13 October 2013

Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki!

[Kredit]

"[Inche gabbana], lain kali bila [Puan Mama] nak minta tolong [Inche gabbana] bawa kereta, janganlah buat macam tadi, dekat lorong Smart Tag laju-laju. Nak kena sakit jantung [Inche Papa] tadi!"

Ok. Apa pula ni..

"Kesian [Inche Papa]. Dia dok komplen yang [Inche gabbana] suka drive laju-laju."

"Takde pon dia cakap pape..."

"Dia kata dia dah pernah cakap, banyak kali. Tapi [Inche gabbana] tak nak dengar."

Saya terdiam. Telinga saya panas. Puan Mama membebel lagi.

"Kalau macam tu jangan naik kereta [Inche gabbana] lagi."

"Tengok tu..."

"Jangan minta [Inche gabbana] drive kan lagi."

Terdiam. Dan saya telah melakukannya lagi. 

Menyesalnya menuturkan kata-kata itu. Dan saya benar-benar tidak tahu mengapa saya tergamak menghamburkannya. Tapi kata-kata yang terlepas sudah tidak dapat ditarik kembali kan? Terlajak perahu bisa ditarik kembali, tetapi terlajak kata-kata, ucapkan babai sahajalah. 

Nanges. 

Ini adalah salah satu daripada banyak situasi bila mana saya mempersoalkan keikhwahan saya. Saya bermuhasabah kembali tarbiyah yang telah saya terima selama ini. Adakah hati saya telah bersih dari karat-karat jahiliyyah, atau masih kotor dengan lumpur dan debu dosa dan noda...?

Boleh saya pinjam sebiji baldi? Nak buat tadah air mata. 

Sepatutnya seorang al-akh yang sudah menerima tarbiyah itu, mestilah menjadi qudwah kepada orang di sekelilingnya bukan? Sewajarnya seorang al-akh yang sudah berbulatan gembira dan membawa pula bulatan gembira, tutur katanya menggambarkan akhlaknya yang mulia bukan? Dan sewajibnya seorang al-akh yang kononnya sudah berjanji setia untuk sehidup semati dengan tarbiyah dan dakwah ini, tidak mendatangkan fitnah kepada perjuangan yang dibawanya bukan..?

Tapi... Mengapa ketika memandu kereta saya masih marah-marah apabila ada makcik yang membawa perlahan di lorong sebelah kanan? Mengapa saya masih lagi hilang sabar dengan Puan Mama dan Inche Papa dalam sesetengah perkara? Mengapa saya kadangkala berburuk sangka dengan orang di sekelilng saya; ikhwah dan akhawat juga tidak terlepas daripadanya..?

Eh, bukankah saya seorang al-akh? Atau selama ini saya hanya perasan yang saya ini seorang al-akh...??

Err.. Boleh minta sebiji lagi baldi...? 

Tarik nafas. Hembus. Pandang ke langit, mengharapkan ada bintang bersinar terang. 

Hakikatnya, saya, anda, makcik jual nasi dagang di tepi jalan, abang tukang baiki paip, sepupu kepada adik ipar Dato' Sri Najib, semuanya adalah manusia biasa. Sehebat mana seseorang itu sekalipon, dia tetap adalah seorang manusia biasa. Dan ya, seqawiyy mana seorang al-akh atau ukth itu, dia tetap seorang manusia biasa. Dan apabila kita berbicara tentang manusia biasa, tiada siapa yang bebas dan percuma daripada dosa.

Bukan, ini bukan cubaan untuk mengkaver kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri. Ini bukan cubaan untuk memberikan alasan demi alasan, semata-mata mahu menutup kebobrokan dan kejelikan diri yang marhaen ini.

Hakikat tetap hakikat. Fakta tetap fakta. Realiti tetap realiti.

Walau sehebat mana pon qudwah yang saya impi, walau seSuper Saiya mana pon seorang figur yang saya ingin jadi, dan betapa bersungguh sekali pon saya cuba untuk bermujahadah diri, ada masa-masanya saya tetap akan menjadi seorang lelaki. Seorang manusia.

Kadangkala saya merasakan, harapan yang diletakkan kepada bahu seorang al-akh itu terlalu berat dan tinggi. Sampai nak patah jugalah bahu dibuatnya. Eh. Seorang al-akh itu mestilah membaca satu juzu' Quran sehari. Seorang al-akh itu wajib menghafal 42 hadith Imam Nawawi. Seorang al-akh itu tidak boleh mengusha akhawat. Seorang al-akh itu perutnya tidak buncit. Koff. Seorang al-akh itu mesti pijak semut tak mati, kentutnya wangi dan mahir pula memasak kari. Heh. 

Pokoknya, seorang al-akh itu mesti tahu dan mahir dalam serba-serbi!

Sewajarnya memang sebegitu. Tarbiyah yang mantap dan benar-benar tersusun sepatutnya berupaya untuk meningkatkan kapasiti seorang al-akh itu. Daripada tidak pandai bercakap, kini sudah petah dan lancar menyampaikan pengisian. Daripada anti-sosial dan noob dalam memulakan bicara, kini sudah mesra dan kelakar pula orangnya. Daripada nak masak megi pon tak reti, kini jangankan nasi beriyani, ayam ros dan rendang daging hitam pon di hujung jari! Walawehhh!

Namun kerana terlalu mengejar keqawiyyan dan kesyadidan, kita terlepas pandang pada sisi kemanusiaan seorang dai'e, seorang rijal dan seorang al-akh. Seorang dai'e itu perlu juga masa rehatnya. Seorang rijal itu perlu juga masa-masa bersama keluarganya. Seorang al-akh itu juga punya hati dan perasaan!

Bagaimana mahu bangun qiam kalau hampir setiap malam tidurnya hampir jam dua atau tida, semata-mata kerana mesyuarat dan bulatan gembira? Bagaimana tidak terlentok-lentok di kuliah atau pejabat, kalau sehariannya sentiasa penat dan lelah? Bagaimana mahu berpakaian yang tidak selebet dan bilik yang kemas jika diri sendiri tidak punya masa untuk semua itu?

Ah! Bukankah dai'e itu juga seorang manusia...?? Bukankah seorang al-akh itu juga seorang lelaki dan seorang ukth itu seorang perempuan...??

Geleng kepala. 

Waduh, sering juga tersepit saya dibuatnya! [Kredit]

Ya, jujur, kadang-kadang mata saya ini tidak terlepas juga daripada memandang perempuan. Ada masa-masanya saya bermalas-malasan, futur dan rasa seperti mahu berehat sepanjang hari. Ada ketika saya bergurau dan ketawa seperti jembalang tanah lagaknya, langsung tidak menggambarkan qudwah bagi seorang dai'e. Ada masanya saya rasa malas untuk bermuayasyah dengan hadek-hadek bulatan gembira. Ada tikanya saya boros berbelanja, membeli barangan yang mungkin tidak menjadi keperluan pon buat saya. Kadangkala ego yang menguasai diri menyebabkan diri ini tegar tidak mahu mengalah, meski kebenaran sudah trang tang tang di depan mata. Ah, senarainya begitu panjang bukan..?

Itulah saya. Ya, saya, Inche gabbana. Seorang lelaki. Seorang manusia. 

Dan sekali lagi bukan, ini bukanlah penulisan untuk menjustifikasikan kefuturan, apatah lagi menghalalkan kenodaan dan kemaksiatan yang mengotori hati-hati kita. Allah...

Tarik nafas. 

Tetapi ini adalah post pengharapan. Ini adalah penulisan yang mahu memberi nafas baru kepada saya, anda dan kita semua. Ini adalah nukilan yang ingin menyuntik ruh semangat kepada kita, yang mungkin sehingga saat ini, sudah semakin lemah dan lelah.

Betapa kita adalah manusia biasa, dan oleh sebab itulah, kita mulia di sisiNya. 

Senyum. 

Kita berdosa? Dosa yang kita lakukan itulah yang akan mendekatkan diri kita kepadaNya, apabila dengan penuh tawadhu' dan keinsafan kita meminta keampunan daripadaNya. 

Kita melakukan noda?. Noda yang kerapkali kita ulang dan ulang itulah yang menjadikan kita lebih baik daripada hari hari yang sebelumnya, apabila kita berazam dan tekad untuk mengubah diri kita. 

Kita futur? Kefuturan itulah yang akan menjadikan kita lebih gagah dan kuat di jalan ini, apabila kita menyedari betapa azab dan terseksanya menjadi seorang al-akh yang lembap dan tidak produktif di jalan ini. 


