Tengsomac Allah!
[Kredit] |
"Ya Allah... Beratnya ujian ini. Mengapalah aku yang Kau pilih untuk berhadapan dengan ujian segetir ini..??"
"Apa ni ya Allah...?? Apa yang aku buat sampai Kau turunkan bala begini kepadaku..?? Apa dosa aku..??"
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Selama ini aku menjadi hambaMu yang cukup taat. Segala arahan dan larangan Kau, aku patuhi. Tetapi hari ni, kau layan aku seolah-olah aku ni hamba yang penuh dosa dan noda. Adilkkah itu ya Rabb..??"
Mungkin dialog-dialog di atas pernah diucapkan oleh kita sama ada sedar atau pon tidak. Mungkin juga tidak pernah sebijik-sebijon seperti itu, tetapi intipatinya tetap sama.
Kita berasa sedih dan lemah dengan ujian yang telah Allah turunkan kepada kita. Kita merasakan Allah berlaku tidak adil kepada kita, walhal selama ini kita rasakan kita sudah berusaha sebaiknya untuk menjadi hambaNya yang paling taat dan patuh.
Kita berasa sedih dan lemah dengan ujian yang telah Allah turunkan kepada kita. Kita merasakan Allah berlaku tidak adil kepada kita, walhal selama ini kita rasakan kita sudah berusaha sebaiknya untuk menjadi hambaNya yang paling taat dan patuh.
Lebih merunsingkan kita, Mak Cik Saodah Borhan, jiran sebelah rumah kita yang cukup kuat mengumpat dan mencaci itu tampaknya bahagia dengan anak-anak dan harta yang banyak. Ilyas Zubaidi yang kuat berjudi dan minum arak itu, baru dinaikkan pangkat dan sudah mampu memiliki sebuah kereta Volkswagen Jetta dan rumah teres dua tingkat yang lengkap dengan jakuzi. Anak-anak Pak Cik Ruzman Qushairi semuanya tampak berjaya dan berkarier yang hebat-hebat belaka, walaupon dia amat terkenal sebagai penzina tegar di kawasan kampungnya itu.
Di mana keadilan Allah..? Mengapa Kau biarkan si pemaksiat dan mereka yang membuat kerosakan di muka bumi berkuasa dan berjaya sedangkan kami yang taat dan patuh terpaksa menderita dan sengsara..??
Astaghfirullah adzim.
Sekiranya terdetik pemikiran sebegitu, walau sesaat cuma, segeralah meminta keampunan kerana kita sebenarnya sedang diumpan masuk ke dalam perangkap syaitonirojim. Lupakah kita, sebab utama iblis laknatullah dihalau dan diusir dari sorga adalah kerana keangkuhannya dalam bersyukur kepada Allah dengan keingkarannya kepada arahan Allah untuk tunduk kepada Adam a.s.? Egonya telah menyebabkan dia tersungkur di pintu sorga, dan kini dia sedang berusaha pula untuk menarik kita agar sama-sama menemaninya di neraka nanti! Nau'dzubillah...
Hakikatnya, kita punya sejuta satu sebab untuk bersyukur dan sifar alasan untuk tidak berbuat demikian. Anda tidak percaya..? Ayuh sama-sama kita senaraikan sekiranya ada sebab-sebab untuk kita merasakan kita ada hak untuk tidak bersyukur.
1) Ibu anda sedang sakit tenat dan ketika itu anda sedang menghadapi peperiksaan akhir yang sangat penting untuk ijazah sarjana muda anda
2) Anda betul-betul kekeringan duit dan ketika itu juga pelbagai masalah datang dari pelbagai arah datang; rakan datang menuntut hutang, motor anda rosak, ayah di kampung meminta wang dan sebagainya
3) Orang yang paling anda sayangi meninggal dunia tatkala anda amat-amat memerlukannya
4) Anda baru sahaja kemalangan jalan raya dan tidak lama selepas itu, adik anda pula mati lemas
5) Anda gagal teruk dalam peperiksaan sedangkan rakan anda yang kerjanya menonton porno hampir setiap waktu percuma berjaya dengan penuh warna-warninya
Dan lain-lain lagi.
Dengan alasan-alasan sebegitu (atau mungkin anda boleh datang dengan pelbagai tok nenek alasan yang lain), adakah layak untuk kita tidak menyatakan kesyukuran kita kepadaNya? Atau lebih teruk lagi, adakah ia bermakna kita berhak untuk memarahi dan mencaci-maki Allah..?? Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah. Urut dada, mata pandang ke atas.
Mari kita lihat semula alasan-alasan tadi. Tahukah anda, alasan-alasan tersebut tidak cukup kuat untuk menjadikan anda hambaNya yang tidak bersyukur..? Mari saya terangkan mengapa. Anda sudah bersedia untuk koyak jiwa atau terbakar hati..? Mari.
Kesilapan kita yang paling utama adalah apabila kita melihat kejayaan dan kemenangan itu dalam bentuk material dan ganjaran di dunia ini. Sedangkan kemenangan yang sebenarnya adalah ganjaran yang menanti kita di akhirat nanti. Kerana itu kita amat mudah tertekan, terasa seperti hendak terjun gaung apabila melihat kejayaan demi kejayaan yang dinikmati oleh orang lain sedangkan kita hari demi hari terpaksa melalui hari-hari yang sukar dan penuh dengan penderitaan. Bukan begitu..?
Kesilapan kita yang kedua adalah apabila kita menilai ujian dan dugaan dari Allah itu sebagai bala dan tanda Allah menghukum kita. Sedangkan nikmat dan kejayaan hidup di dunia adalah tanda Allah sayang dan chenta kepada kita. Itu adalah satu kesilapan besar. Sumpah.
Firman Allah di dalam surah al-Fajr:
"Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, 'Tuhanku telah memuliakanku.'
Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, 'Tuhanku telah menghinaku.'
Sekali-kali tidak!..."
[al-Fajr, 89:15-17]
Begitulah. Sebenarnya kedua-dua nikmat dan dugaan itu adalah ujian buat kita. Allah mahu menguji di kalangan hamba-hambaNya, siapakah yang benar-benar taat, bersabar dan bersyukur dengan segala ketentuanNya.
"...Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."
[al-Mulk, 67:2]
Malah yang lebih sumpah hoyeaahhh lagi adalah, lebih banyak ujian yang Allah timpakan kepada kita itu tandanya Allah lebih chenta dan sayang kepada kita. Lebih banyak mehnah dan tribulasi yang perlu kita harungi, itu tandanya Dia mahu kita lebih dekat kepadaNya.
Kita mungkin sering terfikir yang kita ini seorang diri di dunia yang fana ini. Walhal Dia sentiasa di sisi, penuh setia menanti. [Kredit] |
Macam mana pula tu Inche gabbana..? Bukan kalau kita sayang seseorang tu, kita akan bagi dia macam-macam hadiah, ganjaran, pujian dan sebagainya..? Tanya anda sambil menggaru hidung anda yang penyek itu.
Benar. Tapi itu di sorga nanti. Di dunia ini, Allah mahu melihat dan menilai, siapakah di kalangan para hambaNya yang benar-benar tegar dengan ujian-ujianNya. Dia mahu melihat, siapakah yang benar-benar istiqamah dan berpegang teguh dengan taliNya. Oleh itu, Dia cuit la kita sikit. Dia letaklah duri dan ranjau di sepanjang perjalanan kita di dunia ini. Dan siapa yang berjaya mengharunginya, ha, di akhirat sana, pasti ada sorga yang menanti dengan penuh setia.
"Adakah kamu mengira kamu akan masuk sorga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bertanya, 'Bilakah sampai pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.'
[al-Baqarah, 2:214]
Dan kesilapan besar kita yang ketiga, kita lupa dan alpa, yang sebenarnya nikmat Allah yang berada di sekeliling kita tidak terhitung banyaknya.
"Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah satu-persatu, nescaya kamu tidak terhitungnya!"
[an-Nahl, 16:18]
Zaaassss. Eh, bau apa yang hangit tu..?
Apabila salah seorang daripada orang kesayangan kita meninggalkan dunia ini, kita terlupa yang masih ramai yang menyayangi kita di luar sana.
Tatkala kita kemalangan dan hilang sebelah kaki, kita alpa yang Allah masih memberi pinjam kaki yang sebelah itu, di samping tangan, muka dan anggota-anggota lain yang masih boleh digunakan.
Ketika kita gagal dalam peperiksaan dan menyalahkan takdir kerananya, kita lupa yang Dia pernah memberikan kita peluang ke sekolah elit, diberi biasiswa dan berpeluang melanjutkan pelaran ke luar negara.
Sedang kita mengadu nasib dek satu-persatu kesusahan demi kesusahan yang menimpa kita, kita lupa yang kehidupan kita sebenarnya jaaaauuuhhh lebih baik daripada rakan-rakan dan saudara-saudara kita di Somalia, Syria, Palestin, Nigeria dan sebagainya.
Sedang kita mengadu nasib dek satu-persatu kesusahan demi kesusahan yang menimpa kita, kita lupa yang kehidupan kita sebenarnya jaaaauuuhhh lebih baik daripada rakan-rakan dan saudara-saudara kita di Somalia, Syria, Palestin, Nigeria dan sebagainya.
Dan ketika kita mengeluh dan merungut untuk entah apa-apa lagi masalah dan keserabutan yang memeningkan kepala, kita lupa yang setiap hari Allah memberi pinjam kepada kita oksigen secara percuma, kehidupan yang tidak perlu kita bayar apa-apa, kasih-sayang dari ibu-bapa dan rakan-rakan yang melimpah ruah banyaknya dan entah apa-apa lagi nikmat yang tidak terlihat oleh mata hati kita yang buta.
Malulah kita seandainya kita memilih untuk menjadi hamba yang tidak bersyukur, walhal Dia itu Maha Pemurah. Rugilah kita sekiranya kita mahu menjadi manusia yang tidak tahu berterima kasih kepadaNya, sedangkan setiap hari Dia curahkan kita dengan kasih-sayang. Dan tolollah kita jika kita memilih untuk menjadi sombong, ego dan angkuh, kerana sedar atau tidak, kita ini hanyalah seorang hamba..!
Allahu Allah. Tikk tiiik. Eh kenapa tiba-tiba basah pula baju saya ni...?
Malulah kita seandainya kita memilih untuk menjadi hamba yang tidak bersyukur, walhal Dia itu Maha Pemurah. Rugilah kita sekiranya kita mahu menjadi manusia yang tidak tahu berterima kasih kepadaNya, sedangkan setiap hari Dia curahkan kita dengan kasih-sayang. Dan tolollah kita jika kita memilih untuk menjadi sombong, ego dan angkuh, kerana sedar atau tidak, kita ini hanyalah seorang hamba..!
Allahu Allah. Tikk tiiik. Eh kenapa tiba-tiba basah pula baju saya ni...?
Tidak rugi pon kita bersyukur. Malah Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada mereka yang bersyukur.
"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), pasti azabKu sangat berat."
[Ibrahim, 14:7]
Dengan kata lain, nak tak nak, kita mesti dan wajib bersyukur! Pilihannya sama ada mahu diazab atau mahu diberikan nikmat yang berganda-ganda! Leh... Tak ke trang tang tang terang benderang tu..?? Bukankah pilihan yang perlu dibuat terlalu mudah...?? Eh kat dunia ni ada ke Tuhan yang punyalah pemurah sebegitu..??
Err. Sila abaikan. Itu hanyalah soalan retorik bertaraf hiperbola bagi menunjukkan keoseman Allah.
Tetapi anda faham bukan dengan apa yang cuba saya sampaikan di sini..? Sekiranya terdetiklah di hati anda walau sekuman cuma, rasa untuk marah kepada Allah dan tidak mahu berterima kasih kepadaNya, bersegeralah memohon keampunan daripadaNya. Seandainya anda berasa terlalu bawah dan seperti mahu terjun dari tingkat tiga puluh lima apartment milik nenek anda, ingatlah bahawa Allah terlalu menyayangi anda. Dan jika ada masa-masa anda berasa terlalu sedih, seolah-olah dunia dan seisinya bergabung tenaga menghimpit dan menekan anda, ketahuilah wahai saudaraku, Allah tetap ada bersamamu, setiap masa dan ketika.
Saudaraku,
Chenta Allah itu yang abadi,
Yang Hakiki,
Carilah chentaNya,
Dambalah rinduNya,
Mintalah kasihNya,
Kau tidak akan kechewa,
Walau seketika,
Walau sekelumit cuma,
Kerana chentaNya itu,
Chenta yang tulus,
Chenta yang suci,
Chenta yang ikhlas,
Buat hamba-hambaNya,
Yang menchentaiNya.
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam sorgaKu."
[al-Fajr, 89: 27-30]
Ya, ini adalah satu manifestasi chenta. Ini adalah satu pengakuan daripada seorang hamba. Ini adalah satu terjemahan chenta buat Allah yang tidak pernah lupa dan lalai daripada mengasihi hambaNya.
Sedangkan entah berapa kali diri ini berpaling daripada mengingatiMu, ya Allah. Entah berapa banyak diri yang hina ini bergelumang dengan dosa dan noda ya Rabbi. Dan entah kesekian kalinya diri yang lemah ini lupa untuk bersyukur kepadaMu, ya Ghafur.
Tunduk malu, air mata bercucuran laju.
Warna-warni kehidupan; ada yang ceria dan cantik, ada yang suram dan gelap. Moga warna-warna yang mewarnai kehidupan kita adalah warna-warna pilihanNya! [Kredit] |
Terimalah chentaku ini, walau murah harganya. Sambutlah kerinduan ini walau tiada mutunya di sisiMu. Dan redhalah dengan rayuan kasih hambaMu ini, meskipon tidak layak diri ini meminta-minta daripadaMu.
Kerana aku hanya mahu menjadi hambaMu yang bersyukur. Terima kasih Allah, untuk segala-galanya...
-gabbana-
Bergenang air mata menulis post ini. Bergegar jiwa tatkala menulis bait-bait chenta buatNya. Layakkah diri ini menjadi kekasih hatiNya..?
Allah, moga aku ketemu diriMu dalam keadaan yang diredhai dan dichentaiMu...
19 Caci Maki Puji Muji:
apa maksud Tengsomac ?
nak tolong jawabkan - tengsomac=thanks so much
first time baca pening gak sebab ingatkan mac tu sebutannya macam dalam 'macbook'..awkward jap
ok.JZKK
al-fajr bekalan buat peringatan.. :D
serius sayang Allah..
terima kasih..pembakar semangat disaat motivasi di thp sifar
Lately posts inche gabbana selalu bertepatan dengan kehidupan saya di bumi US ini. :)
Terima kasih inche, terima kasih Allah.
alhamdullilah..nagis laju-laju T.T..
bila baca post ni lg rasa nak terjun gaung.Allah segannya dngn kurniaan yg sebegini bnyk kita mampu nak bnyk songeh lg =(
tengsomac inche
teng so so mac Allah.
mula2 baca dengan hati yang kering.
so rasa biasa je semua ayat-ayat tu.
ooo.
eh. tahu da semua tuu...~~
sampai kat part
"Bergenang air mata menulis post ini"
saya baca sekali lagi post ini dengan hati yang basah.
alhamdulillah. All praise to Allah.
satu lagi post yg hebat dr inche gabbana.^^
sekadar cadangan, kalau boleh bila inche gabbana nak buat perbandingan, lebih2 lagi perbandingan yg melibatkan makhluk manusia, seelok-eloknya inche gabbana elakkan drp guna nama org ae.
memang nampak lagi real ^^ tp kurang manis dan sopan gitu. tah2 memang betul ada orang nama ilyas zubaidi. tak pasal2 dpt watak kuat judi & minum arak :'(
kasihan siapa2 yg baca post ni, yg nama ayah dia ilyas zubaidi. malu.
sekadar cadangan (^^)v
satu lagi post yg hebat dari inche gabbana ^^
sekadar pendapat, jika inche gabbana nak buat perbandingan alias perumpaan alias contoh dalam post2 yg akan datang, contohnye perbandingan makhluk manusia, kalau bole inche gabbana elakkan dr guna name org la ae. ^^
kurang manis dan sopan gitu. tah2 betol ade orang name ilyas zubaidi. tak pasal2 dapat watak gila judi & minum arak :'(
kesian org yg baca post ni kalau2 nama ayah die ilyas zubaidi. dah meninggal lak tu.
takut2 nanti sakit hati..
niwey, sekadar pendapat (^^)v & nice!
JZKK T_T
alhamdulillah 'ala kulli hal wa astaghfirullah min kulli dzanbin...alhamdulillah, terlalu banyak nikmat Allah beri ..tengs mr gabbana. teruskanlah usaha membasahkan jiwa2 org yg dtg ziarah AWG.blogspot ni. jzkk
Assalamualaikum wrh wbt..
Ya..begitulah ujian & mujahadah yang dibentangkan Allah dalam usaha mengejar status mujahadah. SUBHANALLAH.
Allah akan hancurkan hati orang yang Dia sayang berkali-kali sehingga hambaNya itu tiada harapan lagi untuk dunia ini. Yang ada hanya harapan untuk Dia sahaja. Jadi, bagi yang mencari cinta Allah, bersedialah untuk menerima hakikat ini. Berbahagialah bagi orang-orang yang sabar dan beriman kepadaNya dengan ganjaran syurga di akhirat nanti. Itulah janji Allah.
Allah berjanji dan pasti menunaikan janjinya. Dunia juga berjanji tapi menipu diakhirnya. Mereka yang memegang pada janji dunia merana pada akhirnya kerana dunia itu memang dicipta untuk memberi harapan tapi belum pasti memenuhi harapan. Kerana janji dunia itu tidak pasti. Itulah yang mesti difahami.
Dalam dunia ini ramai yang mencari dan mengumpul nikmat dunia tetapi meninggal dunia sebelum sempat merasa nikmat yang diusahakannya.
Ada manusia yang telah menghabiskan berjuta ringgit membina rumah kediaman, tetapi telah meninggal dunia sebelum sempat rumahnya dirasmikan.
Ada siswazah yang baru menerima sijil konvo. Malangnya meninggal dunia sebelum sempat bekerja yang mana tiada sorang pun boleh menggunakan ijazahnya.
Ada ibu yang menatang anak bagai minyak yang penuh tapi sebelum meninggal dunia disumpah pula anaknya menjadi batu.
Ya...Inilah gambaran perjalanan dunia yang penuh dengan tipu daya. Dunia ni adalah tempat memberikan harapan dan impian yang tinggi, tetapi saat hari kejadian, ramai yang tertipu.
Manusia yang ditipu dan diperbodohkan oleh tipu daya dunia lantas mengatakan Allah itu tidak adil. Apakah mereka lupa Allah telah berkali-kali berfirman dalam kebanyakan ayat-ayatNya mengatakan dunia ini adalah kehidupan yang sementara…???
Benarlah Allah itu Maha Adil lagi Menunaikan janjiNya. Meranalah siapa yang mengharap kepada dunia, dan berbahagialah orang yang mengharap kepada Allah.
Sesungguhnya saya budak baru belajar. Jika ada salah dan silap harap diperbetulkan. Semoga ada keberkatan dariNya. InsyaAllah.
Wasalam...
alhamdulillah, tsummalhamdulillah, tengsomac akhi fillah, semoga takkan pernah berhenti menyentuh hati!
takkan surut walau selangkah. takkan henti walau sejenak. cita kami hidup mulia. atau syahid mendapat syurga! ameen!
Enti atau enta tak kesah yg pasti sgt ohsem.
Thanks, selalu lupa ttg Allah yg sgt2 suhweet dgn hamba2Nya.Maha suhweet dri berkapel okeh~!! <3
o,teda.aku menangis.
subhanallah...
diri ini terlalu kerdil dimata ALLAH...
Betapa kita sering menyesali nasib sehingga kita lupa nikmat yang diberikan-Nya..
setiap ujian atau musibah yang ALLAH berikan kepada kita sebenarnya tanda bahawa ALLAH ingin kita mendekatkan diri kita pada dia dan setiap musibah itu adalalh untuk menguji sejauh mane kite mengharapkan pertolongan dari ALLAH..
kadang tu...
itulah cara Allah tunjukkan bahawa dia saaaaaaaaaayangkan kita...
allaaaah...
tgk jela.
ujian para NABI.
nabi kott ...manusia kesayangan Allah.
ujian itu pahit,
kerna surga itu manis!
FAIR & SQUARE.TAK gituu?
Post a Comment