9 December 2011

Berita Osemmnes Di Hari Jumaat

Selamat hari Jumaat yang penuh barakah buat semua. 

Ini post tanpa gambar.

Dengan ini saya umumkan bahawa saya ingin menjemput anda semua makan nasi minyak...

Eh.

Dengan ini saya umumkan, secara rasminya Pertandingan Video Osem APG '11 akan diteruskan dengan bergayanya memandangkan saya sudah menerima penyertaan yang kesepuluh. Dan insha-Allah, saya yakin yang saya akan menerima lebih banyak penyertaan selepas ini, espeseli di saat-saat akhir pertandingan. Mungkin jam sebelas lima puluh sembilan malam waktu Malaysia nanti pon, masih ada yang mahu menghantar. Biasalah orang Malaysia. Peluh kecil menitik perlahan.

Oh satu lagi berita osem. Puan Wardina Safiyyah sudah memberi isyarat seolahnya dia sudah bersetuju untuk menjadi salah seorang hakim professional pertandingan ini! Hoyeeeaaahhh! Eh. Alhamdulillah. Insha-Allah dia akan bergandingan dengan Inche Tuan Direktur Hadi Pahmi dari KITA Production beserta seorang lagi hakim, yang err, kurang professional sebenarnya yakni, err.. (Font kecil) saya sendiri selaku penganjur pertandingan ini. Hohohoho.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk megucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dalam sama-sama mempromosikan pertandingan ini. Terutamanya kepada anda yang menukar gambar profail kepada poster pertandingan. Juga ucapakan khas buat anda yang bersusah-susah berkicau untuk memujuk Puan Wardina menjadi hakim kepada pertandingan ini. Alhamdulillah memang berkesan! Wahahaha.. 

Moga anda semua bertambah bersemangat, hidung kembang-kempis dan jantung berdegup kenchang untuk menyertai pertandingan ini! Vavavum!

Dan yang lebih utama, moga Allah redha dan suka dengan usaha-usaha anda semua dalam memartabatkan lagi dakwah dan tarbiyyah di muka bumi Allah ini! Allahu yubarik fikum! 

Senyum besar.

-gabbana-

Err.. Kalau boleh, penyertaan-penyertaan selepas ini, minta tolong jangan 'public'kan dulu video-video anda. Macam tak seprais la pulak, bila dah ramai yang menontonnya sebelum tarikh tutup pertandingan. 

Tahun hadapan perlu lebih tegas lagi dalam merangka syarat-syarat dan peraturan pertandingan! Hihihi..

Ok sumpah tidak sabar menanti lebih banyak video yang akan dihantar! Oktengsbai!

10 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 09/12/2011, 12:41  

tahniah2!!x sbar nk tgok semua vid tuh!

juju_hena 09/12/2011, 12:45  

penat tau berkicau-kicau kt Wardina...pg ptg siang mlm

Anonymous 09/12/2011, 13:40  

assalamualaikum.congratulations.i find that ur blog is interesting.at first i would have thought that the blogger is a girl.(ukhti).keep it up.btw,i love gucci as well ! :))

Anonymous 09/12/2011, 14:40  

wah

akhimuiz 09/12/2011, 14:51  

ini sudah osem!!! yey!

anis 09/12/2011, 15:27  

Mesti osem habis la vid2 tu! :D

Tak sabarnya nak tgk~

z.shin 09/12/2011, 15:46  

alhamdulillah, memang osem! :D

Syariful Bahri 09/12/2011, 16:31  

Dah sampai Pn Wardina jd juri.
Terbaeeekkkk!!!

OOps, dah tertengok video tu. Hihihi

Anonymous 13/12/2011, 09:10  

bila tarikh tutup penyertaan?

Inche gabbana 13/12/2011, 10:35  

15 Disember 2011

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP