Ini.. Ini.. Sungguh Mencabar Sehinggakan Indiana Jones Pun Pasti Cemburu!
Udara Asia: Kini SEMUA ORANG boleh terbang. [Kredit Gambar] |
Seperti yang anda sudah baca pada post saya yang lepas, saya telah menghabiskan cuti hujung minggu saya di kampung terchenta di Kota Bahru Kelantan.
Alhamdulillah, malam tadi kurang lebih pukul 11.15 malam, saya dan keluarga selamat tiba di rumah, selepas penerbangan kami tergendala selama 45 minit kurang lebih. Inche Papa masih di kampung kerana mahu menghabiskan masa yang lebih lama di sana. Tidak mengapalah, itu memanglah kampung tanah tumpah darahnya.
Oh kejadian kapal terbang terlambat malam semalam bukanlah lamputinggi (Baca: Highlight) untuk kisah dan perkongsian saya pada kali ini. Takkanlah tajuk post yang begitu pom pom pom bergaya hanya mahu menceritakan kapal terbang yang terlambat sedikit. Oh itu tidak cukup sensasi.
Kisah pengembaraan eksplorasi Petrosains, eh. Kisah perjalanan pulang ke kampung saya menjadi sungguh mencabar dan mengujakan pada hari pertama lagi. Petang itu, selepas habis bekerja, saya bertemu dengan keluarga di KL Sentral dan dari sana, kami mengambil bas langit (Baca: Skybus) untuk ke LCCT. Kami menaiki bas pada pukul enam petang dan tidak sehingga pukul enam setengah petang barulah bas itu bertolak. Terima kasih Udara Asia atas perkhidmatan bas langit anda yang sungguh cekap dan menepati masa.
Inche Tony, boleh tak saya nak bakar sahaja bas langit anda..? [Kredit Gambar] |
Sudah menjadi ketentuanNya, jalan pada hari itu sesak ekstravaganza. Orang bergegas hendak pulang ke rumah, nak sambut Santa Klaus masuk ikut cerobong asap katanya dan jamu si tua berjanggut gebu itu dengan biskut cokelat dan susu rendah lemak. Jadi kalau rumah yang tiada cerobong asap bagaimana? Ah pedulikan. Maka disebabkan si tua itu, kami semua tersekat di dalam kesesakan jalan raya untuk suatu tempoh yang saya sendiri tidak dapat pastikan berapa lama dek aktiviti menghasilkan air liur basi sepanjang perjalanan. Wahahaha..
Tapi saya pasti cukup lama kerana by the time saya dah bangun, perjalanan kami masih jauh lagi dari LCCT. Penerbangan kami pada malam itu adalah pada pukul 8.50. Pukul 8 malam kami masih belum nampak pon batang hidung LCCT mahu pon Tony Fernandez. Ah bagaimana ini? Yang lebih menggembirakan dan terasa seperti hendak lari lompat tinggi-tinggi di Taman Tasik Perdana adalah si pemandu bas langit yang kelihatannya langsung tidak mempedulikan fakta yang basnya sudah terlewat lebih setengah jam daripada jadual. Saya sungguh kagum dengan ketenangan yang terpancar di wajahnya. Cis.
Pukul 8.10. Peluh sudah membasahi ketiak. Ok tipu. Tapi memang sudah cemas, tidak senang duduk. Jantung berdegup lebih pantas dan cergas daripada biasa. Mengikut peraturan yang digariskan oleh pihak Udara Asia, kaunter periksa masuk akan ditutup 45 minit sebelum penerbangan. Arakian secara otomatiknya, kaunter periksa masuk kami telah pun ditutup. Peluh besar.
Akhirnya kami tiba di LCCT kurang lebih pukul 8.15 malam. Selepas menyambar beg di tempat simpanan bagasi bas, saya ditugaskan untuk berlari pecut mencari tempat untuk memeriksa masuk. Oh ketika itu saya rasa kalau dolu-dolu ketika masih bersekolah dan saya lari begini punya laju, sudah pasti saya akan dipilih tanpa sebarang soal jawab menjadi wakil sekolah dalam acara lari berganti-ganti empat ratus meter hey!
Kemudian ketika saya sampai di garisan penamat di terminal berlepas, peluh besar mengalir laju dan batu konkrit jatuh menghempap kepala. Realiti sungguh menyakitkan. Ini LCCT dan bukannya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Manusia berduyun-duyun memenuhi segenap ruang di situ dan kaunter pemeriksaan masuk juga ada berdosen-dosen.
