29 January 2012

10 Dalil Kenapa Bulatan Gembira Itu Ekstrem

[Kredit]

Saya menyertai bulatan gembira. Saya bawa bulatan gembira. Saya chenta dan taksub dengan bulatan gembira. Tanpa bulatan gembira saya merasakan seolah-olah dunia ini sempit. Dada saya sesak. Tak boleh bernafas. Kiranya bulatan gembira dan saya ibaratnya pisang goreng dan mak cik pakai baju kurung dan tudung bawal yang menjual pisang goreng itu. Ah.

Sayugia dengan itu saya ekstrem. Kerana apa..? Hanya kerana saya menyertai bulatan gembira.

Mari kita lihat dan kaji dalil-dalil yang menguatkan hujah bahawa menyertai bulatan gembira itu ekstrem.

1) Bulatan gembira untuk diri sendiri berjalan sekali seminggu. Kemudian bulatan gembira yang dibawa juga sekali seminggu (kalau bawa satu bulatan gembira lah). Maka dalam seminggu sudah dua hari (atau malam) hilang kerana berbulatan gembira. Itu ekstrem.

2) Dalam bulatan gembira cakap benda yang baik-baik sahaja. Tak boleh nak cakap benda-benda yang kotor atau nakal. Ah tiada kebebasan bersuara! Itu ekstrem.

3) Dalam bulatan gembira kena baca al-Quran. Lepas tu kena tadabbur pula. Hallo, ada tauliah ke nak tadabbur Quran ni..? Itu ekstrem.

4) Bila dah lama berbulatan gembira, mulalah ber'ana-anta' atau ber'ana-enti.' Eh sejak bila bertukar jadi orang Arab ni..? Itu ekstrem.

5) Bila dah mula larut dengan ukhuwwah dalam bulatan gembira, mulalah gatal mulut nak cakap, "Akhi, ana uhibbuka fillah!" Ewww...?? Itu ekstrem.

6) Dalam bulatan gembira ada sesi qadhaya, di mana ahli-ahli bulatan gembira kena kongsi masalah, baik masalah peribadi atau masalah dalam dakwah dan tarbiyah. Err, sejak bila kehidupan peribadi ni jadi kehidupan bersama..? Itu ekstrem.

7) Bila berbulatan gembira kena taaruf. Taaruf sampai kenal hobi Inche Papa, makanan kegemaran Puan Mama, adik-beradik kakak ipar dan tarikh masuk tadika rakan sebulatan gembira kita. Amboi, perlu ke nak kenal sampai tahap sebegitu rupa..? Itu ekstrem.

8) Kadang-kadang bila nak berbulatan gembira ni, kena sembunyi-sembunyi. Espeseli daripada mak ayah. Bila tanya nak ke mana dan buat apa, kita jawab nak jumpa kawan dan berbincang tentang banyak perkara. Eh, kalau buat benda yang baik, mengapa perlu takut-takut dan berhelah sampai begitu? Itu ekstrem.

9) Dalam bulatan gembira, selalu dibincangkan bagaimana nak kembalikan Islam kepada zaman kegemilangannya. Apa kaedah-kaedah yang terbaik untuk tegakkan semula khilafah Islamiyyah. Macam mana nak laksanakan hukum-hukum Allah secara total dan menyeluruh. Uish, itu ekstrem.

10) Paling selalu yang ditekankan di dalam bulatan gembira, adalah keperluan untuk menjadi orang yang baik-baik. Bagaimana mahu menjadi seorang hamba yang dekat kepadaNya. Mengapa perlunya menjadi seorang individu Muslim yang cukup sifat-sifatnya. Ah bosan! Tak kool dan mengongkong...! Itu ekstrem!

Bagaimana..? Kini anda sudah yakin yang bulatan gembira itu ekstrem..? Sungguh ekstrem bukan..?

Maka tidak perlulah anda menyertai bulatan gembira. Kerana bulatan gembira itu ekstrem. Kalau anda sertai juga, maka anda layak dilabel sebagai ekstremis sekian terima kasih.