Dari Anas r.a, katanya : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ' Telah berfirman Allah Ta'ala:
Wahai anak Adam! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam! Jika dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam! Sekiranya engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.’”
(Hadith riwayat Tirmidzi. Hadith ke-42 susunan Imam Nawawi)

Potong bawang laju-laju.

Maka sebagai seorang al-akh yang meniti di jalan para rasul dan salafus soleh ini, kita perlu membuktikan yang kita benar-benar layak untuk berada di sini. Kita wajar membuktikan yang kita benar-benar seriyes untuk memegang obor perjuangan ini. Dan kita wajib membuktikan yang kita adalah rijal dakwah yang telah dipilih oleh Allah, untuk menyambung rantai-rantai risalah ini!

Bukan kebetulan kan kita terperangkap dalam tarbiyah ini? Bukan saja-saja kan kita tercampak ke dalam gerabak dakwah ini? Bukan sia-sia kan, sama ada suka atau tidak kita sudah pon bersama dengan kafilah ikhwah dan akhawat yang sama-sama menuju ke destinasi yang sama...?

Ya benar kita ada lompong sini dan sana. Tapi dengan tarbiyah, sekurang-kurangnya lompong itu tidak terlalu besar. Ya benar kita ada kelemahan dan kekurangan. Namun kelemahan dan kekurangan itu pastinya lebih teruk andai kita tidak bersama dengan tarbiyah. 

Jika dahulu kita tidak pernah sentuh al-Quran pon, kini kita sudah sering bertilawah dan bertadabbur.

Jika dahulu bangun malam kita semata-mata mahu menonton bola, kini bangun malam kita adalah untuk bermunajat kepadaNya.

Jika dahulu kita sering marah-marah besar kepala, kini kita marah-marah juga, tapi kita cuba sebaiknya untuk menahannya keluar.

Jika dahulu kita futur sembilan kali sehari, kini kita futur tidak lebih lima kali sehari. Ohoi. 

Jika dahulu kita kencing berlari, kini kita sudah kencing berdiri. Eh kencing duduk. Peluh.

Kata kuncinya adalah mujahadah. Rahsianya adalah istiqamah. Dan kekuatannya terletak pada hati yang benar-benar ikhlas dan faham!
"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah' kemudian mereka beristiqamah, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) sorga yang telah dijanjikan kepadamu.'"
[Fussilat, 41:30]

Ayuh bangkit anda yang sudah terjelepok! Ayuh bangun anda yang sudah lama duduk! Ayuh berjaga anda yang asyik tersengguk-sengguk!

Iya benar kita ini manusia biasa, tapi kita adalah manusia biasa yang mengejar sorga! Iya benar kita ini lelaki yang punya banyak kelemahan dan kekurangan, tapi kita adalah lelaki yang sama yang mahu melakukan perubahan! Iya benar kita ini seorang al-akh yang masih bertatih di atas jalan yang sumpah berliku ini, tapi kita adalah seorang al-akh yang tidak pernah mengenal erti putus-asa, sentiasa mengejar redhaNya yang hakiki!

Ubahlah kelemahan yang ada pada kita menjadi kekuatan. Bentuklah kekurangan yang ada pada diri menjadi kelebihan. Dan bimbinglah jiwa yang sering berbolak-balik itu agar tetap berada di atas jalanNya!
 

Jangan sesekali berputus-asa ya ayyuhal ikhwah! Ya, sukar menjadi seorang al-akh. Susah sekali menjadi seorang rijal dakwah. Perit benar menjadi seorang dai'e yang begitu besar tanggungjawab dan amanah.

Kerana yang kita kejar itu sorga, dan sorga itu tidak murah harganya!

Senyum. Lap air mata. 

-gabbana-

Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk meminta maaf pada Puan Mama, atas peristiwa yang seperti yang diceritakan di awal penulisan ini. Moga Allah ampunkan dosa-dosa ini.

Alhamdulillah juga, sedang bertungkus-lumus menyiapkan bahagian terakhir untuk novel sulung saya. Doakan sekiranya ia adalah terbaik untuk dakwah, untuk ummah, moga Allah mempermudah segala urusan saya. InshaAllah.

