Langsir Dua Sifar Satu Sifar Dilabuhkan
[Kredit Gambar] |
Malam ini, tepat jam dua belas tengah malam waktu Malaysia, Inche Gregori 2010 akan melabuhkan
(Nota: Gregori adalah tahun matahari sedangkan Hijri adalah tahun bulan)
Melihat kembali ke belakang, dekad pertama alaf baru ini secara amnya, dan tahun 2010 secara khususnya banyak menggamit memori, sama ada masam mahupon kepam manis. Tidak perlulah saya menyenaraikan satu persatu peristiwa-peristiwa besar yang berlaku sepanjang sepuluh tahun yang lampau kerana sekiranya saya berbuat demikian, sudah pastilah post ini tidak akan sempat dihabiskan sebelum tahun baru melangkah masuk. Dan sekiranya anda mahu tahu juga apa yang berlaku sepanjang tahun ini mahupun dekad pertama alaf ini, sila rujuk surat khabar Nanyang Siang Pao. Hihihi..
Untuk diri sendiri, tahun 2010 pastinya meninggalkan banyak kenangan yang mungkin sukar untuk dilupakan buat selamanya.
Pada tahun inilah saya bergelar seorang graduan Ekonomi secara rasminya, setelah tiga tahun menuntut di Sekolah Ekonomi London. Tetapi itu juga bermakna saya terpaksa meninggalkan saabat-sahabat baik di London, meneruskan perjuangan mereka di sana. Sedih.
Saya hanyalah graduan sebuah sekolah, dan bukan universiti! ^__^" |
Tahun ini menyaksikan saya bergelar seorang Kuli Cacai Eksekutif di syarikat yang bertanggungjawab menaja pelajaran saya. Pengalaman melangkah ke alam pekerjaan merupakan suatu pengalaman yang unik yang penuh dengan cabaran.
Tahun ini juga menjadi saksi, belog Angel Pakai Gucci ini menjadi lebih aktif dan ceria. Juga jumlah pembaca dan peminat (eh..?) yang lebih ramai. Alhamdulillah.. Terima kasih semua! ;)
Oh terlalu banyak memori yang berlaku untuk dinukilkan di dalam post belog ini. Tidak mengapalah. Biarlah saya menyimpannya di dalam kotak memori di kepala sahaja.
Apakah yang menanti saya pada tahun 2011..? Allahu A'lam.
Tetapi sudah pastinya saya mengharapkan tahun baru ini akan menjadi suatu tahun yang jauh lebih baik daripada 2010, dalam segala hal. Insha-Allah..
Tetapi sudah pastinya saya mengharapkan tahun baru ini akan menjadi suatu tahun yang jauh lebih baik daripada 2010, dalam segala hal. Insha-Allah..
Kembali ke masa lampau untuk bermuhasabah, agar ada masa hadapan yang jauh lebih cerah! [Kredit Gambar] |
Saya berharap saya akan menjadi seorang anak yang lebih baik, dapat menjinakkan amarah saya di samping menjadi seorang pemuda yang lebih bersabar dan tidak gopoh. Saya mengimpikan untuk membawa masuk kedua orang tua terchenta ke dalam sorgaNya yang kekal abadi..! Insha-Allah.. Dan sudah tentunya menjadi seorang lelaki yang lebih kacak dan bergaya! Wah..!
Juga berharap dapat menjadi seorang pekerja yang komited, berdedikasi dan ikhlas. Tidak perlulah membodek itu semua. Cukuplah semua orang senang dengan saya dan saya tidak menyusahkan mereka. Senyum.
Oh mungkin akan memulakan perniagaan kecil-kecilan. Harapnya akan berjaya juga, Insha-Allah. Nantikannya ya..?
Oh mungkin akan memulakan perniagaan kecil-kecilan. Harapnya akan berjaya juga, Insha-Allah. Nantikannya ya..?
Kahwin..? Wahahaha.. Sudah nak bernanah telinga saya mendengar soalan cepmas itu. Tunggulah. Saya serahkan segala-galanya kepada Dia. ^^
Of koz saya juga mengharapkan agar belog ini akan terus kekal relevan kepada anda semua. Doakan agar Allah akan terus kurniakan saya dengan kekuatan dan kemahuan untuk menulis. Besar harapan saya agar belog ini akan menjadi sangat amat paling bermanfaat untuk anda semua. Semoga menjadi salah satu pelaburan saya untuk Amanah Saham Sorga saya di akhirat kelak, Insha-Allah.
Paling penting, saya amatlah berharap agar saya akan terus kekal tsabat (setia, terus bersama) di atas jalan dakwah ini. Inilah satu-satunya jalan yang saya kira dapat membantu saya memperoleh redhaNya. Semoga saya tidak futur dan lari jauh daripadanya.. =(
"Ya Allah, kurniakan aku dengan kekuatan untuk terus bersama saff perjuangan Islam ini, untuk memenangkan agamaMu ini Ya Allah! Pilihlah aku Ya Allah! Jangan singkirkan aku Ya Allah! Semoga tahun 2011 menjadi saksi bahawa aku akan terus terpilih menjadi pejuang deenMu yang tegar! Amin, amin, ya Robbal A'lamin!"
Akhir kata, saya mohon seribu kemaafan seandainya sepanjang anda menjadi pembaca belog ini, ada kata-kata atau perbuatan saya yang mungkin menyinggung perasaan anda. Percayalah, saya adalah seorang lelaki yang sangat baik hati, kool dan bergaya (ya, cepat sedikit muntah hijau tu.. -___-"); arakian tidak mungkin saya berniat keji untuk menyakitkan hati anda semua dengan sengaja. Kita kosong-kosong ok..?
Oh, semoga anda terus setia bersama Angel Pakai Gucci ini! Juga mengharapkan dan berdoa tahun 2011 yang bakal tiba ini akan membawa seribu kebaikan dan kegembiraan untuk anda semua..!
Sayonara Inche Dua Sifar Satu Sifar..! Selamat datang anda, Inche Dua Sifar Satu Satu..! ;)
[Kredit Gambar] |
Sayonara Inche Dua Sifar Satu Sifar..! Selamat datang anda, Inche Dua Sifar Satu Satu..! ;)
-gabbana-
2 Caci Maki Puji Muji:
Salam
Buka Hati ada damai
Buka mata ada terang
Buka kasih ada sayang
Buka kotak komen ada ucapan Selamat Tahun Baru 2011
Semoga semua harapan yang tertunda dapat dikotakan di tahun 2011 ini. Amin.
ikhlas :
Sahabat mayamu,
Imanshah
P/s aiman sanudin sudah dapat KTJ, Act.SC
cikgu: ;) *terharu*
mekaseh. sama untuk anda jua. moga tahun ini memberi anda kebaikan serba serbi, dan lebih baik daripada tahun lepas iAllah..! ^^
haah dah tau. dia ada smsm bgtau ari tu. moga itu yg terbaik untuknya IAllah..
Post a Comment