-gabbana-
 

43 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 29/01/2012, 08:53  

Oh sgt extrem.Beruntunglah org2 yg extrem.Hidup tak boring.

Anonymous 29/01/2012, 09:54  

IG emo :P

~cAhAyA kEmUL!aAn~ 29/01/2012, 09:56  

Melebihkan bulatan gembira dan membelakangkan keluarga yg xpernah menghalang tuk berbulatan gembira..itu ekstrem..

Anonymous 29/01/2012, 10:19  

8) " Kadang-kadang bila nak berbulatan gembira ni, kena sembunyi-sembunyi. Espeseli daripada mak ayah. Bila tanya nak ke mana dan buat apa, kita jawab nak jumpa kawan dan berbincang tentang banyak perkara. Eh, kalau buat benda yang baik, mengapa perlu takut-takut dan berhelah sampai begitu? Itu ekstrem."

bole terangkan nape nk kna berhelah ?

tq.

- curious

Syuhada 29/01/2012, 11:54  

It sounds... sarcastic, I guess?

Hmm.. Anyway, chillex Inche gabbana!

^^

Suria Arjuna 29/01/2012, 12:08  

ho...~ nasib baik aku xde bulatan gembira..hoho!!~

Anonymous 29/01/2012, 13:50  

mksud ekstrem yg sbnrnya dlm entry apakah?

Anonymous 29/01/2012, 14:41  

baru ingat nak join bulatan gembira. x jadilah macam ni. thanks inche gabbana sebab menerangkan semuaa ni :)

jihaHAHA 29/01/2012, 14:43  

sekali sekala jadi ekstrem
hehe :)

Husna AOmar 29/01/2012, 15:05  

Teringin nak rasa jadi ekstrim..

sungguh! :)

Dear bella 29/01/2012, 15:21  

wah... rindunya ngan suasana bulatan gembira... extream la baru best...

deqnamalu 29/01/2012, 15:41  

saya pernah di halang oleh ibu drpd menghadiri bulatan gembira, oleh sbb itu sy selalu memberi alasan bile parents bertanya. bukanlah menipu, cuma tak menceritakan event sebenar. kerana sy tahu kalo ceritanya panjang lebar dan mereka tak fhm bagaimana sy fhm. tapi kebelakangan ini, sy perasan parents sy mcm tahu aktiviti yg sy lakukan dan mereka tidak menghalang pun. dan mereka tidak bertanya lebih lanjut. mungkin mereka dah biasa. alhamdulillah, cuma harapan sy satu hari nnt mereka juga dpt merasai manisnya tarbiyah itu. amin..

Mr satan 29/01/2012, 16:38  

Owh, ke-estaman enta kena tambah lagi;

11) selepas beberapa mengikuti bulatan gembira, selalu pulang jam 2-3pagi selepas bulatan gumbira,itu juga ekstrem!

12) Kena bangun awal pagi selepas berbulatan gembira. Dn pergi kerja@ kelas seperti tiada apa2 berlaku malamnya, itu juga ekstrem!

MuhdNour 29/01/2012, 17:09  

Harumnye wangi ukhuwah berbulatan gembira tu.. hati ni dah lama teringin dan akal dan fikiran dah lama memikirkan nak join, cuma belum ada yang merapat. Teringin benar berbulatan gembira. Dulu ada pernah semasa belajar join cuma mungkin sebntar cuma. Seronok sgt kalau ada yg merapat :-)

MuSaFiR 29/01/2012, 19:08  

klau itu yg d'namakn bulatan gembira maka bulatan saya bukan bulatan gembira tp bulatan ukwah!

InaAchik 29/01/2012, 19:26  

ekstrem yang menggembirakan!
ohhhh~~~ saya suka menjadi ekstrem!!!

orgkuantang 29/01/2012, 20:39  

haah la..IG seems emo..cam provok pun ade ;( why? why?

Anonymous 29/01/2012, 22:06  

adakah mengamalkan islam yg kaffah itu ekstrim? mengamalkan islam itu ekstrim? maka yg mengamalkan jahiliyah itu super ekstrim.. :)

Anonymous 30/01/2012, 00:01  

saya xterm dan saya owkeeyh!!
saya taksub dan saya owkeyh!!
saya obses dan saya owkeyh!!

=D

violet 30/01/2012, 00:35  

I am a Muslim..
Like all the western said about muslim...
Muslims are extremist..
and I'm an extremist...
Like Islam thought me too..
Yeah!!!!
Extremely loving..
Extremely kind..
Extremely just..
Extremely pious..
Extremely cute...errr.....
And I have a happy circle
..yup...extremely O.S.E.M happy circle...

Can't agree more that I'm a Muslim indeed an extremeeeeeeist as well..heh..insyaAllah..

P/S...so let's be an extremist towards the good things...why not???

beribu sesalan 30/01/2012, 05:41  

post ni mcm IG marah je..

Anonymous 30/01/2012, 08:35  

saya nk like kasi masuk fb.tapi saya takut org yg x faham akan jadi salah faham dgn bulatan gembira..

pakcik gaban mcm tgh marah,jadi,istighfar..

ye.jalan ni x selalunya mudah.tpi insyaAllah akan d permudahkan Allah..

Inche gabbana 30/01/2012, 09:19  

terima kasih sume atas komen yg membina.

memula mcm biasa, amal polisi tak perlu balas kecuali perlu.

tapi keperluan tu dah tiba dan izinkan saya utk jawab secara ringkas.

Jujurnya, tak marah atau emo langsung tulis artikel ni. sy rasa anda yg dah menjadi pembaca tegar kot faham kott cara penulisan saya.

kadang2 (selalu jgak.. hoho) penulisan saya amat2lah sarkastik. psikologi undur. Heh.

plus, ada org minta saya tulis artikel pasal pandangan org yg kata usrah ni ekstrem. hence, this article.

saya..? Saya riang gembira je dgn bulatan gembira. lantaklah org cakap apa pon. yg penting saya tahu dan faham yg saya buat ni keranaNya.. ;)

harap menjelaskan.

saya ekstrem dan saya okayyhhh..! xD

Syamil 30/01/2012, 11:56  

tapi ana blum cukup ekstrem..n otw to be an extremist!!! oh yeeaahhhhh!!!!

Anonymous 30/01/2012, 12:57  

Ya Allah, jadikanlah aku makin makiiiiinnnnn extrem.... LOVE EXTREMIST!!!

Anonymous 30/01/2012, 16:02  

Tak faham kenapa tiba-tiba ramai yang suka jadi ekstrem. Islam ajar kita jadi ekstrem ke?

Join, join jugak, tapi bila join kerana Allah dan nak ikut sunnah Rasulullah, maka tengok lah sesuatu dari pandangan Allah, dari sudut Rasulullah.

Sampai sanggup doa "ya allah jadikan aku org yg extreme" astaghfirullah, saya saja ke yg nampak betapa doa tu salah dari segi fiqh dan syariat islam?

Bila Allah sendiri kata suruh jadi ummatan wasata, kita pulak seronok nak jadi ekstreme. Nak jadi gharib mcm rasulullah kata takpe la, gharib itu gharib, but extreme, tu benda lain. Rasulullah larang melampau (ghuluw), sahabat yg over amik batu besar nk lontar jamrah pun nabi larang. Org nk puasa nonstop, xmau tdo, xmau kawen, pun rasulullah larang.

Mai zaman kita, anak2 yg ikut bulatan gembira pula seronok n happy jadi extreme, seronok digelar extreme. I womder apa yg korg blaja dari naqib/ah korg. Hmmmm....

Anonymous 30/01/2012, 16:08  

Penulis kata nk response kpd org yg label extremist. So...nak kata yg seronok jadi extreme?

Zaman rasul, baginda digelar majnun. Tapi xde lak baginda kata dia suka digelar camtu.

Kita pulak yg excited bila dipanggil extremist?

Hmmmm.....cuba fikir elok2 sket.....

Inche gabbana 30/01/2012, 16:17  

Enonimus: terima kasih atas pandangan dan teguran. iAllah saya yakin anda tegur ikhlas untuk kebaikan bersama. ;)

tetapi izinkn juga sy untuk memberikan pandangan.

rasanya anda salah faham dgn konsep ekstrem di sini, maupon keekstreman yang 'diminta' oleh para pengomen di sini.

yg dipinta bukanlah ekstrem seperti Taliban, atau ibadah melampau-lampau, bukan.

tp ekstrem dari kaca mata org yg melabel ekstrem tu. faham ke..?

maksudnya, kalau org kata join bulatan gembira tu ekstrem, then saya nak jadi ekstrem.

kalau org kata gi solat jemaah masjid 5x sehari tu ekstrem, then saya nak jadi ekstrem.

kalau bangun solat malam tu org anggap ekstrem, sy nak jadi ekstrem,

kalau puasa sunat isnin khamis setiap minggu tu dilihat sbg ekstrem, sy nak jadi ekstrem.

begitulah.

bukan ekstrem dari segi ruh dan amalinya, tapi ekstrem dari pandangan org yg tak faham Islam.

as of now, mmg kita ni ekstrem pon, sbb apa2 sahaja yg kita buat berlandaskan islam yg sebenar akan dianggap ekstrem.

sy syorkan anda baca post saya yg bertajuk 'Saya Ekstrem dan Saya Okayh!' iAllah ada penjelasan yg lebih lanjut dalam tu.

in the mean time, melampau membawa konotosi yg agak negatif, sdangkan ekstrem boleh membawa maksud yg positif juga.

cthnya, ketika Abu Bkr meinfakkan keseluruhan hartanya utk perang tabuk, tak ekstrem ke tu..?

atau para sahabat yg sanggup menjadikan diri mereka perisai kepada rasulullah saw dalam perang uhud. tak ekstrem ke tu..?

atau mus'ab bin umair yg sanggup melihat ibunya mati daripada melepaskan aqidahnya. tak ekstrem ke tu..?

lebih kurang begitulah. sama ada ekstrem atau tidak, bergantung kepada penilaian mata dan akal manusia.

sedangkan yg kita kejar, adalah redhaNya yg hakiki.

sebab tu kita tak peduli kalau org label kita sbg 'ekstrem' selagi mana kita faham dan sedar apa yg kita buat berlandaskan syarak dan sunnah ar-Rasul SAW.

allahu 'alam. salah silap harap betulkan. moga bermanfaat biidznillah.. ;)

k 30/01/2012, 19:05  

menarik! :)
EKSTREM it bukan masalah lagi, hoyeahh!! =p

mulahem 30/01/2012, 21:43  

minta komen inche gabbana mengenai perkara yang lebih ekstrem seperti jihad.apa pandangan inche?

Mastura 31/01/2012, 01:51  

teringin nak join bulatan gembira :(

SiPenyusunKasut~ 31/01/2012, 02:56  

Rasanya bukan ramai yg nk jadi xtrim, tapi nak bersihkan pndgn kotor ttg ekxtrim yg IG maksudkan. Ey IG, byk org belakang-cawan *backup* nampak.

Rasanya IG terlalu loyar buruk *hehe maaf*. Sebenarnya bulatan gembiralah segalanya. Soal jawab ttg agama. Menampakkan Islam yg sebenornye.

Ini yang amerika katakan xtrimis?, so be it. Kita tunjukkan islam yg sebenar.

Cik N 31/01/2012, 08:16  

Salam w.b.t. Buat Mastura Syed. Maaf bertanya. Sy nak offer Mastura utk berbulatan gembira tp secara online. Nak tak? Huhu. :) Boleh contact sy kat email ni nursyzan[@]yahoo[dot]com

m_andakhuza 31/01/2012, 17:30  

Cik N : nak join bulatan gembira jugak!:)

Syuhada 31/01/2012, 20:20  

Cik N! Nak jugaaaaakk! :D

Cik N 01/02/2012, 08:00  

Cik m_andakhuza boleh email saya. nursyzan[@]yahoo[dot]com

^_____^

Anonymous 09/02/2012, 03:33  

Agunci.

IG, anda sungguh nakal. Bila nak balas msj pertanyaan osem sy? =.=''

Inche gabbana 10/02/2012, 23:06  

email yg mana satu tu wahai enonimus..? terlalu byk email yg masuk... ^__^" maafkan saya..

Anonymous 08/09/2012, 03:31  

kenapa bulatan gembira boleh dianggap extreme hanya kerana 10 dalil yang ampuh?

bagaimana pula kalau kerana bulatan gembira kita jadi bergaduh?
Bagaimana pula kalau kerana bulatan gembira kita tinggalkan tanggungjawab seorang pelajar/anak-anak?
Bagaimana pula kalau kerana bulatan gembira kita rasa terpaksa?bagaimana pula kalau kerana bulatan gembira kita jadi tak gembira? Huhu..
Mungkin bulatan ni hanya gembira pada nama sahaja tidak dalam hati masing2?
Kalau saya rasa bulatan saya tak gembira perlu ke saya tinggalkan bulatan tu?

Anonymous 06/12/2012, 00:59  

saya ada senior yg sertai bulatan gembira ni(sy belajar di rusia).. pd mulanya sy nampak mcm senior lain pulaukan dia,dia mcm x ramai kawan la dlm komuniti kecil kami ni.. tp dah lama sy tgk,nmpk yg dia sdiri yg x campur dgn komuniti kami.. hujung mggu mst dia ke tempat kwn bulatan gembira dia wpun takde program pape di sana.. kdg2 kami buat program sdiri (cth:bbq) di komuniti kami tp dia x join,dia ke tmpt kwn sebulatan wpun takde program kat sane.. sampai skg senior mmg x masuk la dgn dia,sbb dia yg jauhkan diri dr kami.. xtau nk buat camno dah.. apa pandangan?

Nabelloons 23/08/2013, 23:10  

I'm 13 and I'm just found this interesting blog . So , saya x tahu apa maksud bulatan gembira ni .Apa maksud bulatan gembira ni eh ? :)

Anonymous 08/10/2013, 14:16  

Nama lain utk usrah.usrah tu apa?
Kamus dakwah apg 1.0:

Perkataan/Frasa: Bulatan gembira
Cara sebutan: Boo-la-tan Ghem-bi-rrra
Maksud skema: Usrah. Liqa' atau halaqah (secara literalnya bermaksud bulatan) yang dilakukan untuk duduk-duduk dan beriman sebentar.
Maksud sebenar: Satu kumpulan manusia yang berkumpul bukan sahaja untuk menambah keimanan di dada, tapi juga merancang bagaimana mahu mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Allah ini. Dengan kata lain, mereka adalah ikhwah/akhawat dai'e yang cukup bergaya. Perkataan ini boleh jadi kata nama, boleh juga digunakan sebagai kata kerja.
Contoh penggunaan I: "Ya Allllaaaahhh! Tolonglah aaakkuuu, Saparudin Ahmad... Tooolllooonnggg. Aku dah lama tak berbulatan gembira ni....! Kosong, kering sangggaatt hati aku sekarang ni...!" Rayu Fakarudin Sulaiman kepada rakan baiknya selepas dua minggu tiga hari tidak berbulatan gembira.
Contoh penggunaan II: Nurazimah Baharuddin berasa sungguh bersyukur lagi berterima kasih kerana walaupon selama ini dia tidak sedar yang dia sebenarnya dibulatangembirakan, kini dia amat menghargai usaha-usaha memerangkapnya suatu ketika dahulu.

Unknown 24/07/2014, 19:24  

anonymous-beruntung lah jd org y extreme..:-)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP