Sepuluh Tips Untuk Kekal Hot & Bergaya!
Tips-tips ini diperturunkan kepada saya oleh nenek kebayan Gunung Halilintar Embun Seputeh ketika saya sedang menuntut ilmu persuratan ekonomi serantau sewaktu ketika dahulu.
Sama ada berkesan atau tidak, kena cuba dahululah baru tahu! Tetapi menurut nenek kebayan, kompem berkesan jaminan 100% dengan warranty 10 tahun! Woah..
So apa tips-tips nya..? Pasti anda sudah tidak sabar-sabar hendak mengetahuinya bukan..?
Baiklah.
Jeng jeng jeng..
*ehem ehem*
Ta da...!
(Oyy cepatlah...! Banyak pulak intro dia...! Pfffttt..!)
Wahahaha.. Ok ok. Chill boleh tak..? ;)
Dengan ini, saya mempersembahkan...
*clap clap clap*
10 Tips Untuk Anda Terus Kekal Hot, Anggun dan Bergaya!
- Perbanyakkan baca al-Quran. Et lis 2 muka sehari.
- Perbanyakkan zikrullah. Paling-paling koman pon baca doa-doa Maathur sekali sehari.
- Selalu dalam keadaan berwudhu'. Kalau kentut je terus pergi ambil yang baru.
- Rajin-rajinkan diri untuk solat sunat. Dhuha dan witir kalau boleh jangan tinggal. Ekele, 2/3 rakaat je pon!
- Sayangi orang di sekeliling anda. Hormati mereka, layan mereka sepertimana anda mahu dilayan. Juga hargai dan cintai kedua ibu bapa dan keluarga anda!
- Bersukan dan jaga kesihatan anda. Uiisssh, ni penting sangat. Kalau hari-hari dok melantak nasi lemak roti canai teh tarik, bagaimana nak kekal canggih dan anggun?
- Tidur awal dan bangun awal. Bukan tidur awal bangun lambat. Tidur lambat bangun awal boleh konsider lagi la, walaupon tidak berapa elok untuk
kecantikankesihatan tubuh badan. - Cuba sedaya-upaya untuk qiam dan lakukan solat malam. Yang ini kompem boleh buatkan minda anda segar dan meningkatkan kapasiti jiwa anda. Tapi of kos la niat tu semata-mata kerana Allah.
- Selalu berdampingan dengan orang-orang yang soleh dan baik-baik. Dengan siapa kita berkawan mencerminkan diri kita juga. Bak kata Nabi SAW, kalau berkawan dengan tukang buat minyak wangi, maka wangilah badan kita..!
- Join dan aktif dalam usrah. Ni kompem sekompem-kompemnya akan buat anda terlalu amat kool...! ;D
Amacam...? Senang je kan..?? Eleh, kalau tengok TV Telenovela Kirana Nur Kasih bagai berjam-jam boleh, takkanlah nak buat 10 benda yang sempoi dan tak makan banyak masa ni tak boleh..?
Kalau gi shopping bercuti berseronok sampai nak pengsan boleh, takkanlah nak luang masa untuk Allah tak boleh..?
Kalau gi shopping bercuti berseronok sampai nak pengsan boleh, takkanlah nak luang masa untuk Allah tak boleh..?
Kalau sanggup berfesbuk berbelog bagai, sampai sanggup duduk depan komputer berjam-jam semata-mata nak tunggu komen, notifikasi dan dinding-dinding (Baca:Wall) baru, takkanlah nak berkorban sedikit tak boleh.. Kan..?
Lagi pon, semua ni untuk anda juga..! Kan dah tertulis di situ, tips-tips ni untuk menjadikan anda kekal panas, anggun, cun, meletop, unggul dan bergaya...?? Wahahaha..
Belum cuba belum tahu, tahu..??
=)
Allahu a'lam.
-gabbana-
Dah tulis ni, nampaknya saya pon kena berusaha bersungguh-sungguh la untuk amalkan.. ^__^"
15 Caci Maki Puji Muji:
owh..anda mmg bergaya+anggun+hensem...ence gabbana
lolz
tips daripada Inche Hot itu sendiri.. haha =)
insyaallah bang. haha.
wooo DELF A2 mesti lagi siksa kan kan?
DELF A1 pun kena cheat hihi!
Insya Allah .... marilah sama-sama kita menjayakannya..
imran: *koff koff* ko nak pape dari KL ke nih..? hihihi..
clarky: seksa nak mamp*s. Seb baik lulus.. huhu..
aiman: eh...? thihihihi.. *tersipu-sipu malu*
cikgu: woah! ini satu penghormatan! terima kasih kerana sudi datang melawat ke belog ini! ;D
coolio :)
terima kasih utk ingatan dan tips yg hangat.
aura yg baik dan positif juga amat membantu iA
semua itu juga dtg drpd hati yg bersih dn suci
inshaAllah akan menarik perkara2 positif juga
[waahh, berbunyi mcm pakar dalam law of attraction pula]
anyaway, tips ke 10 mmg sgt bergaya!
semoga Allah memberkahi kamu
haha...c0mel je tips die...=.)
arissa: jzkk. tidak terkata.. ;)
sue: penulisnya pon comel juge..! wahahaha.. erk. ^__^"
bagus tips2 ni..harap boleh dikongsi dgn semua :)
tihara: silalah kongsi-kongsikan! moga bermanfaat, iAllah.. ;) terima kasih anda!
okay , saye rase cool ! im the best . Btw , thanx yaa ! Pstt , kwn saye dah terpikat dgn pndekatan tarbiyyah INCHE . most tenkiu ;)
Post a Comment