Esok hari Arafah. Jom kita sama-sama berpuasa..? Senyum. 


21 Caci Maki Puji Muji:

orgjauh 13/10/2013, 23:31  

terima kasih atas post yg penuh makna ni. mmg touching abis. teruskan menyentuh jiwa2 yg dahagakan belaian hidayah. apa2 pun mau book satu kalau novelnya panas dari oven

menyibok se'komen' 13/10/2013, 23:59  

memandangankan saya dah alam follow APG ni,

menyibok se'komen' 14/10/2013, 00:09  

memandangankan saya dah agak lama follow post2 kt APG ni, dengan artikel tarbiyyah yang semuanya 'super saiya' belaka, maka memang 'dialog' IG ngan Puan Mama IG seperti yang tertera dipost ni sangatlah tak berwibawa. naseb baikla, IG sedo sendiri nak mempertikaikan 'keikhwahan'nye tu! haha *saje bako*

tapi memang betul ni, benda basic kot. ikhwah super saiya takkan tak settle lagi. and sometime, benda2 yang terlahir spontaneous camtulah kita boleh tau kondisi hati kita camne..haa..jaga2 IG! *bako lagi :P

anyway, baguslah da mintak maap kt Puan Mama. Kalo aku Puan Mama dia, memang aku kecik hatila! *bako lagi!!

hagus tak IG?? haha.

lariiiiiiiii!!

Anonymous 14/10/2013, 00:30  

semoga berjaya dan bergaya dunia akhirat Mr.Gabbana

Izzati Nur~ 14/10/2013, 00:33  

Jzzk bro atas post dikala jiwa makin jauh dan tenat. Allah hadirkan cahaya keluar dr kelam zulumat~

Adilah Rafee 14/10/2013, 05:50  

Salam bangkit semula akh. Apa yg akh rasa dirasai oleh ramai orang yang transform mcm akh. (termasuk saya)

dulu mungkin kita berperangai cmtu, dan x rasa apa-apa. cuma skang hati kita dah jadi lebih baik, dan benda-benda mcm ni buat hati kita x sedap dan sakit. sebab iman dah jadi threshold dosa buat kita

Apa pun, ikhwah dan akhawat di luar sana, u will never walk alone. hehe. sbb atas kita (Allah), sekeliling kita (parents, ikhwah akhawat), there's always supports and nakkan kebaikan untuk diri kita.

wah, bestnye ckp psl tarbiyah dan cinta! :) salam.

SN 14/10/2013, 08:48  

selamat teguh !

Miss Kelabu 14/10/2013, 09:31  

setuju dengan orgjauh. semoga inche gabbana berjaya di dunia dan akhirat. harap novel yg bakal keluar tu dapat menarik ramai org utk mengikuti jalan D n T ni.

Anonymous 14/10/2013, 10:55  

Everybody who's in D&T feels the same way that you felt.

Jzkk for the post, by the way.

Unknown 14/10/2013, 13:27  

hmm. mantap2.

Anonymous 14/10/2013, 15:06  

Sangat terkesan dan menyuntik semangat.

Jzzk!

Anonymous 14/10/2013, 16:35  

ehhe. ni macam gaya merajukje..saya pun pernah gitu, tapi bukan sebab laju, sebab lalai, last2 merajuk, taknak bawak keta dah..erkk!!or bawak sendiri la..

ada kalanya pristiwa lain.. dan saya menangis dan merenung sendrian kadang2 selalu mengapa mulut ni..dengan ibubapa..padahal mereka yang paling kita kena hormat..mungkin sebab kita dangat dekat dgn mereka kita mudah terasa atau merajuk..patutnya saya cuba diam sajalah.. bersabar...nasihat tu betul,tepat mengena sekali namun keegoan diri atau sensitivity yang melampau menyebabkan diri terasa dengan nasihat diberikan..padahal ianya betul..setiap kali peristiwa menyedihkan, muhasabah diri semula..pasti aku ada silapnya di mana2..-)

Anonymous 14/10/2013, 21:16  

assalamu'alaykum.... terima kasih di atas post yg amat4 bermanfaat dan melonjak paradigma gitu.... saya suka dgn penulisan inche gabbana yg banyak menyedarkan saya dari tertido yg amat panjang sebelom nie.... saya juga mintak maaf kalau tatabahasa saya yg tunggang langgang... ape pon, saya tetap menyokong penulisan Inche Gabbana 4eva.... tima kasih ;)

mnazruladnan 14/10/2013, 23:31  

Sy percy anda tidak sedemikian.. =)

Anonymous 15/10/2013, 12:25  

salam
saya ingat saya lah al-akh paling teruk sb selalu ade gejolak dalaman dengan nafsu cepat marah and cepat rasa annoying ngan orang lain.

tapi dengan bekal tarbiyyah selama ni mengajar saya untuk pendam je sume yang tak puas hati tu..

so, kire, saya normal lah ni eh.. eh?
senyum.

Unknown 15/10/2013, 22:25  

For me personally, if you (not gabbana per se, but all of us) are in futur mood, at least have the decency to hide it from the public. Maybe in some occasions we eventually commit a blunder, but please try to make your futur actions private. It annoys me to find a naqib/naqibah acting as if they never receive tarbiyah in front of many people AND worse, they do it repeatedly. Not portraying the perfect qudwah is fine, but showing the opposite of it repeatedly is dumb

Annabuadiary 16/10/2013, 08:46  

Semoga Allah membantu. Nk jadi super saiya bukan senang paling tidak libas je diri dengan pedang juris hikmat

Anonymous 18/10/2013, 18:29  

Menghadapi situasi yang sama macam IG.

Sekarang tengah cuti sem :)

What I read dari nota fikir untuk zikir, kita harus belajar menerima kelemahan diri. Itu adalah 'separuh' langkah ke arah 'kejayaan'

situasi yang sama dengan IG.

saya mula muhasaba, ini adalah 'kekurangan' saya. Saya mula positif untuk menerimanya, bahawa saya juga adalah manusia biasa dan lepas ni akan perbaikinya.

benar dengan D&T lah kita menjadi lebih baik. saya boleh bayangkan, tanpanya saya akan menjadi lebih 'parah'

belajarlah menerima, dan berusahalah sikit-sikit. Semoga Allah membimbing IG dan semua.
selamat maju jaya.

p/s : jangan cepat rasa 'dah selesa' bila ada da'ie pun 'berperangai' seperti ini, namun belajarlah untuk menanganinya kerana rasa selesa itu yang bahaya!

kak ayu 04/11/2013, 16:03  

Perkongsian ini pasti sukar, dan benar bernada harapan. Moga tsabat. Tapi mohon novel nanti tidak mengandungi gambaran babak2 intim suami isteri...kasihan jiwa2 yang sedang berusaha utk disucikan diuji dengan gambaran romantik menggetarkan rasa, jika ada. kelmarin akak ada membaca satu entry akhi tentang cerpen/novel kisah ukhti yang kematian suami sebelum anaknya lahir. Akak terkenang seorang ukhti seperjuangan yang meninggal dalam kemalangan dengan bayi dalam kandungan..dan suami, ikhwah yang jauh berada di seberang laut...Allah izinkan akak mengucup wajah arwah yang hanya dibuka sebelah..wajah yang suci dan tenang..moga syurga tempatnya. dan agak berasa tidak wajar situasi kematian seperti itu seolah-olah digambarkan dengan tujuan yang ada walau sedikit unsur hiburan... dan jugak akak terbayang perasaan ukhti seperjuangan yang kematian suami sang ikhwah tegar hanya sehari selepas pernikahan, dalam perjalanan menuju majlis resepsi.. apa2 pun hanya sedikit pandangan, mungkin benar atau salah. tapi lega dapat diluahkan.

kasni 21/11/2013, 10:13  

Sering melalui dan merasai benda yang sama..

Jom kita sama2 terus memperabaiki diri ^_^

Moga terus istiqamah membina dan memantapkan muwasafat tarbiyyah..

Anonymous 15/11/2014, 22:18  

"Daripada tidak pandai bercakap, kini sudah petah dan lancar menyampaikan pengisian. Daripada anti-sosial dan noob dalam memulakan bicara, kini sudah mesra dan kelakar pula orangnya. Daripada nak masak megi pon tak reti, kini jangankan nasi beriyani, ayam ros dan rendang daging hitam pon di hujung jari!"

qawinyaaa klu kena seperfect nii.... saya maluu sendiri. Tapi setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Setiap manusia ada 'Besinya' tersendiri.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP