11 March 2011

Ada Apa Dengan Angka Dua Ratus...?

Semalam genaplah dua ratus pengikut tegar berani mati belog ini. Maknanya kalau saya keluarkan arahan untuk pergi meletupkan diri, pasti mereka inilah yang pertama-tama akan mensukarelakan diri. Wahahaha.. *pandang kiri, pandang kanan, letak tangan di dada, pandang atas dan tersenyum sorang-sorang*

Kepada anda yang sudah lama mengikuti belog marhaen ini, anda pasti ingat dengan post 'Kalau Saya Hendak Tubuhkan Parti Politik Pasti Sudah Kalah Teruk' yang saya tulis, mengomel betapa sikitnya pengikut belog ini ketika itu. Memang, pengikut belog ini amatlah terlalu paling sedikit sekiranya hendak dibandingkan dengan belog-belog lain. Malah angka dua ratus sekarang ini pon masih amatlah kerdil sekiranya hendak dibandingkan dengan belog-belog yang superpower dan Super Saiya yang lain. Memang wajarlah pon kerana tiada apa yang istimewa dan kedabom pom pom dengan belog ini. 


Jumlah pengikut semakin bertambah. Jumlah tanggungjawab dan fitnah..? TT__TT [Kredit Gambar]

Dan selepas saya menulis post tersebut, ada beberapa komen yang sedikit seprais/hairan/tidak menyangka yang saya sebenarnya ambil peduli dengan bilangan pengikut belog ini. Uhm, jujurnya, komen-komen tersebut menyebabkan saya berfikir panjang. Ada betulnya komen-komen yang dikeutarakan; antaranya, jumlah pengikut tidak penting, yang lebih utama kandungan dan perjuangan yang dibawa oleh belog ini dapat disebarluaskan. 

Tetapi bagi saya secara peribadinya, jumlah pengikut melambangkan yang ramainya orang yang membaca belog ini. Bukan setakat membaca, malah mereka selesa dengan penulisan saya. Bagi saya itu satu perkembangan yang baik, kerana sudah semestinya saya boleh menambahkan unit dalam Amanah Saham Sorga saya sebanyak-banyaknya. Dan lebih ramai pengikut, maka kebarangkalian untuk post-post saya disebarkan luas lebih besar, arakian bertambah besarlah peluang saya untuk menjadi kaya dengan saham-saham sorga. Wah..!

Itu pemikiran saya yang dahulu. Kini setelah mencecah dua ratus, walaupun saya tetap akan kalah sekiranya mahu menubuhkan parti politik, satu bentuk pemikiran baru telah muncul sambil berkata, "Hai anda, assalamua'laikum. Boleh saya masuk menyibuk..?" di dalam kepala saya.

Pemikiran yang menyatakan lebih ramai dan popular *koff koff* belog ini, maka tanggungjawab saya lebih besar dan berat. Ujian yang mendatang juga lebih besar dan mencabar. Yalah, bayangkan sekiranya dalam penulisan saya, saya betul-betul menyuruh anda pergi meletupkan diri dan ada antara anda yang terlalu taksub dengan belog ini lantas mengambil seriyes kata-kata saya lantas pergi meletupkan diri, bukankah saya sedikit-sebanyak turut bertanggungjawab dalam kematian anda..? Err...

Semakin ramai pengikut tandanya semakin ramai yang membaca belog ini. Belum lagi dikira yang tidak menjadi pengikut. Makanya kebarangkalian pembaca yang menjadikan belog ini sebagai rujukan juga akan menjadi lebih besar. Hadoilamak. Mungkin saya menulis hanya memberikan pandangan peribadi atau terang-terang tang tang menyatakan yang saya tidak bertanggungjawab dengan hasil akhir penulisan saya, tetapi itu tidak menghalang anda daripada mengambil penulisan saya sebagai rujukan/panduan bukan..? Peluh besar.

Maka saya perlu lebih berhati-hati dalam penulisan saya. Kerana sekiranya saya, kita dan anda yakin bahawa setiap saat dan ketika di dalam hidup ini adalah dakwah, makanya saya wajar bertanggungjawab dan berintegriti dalam setiap perbuatan dan tingkah laku saya. Oh gunalah perkataan lain pun selain daripada dakwah sekiranya anda alergi dengan perkataan itu sehingga menyebabkan anda tergaru-garu dek tak tertahan mendengarnya, asalkan anda faham bahawa kita bertanggungjawab dengan hidup kita ini. Tahu?


Integriti di persimpangan. -___-" [Kredit Gambar]

Ini belum lagi dikira ujian yang datang dengan tersebarluasnya penulisan saya. Ujian seperti caci maki puji muji yang bertambah-tambah. Nak kena jaga hati lagi. Niat nak kena betul lagi. Betul ke saya menulis ni untuk Islam? Untuk dakwah? Untuk Allah? Ke nak cari populariti? Ke nak bagi lebih ramai orang klik pada iklan-iklan yang terpampang pada belog ini supaya saya mendapat wang saku tambahan? Ke sebab memang saya suka menulis? Ke ke ke ke ke..? 

Belum juga dihitung betapa besarnya beban di bahu, kerana apa yang saya katakan dan coretkan, pastinya saya dahululah yang kena amalkan, bukan..? Saya tak mahu dizaaasss oleh Allah di akhirat nanti, atau jadi manusia keldai yang berjalan mengelilingi lubang-lubang neraka sambil isi-isi perutnya terburai, dek bercakap tak serupa bikin...! 

Tunduk ke bawah sambil mengalirkan air mata keinsafan.

Begitulah. Saya amat kagum dengan anda yang cukup popular di alam maya ini yang mempunyai pengikut ratusan malah ribuan. Para pengikut anda sentiasa menanti-nantikan penulisan anda. Sentiasa menanti-nantikan tips-tips yang bakal anda kongsikan, juga ternanti-nanti cerita-cerita yang bakal anda nukilkan. Pastinya anda hebat, kerana jika tidak masakan ramai yang mahu mengikuti anda..! Syabas! ;) Saya rasa saya amat perlu menuntut dengan anda bagaimana cara-caranya untuk menjaga assolah (keaslian) penulisan belog dan apakah cara-caranya untuk menjaga hati! Boleh kan..?

Saya rasalah, kalau saya tidak dapat membendung masalah ini, lebih baik saya berhenti menulis. Lebih baik mencegah sebelum parah! Sediakan payung sebelum hujan..! Mencegah lebih baik daripada mengubat! Tutup api dan gas sebelum keluar rumah sebab takut nanti meletup tong gas kedabom bom! Eh.

-gabbana-

Terima kasih tidak terhingga kepada anda yang terus setia membaca penulisan saya. Ambillah yang baik-baik sahaja, yang buruk-buruk dan tidak berfaedah itu, sila tinggalkan di tepi longkang atau buang ke dalam tong sampah sambil berkata dengan penuh bergaya, "Dah pergi main jauh-jauh, saya tak perlukan anda. Apa anda ingat anda cantikkah..??" Wahahaha.. Eh betul ni. Semoga penulisan saya terus bermanfaat untuk anda semua biidznillah. Dan bukan sebaliknya, nau'dzubillah.

10 Caci Maki Puji Muji:

SN 11/03/2011, 11:23  

tahniah....~~

insyaAllah..kalu kite buat sesuatu krn ALLAH...ALLAH akn bantu kite..~~

selamat menulis blog!!

Cik Heroin 11/03/2011, 11:39  

betul lah. byk blog sekarang followers beriban riban tp isi nya takda. teruskan berblog ! sy suka baca ( even berjela ) -___-

Inche gabbana 11/03/2011, 17:20  

SN: tp tulah masalahnya, betul ke saya menulis ni sebab Allah...? :O

hadoilamak. ^__^"

Inche gabbana 11/03/2011, 17:21  

pemilik diari: beriban-riban tu bahasa argentina ke..? wahaha..

oh mekaseh. anda mmg gigih kerana sanggup baca walaupun berjela-jela..! walaweh. ^^

Mohammad Aiman 11/03/2011, 18:55  

wah! tahniah.. hehe...
good2..

(saya punye belog ada ramai followers. tapi kebanyakannye tak follow secara rasmi.. just follow dengan bukak sebagai anonymous je lah. haha ramai jugak dah jumpa pembaca2 setia.. kebanyakan dorang tak klik follow pun)

Inche gabbana 13/03/2011, 00:35  

aiman: takde apa yg nak ditahniahkan aimannya oii... =S

woah, anda memang hebat! tp jgn lupa, dgn kepopularitian anda tu, dtg dgn tanggungjawab yg besar..! ;)

Anonymous 13/03/2011, 09:16  

hmmm betul sangat susah membetulkan dan membenarkan niat hati untuk buat segalanya krn Allah.

kadang-kadang niat yg "dirasakan" suci ini dgn mudahnya terpesong dgn kelemahan diri dan bisikan jahat yg cuba merosakkannya.

en. gabbana maka di situlah datangnya mujahadah.dan tiap kali ia datang maka Allah-lah yg megaturkannya agar kita tiap kali itu membersihkan niat n hati kita.

moga "alat" ini mampu "bersuara" untuk en gabbana di akhirat kelak.

Inche gabbana 13/03/2011, 21:52  

enonimus: sbb tu la syaitan amat gemar menyerang hati, kerana hatilah raja; baiknya hati, baiklah seluruh amalan dan sebaliknya. tapi nak jaga hatilah yg paaaallliiinnggg susah sekali. haduhai.

;) terima kasih atas doa itu. sy sgt2 menghargainya...!

Anonymous 14/03/2011, 12:01  

en gabbana, riban-riban tu bahasa remaja sekarang. rsnyer en ni muda lagi kan? ke x bergaul sgt dengan org muda remaja?

kena tambah kosa kata bahasa remaja masa kini nih...wlpn menyalahi bahasa melayu yg betul

Inche gabbana 15/03/2011, 08:40  

oooohh, ye ke..? mungkin tu bahasa remaja kaum dayak tak..? hoh.

bergaul je. cuma mungkin anak2 muda yg saya gauli (???) tak guna kot bahasa tu...

thanx neway! ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP