Saya Nak Bersara Sebagai Murabbi Bolehkah?
[Kredit] |
(Disklemer: Saya kira artikel ini lebih sesuai dibaca oleh anda yang sudah bergelar murabbi/ah. Namun sekiranya tidak, sesuai juga untuk dibaca inshaAllah, dengan syarat anda punya azam dan tekad untuk menjadi seorang murabbi/ah juga suatu hari nanti.
Oh nak jadi murabbu pon boleh; murabbi gebu. Gelak kecil.)
Pernah tak bila-bila dalam hidup anda, anda terasa seperti mahu bersara atau meletakkan jawatan sebagai seorang murabbi?
Untuk apa-apa faktorlah.
Boleh jadi kerana hadek-hadek bulatan anda yang terlalu nakal dan keras kepala. Atau sudah tidak larat melayan karenah mereka yang beraneka rupa. Atau boleh jadi juga kerana bulatan yang anda bawa seperti tidak ke mana-mana; statik tidak bergerak dari dulu sehingga ke hari ini. Atau mungkin anda sudah tidak merasakan lagi ruh membawa bulatan gembira.
Boleh jadi juga anda berasa inferior dengan hadek-hadek bulatan gembira sendiri. Mungkin ada dalam kalangan depa yang hafalannya jauh lebih mengancam daripada anda. Mungkin ada dalam kalangan depa yang amalan hariannya jauh lebih terjaga dan kata orang, tiptoplah! daripada anda. Mungkin juga dalam kalangan depa yang akhlaknya sering membuatkan anda tertunduk malu.
Pernah tak? Mungkin pernah kan?
Saya pernah. Bukan sekali dua. Tetapi lebihlah daripada sekali dua. Eheh.
Semua faktor yang saya sebutkan di atas, saya pernah merasakannya. Sebagai penambah perisa dan penyedap rasa, kadangkala saya merasakan diri saya hipokrit, tidak layak untuk membimbing mereka semua. Iyalah, di dalam bulatan gembira bukan main pompam pompam lagi saya berbicara. Tetapi di belakang mereka, hanya Allah sahaja tahu bagaimana raksasanya saya.
Baling bawang.
Mahu menguruskan manusia bukan suatu tugas yang tuntas dan mudah. Apatah lagi apabila kita berbicara tentang hadek-hadek yang punya latar belakang yang cukup berbeza, yang punya karenah dan perangai yang bermacam rupa! Adeh.
Ya, saya tahu. Saya pernah mengungkapkan hal yang hampir serupa sebelum ini di dalam 'Sekali Sekala Izinkan Murabbi Anda Menggaru Hidungnya' dan 'Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki.' Di dalam kedua-dua tulisan ini saya bangkitkan betapa pentingnya untuk kita menerima sifat manusiawi seseorang itu, walau betapa hebat dan otromennya dia. Bahawa akan masa-masanya kita akan jatuh dan dilanda kefuturan, kerana hakikatnya kita hanyalah seorang manusia!
Namun tidak boleh tidak, saya tidak boleh lari daripada dihantui perasaan itu; perasaan dibelenggu oleh amanah dan tanggungjawab yang besar dalam membimbing mereka yang amat saya chentai kerana Allah itu. Perasaan bersalah yang amat sangat sekiranya gagal memandu dan menghalakan mereka dengan baik. Perasaan seperti mahu terjun gaung apabila melihat hadek-hadek seperti kecewa dengan prestasi saya.
Ini amat membawahkan sekali tahu..??
Apatah lagi apabila menghitung jahiliyyah-jahiliyyah dalam diri... Adoii tak terkira! Tak nak sambung tulis boleh tak?
Sebab aku ke depa ni slow?
Sebab aku kot depa ni jadi macam ni.
Sebab aku lah tu depa degil sangat!
Bisikan-bisikan dan fikiran sebegitu seringkali bermain di dalam kepala saya. Rasa tak layak. Rasa bersalah. Rasa terbeban!
Nanges sambil lari laju-laju.
Aaarrggghhh. Saya nak bersara sebagai murabbi boleh tak..??
Namun kemudian saya dimuhasabahkan oleh diri sendiri. Tak cukup dengan muhasabah, muhasarawak dan muhaperlis sekali. Ok tak kelakar.
Bahawa menjadi murabbi ini sebenarnya adalah suatu anugerah agung dari Allah. Bahawa saya telah 'dipilih' untuk menjadi murabbi; untuk membimbing dan membantu orang lain dalam pengembaraan mencari kebenaran. Bahawa bukan kebetulan, malah sudah menjadi suratan bahawa saya adalah seorang murabbi.
Bukan semua orang mahu jadi murabbi. Bukan semua orang sanggup jadi murabbi. Dan bukan semua orang boleh jadi murabbi.
Ya, menjadi murabbi itu sukar dan penuh mencabar. Namun ia adalah tugas yang cukup mulia kerana anda sanggup mengorbankan masa dan kepentingan diri untuk melihat manusia lain menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.
Ya, menjadi murabbi itu memeningkan dan menyerabutkan kepala. Namun ia memberikan kepuasan yang tidak terhingga apabila melihatkan manusia-manusia yang duduk di bawah asuhan dan bimbingan anda berubah daripada seekor raksasa menggila kepada manusia berjiwa hamba.
Ya, menjadi murabbi itu kadangkala membawahkan dan memberi tekanan jiwa. Namun sungguh, anda sebenarnya sedang menyediakan batu-bata untuk ummah ini bangkit kembali menjadi khalifah dan ustaz kepada dunia.
"Katakanlah, 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."
[Yusuf, 12:108]
"Maka tetaplah engkau (di jalan yang benar) sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah engkau melampaui batas. Sunggu, Dia Maha Melihat apa yang engkau kerjakan."
[Huud, 11:112]
Bersabarlah. Hasilnya mungkin tidak dapat kita tuai hari ini. Malah tidak esok atau pon lusa. Tapi mungkin lima puluh, seratus malah seribu tahun dari sekarang.
Bersabarlah. Yang anda bina dan asuh itu adalah jiwa-jiwa manusia, yang apabila kena dengan gaya dan caranya, akan menjadi jiwa yang basah dan penuh dengan cahayaNya.
Bersabarlah. Apa yang sedang anda lalui hanyalah sekelumit cuma daripada mehnah dan tribulasi yang sudah pernah dilalui oleh generasi terdahulu.
Ketahuilah, bukan kebetulan Allah memilih anda menjadi murabbi kepada ummah ini.
Ketahuilah, anda sebenarnya cukup bertuah menggalas amanah yang cukup besar ini.
Dan ketahuilah, sekiranya anda meletakkan jawatan dan tidak mahu melakukannya lagi, Allah pasti akan menggantikan anda dengan seorang murabbi yang jauh lebih hensem, osem dan bergaya.
"Jika kamu tidak berangkat, nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikankamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pon. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
[at-Taubah, 9:39]
Allah tidak memerlukan kita. Kita lah yang memerlukanNya.
Dakwah sama sekali tidak memerlukan kita. Tetapi kita lah yang sebenarnya membutuhkannya.
Dan tiada siapa pon sebenarnya yang memerlukan kita menjadi murabbi. Tetapi kita menjadi murabbi itu sebenarnya adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.
Murabbi bukanlah satu jawatan. Ia bukan bebanan. Apatah lagi hobi di masa senang. Err.
Tetapi ia adalah amanah. Suatu anugerah. Sebuah hikmah.
Tahu?
-gabbana-
11 Caci Maki Puji Muji:
Hari ini Nabi sudah tiada. Meskipun manusia rosak akhlak dan tidak mahu langsung sembah Allah, Allah tidak akan hantar lagi para nabi kpd kita. Baginda sudah wafat. Tetapi kerja nabi masih belum wafat. Kerja nabi telah diwariskan kepada kita umat baginda s.a.w. Kerja yg wajib kita buat tidak kira siapa kita, meskipun kita cacat, kita bisu, kita buta, wajib bg kita buat kerja ini ikut tertib baginda s.a.w.
maaf tuan, saya tak pandai tapi saya mahu tuan teruskan usaha dakwah tuan...satu perkara apabila kita ckpkan kebesaran Allah kpd umat, kita mesti niatkan percakapan kita utk diri sendiri dan bkn utk tarbiah org.. jika kita dakwah niat utk tarbiah org lain maka kita sendiri tidak akan dpt hidayah apatah lg org yg didakwah..
Beberapa kali saya membuat keputusan untuk meletak jawatan. Saya penat dgn karenah mereka. Namun saya akur, itu bukan kehendak mereka. Mereka masih tidak faham. Dan saya harus berusaha mendidik mereka dengan niat lillahi taala.
Pernah saya menangis kerana banyak perkara yang tidak mampu saya ungkapkan. Dibebani pula masalah peribadi, menyebabkan saya buntu.
DONT.JUST DONT.
Ada masa memang mahu sangat berhenti meneruskan perjuangan itu. Tetapi bila ditanya semula hati..seriyes inche pasti tak senang hati..Chaiyoooook inche..Ramai lagi manusia memerlukan kamu..
Berani kau nak bersara? Lupakan jela. Anyway, entry kau bagus. Senang nk bg jawapan kt org kefuturan... Jzkk!
Jazakallah khairan APG atas entry kali ini. Terima kasih sebab mengembalikan semangat yang dulu ada di dalam diri saya. Semoga kita semua tetap tsabat dan istiqomah di atas jalan ini.
Hidayah itu milik Allah. Mungkin hadir kpd seseorang melalui penulisan anda. Mungkin hadir dlm mimpi or else dr majlis2 Ilmu. Siapa kita dlm menilai baik buruk kerja yg kita lakukan?
Terukan Istiqamah dlm dakwah n kehidupan seharian. Semoga Allah menggandari usahamu. Jkk
tepat!
Betol. Allah memilih kita bukan secara kebetulan. Tarbiyyah yg kita dapat bukan juga secara kebetulan. Dia Maha Mengetahui. Bahkan kita amat bertuah kerana dapat menggalasnya dan sentiasa ingin mengejar redhaNya dgn berpimpin tangan dgn semua org. Bukankan dunia ini hanya untuk berpenat-penatan? 😊
huhu,.. tak tahu kenapa.. skrg usrah sesama murabbi pun rasa kering menambahkan lagi betapa rasa gersang dan hilang keterujaan utk membawa usrah mutarabbi.. =.=
dr. muhaya said, org yg bahagia sahaja boleh membahagiakan .. so how?? T.T
Kadang-kadang, jahiliyah diri sendiri yang terlalu besar membuatkan saya pn rasa nak letak jawatan. nak stop and take a step back kjp. muhasabah. bila diri dah stabil baru start balik. apa pendpt APG?
Post a Comment