9 December 2011

Jemaah Keropok Rangup

[Amaran 1: Artikel ini sumpah kontroversi. Hanya sesuai untuk bacaan kanak-kanak berusia dua puluh tahun tiga bulan lapan belas hari dan ke atas sahaja.

Amaran 2: Artikel ini hanya sesuai untuk dibaca oleh anda yang sudah berkecimpung et lis setahun dalam dakwah dan tarbiyyah. Ini betul-betul seriyes.

Amaran 3; Artikel ini sumpah panjang. Sila sediakan popcorn dan minuman berkarbonat ringan di sebelah anda. 

Amaran 4: Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kejadian amuk, kekeliruan sehingga menghentak kepala ke dinding atau kehilangan bergelen-gelen air mata sehingga menyebabkan dehidrasi akibat membaca artikel ini.

Hoyeeaahh.]

[Kredit]

Tepat tekaan anda. Post ini adalah kesinambungan daripada post 'Mahu Makan Keropok Osem..?'

Saya serahkan kepada imaginasi dan kreativiti anda untuk menafsirkan pengajaran dan ibrah yang boleh anda perolehi daripada post tersebut. Saya tidak bolehlah memaksa anda semua untuk memahaminya daripada kaca mata saya seorang sahaja. Bukan begitu..?

After all, you can always look at it as either a half-empty glass or a half-full glass, no..?

Apa-apa jalan, izinkan untuk saya kongsikan pengajaran atau nilai-nilai moral dan estatika yang terkandung di dalam hasrat saya ketika menulis post tersebut. Semoga menjelaskan mana-mana yang keliru dan pening kepala sambil menggaru rambut yangpenuh ketombe itu. Eh. Dan yang lebih utama, semoga bermanfaat untuk anda yang membacanya, biidznillah.

Begini.

Antara isu yang paling hangat lagi sensasi yang sering diperdebatkan di dalam arena dakwah dan tarbiyyah adalah isu jemaah. Sejak zaman-berzaman, isu jemaah ini tidak pernah-pernah lekang daripada mulut-mulut mereka yang berkecimpung di dalam arena dakwah dan tarbiyyah ini. Baik di Malaysia, di Kerajaan Bersatu, di Europa, di Asia Teggara.. Pendek kata, di mana-mana isu jemaah ini tidak habis-habis daripada diperdebatkan. Isu yang paling panas, sensasi lagi kontroversi.

Malah saya yakin, pendedahan pertama tentang isu jemaah ini di kalangan anda semua adalah sebelum anda komit dengan dakwah dan tarbiyyah lagi. Bukan begitu..? Saya sendiri, didedahkan dengan isu jemaah-jemaah ini adalah ketika saya di tahun pertama di Kerajaan Bersatu. Seram sejuk dan berdiri juga bulu tengkuk apabila mendengar cerita tentang 'pergaduhan' dan 'percakaran' antara jemaah ini. Yang lebih menyenakkan perut adalah apabila diberitahu pula ada sesetengah jemaah ini yang menuntut para pengikutnya berjanji taat setia dengan cara mengisi borang dan sebagainya. Dan bagaimana jemaah-jemaah ini berebut-rebut, sanggup melakukan apa sahaja untuk merekrut orang masuk ke dalamnya.

Anda tahu apa yang menggarukan minda dengan itu semua..? Cerita-cerita yang didengari adalah daripada orang-orang yang tidak bergerak di dalam jemaah itu sendiri. Makna kata, fakta-fakta yang disumbat ke dalam mulut kami yang ternganga dan terlopong mendengarnya, adalah butiran yang bolehlah dikategorikan sebagai bias dan tidak tepat. Ia adalah pandangan (dan kritikan) orang luar yang tidak memahami sepenuhnya dan sebenarnya ruh amal jamai'e yang diterapkan di dalam sesebuah jemaah itu.

Ok itu satu cerita.

Tetapi cerita ngeri dan horror yang saya nak ketengahkan di dalam post ini adalah isu jemaah di kalangan ahli-ahli jemaah itu sendiri. Dengan kata lain, ketegangan dan percakaran interjemaah. Ya, krisis yang berlaku antara jemaah.

Bukan sekali-sekala sampai ke telinga saya bahawa ada ahli-ahli jemaah tertentu yang amat gemar memburuk-burukkan jemaah yang lain, semata-mata mahu menjulang tinggi nama jemaahnya. Tidak kiralah Badan Bukan Kerajaan W, Badan Bukan Kerajaan Q, parti politik G atau Persatuan D. Semuanya sama sahaja; ada sahaja kes-kes di mana ahli-ahli di dalam organisasi-organisasi yang disebut di atas tampaknya gemar untuk memilih cara itu.

Tidak kurang juga yang memancing dan menjerat hadek-hadek dengan menggunakan modal jemaah ini. Maksudnya, menjual dan menagung-agungkan jemaahnya dengan harapan hadek-hadek akan tertarik mata bersinar-sinar penuh pengharapan dan akan turut serta menjadi ahli jemaah. Aduhai.

Saya (buat-buat) tidak faham bagaimana ini boleh berlaku, walhal semuanya mendabik dada bahawasanya mereka hendak menegakkan semula Islam di muka bumi ini. Yang kononnya mereka mahu menarik orang ke arah Islam dan mahu mengembalikan semula kegemilangan Islam yang suatu ketika dahulu pernah menjadi rujukan untuk sekian alam.

Sedangkan perkara yang diperangkan itu hanyalah perkara-perkara furu' yakni cabang. Fiqh (cara, kaedah) adalah dakwah adalah cabang kepada perkara yang wajib, yakni dakwah itu sendiri. Habis tu, mengapa mahu bercakaran dalam perkara-perkara yang cabang..? Mengapa mahu bergaduh, menjatuhkan sesama sendiri untuk perkara-perkara yang jelas terdapat khilaf padanya..? Apa anda sudah tidak ada kerja lain yang lebih berfaedah mahu dibuatkah..? Di mana adab dan akhlak anda sebagai seorang dai'e..?

Dan apa akibatnya daripada tindakan yang tergopoh-gopoh ini..? Benar, pasti ada yang tertarik dengan cara ini. Dan cara ini mungkin sesuai digunakan untuk mereka yang sudah ada pendedahan dengan isu jemaah ini. Dengan kata lain, mereka yang sudah ada kefahaman asas tentang kepentingan amal jamai'e.

Tetapi malangnya apabila metod ini turut diaplikasikan kepada hadek-hadek hingusan yang baru mahu berjinak-jinak dengan dakwah dan tarbiyyah. Akibatnya mereka menjadi gerun dan takut dengan situasi yang sedang berlaku. Iyalah, bayangkan, mereka yang baru mahu berjinak-jinak dengan Islam, aqidahnya juga masih belum mantap, ibadah asasnya masih belum kukuh... Alih-alih mereka sudah diterjah dengan hal-ehwal jemaah ini! Siapa yang tidak berbuih mulut dibuatnya..? 

Sayugia keluarlah dialog-dialog pemanas telinga dan punggung seperti: 

"Ish malas la aku nak join diorang ni. Asyik gaduh je sesama sendiri.. Kata nak buat kerja-kerja Islam! Pigidaaahh!"

atau

"Apala diorang ni. Orang ni mengata orang tu, orang tu mengata orang nun. Cakap nak buat dakwah. Ni pendakwah ke pendakyah..??"

atau

"Weyh kau tak payahlah sibuk-sibuk nak pergi usrah sume tu. Bukan betol pon diorang tu! Aku dok perhatikan, diorang ni sibuk dok mengata orang lain. Langsung tak berakhlak Islam! Cettt!"

Seperti Muhaimin Jamlus yang mempromosikan KerOSEMpok secara gilang-gemilang. Sememangnya pasti ada yang akan tertarik dengan cara sebegitu. Tetapi yang kita khuatirkan dan bimbangi adalah apabila yang sepatutnya tertarik dengan Islam dan berpotensi untuk dilatih menjadi jundi-jundi dakwah, bertempiaran lari akibat tidak tertahan dengan serangan-serangan bom, bazooka dan senapang gajah isu-isu jemaah ini.

Aduhai pak mat sayang.. Siapa yang rugi apabila ini berlaku...??

Apabila mereka kechiwa dan rimas lantas langsung tidak mahu memilih mana-mana, siapa yang rugi sebenarnya..?? [Kredit]

Imam as-Syahid Datuk Tariq Ramadhan sudah mengajar kita di dalam risalah Da'watuna (Dakwah Kita); di mana ajarannya ini diambil daripada sunnah yang ditunjukkan oleh ar-Rasul SAW dan diikuti oleh para sahabat. Di mana kita sewajibnya menarik umat manusia ke aras Islam terlebih dahulu. Sedarkan mereka siapakah Tuhan mereka yang satu itu, kemudian jelaskan pula apakah suruhan dan laranganNya. Siapa pula nabi mereka dan mengapa sunnah-sunnahnya perlu diikuti.

Setelah selesai perkara-perkara asas dalam Islam dan diyakini dia sudah boleh izzah (berbangga) dengan agamanya dan sudah menunjukkan kesanggupan dan kerelaan untuk dikerah tenaganya demi Islam, baharulah kita terangkan pula kewajipan berdakwah. Mengapa dia perlu berdakwah, apa pula cara-caranya. Mengapa dengan hanya menjadi seoran Muslim yang baik itu tidak cukup. Apakah tanggungjawab-tanggungjawab Syahadatul Haqnya yang perlu dipenuhi. Begitu.

Kemudian, setelah kembang-kempis hidungnya phish phosh phsih phosh (bunyi nafas ala-ala Darth Vader) kerana terlalu amat bersemangat untuk berdakwah dan sudah bersedia untuk mengorbankan jiwa, harta, tenaga, emosi dan semua-semualah, baharulah kita tunjukkan jalan bagaimana mahu beramal jamai'e. Baharulah kita terangkan dengan penuh keyakinan mengapakah beramal jamai'e itu adalah wajib dan satu amanah yang perlu dipenui dalam kita mahu berdakwah dan mentarbiyyah. Dan apa pula kelebihan-kelebihannya; apa pula kekurang-kekurangannya sekiranya tidak mahu beramal dan bergerak di dalam satu jemaah.

Fuh. Begitulah.

Ajak dan yakinkan kepada Islam dahulu. Kemudian bina pula mereka menjadi dai'e yang bergaya. Setelah itu baharulah latih mereka untuk menjadi seorang ahli jemaah yang taat, berdisiplin dan sanggup bekerja dalam satu kumpulan besar yang berfikrah yang sama. Itu barulah osem tahu..??