Bayangkan sahajalah terpaksa mencari kaunter periksa masuk di dalam keadaan seperti ini sekian terima kasih. [Kredit Gambar] |
Paparan maklumat juga langsung tidak membantu memandangkan kami sudah terlewat. Hanya tertulis 'Closed' pada destinasi Kota Bahru. Adeh. Namun tindakan segera perlu diambil. Masih ada masa untuk kami menaiki kapal terbang ke Kota Bahru itu! Tiada yang mustahil! Ayuh! Ok tiba-tiba macam bersemangat sikit.
Saya mencuba-cuba untuk periksa masuk melalui mesin periksa masuk yang banyak disediakan di situ. Gagal. Cuba lagi. Gagal. Loser sungguh. Maka setelah berlari ke sana dan ke sini mencari kaunter untuk mendaftar masuk, kami akhirnya disuruh ke kaunter X untuk periksa masuk. Sedikit lega; masih ada harapan di hujung jalan.
Setibanya kami di kaunter X, ada sepasang manusia omputeh yang juga senasib seperti kami; mereka juga hendak ke Kota Bahru dan mereka juga terlewat. Ada seorang anak muda yang bertugas menjaga kaunter X. Selepas menerangkan kepadanya situasi kami, mukanya sedikit berkerut.
Anak Muda Kaunter X: Dah tutup ni, dah tak boleh naik dah.
Puan Mama: Tapi dik, kami bukan sengaja nak lambat ni. Bas yang lambat, sesak teruk tadi.
Anak Muda Kaunter X: Tak boleh buat dah ni. Orang semua dah naik dah kapal terbang.
Puan Mama: Ala dik, tolonglah. Kami lambat lima minit je ni.
Anak Muda Kaunter X: Ni bukan masalah boleh tolong ke tak, ni masalah system. System dah tutup ni.. Nanti saya cuba kol kawan saya..
Puan Mama: Takpe, bagi akak cakap dengan pegawai yang bertugas. Siapa pegawai yang bertugas?
Anak Muda Kaunter X: Sayalah pegawai yang bertugas..
(Wahahaha.. Dialog of the year. Tak boleh belah!)
Akhirnya memang kompem dah kami terlewat. Dah takde harapan. Si anak muda kaunter X itu cukup baik hati, et lis nampaklah juga usaha untuk membantu kami. Walaupon kami curiga juga sebenarnya sama ada di betul-betul mengekol dan mengesms kawannya atau buat-buat sibuk kerana takut/malas melayan karenah kami yang pelbagai. Hohohoho..
Tapi eceli agak kagum dan respek dengan ketegasan anak muda itu dan Udara Asia secara keseluruhannya. Yalah, kalau setiap kali ada orang datang merayu untuk dilepaskan dan dibantu seperti itu dan setiap kali itu jugalah pihak Udara Asia 'berbaik hati,' maka akan ramailah manusia-manusia yang tidak bermoral dan berakhlak mazmumah yang akan mengambil kesempatan. Uh oh pastinya bukan keluarga kami kerana kami sejujurnya terdesak dan tambahan pula, kami adalah keluarga yang cukup bersopan santun dan berbudi bahasa serta berakhlak mahmudah! Wahahaha.. ;D
Tapi eceli agak kagum dan respek dengan ketegasan anak muda itu dan Udara Asia secara keseluruhannya. Yalah, kalau setiap kali ada orang datang merayu untuk dilepaskan dan dibantu seperti itu dan setiap kali itu jugalah pihak Udara Asia 'berbaik hati,' maka akan ramailah manusia-manusia yang tidak bermoral dan berakhlak mazmumah yang akan mengambil kesempatan. Uh oh pastinya bukan keluarga kami kerana kami sejujurnya terdesak dan tambahan pula, kami adalah keluarga yang cukup bersopan santun dan berbudi bahasa serta berakhlak mahmudah! Wahahaha.. ;D
Akhirnya kami diberikan tiket gantian pada esok pagi memandangkan penerbangan yang kami tertinggal itu adalah penerbangan terakhir ke Kota Bahru untuk malam itu. Mujurlah kami tidak perlu membuat sebarang bayaran ekstra. Terima kasih Udara Asia (walaupun saya masih tidak berpuas hati dengan perkhidamatan bas langit anda)!
Maka secara rasminya, itu adalah pertama kali dalam sejarah hidup saya, saya tertinggal penerbangan! Hoorraaayyyy! ^_^" Alhamdulillah..
Setelah bersyura sesama ahli keluarga, kami memutuskan untuk pulang ke rumah sahaja pada malam itu dan datang semula pada esok pagi. Penerbangan kami pada keesokan harinya adalah pada pukul 7.35 pagi. Jadi kami terpaksa meninggalkan rumah pada pukul 5.30 pagi lagi. Peluh kecil. Mujurlah Inche Papa mempunyai kenalan pemandu teksi yang sudi menghantar kami seawal itu.
Setelah bersyura sesama ahli keluarga, kami memutuskan untuk pulang ke rumah sahaja pada malam itu dan datang semula pada esok pagi. Penerbangan kami pada keesokan harinya adalah pada pukul 7.35 pagi. Jadi kami terpaksa meninggalkan rumah pada pukul 5.30 pagi lagi. Peluh kecil. Mujurlah Inche Papa mempunyai kenalan pemandu teksi yang sudi menghantar kami seawal itu.
Setibanya kami di rumah kurang lebih pukul 11 malam, terus kami meletakkan segala mak nenek beg dan bagasi yang ada, dan bergegas ke Restoran Tom Yam Feveret sekeluarga akibat perut yang tidak dijamah dengan apa-apa semenjak kami mengambil bas langit di KL Sentral pada petang tadi.
Mungkin itulah hikmahnya kami terlepas penerbangan; dapat makan udang goreng tepung dan sup ekor lazat tahap Ten Shin Han dan ikan bawal goreng bersambal sedap sedaaaaapppp pada malam itu! o___O
Oh anda ingat cerita ini sudah tamat di sini? Wahahaha.. Bukan Inche gabbanalah namanya kalau pengembaraan yang sungguh mencabar dan bergaya ini tamat di sini!
Nantikan sambungannya (kerana saya sudah penat menulis ^__^") untuk mengetahui kesudahan pengembaraan penuh saspens dan adrenalin abad ini! Hohoho.. ;)
12 Caci Maki Puji Muji:
terlepas penerbangan?:)kota bharu yg redup mendung pagi ini..
sampai skrg tak penah berpuas hati dgn airasia...tp tak puas ati pon terpaksa naik jugak...kuang kang kang..
btw, baik2 ketika berlari pecut, teringat kisah arwah hani mohsin,gara2 kejar flite, trus collapsed..jaga jantung anda, sbb ia berharga, elakkan makanan berkolesterol...(iklan kesihatan sebentar)
Inche Tony bekenan dengan anda tuh... die dok perhati dari jauh..
tu pasal die kasik tiket free...
^_^
gila melertz sampai boleh tertinggal penerbangan. ahaha tak sadis encik gabbana. sem lepas saya terpaksa mengejar bas atas highway sebab tertinggal. lama sangat ambil masa di RnR. masuk bas sumpah malu gila. dengan baju berpeluh-peluh. huuhuhu
maza: mungkinkah kota bahru sayu dengan peninggalan saya..? hihihi..
p/s: oh anda org kota bahrukah..? ;)
helianthus: sebab murah kan..? kan..?? hehe..
oh terima kasih atas peringatan itu. iAllah saya sihat2 sahaja dan doakan agar Allah akan terus kurniakan saya dengan kesihatan ini. ;) Alhamdulillah..
aiman: errr... *garu kepala* bekenan yg mcm mana tu aiman? kalau bekenan nak soh gantikan dia jadi CEO ok gak tuh..! Wahahaha.. ;D
eh eceli penah jumpa tau tony fernandez in person.. ;)
inche hamdan: woah..??? wahahahaha.. sgt bergaya inche hamdan!! respek respek.. hihihih.. ;)
owh...rase dah berzaman x bace blog inche gabbana nih...
sadis nyer kene tinggal flight...
ape kate next time inche try naek firefly plak utk blk kb...
tp inche firefly x bas la~~
p/s: btw kampung n rumah sy pon kat kb~~
Macam kena tinggal bas ekspress kan...haha..
xpenah naik flight ke KB,,jalan kaki je selalunya dari Ipoh-KB
SN! Tula.. dah lama tak nampak batang hidung anda.. hihihi..
SN saya rasa saya tahulah anda siapa.. wahahaha.. ^^
jalan kaki...?? o___O
anda ni dari planet mana...?
Post a Comment