DaPorn
[Kredit] |
Saya masih ingat bagaimana dahulu semasa saya seorang kanak-kanak riang yang gebu dan tembam di Sekolah Bintang, ada seorang rakan sebatch yang dijolok dengan panggilan 'taporn.' Semuanya gara-gara dia yang pernah aktif dengan kegiatan tabligh namun entah macam mana, dirasuk jembalang agaknya, menjadi ketagih dengan bahan-bahan tontonan lucah.
Maka budak-budak sebatch saya yang otaknya cukup kreatif dan bergeliga bila tibanya masa untuk mengejek dan menganjing rakan-rakan sebatch yang lain, mencipta gelaran khas untuk rakan kami itu. Taporn; tabligh porno.
Jatuh kerusi.
Sebelum anda membuat sebarang andaian atau spekulasi yang melayakkan anda mendapat tumbukan di muka, tidak, saya langsung tiada niat untuk menghina atau memperlekeh jemaah tabligh. Yang sudah tentunya bersalah adalah rakan saya itu (juga jembalang yang merasuknya) dan tiada kena-mengena dengan jemaah tabligh.
Saya tidak tahu secara tepat dan tidak pula punya statistik untuk dikongsikan untuk membuktikan masalah ketagihan bahan-bahan lucah di Malaysia ini, terutamanya dalam kalangan umat Islam di negara inu. Namun saya pasti ia adalah satu krisis sosial yang semakin menular dan membarah yang sama sekali tidak boleh dipandang dengan sebelah mata.
Fakta dan statistik yang sedia ada berkaitan dengan industri pornografi jujur amat membimbangkan. Kajian yang dikeluarkan oleh Ogas dan Gaddam pada 2013 mendapati 13% daripada carian internet global adalah untuk kandungan bahan-bahan lucah. Lebih 13,000 video lucah dihasilkan setiap tahun di Amerika Syarikat dan keuntungan yang diperolehi daripada industri pornografi jauh meninggalkan keuntungan yang dikecapi industri perfileman Hollywood!
Nah, pertimbangkan pula fakta ini. Kumpula pengguna terbesar pornografi adalah kanak-kanak dan remaja berusia 12 ke 17 tahun. Satu filem porno dihasilkan setiap tiga puluh sembilan minit di Amerika Syarikat. Carian untuk bahan-bahan lucah mencecah hampir 68 juta carian setiap hari di Amerika Syarikat, kurang lebih 25% daripada jumlah carian harian.
Ini suatu kegilaan!
Alah itu Amerika Inche gabbana. Mereka negara kafir! Sekular! Malaysia kan negara Islam..? Rakyatnya beriman! Takkan ada masalah porno kot..? Kamonlah!
Antara statistik menakutkan tentang porno. (Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas) [Kredit] |
Alah itu Amerika Inche gabbana. Mereka negara kafir! Sekular! Malaysia kan negara Islam..? Rakyatnya beriman! Takkan ada masalah porno kot..? Kamonlah!
Err. Shiuhh shiuhh angin bertiup laju.
Saya gagal menjumpai (buat masa ini) sebarang rujukan atau fakta yang berwibawa dalam menggambarkan krisis pornografi di Malaysia. Apatah lagi sebagai sebuah negara yang majoritinya adalah Muslim, topik seperti pornografi adalah sesuatu yang tabu dan tidak disoksek-soksekkan di kedai-kedai mamak atau oleh makcik-makcik yang sedang asyik menguyah sireh. Err.
Namun saya tahu dan yakin ia sedang berlaku. Di hadapan mata kepala kita sendiri.
Penigkatan kes-kes jenayah seksual di Malaysia dan juga kejadian-kejadian pelik yang tidak pernah didengari sebelum ini seperti nenek dirogol, budak sebelas tahun meliwat rakan sekelasnya, budak perempuan dirogol di bawah meja kelas tadika dan entah macam-macam lagi merupakan simptom-simptom jelas kepada betapa kritikalnya masalah pornografi di Malaysia. Ibu bapa amat wajar garu kepala dan berasa sangat risau dengan perkembangan ini kerana anak-anak di zaman serba moden ini amat mudah terdedah kepada bahan-bahan lucah. Maaf tapi saya tidak hairan andai otak mereka sudah pon dicemari dengan pornografi.
Teringat satu kuot yang pernah saya baca suatu ketika dahulu yang bunyinya kurang lebih begini:
"Tidak ada seorang lelaki pon yang tidak pernah menonton pornografi sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya."
Membeliakkan mata bukan? Walaupon sukar untuk saya menerimanya tapi jauh di dalam sudut hati, saya terpaksa mengakuinya.
Pendedahan terhadap bahan-bahan pornografi secara konsisten dan berterusan akan meninggalkan kesan yang cukup mendalam pada seseorang, terutamanya dari aspek mental dan psikologi. Impak negatif ini termasuklah:
Teringat satu kuot yang pernah saya baca suatu ketika dahulu yang bunyinya kurang lebih begini:
"Tidak ada seorang lelaki pon yang tidak pernah menonton pornografi sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya."
Membeliakkan mata bukan? Walaupon sukar untuk saya menerimanya tapi jauh di dalam sudut hati, saya terpaksa mengakuinya.
Pendedahan terhadap bahan-bahan pornografi secara konsisten dan berterusan akan meninggalkan kesan yang cukup mendalam pada seseorang, terutamanya dari aspek mental dan psikologi. Impak negatif ini termasuklah:
- Lelaki yang menonton pornografi akan berasa kurang simpati terhadap mangsa rogol
- Mempunyai perilaku yang ganas
- Percaya bahawa wanita yang berpakaian tidak sopan wajar dirogol
- Marah terhadap wanita yang dingurat tapi tidak mahu melakukan hubungan seksual
Cukup menakutkan bukan..? Geleng kepala.
Kepesatan perkembangan dan kecanggihan media sosial menjadikan masalah ketagihan bahan-bahan lucah ini lebih mengerikan. Sesiapa sahaja, setiap masa dan ketika, walau di mana mereka berada boleh mengakses laman-laman sesawang yang menyediakan bahan-bahan pornografi hanya dengan satu klik.
Yang menjadi masalahnya adalah bagaimana licik dan kejinya mereka yang mahu mempromosikan pornografi ini demi sebuah keuntungan. Yang kita mahu tonton di TiubAnda itu adalah video ceramah Nouman Ali Khan, tetapi entah bagaimana, pada senarai video-video yang dicadangkan untuk ditonton, terselit juga satu dua video yang tidak senonoh. Begitu juga dengan garis masa di MukaBuku; dalam banyak-banyak hapdet-hapdet terbaru yang dipaparkan pada garis masa kita, entah bagaimana akan tersesat juga iklan atau cadangan post busuk dan hina yang menjurus ke arah pornografi.
Errghhhh itu sumpah menjengkelkan tahu...??
Saya sering juga mengalami masalah ini, terutamanya ketika sedang mencari gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan di dalam artikel-artikel saya. Nak cari gambar bayi comel, entah macam mana boleh sesat gambar wanita tidak berpakaian. Mahu cari foto potret lelaki tua yang kesedihan, tapi pasti akan terselit juga gambar-gambar lucah yang langsung tiada kena mengena dengan seorang lelaki tua yang kemurungan!
Ia bukan sahaja membuatkan hidung dan mata saya berdarah. Tapi seringkali juga membuatkan iman saya tergugah.
Yang lebih mengerikan dan membawahkan adalah imej-imej ini kadangkala akan melekat lama di dalam kepala, lebih-lebih lagi imej ini akan terpapar jelas di dalam tatkala sedang menunaikan solat! Aduhai.
Yang lebih mengerikan dan membawahkan adalah imej-imej ini kadangkala akan melekat lama di dalam kepala, lebih-lebih lagi imej ini akan terpapar jelas di dalam tatkala sedang menunaikan solat! Aduhai.
Siang-siang begini pon ada ninja yang menghiris bawangkah..?
Lantas ia membawa saya kepada sebab utama mengapa saya menulis artikel ini; ketagihan porno dalam kalangan mereka yang bergelar dua't. Atau daporn.
Tersedak.
Inche gabbana gila! Mana mungkin seorang dai'e itu boleh terlibat dengan sesuatu sekeji dan sekotor porno! Ini fitnah! Ini dakyah! Kita bakar Inche gabbana! Kita baaakaarrrr!
Inche gabbana gila! Mana mungkin seorang dai'e itu boleh terlibat dengan sesuatu sekeji dan sekotor porno! Ini fitnah! Ini dakyah! Kita bakar Inche gabbana! Kita baaakaarrrr!
Err. Apa hal anda emo tak tentu pasal ni? Sabar dahulu boleh tak?
Meskipon saya tiada bukti atau fakta untuk dikemukakan bagi menunjukkan wujudnya gejala daporn ini, tetapi entah mengapa, saya merasakan ia tidak mustahil walah wujud dalam kalangan para dua't terutamanya ikhwah.
Ya, ikhwah. Bukankah ikhwah itu juga akhirnya seorang lelaki? Eh. (Jujur saya langsung tak boleh nak bayangkan kalau ada akhawat yang layan porno. Bisa bikin gue tarik rambut berlari-lari sekeliling kampung tidak percaya!)
Boleh jadi adalah kerana jahiliyyah lama yang masih belum dikikis habis. Boleh jadi hobi baharu yang ditemukan apabila mula berjinak-jinak dengan media sosial. Atau boleh jadi juga ada yang tidak mampu menahan nafsu yang membara lantas menjadikan pornografi sebagai jalan pintas untuk melempiaskannya.
Urut dada.
Walau apa pon alasannya, walau apa pon faktor penyebabnya, sekiranya gejala daporn ini benar-benar wujud, ia adalah sesuatu yang amat seriyes dan perlu diberikan perhatian yang segera. Ia bukan sahaja menrosakkan jiwa dan hati diri sendiri, malah yang lebih menakutkan adalah ia juga memberi impak yang cukup besar pada tarbiyah dan dakwah.
Pertimbangkan sepotong hadith ini:
"...kemudian baginda menceritakan tentang seseorang yang telah lama bermusafir, rambutnya kusut dan (badannya) penuh debu, dia menadahkan kedua tangannya ke langir, seraya berdoa, 'Ya Rabb, Ya Rabb.' Padahal makanannya haram, pakaiannya haram dan perutnya diisi dengan makanan yang haram, maka bagaimana mungkin doanya dapat dikabulkan?"
[Hadith Riwayat Muslim. Hadith kesepuluh di dalam Arbai'n an-Nawawiyah]
Nah, bagaimana dengan pandangan yang keji lagi haram? Bagaimana dengan fikiran yang kotor dan haram? Dan bagaimana pula dengan hati yang sudah hitam dengan zina dan nafsu haram?
Pernah terfikir tak mengapa bulatan gembira yang anda bawa tidak menjadi? Pernah terlintas tak mengapa hadek-hadek bulatan anda degil dan kurang ajar? Pernah terdetik tak mengapa sejak sekian lama anda terjebak dengan tarbiyah dan dakwah ini, semangat dan keikhlasan anda untuk melaksanakan amanah syahadatul haq itu semakin lama semakin memudar? Pernah berasa kusut mengapa sukar benar hafalan Quran atau hadith melekat di dalam kepala? Pernah berasa hairan mengapa diri malas benar untuk melakukan amal ibadah?
Boleh jadi mungkin kerana doa kita yang tidak dimakbulkan itu. Boleh jadi mungkin kerana hati kita yang sudah keras lagi hitam, dek kita yang seringkali terlanjur memuaskan nafsu serakah kita. Boleh jadi mungkin kerana Allah tarik sedikit demi sedikit hidayah yang pernah kita nikmati suatu ketika dahulu dek kita berterusan melakukan maksiat.
Semuanya kerana kita tidak dapat menahan mata kita daripada memandang sesuatu yang haram. Kita gagal melatih dan mendisiplinkan nafsu kita yang buas seperti raksasa itu. Kita membiarkan sahaja akal dan hati kita berzina, tanpa ada sekelumit rasa penyesalan.
Nastaghfirullah.
Dari Tsauban r.a., suatu hari Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari
umatku yang akan datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah
yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan."
Lantas para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Ceritakanlah keadaan mereka kepada kami
supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahui."
Maka baginda bersabda lagi, "Mereka merupakan saudara-saudara kami dari bangsa kamu
sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka
adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan
perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di
belakang manusia)."
[Hadith riwayat Ibn Majah]
Gulp. Mungkinkah ada dalam kalangan kita yang termasuk dalam golongan ini? Mereka yang tampak alim dan hebat di medan, namun rupa-rupanya sering bermaksiat apabila berseorangan? Mereka yang pompam pompam mengeluarkan dalil itu dan ini berhujah begitu dan begini, namun sebenarnya dalam dia tewas pada nafsu halobanya sendiri?
Mungkinkah ada dalam kalangan kita yang bergelar daporn ini..? Innalillahi wa innailaihi raji'un!
Aaarrghhh bagaimana ni Inche gabbana! Saya dah ketagihahan porno! Macam mana saya nak tinggalkannya! Ia tidak semudah ituuuu!
Jujur saya amat kasihan dan bersimpati kepada daporn ini sekiranya ia benar-benar wujud. Saya bukanlah orang yang pakar untuk memberikan nasihat, tapi saya kira ada beberapa tips yang saya fikirkan yang mungkin dapat membantu anda. Juga mungkin berguna kepada anda yang sudah mula terjebak dengan kegiatan tidak senonoh ini.
Pertama, dapatkan bantuan pakar (kaunselor, psikitiaris dan sebagainya), terutamanya sekiranya anda sudah mencapai tahap ketagihan pada pornografi. Jujur saya katakan, walau bagaimana besar perasaan malu yang ada pada anda, besar lagi keperluan untuk anda menyelesaikan masalah ini dengan segera. Siapa tahu, dengan bantuan mereka yang lebih berpengalaman, anda akan menemukan solusi kekal kepada permasalahan anda ini. Bersegeralah mendapatkan bantuan!
Kedua, pertimbangkan kisah ini. Ketika datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina, apa kata baginda kepada pemuda itu?
"Sukakah kamu jika ibumu berzina? Sukakah kamu jika anakmu
berzina? Sukakah kamu jika saudara perempuanmu berzina? Sukakah kamu jika ibu
saudaramu berzina?"
Pemuda itu menyatakan tidak suka sama sekali kepada semua
soalan baginda. Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu
berdoa untuk pemuda tersebut, "Ya Allah ampunkanlah dosa-dosanya dan
bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya." Setelah itu pemuda tersebut
tidak mahu lagi meneruskan keinginannya. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
Nah, bayangkan sekiranya lelaki-lelaki rakus bernafsu raksasa di luar sana menonton Puan Mak kita, Cik Adik Perempuan kita, makcik kita, sepupu perempuan kita dan nenek kita (err..) dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang pada tubuh badan mereka. Sukakah kita..??
Sekiranya anda benci dan tidak suka saudara-saudara perempuan sedemikian rupa, maka berhentilah daripada menonton bahan-bahan lucah yang tidak bermoral itu.
Ketiga, jauhkan diri anda daripada mendekati sebarang laman-laman sesawang, bahan-bahan bacaan, video dan sebagainya yang boleh menjuruskan anda kepada bahan-bahan pornografi. Seperti yang saya katakan tadi, laman-laman ini, meski tampak tidak bersalah (Baca: Innocent) punya rangkaian yang tidak berkesudahan. Sekali anda terjebak, kebarangkalian untuk anda terperangkap adalah amat besar sekali. Dan sekali anda terperangkap, kemungkinan untuk anda menjumpai jalan keluar amat sukar sekali. Adeh.
Mungkin sudah tiba masanya anda berpuasa daripada melayari internet sekiranya simptom-simptom ketagihan porno sudah mula kelihatan. [Kredit] |
Kata orang, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kerana itu agaknya Allah berfirman di dalam Quran agar kita menjauhi zina. Maknanya, kita wajib menjaga diri kita daripada sebarang unsur atau perkara yang boleh menyebabkan kita terjebak pada perlakuan zina ini, termasuklah pornografi.
Nouman Ali Khan, dalam mentafsirkan ayat lima dan enam surah al-Mu'minuun;
"...dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka tidak tercela."
[al-Mu'minuun, 23:5-6]
mengatakan perkataan 'kemaluan' (lifurujihim) adalah apa-apa sahaja pada diri, termasuklah akal dan hati yang wajib dipelihara daripada perkara-perkara yang haram.
Keempat, sibukan diri anda dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Setiap masa lapang yang ada, isikannya sama ada dengan pergi berjumpa hadek-hadek untuk bermuayasyah dengan mereka, membaca bahan-bahan fikrah, memantapkan hafalan, memburu mad'u baru, mendengar ceramah-ceramah agama dan sebagainya.
Ketahuilah, iblis dan syaitan akan mengasak dan membelasah kita tatkala kita berseorangan dan punya kelapangan. Ketika itu kita berada pada titik kita yang paling lemah. Pulak dah kita terjumpa pautan ke laman sesawang itu dan bahan bacaan ini.. Aduh, tertewas kita dibuatnya!
Bukankah masa lapang bagi seorang dai'e itu adalah permulaan kefuturan baginya..? Gasp.
Dan kelima, bacalah belog Angel Pakai Gucci. Wakakaka. Mintalah pada Allah kekuatan dan kemahuan untuk keluar daripada belenggu ini. Hanya Dia sahaja yang Maha Berkuasa untuk membebaskan anda daripada ketagihan ini.
Meski ada menikmatinya sekarang ini, percayalah, jiwa anda sebenarnya sedang terseksa. Walaupon anda mungkin dapat memuaskan nafsu anda yang raksasa itu, ketahuilah, anda sebenarnya sedang mengumpul saham-saham neraka yang tidak terkira banyaknya.
Mintalah padaNya. Mengadulah padaNya. Bersungguh-sungguhlah berdoa kepadaNya agar ditunjukkan kepada anda jalan keluar daripada kesengsaraan itu.
Betulkan tempat duduk. Buat muka seriyes.
Ketahuilah, pornografi adalah sebahagian daripada senjata musuh-musuh Islam (Baca: Ghazwul fikr) yang paling ampuh dalam usaha-usaha mereka untuk melumpuhkan umat ini. Objektif mereka mudah; merosakkan hati anak-anak muda Islam sehingga ke akar-akarnya agar tiada apa yang mereka fikirkan melainkan seks, seks dan seks.
Serangan-serangan mereka halus dan kemungkinan besar tidak disedari pon oleh kita semua. Sama ada melalui adegan-adegan panas di dalam filem, atau iklan-iklan produk yang provokasi, atau bahan-bahan bacaan ringan yang mengghairahkan, mereka akan terus menyerang dan menyerang ummah ini sehinggalah kita menjadi longlai dan layu. Selepas itu, mudahlah mereka memijak-mijak kita. Senanglah mereka menghancurkan kita dan ummah ini, di depan mata kepala kita sendiri.
Lantas, apabila rijal harapan ummah ini telah dirosakkan, telah jauh daripada Quran, sudah tidak lagi chenta pada sunnah ar-Rasul, siapa dan apa lagi yang tinggal untuk memperjuangkan agama ini..?
Kita telah pon melihatnya. Dan sedang melihatnya. Kehancuran ummah ini sedang berlaku di hadapan kita. Kerosakan anak-anak muda berlaku pada kadar yang amat menakutkan.
Geleng kepala entah untuk berapa kalinya.
Maka perjuangan membebaskan diri masyarakat daripada belenggu pornografi adalah jihad kita sama. Dalam konteks yang lebih luasnya, mujahadah kita untuk menghapuskan kerosakan yang semakin menular di dalam masyarakat ini adalah sebenarnya peperangan melawan musuh-musuh Islam!
Masa untuk keluar dari belenggu ini! Babai jahiliyyah! [Kredit] |
Ayuh anda yang punya masalah daporn ini. Tanam azam untuk buang jauh-jauh jahiliyyah yang karatnya semakin membesar dan mendalam di dalam jiwa itu. Anda perlu bersungguh-sungguh untuk mengikis habis maksiat ini sebelum ia melumpuh dan membunuh jiwa anda. Anda perlu bangkit semula dan belasah cukup-cukup jin dan jembalang porno yang merasuki anda itu. Kerana ummah memerlukan anda!
Perubahan bermula dengan diri anda. Ya, anda.
Dan anda mampu untuk melakukannya.
Senyum.
-gabbana-
Saya mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan komen penambaikan kepada penulisan ini, sepertimana yang pernah saya terima usai menulis artikel 'Ikhwah Songsang' suatu ketika dahulu.
Ini adalah jihad kita bersama. Mereka di luar sana, amat membutuhkan bantuan kita.
Allahu rabbuna yusahhil!
49 Caci Maki Puji Muji:
Moho kahwin secepat mungkin Inche gabanna.
#evillaugh
Bole cek google trend inche gabana, kat situ bole dptkan statistik most search keyword in most country
Pernah sy terdengar bila hati seseorang inginkan kepada maksiat daporn ni adalah tanda dia kering ilmu..*kurang lebih mcm tu lah*
Sebab ilmu adalah cahaya dan maksiat adalah kotor..apabila maksiat dah masuk dalam hati susah utk kita terima ilmu..jadi setiap kali terasa hati ingin kearah daporn sentiasa isikan hati dengan cahaya ilmu supaya tak mudah kotor..dengan menelaah buku2 mahupun mendengar kuliah ceramah
*bila setiap kali terasa nak melayan bnda lucah antara tnda kita sedang dahagakan ilmu*
Wallahualam..betulkan kalau saya salah :)
Yang keenam, cuba jarakkan diri daripada mereka yang terlibat dengan gejala kurang sihat ini. Kalau boleh cuba nasihat mereka yang terlibat. Secara tak langsung, kita pun mengingatkan diri sendiri supaya tidak terlibat sama.
Benda yang sama dok terpikiaq 2, 3 hari ni. Benda tersembunyi siapa nampak? kan kan kan... Walaupun nama daie tapi rasa khau ilallah tu masih kurang.
Moga2 kita semua dijauhka dari menjadi DaPorn. Kalau dah jadi tu mari bertaubat.
hurm. susah nak buang. seriously.
Apa petua inche kepada daie2 yg ketagij pornografi? Mungkin sekali dia amat membenci jahiliyyahnya tetapi situasi zaman skrg bersama kesan drpd jahiliyyah lamanya yg membuatkan beliau sukar utk meninggalkan. Bukan senang untuk mencari professional help pabila semua org begitu snang menghukum drpd membantu beliau
From pesakitteruk
jihad melawan nafsu memang susah. sebab itu ia dinamakan jihad.
kepada yg rasa susah nak berubah,berubah lah.paksa diri buat benda baik.seriously.consistency in doing things will make them part of us,either bad or good :) we choose.
Try set certain duration untuk tak tengok porn. Mungkin boleh start 3 hari tanpa porn, then seminggu tanpa porn, dua minggu, tiga minggu, sebulan dan seterusnya.
Kemudian kuatkan diri untuk keluar dari persekitaran berkenaan. Elakkan bersembang tentang perkara yg menaikkan syahwat. Betul diri terasa berat tapi sampai bila kita nak seronok dengan keadaan macam tu. I was one of them yang pernah ada pengalaman macam tu and still struggling untuk melawan nafsu.
Thanks Inche Gabbana. Artikel ini amat membantu. Saya ada try beberapa kaedah yg diberitahu di sini tapi jiwa bergelojak ingin menontonnya lagi. Tapi saya akan try jugak sampai saya dapat fully stop tengok benda2 mengarut itu. Mohon doakan saya yea.
Tanamkan dalam hati dan kepala kamu..bagaimana kalau malaikat ambil nyawa kamu saat berdaporn.Hidup nikmat mati.....Laknat..
Sebenarnya benda ni mmg benar dan wujud. dan juga.. da'ie muslimat juga ada yg mempunyai masalah ini..
Macam mana kalau daie, dah bertahun dlm tarbiyah, tp takdapat commit solat lagi?
Sudi tak inche gabbana mengusrah kan saya? Agar saya dapat mengisi hari-hari saya dengan warna warni dakwah dan tarbiyah?
antra tips yg brkesan adlh, Elak daripada BERSENDIRIAN
Saya ada terbaca 1 artikel ni,dia ckp kalau nak elakkan kita buka website yg bukan2,seeloknya kita on9 kat tempat terbuka.
Ape pandangan Inchee Gabbana jika seorang lelaki dan perempuan yang bercinta dan menggunakan perkataan "sayang" dan "abang" dalam setiap perbualan dan dalam setiap mesej . Adakah ianya dikira sebagai "zina" ? Mohon pencerahan Inchee ASAP
kalau tengok porn selalunya fap juga ( ͡° ͜Ê– ͡°)
*sesak nafas*
Jujur cakap, masalah daporn ni bukan setakat ada pada lelaki, tapi juga pada wanita
*sesak nafas balik*
Memang wujud pun "DaPorn" dan "Ikhwah Songsang". True story. Kerana akhirnya ikhwah juga lelaki. Mohon doakan sahabat2 yang sedang bergelut dgn diri sendiri untuk solve problem ni. T_T
Enonimus 01:01: Something wrong somewhere. Dai'e tu patutnya ilallah, mengajak orang kepada Allah.
Solat pula adalah manifestasi kepada ketaatan hamba kepada Tuhannya. Kalau dai'e sendiri tak solat, itu memang masalah besar tu.
Enonimus 02:04: "Wala taqrrabu zina." Janganlah kamu dekati zina.
Ya, perbuatan itu, walaupon bukan zina, tapi menghampiri zina.
Mohon jauhkan diri daripadanya.
yup. antara yg berkesan ialah elakkan diri drpd bersedirian.
http://www.youtube.com/watch?v=SuvkTS2uuoE
Tengok link atas ni. Very good video untuk mereka yg berusaha untuk fight drpd jd DaPorn. 1st step towards a change.
**sesak nafas bace!
tipsnye takleh duk sorang2..kalu dok sorg bacelah quran + zikir, takpun bace APG pon boleh..
Thanks for making this article. It's a taboo topic, sure. But someone has to stand up and address this issue, no?
Saya boleh sahkan mmg ia wujud.. DAPORN mmg wujud..doakan mereka
.....
Mereka memang wujud.
Dan percayalah, mereka sedang berusaha sungguh2.. T_T
... sapa nak mati sebagai pendosa....
solusi paling ampuh :
jangan bersendirian.
sibukkan diri dengan benda yang baik.
biasanya orang layan benda macam ni sebab bosan, pastu sekali tengok lama-lama ketagih.
seolah-olah dah set,kalau bosan je tengok, kalu bosan je buka.
so nak tak nak kena alihkan perhatian diri sendiri dekat perkara yang lebih bermanfaat.
saya pernah terlibat dengan benda ni sebelum ni.
alhamdulillah,allah masih sayangkan saya. so that saya terselamat dan dah tak buat lagi benda terkutuk ni.
tapi nak cerita, mujahadah ni bukan senang, kadang tu terbuat lagi.
tadi, allah gerakkan hati saya tuk baca blog inche.
saya sangat terkesan tang pornografi ni bagi efek kat kerja DnT.
mohon doakan saya dapat istiqomah. siapa je yang nak mati jadi pendosa.
neway, saya nak tanya, ini tidak dikira sebagai membuka aib kan?
saya cuma nak bagitahu even orang yang dah keterlaluan addicted ni ada harapan nak berubah.
wasalam.
Pendapat tentang melihat cerita pg atau video ehem..
Berdasarkan ustaz nouman ali khan...
-dlm alquran Allah ada sebut bahawa... Orng lain tak boleh masuk bilik ibu bapa tanpa mengetuk pintu. So apa2 yg berlaku di belakang pintu haram diceritakan kepada orng lain atau dilihat.
So, sama jugak dengan video lucah...tu semua sepatutnya disembunyikan. Bagi pihak penonton, tak boleh utk kita tengok..sbb dlm tu ada aurat orng lain...so ..jgn tengokkk!!! Cerita2 yg nampak aurat tu, .walaupun nampak pusat je...baik tinggalakan!tau!! Laghaaaaa jeee... Kartun pun tak boleh rasanya.... Sbb suami isteri tak boleh cerita apa yg diorang buat kpada orng lain...so kita tak boleh mendengar jugaklah...so tak boleh la kartun ponnnn! Animee laa banyak benda2 mcm ni... Haisshhhhh!! Tinggalkan anime! lebih banyak mudarat drpd kebaikan. Kecuali kartun2 yg membina dn comel
http://www.youtube.com/watch?v=KzFcwmtTR_0
bismillahirrahmanirrahim..
kekurangan dan 'ketidabijakkan' remaja sekarang dalam memilih bahan yang sesuai juga kadangkala menjadi asbab utama permasalahan ini wujud. moga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah..
doakan mereka yang terlibat berubah dan doakan juga kita yang tidak terjebak ini terus istiqamah di jalan kita...
its very hard to stop from watchig those things!!! everytime, after watching, the feeling of SINNER will come into the heart and feel regret... but it feel likes "is there any hope since i'm doing it again and again and seek for taubah again and again.. is it consider as playing with Allah's mercy and AL-GHAFUR?"
T_T ... hope there's answer for me. thanks guys...
-Sinner with lost hope-
Akhi, there is hope.
try give up! never ever give up!
get out from that surrounding! minimise any time alone. reduce the time you online. keep away from lagha website like 9gag.
trust me, this will help you.
to compensate with all the free time, fill it by spending more time in the mosque or musolla. learn Quran...
mcm saya, saya lari ke madrasah. madrasah tu ustaznya ustaz tarbiyyah. jenis ustaz yang membina manusia. literally.. dengan soft skill dia.. ramai pelajar2 disitu dah berhenti merokok, semua sbb motivasi n soft skill untuk ustaz tu guna.
kenapa saya lari ke sana? saya nak keluar dari suasana Jahiliyyah itu.. nak bina kekuatan untuk berdepan dengan suasana itu bila pulang..
insyaAllah akhi. there's always hope.
atleast, kalau xdpt pahala berhenti, dapat pahala cuba berhenti pun jadi la.
biar kita mati berusaha dan bermujahadah, dari mati berdosa bermaksiat... T_T ok akhi?
*never give up!
salam apg..kalau kite duduk sorang2 je yang ikut tarbiyah..yang lain tak ikut pun..kawan2 huha, langsung tak masuk..camne nak maintain..takutlah..nak buat takut kawan tengok pelik...naqibah jarang balas mesej, ex naqibah je rajin reply...pastu rase macam laju sangat dapat daurah itu ini..padahal orang lain baru sh je tapi okay, enviornment diorang banyak akhawat, environment kite kene cari sendiri
tolong bagi idea ataupun penulisan boleh tak..ke dah ade sebenarnye
Salam,
Saya ada kwn yg bercerita ttg dirinya yg ketagih porn.
Dan saya tak tahu mahu kata apa dan buat apa T.T
Sebab saya pun dulu pernah terjebak,tetapi Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya.
skrg ni tgh strive utk istiqamah tak tgk..
Sekarang saya buntu, saya mahu jauhkan diri dr sebarang perkara yg membawa kpd bendalah tu
tp dlm masa yg sama sy tak sanggup nak biar kwn sy tu mcm tu.
Apa yg perlu saya lakukan??
Mohon pencerahan...
IG.. wujud sebenarnya daporn ni.. jahiliyah yang paling susah saya nak buang.. hidup saya dah lama dengan video pornografi..sejak sekolah kot. sejak kenal couple tu apa.. T.T tapi sejak daurah sayonara jahiliyah.. saya cuba sangat2 nak jauhkan.. tpi susah IG.. susah.. bnda ni ketagih sangat.. anyway sampai bila kan nak hidup macam ni.. doakan saya IG.. sebab everybody have past.. n everbody want a better future.. n i work for better future.. to leave this problem totally.. n thanks ig.. for this post.. sebab dah lama nak cari penyelesaian.. hampir nak citer dgn murrabi tapi malu.. tpi alhamdulillah Allah maha mendengar lagi mengetahui.. moga Allah redha.
setuju dgn artikel ini..mulut sibuk mengeji tapi penglihatan sukar dielak malahan dada betepuk riang dpt melihat aurat org lain yang tak sepatutnya. Ya Allah, bantulah kami.Hilangkan nafsu buruk ini drp kami..(T T)
i am one out of 6 women. sigh.
it's like dilemma tau. nak jadi muslim terbaik but in the same time tak boleh lawan nafsu sendiri.
sedih sangat.
sedih jugak...
Realiti kehidupan sekarang beginilah ya TwT
Camne namanya pengajak kepada kebenaran , tapi pengajak kebenaran itu sendiri masih dalam kebatilan. Sampai bila kebenaran takkan tertegak dengan jayanya.
Astghfirullah.
Sedihnya.
Buat diri ini dan daie dan muslim di luar sana.
Selagi masih ada masa untuk bertaubat.
Bertaubatlah.
How if kita mati masa tengah syok nengok ....? Nauzubillah
Semoga mati kita dalam iman, dalam husnul khatimah. Jangan lupa, kat akhirat nanti mata, telinga, tangan dan anggota lain akan jadi saksi apa kita dah buat.
Tq IG, semoga Allah pelihara mata kita daripada itu semua.
Peringatan paling banyak tok diri sendiri.
dekat gambar keep calm tu ada cross encik..
Ade seorang ikhwah yang pernah share kisah tentang seorang sahabat (tak ingat nama) yang addicted dengan sejenis maksiat (tak ingat apa).
Suatu hari, nabi saw pergi berjumpa dengan sahabat tersebut untuk bincang dengan sahabat tersebut tentang ketagihannya terhadap maksiat yang dilakukannya. Nabi saw mencadangkan untuk sahabat tersebut berjumpa dengan nabi saw secara berkala. Dan setiap perjumpaan mereka, sahabat tersebut akan menceritakan kepada nabi saw tentang maksiat yang dilakukannya. Pada setiap perjumpaan itu, maksiatnya semakin berkurang dan lama kelamaan hilang kerana sahanat tersebut berasa malu untuk menceritakannya kepada nabi saw setiap kali beliau melakukannya.
Cerita ini dikongsi oleh ikhwah indonesia sewaktu beliau mencadangkan supaya berjumpa beliau secara berkala untuk update tentang perkembangan tarbiyah saya. Saya rasa ianya sangat efektif untuk membantu seseorang untuk berubah.
You know what, i was trying to avoid watching 'it' so i searched for ur blog. Tetiba ada artikel ni pulak. Aduh. Menusuk jiwa betul. Haha. Thanks
Doakan yg terbaik bg yg bergelut melawan jembalang dlm diri.
Allah.. Allah. T_T
Inche Gabbana, saye kenal sorang akhawat yg sngt aktif bdakwah, tapi terjerat dgn porno . Uhh, xdinafikan, D&T bnyk trjejas smnjak itu.
Nak Nanges tahu ..
Doakan beliau semoga dikuatkan pegangan . Aminn
Post a Comment