Seolah-olahnya sekiranya kita melanggar disiplin ini, kita telah menyalahi fitrah manusia itu sendiri. Bayangkan kita mengajak Micahel Soosapillay atau Leornado da Valentino untuk bersama-sama kita mendirikan solat berjemaah, walhal mereka belum pon lagi memeluk Islam..! Pengsan. Bukankah pelik dan dangkal sebegitu..?

Dengar sini anda semua. Berhentilah daripada memeningkan kepala hadek-hadek atau sesiapa sahaja dengan isu-isu jemaah ini. Anda sebenarnya telah membawa mudharat yang lebih besar kepada dakwah dan tarbiyyah ini, kerana disebabkan anda, mereka-mereka yang sepatutnya berada di atas jalan ini, bersama-sama kita di dalam saf perjuangan ini, lari ketakutan dan menyorok kesepian. Aduhai.

Benar, idealnya, kita mahukan semua orang berada di dalam satu jemaah. Tetapi bangunlah daripada lenamu! Buka mata besar-besar dan meh sini saya nak curah sebaldi air sejuk atas kepala anda!

Taadud jemaah (berbilang jemaah) di dalam konteks hari ini pada masa ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi. Apatah lagi kita sedang berbicara tentang Jamaatul minal Muslimin (jemaah orang-orang Islam) dan bukannya Jemaah Islam itu sendiri. Semuanya mahu mencapai satu objektif yang sama; yakni menegakkan kembali Islam di muka bumi Allah ini. Di situlah kita bersatu. Hati-hati dan ruh kita mahukan perkara yang sama.

Sedangkan bagaimana mahu mencapainya, anda adalah seorang yang kurang siuman sekiranya anda menolak hakikat bahawa manusia dijadikan berbeza-beza. Anda seriyesli memerlukan rawatan segera sekiranya anda berkeyakinan bahawa anda boleh memaksa orang untuk mengikuti cara anda. Wahai, berpijaklah pada bumi yang nyata..!

Dalam hal ini, as-Syaikh Yusuf al-Qardhawi menegaskan:

"Tiada halangan taadud jemaah yg beramal untuk Islam, selagimana terdapat keuzuran untuk mewujudkan sebuah kesatuan disebabkan kelainan matlamat, manhaj, fahaman dan thiqah kepada setengah yg lain berdasarkan kepada taadud takhassus dan tanawwu’ dan bukan taadud tudhod dan tanaqud. Semuanya wajib berdiri dalam satu sof pada setiap perkara yg mengembalikan ketuanan Islam, aqidah Islamiah dan keizzahan umat Islam."

Analoginya begini. Dalam English Premier League (EPL) ada pelbagai pasukan bukan..? Ada pasukan syaitonirojim merah itu, ada pula pasukan gudang senjata dan kolam hati. Wahahaha.. Ooops. Orang-orang Inggeris (English) yang bermain di dalam pasukan yang berbeza-beza di dalam EPL, tampaknya seperti musuh tegar dalam merebut kejuaraan EPL bukan..? Rooney bermusuh dengan Walcott contohnya. Atau Giggs bercakaran dengan Owen di padang EPL.

Tetapi apa yang terjadi apabila mereka berada di dalam satu pasukan England ketika Piala Dunia..? Bukankah mereka bersatu untuk menentang musuh-musuh mereka? Mereka yang dahulunya bertegang urat di padang EPL, kini boleh beradu tenaga, bekerjasama dalam satu pasukan kerana mereka mempunyai objektif yang sama! Bukan begitu..?

Sekarang ini masa untuk kita membina kekuatan. Ketahuilah, musuh-musuh juga sedang membina kekuatan mereka. Malah mereka akan mencari-cari peluang yang ada untuk menjatuhkan dan menghancur-leburkan kita. Perbalahan sesama jemaah mungkin tidak dapat dielakkan secara total, tetapi janganlah sampai memecahbelahkan dan menjatuhkan sesama sendiri sehingga menjadi fitnah besar kepada dakwah itu sendiri. Ketahuilah, musuh-musuh Islam terloncat-loncat bertepuk tangan gembira melihat percakaran sesama jemaah ini. 

Teringat kata-kata seorang rakan di atas jalan dakwah ini,

"Alah, yang sibuk nak bergaduh, bercakaran sesama sendiri ni, orang-orang yang takde kerja la tu. Kalau sibuk bekerja untuk Islam, mana ada masa nak tengok kelemahan orang lain!"

Zaaassssss. Eh anda ada bau hangit..?

Akhirnya, kembalilah kepada assolah dakwah itu sendiri, yakni mengajak orang ramai kepada Islam dan kembali taat kepada Allah. Malah itulah objektif dakwah yang sebenar, bak kata Rabi'e bin Amir, seorang parajurit Islam kepada Rustum, panglima tentera Parsi:

"Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutuskan dengan agama Allah kepada makhlukNya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah dan dijanjikan."

Ajaklah orang merasai dan menikmati keropok yang ada dan bukannya sibuk mempromosikan jenama keropok tersebut. Kerana silap haribulan, keropok yang dihasilkan untuk pakej yang tertentu tidak sedap dan tidak kena rasanya. Orang yang mengenali dan menghargai keropok sebelum mengenali jenama, pasti faham ada sesuatu yang tidak kena, dan pasti yakin bahawa rasa keropok akan kembali sedap dan rangup apabila masalah yang berlaku dapat diselesaikan. Walhal mereka yang mengenali jenama dahulu sebelum dapat benar-benar menghargai keropok tersebut, pastinya akan lari meninggalkan jenama itu sekiranya ada sebarang masalah yang berlaku. Lebih teruk lagi sekiranya selepas itu dia langsung fobia dengan keropok!

Terimalah hakikat bahawa ada bermacam jenis keropok yang dipakej dalam pelbagai jenis bungkusan dan jenama. Tetapi pokoknya, mereka adalah tetap keropok!

Pilih pilih, mana-mana keropok yang anda suka! Semuanya keropok juga, bukan..? [Kredit]

Jujurnya, saya berasa begitu kechiwa, marah dan geram setiap kali mendengar adanya mereka-mereka yang gopoh ini, terlalu asyik mempromosikan jemaah mereka sehinggakan menyebabkan begitu banyak logam-logam yang terlepas daripada genggaman. Hadek-hadek atau mereka-mereka yang sangat-sangat berpotensi untuk dibina dan disusun menjadi pejuang-pejuang agama ini, akhirnya terlepas begitu sahaja dek kerakusan kita dalam menjulang jemaah kita itu.

Sudahlah. Berhentilah. Sekiranya anda benar-benar sayangkan jemaah anda itu, maka jangan rugikan potensi-potensi tenaga yang ada. Seandainya anda benar-benar chenta dan menghargai jemaah anda itu, maka mantapkanlah saf-saf yang ada dan berlumba-lumbalah secara sihat dengan jemaah-jemaah yang lain.

Kerana yakinlah, akan tiba suatu hari nanti di mana kita semuanya akan bersatu biidznillah, di bawah panji Islam yang satu, ruh dan jiwa yang satu. Dan saya melihat masa itu akan tiba tidak lama lagi Insha-Allah.

Saya..? Saya telah pon membuat pilihan. Rasanya anda juga mungkin tahu dengan pilihan saya. Insha-Allah saya yakin, inilah yang terbaik untuk dakwah dan tarbiyyah. Sekurang-kurangnya, terbaik untuk saya di masa dan ruang ini.

Cukuplah saya membebel setakat ini dahulu. Saya harap tiada yang berbuih mulut atau muntah ungu seusai membaca post ini. Wahahaha...

Sekarang masa untuk bekerja tahu..? Kita sudah tidak punya masa. Umat di luar sana sedang sakit tenat; Batman, Superman mahupon Kluang Man tidak dapat menyelamatkan mereka. Kitalah yang sedang mereka nanti-nantikan. Maka berhentilah daripada berjiddal dan bergaduh pada perkara-perkara yang tidak mendatangkan fedah dan kemaslahatan kepada agama dan ummah ini.

Bekerjalah untuk Islam dengan seikhlas hati dan sesungguh-sungguhnya. Kita bekerja untuk Allah dan bukan untuk sesiapa. Akhirnya, Dia yang akan memberikan balasan dan ganjarannya kepada kita, bukan Pak Cik Abdullah Karim, Tuan Haji Samdolah Sulaiman atau Puan Zabedah Hashim. Bukan. Tetapi Allah, Tuan, Tuhan dan Pemilik jiwa-jiwa kita kesemuanya.

Ayuh kita bina jemaah keropok rangup, dan bukannya sibuk mempromosikan jenama! Ada apa pada nama..?

Ayuh..? Hulurkan tangan sambil tersenyum mesra.

-gabbana-

Selamat berhujung minggu semua. Seperti biasa, akan berkonferens riang pada hujung minggu ini. 

Saya doakan anda semua akan sentiada berada di bawah lindungan dan payung rahmat dan kasih-sayangNya. Doakan saya juga tahu..? Ya, saya tahu, anda semua memang osem! Kenyit mata.

42 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 09/12/2011, 19:17  

setuju dengan encik. lebih lebih lagi untuk ayat ini,
...'Di mana kita sewajibnya menarik umat manusia ke aras Islam terlebih dahulu.'....

Anonymous 09/12/2011, 19:25  

kena batang hidung jemaah enta sendiri :)

Anonymous 09/12/2011, 19:40  

"anda adalah seorang yang kurang siuman sekiranya anda menolak hakikat bahawa manusia dijadikan berbeza-beza. Anda seriyesli memerlukan rawatan segera sekiranya anda berkeyakinan bahawa anda boleh memaksa orang untuk mengikuti cara anda."

bila ego mengusai diri. yang terlihat hanyalah kelemahan orang lain..

belajar dari kesilapan..

Anonymous 09/12/2011, 19:59  

reply to--> kena batang hidung jemaah enta sendiri :)

astaghfirullahalazim.
astaghfirullah.

mungkin anda perlu membaca post di atas sekali lagi.ruh. ruh. ruh.

Budak blur lapar 09/12/2011, 20:02  

hayybat..

anon fes taim komeng 09/12/2011, 20:07  

reply to anon 2: mungkin perlu baca balik post nih...

kita sama2 bekerja bukan???

wehhhaaa!

Anonymous 09/12/2011, 20:14  

kepada "kena batang hidung jemaah enta sendiri :)"

baca dan faham post di atas ya.

tak layak rasanya nak terus tuding pada jemaah yang dibina oleh golongan dah banyak berkorban untuk jalan ini.

apa pun anda anonysmus, Allah tahu siapa anda. semoga Allah beri kefahaman. dan bersihkan hati kita semua.

daie hingusan :) 09/12/2011, 20:16  

kepada anon 2,
kenapa kata macam tu? in the end, we're all going to work as s team kan? team ISLAM ;)

kepada Inche Gabbana,
well written post.
terigt sorg ukhti ni pernah ckp "akk teringin nak buat daurah gabung pelbagai jemaah yang mana kat akhir daurah tu resolusinya ialah masing2 pon kene berkerja sungguh2+komit untuk jemaah masing2"

Syariful Bahri 09/12/2011, 20:38  

Salam wbt,
saya AMAT BERSETUJU dengan pendapat anda. ^)_(^

Saya tahu isu jemaah ini selepas menjadi penggerak. Haha, sila percaya statement saya. Naqib saya memang tidak sibukkan kami dengan isu jemaah, alhamdulillah ^.^

Malah saya mengaplkikasikan taktik beliau dalam usrah saya.

Tapi malangnya adek2 saya yang sekarang ini sudah pun mengetahuinya daripada siapa pun saya tak tahu. Pening untuk saya jelaskan kepada mereka.

Kadang-kadang daripada kalangan penggerak yang lain pun sibuk dengan isu jemaah, tidak fokus pada kerja masing-masing. Itu lagi sedih. Saya takut ia akan menjadi fitnah.

Saya bersyukur kerana diberi kesedaran dalam Sejarah Usrah daripada Ust Atep sebelum larut dalam isu jemaah, alhamdulillah :)

ps : bestnya anda berkoferens riang. saya dah lama tak ikut T.T

nis 09/12/2011, 20:55  

pernah jadi golongan "Tetapi malangnya apabila metod ini turut diaplikasikan kepada hadek-hadek hingusan yang baru mahu berjinak-jinak dengan dakwah dan tarbiyyah."Ish malas la aku nak join diorang ni. Asyik gaduh je sesama sendiri.. Kata nak buat kerja-kerja Islam! Pigidaaahh!""...lari sekejap sebab kecewa...futur 3 tahun..huhu..alhamdulillah now i'm back..huhu

juju_hena 09/12/2011, 21:58  

sy bukan maen semangat tanya naqib/ah sy...malangnya tidak terjawab...walau dah jd penggerak..x pernah dihebohkan...dah akhirnya, tau dgn sendri!
SGT OSEM lah bila kenal JEMAAH slps FAHAM PERLU BERGERAK UTK DAKWAH ni...

CORETAN BINTANG :) 09/12/2011, 22:09  

cuba tgk cerite ni utk osem video tuh. membntu jugak:)

http://www.youtube.com/watch?v=-yZzNiOJimA&context=C217b5ADOEgsToPDskJPJmhe7yuNU_jQZPW2-7GL

shifaa 09/12/2011, 23:25  

Somehow, i seem to agree with with most of the points.

Yang penting PRINSIP, TUJUAN, VISI MISI dsb same.

Satu perumpamaan yang saya pernah dengar, mungkin ramai orang dah tau kot:

Setiap jari tangan kita ada peranan MASING2,dan mungkin kadang2 kita rase peranan setiap jari ini agak simple dan kurang signifikan)

ibu jari (cth:Cap jari untuk buat pasport),

telunjuk (cth: untuk menunjuk arah),

manis (cth: mungkin type kaat komputer),

jari hantu dan kelingking.

Tetapi apabila semua jari ini bila bersatu, dia akan menjadi SATU PENAMPAR YANG HEBAT!

Dan begitulah juga kita umat Nabi Muhammad s.a.w

wallahualam

Anonymous 10/12/2011, 00:24  

Assalamualaikum wrh wbt..

SETUJU.fullstop. =)

walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar.
pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama…

InsyaAllah, semoga usaha-usaha yang dilakukan hanyalah semata-mata untuk membawa kita kearah satu jemaah...[jemaah islam]

jemaah yang "mencintai Allah", mempercayai rukun iman serta melaksanakan rukun islam.

MasyaAllah..Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."

Ya Allah ampunilah kami sekiranya kami melakukan perkara yang sia sia. ='(


semoga ada keberkatan dariNya..InsyaAllah..
wasalam...

Anonymous 10/12/2011, 00:49  

SETUJU!

dulu saya pun suka tanya psl jemaah2 ni dkt naqib tp diorg akan senyap atau divert perbincangan...

diorg perkenalkan saya dgn islam habis2an sampai kami terus jatuh cinta dgn islam dan berjanji untuk intima' dgn islam!

lps berapa lama ikut usrah dan sampai giliran saya untuk bawa usrah barulah mereka cerita2 sikit macam mana nak perjuangkan islam tu sebenarnya? tapi beliau tetap 'warning' kami akan sentiasa mem'jual' atau mempromosikan ISLAM dahulu sebelum benda lain...

kalau adalam buku maza yakni tu, bhgn pertama adalah pengenalan kpd islam dan bhgn kedua tu baru mengenai bergabung untuk perjuangkan islam..itulah metodologi naqib saya dan kawan2 beliau..sungguh ohsem!

mai makan keropok!

Farah Hanim Mohd Alwi 10/12/2011, 02:41  

agreed.

"Kerana yakinlah, akan tiba suatu hari nanti di mana kita semuanya akan bersatu biidznillah, di bawah panji Islam yang satu, ruh dan jiwa yang satu. Dan saya melihat masa itu akan tiba tidak lama lagi Insha-Allah."

perenggan ni agak menyentuh hati T.T" pape pun, keep writing super nice posts, akhi :)

Muhd Al-fateh 10/12/2011, 08:43  

saya yakin masalah perpecahan ketika berlakunya perbezaan selalunya berpunca daripada masalah akhlak dan gagalnya melawan fikrah taksub yakni kebenaran hanya disisi kami dan selainnya adalah kebatilan

Puding karamel 10/12/2011, 16:05  

seperti ikhwanul muslimin dan parti salafi.
bergabung menuntut ngr islam

hamba Allah 10/12/2011, 18:25  

Allah berfirman dlm Asy-Syura 42: 13 "Dia telah mensyariatkan kamu tentang agama, apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: "TEGAKKANLAH AGAMA DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH BELAH TENTANGNYA"

Ayat ni menerangkan kita jgnlah berpecah belah TENTANGNYA yakni refer to AGAMA. Bukankah agama Islam tu satu? Alangkah bagusnya kalau kita bersatu. kerana khuatir akan jadi seperti dlm ayat Al-Quran ni..



"Kemudian mereka (pengikut- pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah-belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang
ada pada sisi mereka (masing-masing)". (QS. 23:53)

Namun apa yang Allah mahukan adalah

" Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, AGAMA YANG SATU dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertaqwalah kepada-Ku.
(QS. 23:52)"

Jadi apakah pendapat anda semua?

oNEzz 11/12/2011, 12:57  

well post...brilliant example....sempoi....thnx 4 de reminder....
as a daie "ia mudah tapi jgn ambil mudah" :)

Anonymous 11/12/2011, 13:48  

hamba Allah: perlu jelas bahawa berpecah-belah dan berbeza pendapat itu secara hakikatnya adalah dua entiti yg sgt berbeza.

IG: Kudos akhi! Mengharapkan mungkin suatu hari nnt dapat berkonferens riang dgn nta. Nak datang buat konferens riang di Mesir pun ok jugak, haha!

Hamba Allah 11/12/2011, 14:39  

Bukankah perbezaan pendapat itu yg menyebabkn kita bpecah belah?

Bukan Pesimis 11/12/2011, 14:52  

salam.
saya tak pernah tau apa erti tarbiyyah sebenarnya..
tapi saya selalu baca blog inche gabbana.
kadang-kadang nak juga tau apa rasanya berada dalam usrah-usrah yang sering diperkatakan orang.

Anonymous 11/12/2011, 20:14  

to hamba Allah: manusia tak semuanya sama. pasti akan ada perbezaan pendapat. dan kita tak boleh paksa setiapnya mengikut satu pendapat sahaja. itu zalim namanya, sebab manusia memang dilahirkan berbeza cara fikir dan sebagainya.

dan sebab itu, cara yang berbeza tapi matlamat still sama untuk mencapat kebangkitan islam itu.

raikan perbezaan..but still bersatu atas islam

WA

ken 12/12/2011, 07:01  

ulu hati saya tak akan pedih kalu inilah yang diamalkan oleh semua pendokong Islam. ya, mmg berbilang jemaah sudah tidak dpt dielakkn sbb mmg dah sedia ada pun kan skrg ni. oleh itu adab berbilang jemaah itu harus dijaga. jgnlah dok takutkan n momokkan hadek2 ttg jemaah itu atau jemaah ni. YA Allah, lapangkan dadaku. satukan hati kami walau kami berbeda jalan untuk menujuMu dan menegakkan syariatMu.

nazrinafifi 12/12/2011, 12:27  

wahaa mmg setuju giler ahh..

saya pernah berada dlm situasi di mana seorang 'appointed naqib' sgt gopoh dlm usrah dan menceritakan itu ini ttg jemaah. rakan2 seusrah pon suka tanya mcm2 ttg isu jemaah. smpai blh dikatakan, tiap2 kali wat usrah, bnda sama je yg jd isu panas.

masa tu, saya mcm "eh watdehel member2 aku dok sibuk ttg isu jemaah nehh..?","oh naqibku, bkn suasana usrah sbegini yg aku tagih drpd seliaanmu..." dan "ahh malas betol aku nk give a damn psl mendalah2 furu' ni. arghh!!!"

i feel ya brother. =)

Anonymous 12/12/2011, 14:07  

Apa dalil anda wahai Enche Gabbana?
Anda tak disokong dengan dalil pun. anda membuat post ikut buruk sangka awak.

Anonymous 12/12/2011, 14:20  

tak kisahlah dakwah yang mana-mana pun. biarlah guna apa cara sama ada melalui jemaah ataupun individu. melalui jemaah adalah lebih kuat. biarlah mereka guna nama jemaah asalkan jemaah itu mengajak kepada Islam. Awak mungkin mengecilkan skop dakwah dalam situasi di kolej2 tetapi dakwah kepada masyarakat juga penting. kita nak mencari kawader dakwah juga nak mencari pendokong dakwah iatu masyarakat. disitu peri pentingnya nama jemaah yang mempelopori projek pembangunan umat. pembaca blog anda mungkin dalam kalangan student2 tetapi hakikatnya dakwah ini sungguh besar. contohilah jemaah IM, mereka ada kawader dan pendokong dakwah yang ramai. Juga HAMAS di palestin, masyarakat disana mendokong perjuangan HAMAS. Banyak lagi pengalaman syuyukh2 yang perlu dikaji. situasi dan waqi' setempat.jangan post mengikut apa yang awak nampak saja tetapi dalil -dalil.kalau awak nampak dimana-mana jemaah IM seluruh dunia membuat perkara yang sama.itulah Assolah dakwah.

Anonymous 12/12/2011, 14:23  

sambungan...
awak mungkin dapat bilangan pembaca yang ramai dalam kalangan student. tapi tolong jangan mengelirukan. study elok2 jemaah IM sebenar. dan perhatikan jemaah yang betul aspirasinya.
Bahasa yang awak gunakan mmg dapat menarik student2, mentaliti bahasa yang begini yang remaja suka. tapi bahasa begini manakan dapat mengorek ilmu yang banyak.

Anonymous 12/12/2011, 14:31  

banyak lagi enche awak kena lalui. dakwah ada banyak.dakwah kepada jemaah ada dakwah kepada bukan kepada jemaah pun ada. style dakwah enche ni mmg dapat kenalpasti banyaknya di kolej2. tapi pernah tak enche rase dakwah bersama masyarakat?.
teruskan tarbiyah anda dan saya tahu anda juga orang yang ikut tarbiyah bukan? enche kena buat study cket kuasai bahasa Arab.

bagi yang siapa -siapa yang ada naqib dan naqibah yang ada sebut isu jemaah, pastikan bukan cerita yang memburukkan jemaah lain. cerita program jemaah anda tidak mengapa. ISLAM tidak akan tertegak tanpa JEMAAH.

Anonymous 12/12/2011, 14:44  

Sebenarnya banyak sahaja orang tertarik dengan dakwah tak kiralah melalui jemaah atau tak tapi yang pasti yang ikut dakwah akan ikut jemaah juga. yang tak mahu ikut dakwah sebab diri dia sendiri.janganlah salahkan dakwah orang. diri sendiri suka mengelak. orang yang mengajak dakwah lebih baik dari segala-galanya.

dan kita semua faham tiada siapa yang sempurna. yang penting kita percaya, beriman dan yakin. InsyaAllah masa depan Islam pasti harmoni.

nasihat saya kepada enche gabbana. teruskan usaha dalam bekarya. perjungan mu sungguh murni.

saya cadangkan kurangkan post mengenai isu-isu yang boleh menyebabkan lebih banyak kekeliruan dan salah tanggap dalam jemaah buruk sangka antara jemaah yang lain. dugaan pendakwah ni lagi banyak.syaitan pun lagi suka.

saya cadangkan juga enche post yang lebih membuka fikiran untuk lebih ramai lagi mad'u2 yang nak ikut dakwah bukan mengelak.

salam ukhuwwah dari saya, hamba Allah maha Kuasa

ibnu yazid 12/12/2011, 18:17  

bila baca dengan emo, memang tak dapat la tangkap point(s) yang IG nak sampaikan.

mungkin kena buat daurah camne nak baca dan komen blog.

Anonymous 12/12/2011, 18:31  

@ibn yazid. apa yang awak dapat?

tone yang santai dan cool~
budak2 sekarang suka yang santai dan cool dan tak suka yang berat2. pening kepala.kan3 ;D

ibnu yazid 12/12/2011, 18:34  

ilman naafi'a

Perantau 12/12/2011, 20:23  

@anon. baca komen awak pun tau awak jemaah mana. haha. bagus point out kelemahan, kita saling bantu membantu hokeh?

Setiap org ada keistimewaan tersendiri, utk tarik golongan2 tertentu. IG bukan nabi pun, tak perlu harap yang bukan2 dari dia.

Janganlah dengan ilmu kita yang lebih sikit ni, kita jadi takabbur, bongkak, rasa hebat, dll yang mana sifat2 ni akan campak kita dlm neraka.

pasal dalil... Encik pernah bacaa buku Syeikh Maududi tak? cuba cari bape kerat je dalil.

Dalam dakwah ni kita guna byk dalil, ada naqli, ada aqli. IG suda pakai dalil aqli pada hemat saya.

Bagus encik komen2 ni, tambah trafik blog. hehe

Moga2 semua boleh buka minda dan terima keterbukaan dalam ruang lingkup yang diberi Islam.

at the end, we are all Muslims, no?

"والله أعلم بالصواب"

Anonymous 12/12/2011, 23:02  

MasyaAllah, maha luas kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Apajua yang kita laksanakan dalam usaha mengajak dan mentarbiyah manusia membentuk jemaah islam, perkara yang paling utama adalah mengajak manusia mengenal penciptanya dengan melaksanakan perintah Allah s.w.t, dan mengamalkan sunah nabi s.a.w.

Dimana dalam setiap urusannya dia mengabdikan diri kepada Tuhannya,
dan kemuncak pengabdian itulah memperhambakan diri dalam menyembah Tuhannya.
menyediakan diri sepenuh kesungguhan mendapatkan jaminan Tuhannya.
cukup baginya Allah - Dia lah Rabb,

*****
[kredit] http://keretamayat.blogspot.com/2011/03/surat-kepada-wahabi.html
Bersyukurlah kita kepada Allah, kerana kekasih Allah adalah seorang manusia, dan Allah telah buat keputusan bahawa kejayaan semua manusia adalah apabila dapat taat perintah Allah mengikut cara kekasih Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Jadi wujudnya mazhab yang berbeza hari ini, adalah lambang cinta agung Allah kepada kekasihnYA, atau dalam bahasa orang muda:, wujudnya 4 mazhab yang besar itu, adalah sebagai ‘tugu cinta’Nya Allah pada Nabi Muhammad SAW..
Hanya Allah SWT sahaja Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYa sepanjang zaman melalui 4 mazhab yang besar…..meredahi 4 musim, merentasi 4 benua, menguasai 4 penjuru alam, sepanjang zaman, sehingga hujung nyawa dunia…
Jika kamu mengembara ke seluruh dunia, maka akan terzahirlah amalan kekasih Allah ini di setiap sempadan Negara dan terimbaulah akan kamu bagaimana hebatnya cinta Allah kepada Nabi dan bagaimana hebatnya Allah yang mampu mengekalkan amalan kekasihNya sehingga ke hari ini..
*****
Saya budak sangat-sangat baru belajar. Jika ada silap dan salah minta teguran. >_<
Semoga ada keberkatan dariNYa.
Wasalam...

Anonymous 12/12/2011, 23:33  

okeh @harith
tiada masalah sangat. kadang2 kena ade kritik2 cket. ye lah. normal dalam kehidupan. saya juga faham maksud yang enche gabbana cakap tu, sebab saya pernah one of them dulu. bkn nk takbur tapi sharing. bila orang kritik sama ada kita ucap terima kasih atau kita bantai balik apa dia ckp. manusia mmg cm2. kadang-kadang khilaf. normal la. tapi kita kan masih bersaudara. marah marah sayang la orang kata. ^^

Anonymous 12/12/2011, 23:51  

tu la tujuan blog, supaya dibaca di komen d kritik.

takyah nak daurah2 sgt la @ibn yazid. daurah yang ada ni pun blum tentu dpt commited ^^

Anonymous 12/12/2011, 23:58  

@harith
jemaah ape harith. awak ni suka2 je teka2 kannn. ^^
suke lettew <3 ukhuwaah ~~~

Asim Abdullah 16/12/2011, 01:47  

Kalau jemaah haji lak cam ne ek?

Jemaah qariyah masjid?

Haha~ suke2 lewat malam... ^^

sukasuki 16/12/2011, 08:05  

haha.. osem la inche gabbana

sy terbayangkan kalau dulu2 kita ada 7 kuasa besar islam. haha3.. seronok2.

bukan ditadbir oleh satu kuasa sahaja.

baru la kerajaan islam kita lebih besar.
baru la kerajaan yang 7 tu dapat hidup dengan aman damai.

maaf, itu skdr fikiran akal logik semata2 tanpa belajar selok belok ilmu yg sepatutnya..

kalau kita lihat, dalam satu kerajaan sahaja sudah tentu berlaku banyaknya rampasan kuasa dan pelbagai masalah lain.
apatah lagi jika kita ada 7 kuasa yang berlainan.
pastinya susah untuk umat ini bersatu..

~Kuala Lumpur~

Ikhwah Rugget 28/12/2011, 13:23  

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar..Inilah bentuk dan sifat pemuda yang ditunggu-tunggu oleh zamannya....berani menyatakan kebenaran meludah keatas walau tempias-tempiasnya juga menyapa muka sendiri...Jika semangat dan ruh yang sebegini dipunyai ramai..insyaAllah iytu adalah tanda-tanda kemenangan kepada dakwah itu telah pun bermula dan loceng gelanggang telah pun berbunyi. Syabas diucapkan kepada enche gabbana...kita dewasa ini sebenarnya memerlukan mereka-mereka yang mempunyai sifat-sifat pemimpin ummat...bukan pemimpin NGO, persatuan atau whatever yang diperkatakan hari ini kerana hakikatnya balik juga kepada al-fahmu ya bro...inilah semangat yang kita mahu..kembali kpd ASH-SHOLAH dakwah...bukan hanya sekadar nama tetapi hakikat...bukan sekadar mempromosi tetapi bekerja. Jema'ah sekadar AJK untuk mengorganisekan kerja supaya lebih mantap dan berdaya maju..tetapi kalau dakwahnya..tarbiyahnya tak jalan...hhmmmmm...takyah lah...dapat kah nanti diakhirat bila Allah tanya apa yang dah kamu gunakan dengan umurmu semasa didunia? kita akan jawab ana dah masok nama dalam senarai NGO yang bergelar jema'ah...dapat kah itu yang selamatkan kita dari azab yang pedihhh??? Buangkanlah jauh-jauh segala rasa-rasa yang menjadi faktur major yang merupakan penghalang kpd dakwah ini semakin gemilang...sedarkanlah diri-dirimu wahai akh atau ukh...buangkanlah apa juga perkara-perkara dunia ini...keuntungan dunia ini termasok ego dan rasa tinggi dan untuk sentiasa ditinggikan...serahkanlah dakwah ini kpd mrk yang benar2 dapat meninggikannya dan jgn nanti tanpa kita sedar diakhirat..kita termasuk dikalangan orang yang menjadi penghalang kpd dakwah ini berkembang sehat...fikir-fikirkanlah.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP