersebut, sila baca dahulu kerana hidup anda sungguh tidak bermakna sekiranya anda membaca post ini dahulu sebelum membaca post tersebut. Huh.

Baiklah.

Pagi Sabtu saya telah dikejutkan oleh Puan Mama pada pukul lima pagi, memandangkan kami akan bertolak ke LCCT pada pukul lima setengah pagi. Agak pening-pening lalat memandangkan malam sebelum itu saya tidur kurang lebih jam satu pagi. Ditambah pula dengan kepenatan akibat pengembaraan yang penuh mencabar, bangun pada pukul lima pagi bukanlah sesuatu yang saya akan pertimbangkan untuk menjadi hobi kegemaran saya sepanjang masa.

Inche Hatta, kenalan Inche papa yang menjalankan bisnes teksi persendirian tiba lima minit sebelum pukul lima setengah. Sungguh cekap dan selangkah ke hadapan (Baca: One step ahead). Maka setelah bersiap-siap dan yakin pada kali ini tiada lagi masalah yang akan timbul, kami pun bertolak ke LCCT dan saya pasti anda pon sudah dapat menjangkakan apakah aktiviti feveret saya sepanjang perjalanan ke sana. Hihihi..

Setibanya kami di LCCT kurang lebih jam 6.30 pagi, kami terus bergegas untuk mencari kaunter periksa masuk. Penerbangan kami ke Kota Bahru adalah pada jam 7.35 pagi. Akibat papan paparan maklumat gagal memaparkan maklumat yang diperlukan (cis...), kami terus bertanya kepada Mak Cik kaunter pertanyaan. Dan anda tahu apakah maklumat tambahan yang diberitahu kepada kami..?

"Dah lambat dah ni!"

Maka apa lagi, sekali lagi acara lari berganti-ganti disaksikan secara langsung dibawakan khas kepada anda oleh Milo: Minum Milo anda jadi sihat dan kuat! Eh. Kali ini lebih teruk lagi kerana manusia yang ingin berterbangan gembira jauh lebih ramai daripada malam semalam. Saya sangkakan kami sudah cukup awal dan lapangan terbang akan sedikit kosong pada pagi itu... -___-"

Setibanya kami di kaunter, penumpang lain yang ingin memeriksa masuk sudah pun membentuk beberapa garisan beratur yang panjang. Mujurlah kami tidak perlu menunggu terlalu lama.

Setelah sampai giliran kami, hakak (Baca: Kakak) yang menjaga kaunter memberitahu yang kami sebenarnya diletakkan pada kumpulan berdiri tepi (Baca: Stand-by). Sudah. Setelah bertekak dan melontarkan hujah yang kami tidak pun diberitahu oleh anak muda kaunter X daripada perisitiwa semalam itu yang kami telah diletakkan di dalam kumpulan berdiri tepi, akhirnya kami dirujuk kepada kaunter yang lain pula.

Namun sebelum itu hakak tersebut meminta kad pengenalan masing-masing untuk membuat proses pengesahan identiti. Ketika inilah gunung berapi Krakatau meletus dengan hebatnya lantas segala jenis mergastua dan fauna berlari-lari anak menyelamatkan diri. Eh. Ketika saya menyeluk saku belakang tempat saya selalunya menyimpan beg duit saya, saya dapati saku itu kosong. Jantung berdegup kencang. Saya meraba-raba lagi dengan harapan beg duit saya akan muncul secara ajaibnya. Peluh besar sedikit.

Saya lantas membuat muka cuak di hadapan Puan Mama dan hakak itu dan mengatakan beg duit saya telah menghilangkan diri. Ketika ini raut wajah Puan Mama bertukar menjadi sedikit simpati. Wajah Inche papa pula sudah bertukar menjadi ungu. Mujurlah dia tiada pertalian darah dengan Bruce Banner. Jika tidak sudah pasti dia sudah bertukar menjadi raksasa ungu yang mengerikan. Oooohhhh.

(Untuk pengetahuan anda semua saya memang amat terkenal di kalangan ahli keluarga sebagai seorang yang amat cuai dan pelupa. Sering sahaja menumpahkan makanan, tertinggal telefon bimbit, tercicir barang, terlupa ini dan itu.. Hihihi.. Mungkin boleh juga tulis post khas untuk ini... Wah!)

Akhirnya Inche Papa menahan sahaja kemarahannya yang hampir sahaja hendak meledak itu. Dan mujurlah hakak kaunter itu menerima pas pejabat saya sebagai alternatif.

Beginilah kurang lebih reaksi Inche Papa setelah mendapat tahu yang saya lupa membaca IC. Hohoho.. [Kredit Gambar]
Namun ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya tersalah baca ramalan cuaca. Ketika kami ke kaunter satu lagi yang telah dirujukkan oleh hakak tadi, havang (Baca: Abang) yang menjaga kaunter tersebut menuntut juga agar saya tunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. Walaupun pas penerbangan sudah dicetak, menurutnya saya tidak boleh terbang tanpa pengenaln diri yang sah.

Ketika ini saya sudah berasa sangat bawah (Baca: Down). Juga cuak dengan reaksi Puan Mama dan Inche Papa yang mungkin akan membaham saya bila-bila masa sahaja. Havang itu menyarankan agar saya membuat laporan polis supaya pihak polis boleh membekalkan saya dengan doumen pengenalan diri sementara.

Saya akur. Taat dan patuh. Saya menyarankan agar Puan Mama, Inche Papa dan Cik Adik Perempuan (Wah! Pertama kali watak Cik Adik Perempuan ditampilkan!) masuk dahulu ke dalam terminal pelepasan dan Insha-Allah saya akan menyusul. Saya sempat meminta sedikit wang saku daripada Puan Mama, takut-takut saya tidak sempat mengejar penerbangan ke Kota Bahru tersebut. Malah dalam hati sebenarnya saya sudah berasa ragu-ragu sama ada saya akan ke Kota Bahru pada hari itu.

Maka saya pun pergilah mencari-cari Balai Polis. Di dalam hati sebenarnya mencari surau kerana masih belum menunaikan solat Subuh di dalam kekalutan mendaftar masuk sebentar tadi. Gulp. Di dalam hati berkata-kata, Ya Allah, jika Kau takdirkan aku ke Kelantan juga pada hari ini, ketemukanlah aku dengan balai polis. Dan voila! Sejurus selepas itu saya bertemu dengan balai polis LCCT. Satu petanda mungkin..? Hhhmmm..

Saya pon masuklah ke dalam balai polis tersebut, hati berbunga riang kerana menyangkakan masalah saya sudah selesai. Namun tunggu dulu, kalau sudah selesai masalah maka tidak seronoklah hikayat pengembaraan Inche gabbana ini. Wahahaha..

Inche Polis tidak mahu membuat laporan sehinggalah saya benar-benar dapat mengkompemkan yang beg duit saya hilang. Saya serba salah. Saya sudah pon meminta Inche Papa mengekol Inche Hatta, si pemandu teksi pagi tadi, manalah tahu beg duit saya tercicir di dalamnya. Saya juga telah pon mengesms Inche Abang yang tidak ikut sama, memintanya untuk memeriksa beg duit saya jika ada di dalam almari di bilik saya. Namun kedua-duanya masih belum memberikan respons.

Akhirnya dek fedap dengan sikap acuh tak acuh Inche polis, saya keluar daripada balai polis tanpa laporan yang saya perlukan untuk berlepas pergi. Jam ketika itu sudah pon menunjukkan pukul 6.55 pagi lebih kurang. Dan saya betul-betul kechiwa ketika itu. Juga berputus asa. Tinggal kurang 40 minit sebelum kapal terbang berlepas. Dah tak sempat dah ni..

Inilah adalah antara gambar yang keluar ketika saya search 'down.' DOWN dowwhh.. Wahahaha.. Ok lame. [Kredit Gambar]

Akhirnya saya pasrah dan terus mencari surau untuk solat. Saya tahu. Kelihatannya amat tidak senonoh dan keji di situ. Seolah-olah solat bukanlah prioriti utama buat saya. TT__TT Percayalah, situasinya bukan begitu. Ketika itu suasana amat terdesak dan menekan, sehingga saya gagal membuat pertimbangan yang rasional. *koff koff alasan koff koff*

Selepas solat, dek perasaan berkecamuk dan kechiwa yang amat sangat, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja. Di dalam kepala sudah terbayang-bayang apakah yang akan saya lakukan di rumah sepanjang hujung minggu ini. Maka saya pon terus berjalan ke arah tempat menunggu bas untuk menaiki bas, kemungkinan besar bas langit sekali lagi untuk ke LCCT. 

Ketika sudah hampir separuh jalan, saya meraba-raba saku untuk mengambil wang saku yang telah diberi oleh Puan Mama. Dan anda tahu apa yang jumpa..? Bukan, bukan beg duit saya itu. Itu mustahil, hanya dalam cerita-cerita dongeng sahaja perkara sedemikian boleh berlaku. Saya jumpa... Tiada apa-apa. Ya, tiada apa-apa. Itu maknanya wang saku yang diberi oleh Puan Mama telah hilang. WANG ITU TELAH HILANG....!!!! Waaaaaa.....!!

Gedebup batu besar jatuh menghempap kepala dengan gembira sekali. TTT__TTT

Ujian apakah ini.....?

Saya terus berpatah balik ke arah surau, melihat-lihat di sepanjang perjalanan sekiranya wang saya ada tercicir di mana-mana. Hampa. Saya masuk semula ke dalam surau, menguis-nguis sejadah tempat saya solat dengan harapan wang saya ada di situ. Hampagas.

Akhirnya saya pasrah. Saya tahu ini ujian daripadaNya. Lantas saya tertawa pula. Tidak menyangka akan ditimpa ujian bertalu-talu. Saya terus menghubungi rakan sepejabat saya, Inche Lan Siduk yang saya agak rapat dengannya. Saya menceritakan masalah dan kejadian yang berlaku kepada saya sambil tergelak gembira. Gila. Harapannya agar dia dapat mengambil saya di LCCT. Yalah, sudahlah tiada wang, takkan nak berjogging gigih sehingga sampai ke rumah..??

Ketika saya masih sedang atas talian dengannya, Puan Mama pula yang mengekol saya. Saya biarkan sahaja kerana tidak sanggup untuk bercakap dengan Puan Mama. Tidak lama selepas itu, dia kol lagi. Ini mesti penting kerana jika tidak, dia tidak akan kol dua kali berturut-turut. Maka saya lepaskan talian saya bersama Inche Lan Siduk, dan terima pula panggilan Puan Mama. Puan Mama menyarankan agar saya masuk sahaja ke dalam terminal pelepasan kerana menurutnya, tiada siapa yang memeriksa dokumen perjalanan pon.

Ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 7.10-15 lebih kurang. Saya sedikit ragu-ragu. Namun hati saya kuat mengatakan, apa salahnya mencuba? I've got nothing to lose. Eceh speaking omputih pulak hati saya ini. Eh. Maka saya pon menyertai barisan yang alhamdulillah, tidak terlalu panjang untuk masuk ke dalam terminal pelepasan.

Ok saya lepas. Woohhhooo..! Eh alhamdulillah.. ;p Cukup mudah sebenarnya. Saya agak serprais. Kemudian saya terus bergegas ke arah pintu perlepasan untuk penerbangan Udara Asia ke Kota Bahru. Havang II yang menjaga kaunter di pintu perlepasan terus sahaja melepaskan saya, mungkin saya sudah terlalu lewat gamaknya.

Maka saya pon berjalan pantas, hati berbunga riang, ke arah kapal terbang yang akan berlepas ke Kota Bahru dalam sedikit masa sahaja lagi. Tidak sehingga saya sudah masuk ke dalam pesawat barulah hati saya berasa betul-betul lega. Subhanalllah.. Walhamdulillah.. Allahu Akbar..!

Ketika sudah berada di dalam pesawat, wajah Inche Papalah yang pertama sekali saya cari. dan sejurus selepas melihat kelibatnya, saya hanya tersengih-sengih hensem. Wahahaha.. Dan Puan Mama amat jelas gembira melihatkan kelibat saya. Alhamdulillah..

At last I can fly...! Walaupon dengan Udara Asia.. Alhamdulillah.. ;) [Kredit Gambar]

Jadi mari kita susun mengikut kronologi apa yang berlaku kepada saya pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas..

  1. Mula-mula terpaksa menunggu lama di dalam bas langit sebelum ia bertolak ke LCCT
  2. Tiba lewat di LCCT. Terpaksa berlari pecut ala-ala Watson Nyambek mencari-cari kaunter daftar masuk
  3. Terlepas penerbangan buat pertama kali dalam sejarah hidup
  4. Bangun seawal 5 pagi pada keesokan harinya untuk ke LCCT
  5. Tertinggal beg duit, maka tidak ada dokumen pengenalan diri
  6. Dilayan dengan sungguh mengechiwakan oleh pihak polis hey!
  7. Hilang wang saku yang diberi oleh Puan Mama
  8. Menggelabah masuk ke dalam terminal penerbangan bagi mengejar pesawat
  9. Alhamdulillah sempat menaiki pesawat dan tiba di Kota Bahru kurang lebih jam 9 pagi (penerbangan terlewat)
Sebenarnya begitu banyak pengajaran dan pelajaran yang dapat saya ambil daripada kejadian yang berlaku kepada diri saya. Terlalu banyak sehinggakan kalau nak sebut di sini, terpaksalah saya menulis satu post khas untuk tujuan itu pula. Hohohoho..

Tetapi di dalam banyak-banyak pengajaran dan ibrah yang ada, saya paling suka dengan fakta dan hakikat yang lebih banyak ujian dan mehnah yang diterima oleh seseorang itu, maka itu tandanya Allah sayang dan ingat padanya.

Harapnya itulah hakikatnya pada apa yang berlaku kepada saya.

Kerana sekiranya itulah hakikatnya, maka saya redha dengan segala mehnah dan tribulasi yang melanda. Senyum riang.

Oh satu lagi. Jangan sesekali melengah-lengahkan solat. No no. Bencana besar akibatnya nanti! Hoh.

-gabbana-

Alhamdulillah beg duit saya ada di rumah setelah disahkan oleh Inche Abang. Mujurlah ia bukan hilang dicopet. ;)

Ini.. Ini.. Sungguh Mencabar Sehinggakan Indiana Jones Pun Pasti Cemburu!

Udara Asia: Kini SEMUA ORANG boleh terbang. [Kredit Gambar]

Seperti yang anda sudah baca pada post saya yang lepas, saya telah menghabiskan cuti hujung minggu saya di kampung terchenta di Kota Bahru Kelantan.

Alhamdulillah, malam tadi kurang lebih pukul 11.15 malam, saya dan keluarga selamat tiba di rumah, selepas penerbangan kami tergendala selama 45 minit kurang lebih. Inche Papa masih di kampung kerana mahu menghabiskan masa yang lebih lama di sana. Tidak mengapalah, itu memanglah kampung tanah tumpah darahnya.

Oh kejadian kapal terbang terlambat malam semalam bukanlah lamputinggi (Baca: Highlight) untuk kisah dan perkongsian saya pada kali ini. Takkanlah tajuk post yang begitu pom pom pom bergaya hanya mahu menceritakan kapal terbang yang terlambat sedikit. Oh itu tidak cukup sensasi. 

Kisah pengembaraan eksplorasi Petrosains, eh. Kisah perjalanan pulang ke kampung saya menjadi sungguh mencabar dan mengujakan pada hari pertama lagi. Petang itu, selepas habis bekerja, saya bertemu dengan keluarga di KL Sentral dan dari sana, kami mengambil bas langit (Baca: Skybus) untuk ke LCCT. Kami menaiki bas pada pukul enam petang dan tidak sehingga pukul enam setengah petang barulah bas itu bertolak. Terima kasih Udara Asia atas perkhidmatan bas langit anda yang sungguh cekap dan menepati masa.

Inche Tony, boleh tak saya nak bakar sahaja bas langit anda..? [Kredit Gambar]
Sudah menjadi ketentuanNya, jalan pada hari itu sesak ekstravaganza. Orang bergegas hendak pulang ke rumah, nak sambut Santa Klaus masuk ikut cerobong asap katanya dan jamu si tua berjanggut gebu itu dengan biskut cokelat dan susu rendah lemak. Jadi kalau rumah yang tiada cerobong asap bagaimana? Ah pedulikan. Maka disebabkan si tua itu, kami semua tersekat di dalam kesesakan jalan raya untuk suatu tempoh yang saya sendiri tidak dapat pastikan berapa lama dek aktiviti menghasilkan air liur basi sepanjang perjalanan. Wahahaha..

Tapi saya pasti cukup lama kerana by the time saya dah bangun, perjalanan kami masih jauh lagi dari LCCT. Penerbangan kami pada malam itu adalah pada pukul 8.50. Pukul 8 malam kami masih belum nampak pon batang hidung LCCT mahu pon Tony Fernandez. Ah bagaimana ini? Yang lebih menggembirakan dan terasa seperti hendak lari lompat tinggi-tinggi di Taman Tasik Perdana adalah si pemandu bas langit yang kelihatannya langsung tidak mempedulikan fakta yang basnya sudah terlewat lebih setengah jam daripada jadual. Saya sungguh kagum dengan ketenangan yang terpancar di wajahnya. Cis.

Pukul 8.10. Peluh sudah membasahi ketiak. Ok tipu. Tapi memang sudah cemas, tidak senang duduk. Jantung berdegup lebih pantas dan cergas daripada biasa. Mengikut peraturan yang digariskan oleh pihak Udara Asia, kaunter periksa masuk akan ditutup 45 minit sebelum penerbangan. Arakian secara otomatiknya, kaunter periksa masuk kami telah pun ditutup. Peluh besar.

Akhirnya kami tiba di LCCT kurang lebih pukul 8.15 malam. Selepas menyambar beg di tempat simpanan bagasi bas, saya ditugaskan untuk berlari pecut mencari tempat untuk memeriksa masuk. Oh ketika itu saya rasa kalau dolu-dolu ketika masih bersekolah dan saya lari begini punya laju, sudah pasti saya akan dipilih tanpa sebarang soal jawab menjadi wakil sekolah dalam acara lari berganti-ganti empat ratus meter hey!

Kemudian ketika saya sampai di garisan penamat di terminal berlepas, peluh besar mengalir laju dan batu konkrit jatuh menghempap kepala. Realiti sungguh menyakitkan. Ini LCCT dan bukannya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Manusia berduyun-duyun memenuhi segenap ruang di situ dan kaunter pemeriksaan masuk juga ada berdosen-dosen. 

Bayangkan sahajalah terpaksa mencari kaunter periksa masuk di dalam keadaan seperti ini sekian terima kasih. [Kredit Gambar]
Paparan maklumat juga langsung tidak membantu memandangkan kami sudah terlewat. Hanya tertulis 'Closed' pada destinasi Kota Bahru. Adeh. Namun tindakan segera perlu diambil. Masih ada masa untuk kami menaiki kapal terbang ke Kota Bahru itu! Tiada yang mustahil! Ayuh! Ok tiba-tiba macam bersemangat sikit.

Saya mencuba-cuba untuk periksa masuk melalui mesin periksa masuk yang banyak disediakan di situ. Gagal. Cuba lagi. Gagal. Loser sungguh. Maka setelah berlari ke sana dan ke sini mencari kaunter untuk mendaftar masuk, kami akhirnya disuruh ke kaunter X untuk periksa masuk. Sedikit lega; masih ada harapan di hujung jalan.

Setibanya kami di kaunter X, ada sepasang manusia omputeh yang juga senasib seperti kami; mereka juga hendak ke Kota Bahru dan mereka juga terlewat. Ada seorang anak muda yang bertugas menjaga kaunter X. Selepas menerangkan kepadanya situasi kami, mukanya sedikit berkerut. 

Anak Muda Kaunter X: Dah tutup ni, dah tak boleh naik dah.
Puan Mama: Tapi dik, kami bukan sengaja nak lambat ni. Bas yang lambat, sesak teruk tadi.
Anak Muda Kaunter X: Tak boleh buat dah ni. Orang semua dah naik dah kapal terbang.
Puan Mama: Ala dik, tolonglah. Kami lambat lima minit je ni.
Anak Muda Kaunter X: Ni bukan masalah boleh tolong ke tak, ni masalah system. System dah tutup ni.. Nanti saya cuba kol kawan saya..
Puan Mama: Takpe, bagi akak cakap dengan pegawai yang bertugas. Siapa pegawai yang bertugas?
Anak Muda Kaunter X: Sayalah pegawai yang bertugas..

(Wahahaha.. Dialog of the year. Tak boleh belah!)

Akhirnya memang kompem dah kami terlewat. Dah takde harapan. Si anak muda kaunter X itu cukup baik hati, et lis nampaklah juga usaha untuk membantu kami. Walaupon kami curiga juga sebenarnya sama ada di betul-betul mengekol dan mengesms kawannya atau buat-buat sibuk kerana takut/malas melayan karenah kami yang pelbagai. Hohohoho..

Tapi eceli agak kagum dan respek dengan ketegasan anak muda itu dan Udara Asia secara keseluruhannya. Yalah, kalau setiap kali ada orang datang merayu untuk dilepaskan dan dibantu seperti itu dan setiap kali itu jugalah pihak Udara Asia 'berbaik hati,' maka akan ramailah manusia-manusia yang tidak bermoral dan berakhlak mazmumah yang akan mengambil kesempatan. Uh oh pastinya bukan keluarga kami kerana kami sejujurnya terdesak dan tambahan pula, kami adalah keluarga yang cukup bersopan santun dan berbudi bahasa serta berakhlak mahmudah! Wahahaha.. ;D

Akhirnya kami diberikan tiket gantian pada esok pagi memandangkan penerbangan yang kami tertinggal itu adalah penerbangan terakhir ke Kota Bahru untuk malam itu. Mujurlah kami tidak perlu membuat sebarang bayaran ekstra. Terima kasih Udara Asia (walaupun saya masih tidak berpuas hati dengan perkhidamatan bas langit anda)!

Maka secara rasminya, itu adalah pertama kali dalam sejarah hidup saya, saya tertinggal penerbangan! Hoorraaayyyy! ^_^" Alhamdulillah..

Setelah bersyura sesama ahli keluarga, kami memutuskan untuk pulang ke rumah sahaja pada malam itu dan datang semula pada esok pagi. Penerbangan kami pada keesokan harinya adalah pada pukul 7.35 pagi. Jadi kami terpaksa meninggalkan rumah pada pukul 5.30 pagi lagi. Peluh kecil. Mujurlah Inche Papa mempunyai kenalan pemandu teksi yang sudi menghantar kami seawal itu.

Setibanya kami di rumah kurang lebih pukul 11 malam, terus kami meletakkan segala mak nenek beg dan bagasi yang ada, dan bergegas ke Restoran Tom Yam Feveret sekeluarga akibat perut yang tidak dijamah dengan apa-apa semenjak kami mengambil bas langit di KL Sentral pada petang tadi.

Mungkin itulah hikmahnya kami terlepas penerbangan; dapat makan udang goreng tepung dan sup ekor lazat tahap Ten Shin Han dan ikan bawal goreng bersambal sedap sedaaaaapppp pada malam itu! o___O

Oh anda ingat cerita ini sudah tamat di sini? Wahahaha.. Bukan Inche gabbanalah namanya kalau pengembaraan yang sungguh mencabar dan bergaya ini tamat di sini!

Nantikan sambungannya (kerana saya sudah penat menulis ^__^") untuk mengetahui kesudahan pengembaraan penuh saspens dan adrenalin abad ini! Hohoho.. ;)

-gabbana-



Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP