30 January 2012

Sekali Sekala Izinkan Murabbi Anda Menggaru Hidungnya

[Kredit]

Ya, anda menginginkan seorang murabbi/ah yang sehebat Sailor Moon (Dari segi kestariaan dan keosemannya, dan bukan dari segi pemakaian. Peluh.) atau Doraemon, yang boleh menyelesaikan apa jua masalah anda, tidak kiralah sesukar mana pon masalah atau kerunsingan yang sedang anda hadapi. 

Anda juga membayangkan murrabi/ah anda adalah seorang yang hampir sempurna; mempunyai qudwah hebat yang tidak pernah menghampakan anda. Di dalam kepala anda, seolah-olahnya murabbi/ah anda adalah seorang adiwira yang sedang berdiri gagah perkasa menghadap matahari yang hampir terbenam, sambil angin sepoi-sepoi bahasa bertiup mesra menampar tubuh dan wajah mereka dan mata mereka bersinar-sinar terang penuh semangat dan kewajaan. 

Murabbi/ah andalah segala-galanya. Anda bergantung harap kepadanya, mengharapkan kasih-sayang sepenuhnya lagi tidak berbelah bahagi daripadanya. Anda juga mengharapkan agar murabbi/ah anda dapat memberikan kasih-sayang yang sama rata kepada semua hadek-hadek bulatan gembira, tanpa ada pilih bulu mahupon sayang isteri muda. Eh. Pada anda, tidak wajar dan patut sekiranya murabbi/ah anda menyayangi sesiapa lebih daripada orang lain. Bukankah itu tanggungjawab seorang murabbi/ah, membimbing semua hadek-hadeknya dengan penuh kasih-sayang dan rasa amanah yang telus lagi ikhlas..? (Ironinya, di dalam hati anda, ada harapan juga agar andalah yang menjadi anak buah kesayangan murabbi/ah anda. Choyyy.)

Wah, bunyinya seperti kisah dongeng dahulu-kala. 

Anda, sedarlah daripada mimpi siang dan angan-angan itu. Bangunlah daripada mimpi ngeri yang penuh dengan misteri lagi raksasa gorgon bertanduk tiga, berhidung kembang dan berbulu panjang. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Murabbi dan murabbiah anda adalah seorang manusia biasa. Ya, manusia seperti anda, Suhaila Kamaruddin, Lee Wong Jeon dan Nelson Mandela. Berkaki dua, bertangan dua, berjari dua puluh (termasuk jari-jemari kaki), bermulut satu, berhidung satu, bermata dua, bertelinga dua dan cukup organ-organ yang lain juga, sama seperti anda. 

Dan yang lebih utama dan penting daripada itu, selain daripada persamaan dari segi fizikal, mereka juga punya emosi, perasaan dan jiwa yang pada dasarnya sama seperti anda. Ya benar, walaupon mereka lebih lama ditarbiyah daripada anda, sudah entah apa-apa pengisian yang mereka lalui, sudah bermuayasyah dengan tok nenek masyaikh (orang-orang lama) dan asatizah (ustaz ustazah) yang ada, punya pengalaman yang mungkin lebih luas daripada anda, sudah makan lebih banyak garam dan gula (sebab inilah kebanyakan daripada mereka sihat walafiat.. hohoho..) daripada anda, hakikatnya... Mereka tetap seorang manusia. 

Bukan, ini bukan post bela diri atau post kipas punggung. Bukan juga post syok sendiri. Astaghfirullah.. Tetapi ini adalah post yang mengajak dan menarik anda dengan penuh lemah-lembut dan bersopan-santun untuk berpijak semula ke bumi nyata yang realiti dan bukannya fantasi.

Hakikatnya, setiap daripada anda adalah seorang murabbi/ah. Paling tidak pon murabbi/ah pada diri sendiri. Tetapi of koslah post ini ditujukan khas buat anda yang mempunyai murabbi/ah juga yang bergelar murabbi/ah. Dan saya yakin, setiap daripada anda yang membaca post ini pastilah mempunyai azam membara kamehameha untuk menjadi seorang murabbi/ah yang mempunyai bulatan gembira sendiri suatu hari nanti. Bukan begitu..? 

Arakian langkah pertama yang perlu diambil ke arah menjadi murabbi/ah sukses adalah dengan menerima dengan penuh redha hakikat bahawa murabbi/ah anda adalah seorang manusia seperti anda juga. Kerana itu, walaupon mungkin anda kechiwa dengan murabbi/ah anda dalam aspek dan perkara tertentu, anda perlu menelan air liur anda dan bersedia untuk memaafkannya. Kerana suatu hari nanti, anda jua pasti akan berada di dalam kasut murabbi/ah anda pada hari ini. 

Maka sekiranya suatu hari nanti, anda terkantoikan murabbi/ah anda sedang err, mengorek hidung, anda perlu faham yang itu merupakan suautu norma kehidupan yang perlu dia penuhi. Peluh kecil sambil tertawa nebes. 

Seandainya anda terlihat murabbi/ah anda melompat kegirangan dan berperangai seperti kanak-kanak Ribena dan kadangkala tertawa ibarat pontianak harum sundal siang, anda perlu ingat yang suatu ketika dahulu mungkin dia juga manusia huhahua seperti anda, sebelum disentuh dengan tarbiyah. 

Jika murabbi/ah anda begitu jelas dan terang benderang mengasihi dan memanjai rakan sebulatan gembira anda dan bukannya anda sendiri melebihi orang lain, anda perlu faham yang setiap manusia punya emosi, perasaan dan hak membuat pilihan. Sedangkan dalam banyak-banyak para sahabat Nabi SAW yang semuanya hebat dan Super Saiya belaka, baginda SAW tetap memilih Abu Bakr r.a. sebagai BFTJ-nya. Hak memilih dan menyayangi itu adalah hak setiap insan bergelar manusia. 

Dalam hal ini, saya suka untuk berkongsi dengan anda sepotong ayat chenta yang dihantar khas olehNya buat kita semua: 

"...dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri-sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.
[ali-Imraan, 3:135]

Apakah signifikannya ayat ini dengan perbincangan kita..? Ayat ini menunjukkan dan membuktikan kepada kita bahawa Allah, yang Maha Berkuasa lagi Gagah Perkasa, adalah juga Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mengampuni. Dengan kata lain, Dia menerima sifat kemanusiaan para hambaNya yang tidak lepas daripada berbuat dosa.

Allah mengampuni dosa-dosa mereka ini kerana pertama, mereka ini menginsafi dosa dan noda yang telah mereka lakukan dan keduanya, poin yang saya ingin tekankan di sini, adalah kerana manusia tidak akan dapat lari daripada berbuat dosa.

Maka sekiranya Allah pon boleh menerima dan mengampunkan hamba-hambaNya kerana sesungguhnya mereka adalah manusia biasa dan bukannya malaikat yang memakai Prada *koff koff*, siapakah kita untuk menghukum dan menjatuhkan hukuman mati mandatori kepada murabbi/ah yang juga adalah seorang manusia biasa dan bukannya makhluk asing dari planet Zuhrah..?

Kejamnya kita, hanya kerana kita terkantoikan murabbi/ah kita lewat menunaikan solat Subuh, kita terus bersangka buruk kepadanya. Zalimnya kita, hanya kerana murabbi/ah kita kadangkala meninggikan suara dan hilang pertimbangannya, kita terus menyimpan dendam terhadapnya. Adilkah kita, andai murabbi/ah kita gagal memenuhi hak kasih-sayang kita, gagal memanjakan dan memberikan sepenuh kechentaan abadi seperti yang kita harapkan, kita terus-menerus memberikannya bahu sejuk (Baca: Cold shoulder) walaupon kita tahu yang dia tidak mampu memenuhi kehendak dan kemahuan semua orang..?

Bangunlah. Sedarlah. Celikkan mata hati anda. Murabbi dan murabbiah anda tidaklah sesempurna mana..!

Tetapi perlu diingatkan agar tiada sesiapa yang salah faham dan menggunakan post ini untuk membela diri secara membuta-tuli. Ketidakmaksuman seorang murabbi/ah itu perlu difahami dan dihadami dari kaca mata seorang mutarabbi. Sedangkan daripada kaca mata seorang murabbiáh sendiri, ha, yang itu lain cerita. 

Sebagai seorang murabbi/ah, anda perlulah menanam azam yang anda ingin menjadi yang terbaik. Anda wajib beriltizam yang anda mahu berikan yang terbaik buat hadek-hadek bulatan gembira anda. Baik dari segi qudwahnya, fikrahnya, ruhnya mahupon emosinya. Anda mesti menanamkan dalam diri anda yang sekiranya anda tidak memberikan yang terbaik dan terosem kepada hadek-hadek anda, pastilah anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Gulp.

Dengan kata lain, anda sewajarnya menggenggam tangan dengan penuh bersemangat, tarik nafas dalam-dalam sambil mengembang-kempiskan hidung anda untuk menjadi seorang SuperDai'e, OtroHamba dan juga Inkredibel Murabbi..!

Kerana itulah moto dakwah dan tarbiyah kita: Aslih nafsak, wad'u ghairak. Kita perbaiki diri kita dan pada masa yang sama, kita perbaharui masyarakat dan ajak mereka untuk kembali kepadaNya. Dan kita akan pegang moto ini sampai bila-bila. 

Kepada murabbi/ah di luar sana, jangan sesekali berputus-asa! Biarlah orang mahu cakap apa tentang anda sekalipon, yang penting perjuangan mesti, tetap dan wajib diteruskan! Jangan hiraukan caci-maki dan hinaan keji yang dilontarkan kepada anda, hatta kata-kata itu datangnya daripada mutarabbi anda sendiri, kerana itulah sunnah jalan dakwah ini. Biarlah anda dipandang jijik, dianggap selekeh dan dan dilihat poyo, asalkan anda kekal kool dan osem di mata Allah.

Kepada anda yang mengikuti bulatan gembira di luar sana, ketahuilah, murabbi dan murabbiah anda adalah manusia biasa seperti anda. Maka sekali-sekala, izinkan mereka menggaru hidung tanpa sebarang rasa prejudis!

-gabbana-

Alhamdulillah, dengan izinNya, berjumpa semula dengan post ini. Mujurlah ada aplikasi Pulse dalam iPad saya. Terima kasih juga kepada saudari yang menghantar artikel ini kepada saya. Moga Allah merahmati anda. 

21 Caci Maki Puji Muji:

Mutiara Bernilai 30/01/2012, 15:53  

Alhamdulillah..syukran jiddan ats post ni..

slalu serba salah sbb setiap anak2 usrah saling kata sy melebihkan yang lain..mungkin mreka bergurau manja, tetapi sbolehnya sy mahu memberi yg sbaiknye buat setiap seorng dr mereka..


ya, sy juga seorang naqibah yang kekadang teruja bila hujan turun~
hujan itu supersaiya indah, tahu! :D

cipansakti 30/01/2012, 18:50  

ini...ini...ini sumpah ohsem..!

walaweh!!!

tengs somac di atas tazkirah yang menghidupkan semula api pelita yang hampir-hampir nak padam ni..!

sesungguhnya, Allah amat menchentaimu! *cakap dalam nada jelez*

penting ni! 30/01/2012, 18:59  

salam, sekadar bertanya..
ape maksud tsiqah?
masalah besar ke kalau tak tsiqah dgn murobbi?

QueAe 30/01/2012, 22:11  

terbaek la akh =)

SN 30/01/2012, 22:36  

huhu...Alhamdulillah,
artikel ni wujud lebih kurang tetap pd masenye :)

pontianak wangi sundal 31/01/2012, 02:29  

bila baca ni tiba2 terbayang ustazah bahyah mengilai sambil berpantun..ermm

“Bahawasanya Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan maha suci dari segala kekurangan. Sesungguhnya ketuhanannya melazimkan kesempurnaan mutlak secara khusus untuk ZatNya"

Missi......... 31/01/2012, 06:39  

jalan2 utk kali terakhir.. nice post, tpukul tertempélak jgk.. addeehhh..

ziarah al-akhirah dr youkay.

Inche gabbana 31/01/2012, 08:52  

penting ni!: tsiqah maksudnya kebolehpercayaan. lebih kurang ah.

mmg masalah besar. sbb kalau tak tsiqah para murabbi, maka kita tak akan consult dia bila ada masalah, kita tak share ngan dia benda2 yg patut share, etc.

tp benda ni 2 hala. tsiqah tak boleh dipaksa. si murabbi kenalah berusaha ntok mendapatkan tsiqah daripada hadek2 bulatan gembira.

pada masa yg sama, hadek2 bulatan gembira pon kena berusaha jugak ntok try respek murabbi dia.

allahu a'lam, moga menjelaskan..

Anonymous 31/01/2012, 08:52  

jzkk untuk peringatan ini. sya rasa orang yang boleh bertemu lutut dengan murabbi/ah masing2 patut lebih menghargai mereka. kami di negara obama ini nak dapatkan/jumpa murabbi/iah pun susah, huhu.

novak djokovic 31/01/2012, 23:17  

ana rasa situasi ni berkalu terutama apabila fasa pertukaran naqib...

ada kehilangan tsiqah kerana kekurangan naqib baru berbanding naqib lama...

sbg mutarabbi, ana mengaku kesilapan ana

dan sbg bakal naqib, ana akan berusaha sedaya upaya

orgkuantang 01/02/2012, 15:53  

jzkk atas sharing ni.quite on time juge post ni.T_T sungguh tak baik jika kita berprasangka n anggap murabbi/ah kita sbg malaikat..dan sy setuju ngan cik/encik novak djokovic di atas.(air mata bergenang..)

penting ni! 01/02/2012, 22:31  

jzkk IG.. so, conclusion nya, demi dakwah dan tarbiyyah, kene cuba bina tsiqah lah ye..

Miss Mus 03/02/2012, 11:05  

Alhamdulillah.

Betul, kita manusia biasa, yang tak sesempurna mana.. Manusia biasa..

Boleh jugak diterapkan mind setting ni, utk ibu bapa kita, senior2 kita.. Walaupun mereka lebih dewasa, mereka juga manusia biasa..

Anonymous 16/02/2012, 12:31  

Saya tahu mmg dah lambaT gak nak reply mnda ni. Sbb skrg saya x boleh nak tidur. Rasa sgt sebak di dada. Rasanya sbb saya sgt jeles bila lihat naqib saya bermesra dgn kawan saya yang bukan anak usrah dia pon and at the same time nak tak nak layan saya. Salahker saya? Jeles3! Saya sayang naqib saya!

Inche gabbana 19/02/2012, 23:21  

Enonimus: uhmm.. just based on ur comment, (maksudnya saya tak ahu situasi dan keadaan yg sebenar), mcm tak btol je apa yg naqib anda buat tu.

kalaulah niat dia nak DF sekalipon rakan anda tu, dia tak sewajarnya tak nak layan anda. by right, hak anda di sisi naqib lebih perlu diutamakan.

ala kulli hal, kena terima jugak hakikat yg naqib anda adalah seorg manusia biasa; punya perasaan, jiwa dan emosi. mungkin ada benda pada rakan tu yg dia minat..? Contoh, rambut kerinting warna emas atau hidung mancung tersorong-sorong atau pipi gebu bulat2...? hoho.

the best solution adalah ntok anda barterus-terang ngan naqib anda tu. Dan cakap pada dia yg anda syg padanya. Siapa tahu itu bakal merobah keadaan..? ;)

Wallahu a'lam. Bykkan berdoa dan minta petunjuk dariNya. Moga Allah permudahkan.

Anonymous 27/02/2012, 06:08  

Terima kasih inche Gabbana. Mungkin saya yg terlebih emosi kot. Cuma kekadang rasa penat mengalah dgn hati ni.

Anonymous 07/04/2012, 19:38  

salam..
inche gabbana,, kalau murabbi tu sendiri ckp perkataan tak elok ? mcm mane ek?

(umm...agak2,,komen sy ni lari dr post tak?)

assalamualaikum...

Inche gabbana 09/04/2012, 08:38  

enonimus: perkataan yg tak elok yg cane eh..?

kalau anda mampu tegur sendiri, itu yg terbaik rasanya. tegurlah dengan penuh berhikmah dan kasih-syg, iAllah dia dapat menerimanya.

Kalau tak, tegurlah secara indirect. cthnya, tanya dia soklan2 yg menjurus ke arah itu. atau jumpa minta org lain tlg tegurkan.

allahu a'lam. moga allah permudahkan hendaknya.

Anonymous 12/04/2012, 01:19  

amin..

terima kasih atas cadangan yang diberi..susah untuk saya menceritakan masalah ini disini kerana tempat ini terlalu umum..harap Inche gabbana faham..

Assalamualaikum.

Anonymous 01/03/2014, 14:48  

Saya tak rasa pon saya ni lagi di beri kaseh sayang yg lebih oleh Murabbiah saya dan tak kesah pon dia nak rapat dan siape, sebab saya jenis tak heran sgt benda gini. Yg penting kaseh sayang Allah. Lovely, lovely. Tapi pada pandangan rakan usrah saya, Murabbiah saya kaseh lagi kat saya. Adoii. Rakan saya setail nampak lain je bila saya rapat dgn murabbiah. Bahaya, bahaya. Bahaha, setail saya suka bercakap kot dgn Murabbiah, siap action lagi macam cerita gempak je. Tu jd ngam. Dan saya jenis tak cover, natural tunjuk perangai. Dan sebab kenaturalan tu, first time saya dengar Murabbiah saya gelak hahahaha gitu, dek kespontanan saya jawab soalan,time tu dia nak jerat saya dgn Q&A. Natural giler jawab, even time tu peluh peluh gak. Fuhhh. Saya doakan rakan saya juga diberi kasih sayang yang lebih oleh Murabbiah saya. Doakan dia yer semua semoga Murabbiah kasehkan dia :)

Anonymous 04/03/2014, 00:02  

Jzkk apg.. great reminder for me as anak usrah. Alhamdulillah

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP