Pulanglah
[Kredit] |
Pulanglah kepada Tuhan,
Dengan namaNya kita diciptakan,
Dari sehina dan sekeji mani,
Lahir sebagai makhluk yang dipuji,
Sekalian makhluk buana bimaksakti.
Pulanglah kepada Tuhan,
Yang tidak pernah berkira mengurniakan,
Pelbagai nikmat dan kemudahan,
Saban hari dan saban bulan,
Meski kita terus dalam kemaksiatan.
Pulanglah kepada Tuhan,
Yang tidak pernah jemu dan bosan,
Sentiasa menanti hambaNya untuk kembali,
Walau dosa bergunung tinggi,
Walau noda semarak api.
Pulanglah kepada Tuhan,
Yang penuh kasih dan kechentaan,
Kepada hambaNya yang bergelar manusia,
Meski mereka yang bergelar si pendosa,
Kerana pintu taubatNya sentiasa terbuka.
Pulanglah kepada Tuhan,
Tatkala masih muda keremajaan,
Darah panas mengalir laju,
Tubuh badan segar dan gebu,
Sebelum sakit menjadi layu.
Pulanglah kepada Tuhan,
Dalam kerepot kulit yang ketuaan,
Dalam gerutu kedut muka,
Biar diri dimamah usia,
Sebelum malaikat mencabut nyawa.
Pulanglah kepada Tuhan,
Sebelum langit dimamah awan,
Sebelum matahari terbitnya di Barat,
Sebelum bumi memuntahkan mayat,
Sebelum gunung menyembah keramat.
Pulanglah kepada Tuhan,
Sebelum diri dibunuh penyesalan.
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat dibantu."
[az-Zumar, 39:54]
-gabbana-
3 Caci Maki Puji Muji:
mula membaca Blog IG kembali .
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga................................ mata berhabuk.
-))
Post a Comment