7 December 2011

Mahu Makan Keropok Osem..?

[Kredit]

Krupp krupp kraapp.

Rosman Muhaidin begitu asyik mengunyak keropok berharga lima pulosen yang dibelinya dari kedai runcit 1Mahbob (KRIM) yang dimiliki oleh Encik Papukari Mahbob dan sekeluarga itu. 

Krruupp kraaapp krrupp.

Begitu khusyuk Rosman Muhaidin mengunyah keropoknya itu, sehingga terpejam-pejam matanya menikmatik kerangupan dan kelazatan makanan ringan itu. Keropok berperisa ayam percik dan kambing golek itu sudah menjadi makanan ringan wajibnya semenjak kira-kira tiga tahun empat bulan yang lalu apabila diperkenalkan kepadanya oleh jiran sebelah rumahnya, Mak Cik Safiyyah Tukiman.

Yang menariknya, di awal-awal Rosman mengenali dan jatuh chenta dengan keropok berperisa ayam percik dan kambing golek itu, dia langsung tidak pernah mempedulikan jenama keropok tersebut. Yang penting baginya, adalah kualiti dan rasa keropok tersebut. Hanya setelah beberapa lama berkecimpung dalam bidang memakan keropok itu, baharulah Rosman Muhaidin perasan dan ingin mengambil tahu dengan lebih lanjut tentang keropok tersebut.

Krraaapp kruuppp kraaappp.

Rosman Muhaidin membelek-belek bungkusan keropok itu yang berwarna hijau metalik. Walaupon sudah dibeleknya bungkusan itu hampir lapan ratus kali dan sudah dihafalnya setiap perkataan, huruf mahupon nombor pada bungkusan keropok tersebut, sudah menjadi seakan tabiat baginya untuk menelaah bungkusan keropok tersebut setiap kali dia memakannya. 

"Bahan-bahan: Ayam yang dikisar halus, kambing yang direndam dalam air perigi selama lima bulan kemudian dibakar, kulit limau purut, daun selasih Afrika, serai kembang sewangi Papua, tepung gandum, cili kering, garam, gula dan pewarna serta perasa yang diseludup masuk dari Mongolia."

Selain bahan-bahan, tertulis juga kandungan nutrien keropok tersebut. Kalsium 9mg. Karbohidrat 54g. Platinum 2.3mmg. Lemak tepu 0.01kg. Gula dan garam pada tahap yang menaikkan adrenalin. Vitamin A 0g. Vitamin E 0g. Vitamin D4 0g. Tongkat Ali 0g. Kalau dah semua 0 nak tulis buat apa..? Eh.

Tertera alamat pengedar keropok tersebut yang berpusat di Zon Perdagangan Bebas Kampung Ceruk To'kun. Di bahagian hadapan bungkusan keropok tersebut, tertera jenama keropok tersebut 'KerOSEMpok' dan gambar seorang lelaki tua berseluar jeans, berbaju pagoda yang sedang menunggang basikal tua sambil membuat gaya bebas tidak memegang kendali basikal; di tangan kanannya memegang bungkusan keropok itu dan tangan kanannya pula menunjukkan isyarat bagus. Wajahnya tampak riang dan dia tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang rongak. 

Moto keropok tersebut, "Kini sesiapa sahaja pon boleh makan keropok. KerOSEMpok, memang OSEM!" Rosman Muhaidin begitu taksub dengan keropok tersebut sehinggakan dia boleh membayangkan bungkusan keropok itu dengan begitu jelas di dalam kepalanya dengan memejam mata tanpa satu butiran pun yang tertinggal! Sungguh taksub Rosman Muhaidin itu.

Krraaapp krruuuppp.

Rosman Muhaidin terus mengunyah. Fikirnya, sekiranya dia tidak tahu jenama keropok itu sekalipon, keropok itu tetap osem di hatinya. Tidak kisahlah bungkusan keropok itu menarik atau tidak, gambar yang menghiasi bungkusan itu adalah seorang makcik tua yang kerepot dan bukannya pak cik tua berseluar jeans menunggang basikal atau tiada nama sekalipon, dia akan tetap memakannya dengan penuh berselera dan taat setia.

Kerana dia makan keropok itu untuk rasanya. Bukan kerana jenamanya atau cara keropok itu dibungkus.

Dia masih ingat beberapa bulan yang lalu, seorang rakan baiknya, Muhaimin Jamlus pernah merasa keropok itu dan dia juga terus jatuh hati pada keropok tersebut. Seperti Rosman Muhaidin, kini Muhaimin Jamlus juga ibaratnya tidak boleh dipisahkan dengan keropok tersebut. Makan tiga kali setiap hari, sebungkus setiap kali selepas makan. Malah Muhaimin lebih hebat lagi apabila pernah suaut ketika, dia memborong habis keropok tersebut dari pasaraya besar Raksasa Gorgon untuk memastikan bekalan KerOSEMpoknya tidak akan pernah putus.

Tetapi berbeza dengan Rosman Muhaidin, Muhaimin Jamlus beriya-iya mempromosikan keropok tersebut kepada rakan-rakannya yang lain. Dihebahkannya kepada umum bahawa keropok KerOSEMpok adalah keropok yang paling lazat dan sedap di seluruh galaksi bimasakti ini. Dicanangnya di radio-radio tempatan berfrekuensi lapan puluh enam poin tiga FM bahawa KerOSEMpok adalah makanan ringan pilihan semua dan keropok-keropok lain semuanya picisan dan marhaen sahaja. Didindingnya semua rakan-rakan di MukaBukunya dengan promosi-promosi terbaru KerOSEMpok serta dibuat pula perbandingan satu dengan satu dengan jenama-jemana yang lain.

Muhaimin Jamlus bersungguh-sungguh mahu mempromosikan keropok itu kerana dirasakannya rugi besar sekiranya orang lain tidak tahu akan kehebatan keropok tersebut. Dipalunya nama KerOSEMpok ke merata-rata tempat. Dipastikan olehnya setiap orang yang ditemuinya yakin bahawa KerOSEMpok adalah keropok yang paling bagus dan mantap di era milenia ini. Sehinggakan dia terlupa bahawa yang menjadikan KerOSEMpok itu sedap dan lazat adalah kualiti dan rasa keropok yang terkandung di dalamnya, dan bukannya jenama keropok itu sendiri.

Apabila rakan-rakan Muhaimin Jamlus yang termakan dengan kesungguhannya mempromosikan KerOSEMpok, ramai yang berpusu-pusu ke kedai runcit dan pasaraya yang terdekat dengan rumah mereka untuk mencari KerOSEMpok. Muhaimin Jamlus berdebar-debar untuk mengetahui reaksi dan respon orang ramai yang terkesan dengan usaha promosinya itu. Rosman Muhaidin yang tahu-menahu dengan aktiviti Muhaimin Jamlus selama ini turut berminat untuk mengetahui reaksi orang ramai. Tambahan pula dia merasakan dirinya turut terlibat sama kerana telah memperkenalkan KerOSEMpok kepada Muhaimin Jamlus.

Maklumbalas yang diterima tidak seperti yang Muhaimin Jamlus harapkan. Sangkanya, pastilah semua orang akan turut jatuh chenta terguling-guling dengan KerOSEMpok seperti dirnya. Fikirnya, pastilah selepas ini mereka akan turut menjadi pemakan keropok tegar dan pengikut setia berani mati KerOSEMpok seperti dirinya.

Daripada ramai-ramai yang mencuba KerOSEMpok, memang ada yang terus terpikat dengan keunikan rasanya. Tidak kurang yang berazam dan berjanji setia bahawa selepas ini, mereka tidak akan makan keropok lain lagi. Pokoknya, seperti Muhaimin Jamlus dan Rosman Muhaidin, mereka  juga sudah dipanah dengan panahan asmara KerOSEMpok sehingga tidak lena tidur dibuatnya.

Namun, pada masa yang sama, ada juga yang kechiwa. Malah tidak kurang juga ramainya yang marah kepada Muhaimin Jamlus kerana mereka merasakan ditipu. Dakwa mereka, KerOSEMpok hanya indah khabar dari rupa. Khabarnya seperti Aaron Aziz tapi hakikatnya, seperti Jozan sahaja. Eh. Menurut mereka lagi, kerepek pisang dan ubi pedas yang dijual oleh makcik-makcik Kuala Selangor sambil membawa beg plastik besar dan menjualnya di sekitar kedai-kedai makan itu jauh lebih sedap. 

Ada juga yang di awal-awal lagi berasa menyampah dengan cara Muhaimin Jamlus mempromosikan KerOSEMpok, seolah-olahnya tiada keropok yang lebih sempurna daripada KerOSEMpok. Mereka menjadi lebih tidak senang duduk apabila Muhaimin Jamlus turut menjatuhkan dan memburuk-burukkan jenama lain semata-mata kerana mahu menjulang tinggi KerOSEMpok. Akibatnya, ada yang awal-awal lagi sudah tidak mahu pon mencuba KerOSEMpok. Walaupon mereka tidak merasa lagi kelazatan keropok tersebut, hati mereka sudah tawar dengan cara Muhaimin Jamlus mempromosikannya. 

Muhaimin Jamlus garu kepala. Dia tidak faham. Dia tidak mengerti bagaimana perkara itu boleh berlaku. Baginya, KerOSEMpok cukup sempurna. Tidak mungkin ada kecacatan padanya. Kelazatan KerOSEMpok tiada kompromi dan tandingannya. Dia benar-benar keliru dengan apa yang berlaku. Akhirnya dia sendiri kechiwa; kechiwa dan tertekan dengan tohmahan dan cacian yang diterimanya, walaupon boleh tahan ramai juga yang kini sudah menjadi kipas susah mati KerOSEMpok disebabkan oleh promosi yang dilakukan oleh Muhaimin Jamlus tempoh hari.

Tekanan emosi dan perasaan yang menimpa Muhaimin Jamlus amat seriyes sekali sehingga menjadikan dirinya paranoia. Setiap kali dia mahu membeli KerOSEMpok, tangannya menggeletar. Setiap kali dia ternampak bungkusan KerOSEMpok, hatinya berdegup kencang dan pundi-pundi peluhnya merembeskan peluh dalam kuantiti yang cukup besar dan gemuk-gemuk belaka. Akhirnya, tanpa disangka-sangka, Muhaimin Jamlus mengambil keputusan untuk meninggalkan KerOSEMpok akibat kekechiwaan yang teramat sangat. Sungguh perit rasanya untuk menerima hakikat bahawa bukan semua orang boleh menerima KerOSEMpok.

Krruuupp kraaapp krruuppp.

Rosman Muhaidin terus mengunyah KerOSEMpok. Sejak peristiwa itu, dia tidak pernah lagi melihat Muhaimin Jamlus menyentuh keropok berperisa ayam percik dan kambing golek itu, apatah lagi menjamahnya. Rosman Muhaidin yang turut haptudet tentang apa yang berlaku, melakukan siasatannya sendiri. Dia sebenarnya sedikit terkejut juga dengan reaksi yang diberikan terhadap KerOSEMpok. Sangkanya, seperti Muhaimin Jamlus juga, pastilah setiap orang yang merasa KerOSEMpok akan terus jatuh hati mata bersinar-sinar kepada keropok itu.

Hasil siasatannya, dia mendapati, rupa-rupanya ketika ramai orang membeli KerOSEmpok hasil promosi yang dilakukan oleh Muhaimin Jamlus, ketika itu juga syarikat yang menghasilkan KerOSEMpok menghadapi sedikit masalah. Terdapat sedikit masalah teknikal di kilang yang menyebabkan rasa kepingan keropok dalam setiap bungkusan KerOSEMpok tidak sama dan ada sedikit kecacatan. Ada bungkusan KerOSEMpok yang sepatutnya berperisa ayam percik dan kambing golek, berubah menjadi seperti tenggiling goreng dan cipan panggang. Tidak hairanlah ada yang takut dan lari jauh-jauh daripada KerOSEMpok.

Rosman Muhaidin berpuas hati dengan hasil siasatannya. Baginya, tiada apa yang sempurna di muka bumi ini dan dia amat memahami hakikat itu. Masalah teknikal itu telah pon diatasi dan kini KerOSEMpok kembali osem seperti dahulu. Rasa KerOSEMpek malah menjadi bertambah lazat lagi sementelah pihak kilang kini lebih tegas dalam proses penghasilan KerOSEMpok. Setiap keropok yang dihasilkan akan diperiksa dahulu kualitinya dengan teliti sebelum dibungkus dan dipakej sebagai KerOSEMpok. Itu pon, Rosman Muhaidin akan faham seandainya ada kes di mana pihak kilang terlepas pandang akan kualiti setiap kepingan keropok. Itu perkara biasa.

Kruuupp kraaappp.

Rosman Muhaidin tersenyum puas kerana dapat menikmati setiap kepingan KerOSEMpok dengan penuh kekhusyukan; begitu terasa perisa ayam percik dan kambing panggang, seolah-olah dia sedang memakan hidangan yang sebenarnya. Dia terasa berbaloi sungguh lima pulosen yang dibelanjakannya.

Tiba-tiba, entah muncul dari mana, dalam keasyikan Rosman Muhaidin menghabiskan sisa-sisa terakhir KerOSEMpok, seorang rakannya menepuk bahunya dari belakang.

"Oii Rosman Muhaidin! Kau tengah buat apa tu..? Amboi amboi amboi, seedaaappnnyaa kau makan sorang-sorang! Meh, bak kat aku sikit!"

Rosman Muhaidin terus menghulurkan bungkusan KerOSEMpok kepadanya. Jelas riak wajahnya yang sedikit terkejut dengan serangan hendap rakannya itu.

Krraaaaaappp. Terbeliak mata rakannya itu.

"Masha-alllaaahhh! Sedap gillleeee keropok ni..! Sumpaaaahh!"

Rakannya itu membelek-belek bungkusan KerOSEMpok dengan penuh rasa keterujaan. Disuapnya kepingan-kepingan terakhir keropok KerOSEMpok ke dalam mulutnya. Gelojoh. Dikoreknya bungkusan itu, dengan harapan masih ada kepingan yang berbaki untuknya. Jelas terpancar sinar kebahagiaan pada wajahnya.

"Wahai Rosman Muhaidin, keropok apakah ni...?? Jenama apa...?? Kau beli kat mana....??? Walaweeehhh ini sumpah ossseemmmm!!"

Rosman Muhaidin tersenyum. Puas.

Krruupp kraaapp kruuppp kraaapp. 

-gabbana-

20 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 07/12/2011, 19:17  

deep meaning..

Anonymous 07/12/2011, 19:27  

nk tnye..
x phm la analogi nie..
explain please.. :)

Anonymous 07/12/2011, 19:53  

dont judge d test ny its cover...??
tsiqah...??
iman itu ada turun ada naik...??
@_@~

Cik AB=) 07/12/2011, 20:50  

semangat benor die makan keropok..hehe..

anyway,x bpe fhm jgak analogi ni=_=

Anonymous 07/12/2011, 21:25  

mcm sh je.. huhu
faham2 :)
very deep ..

cikbeah 07/12/2011, 21:32  

takpelah inche rosman muhaidin..

makanlah kerOSEMpok ke, kerepek ubi pedas macik kuala selangor ke...

asalkan 'halal'..

dan sume pong valid untuk menyertai pertandingan berlomba-lomba menuju ke sorga abadi..

hoyeah.

Anonymous 07/12/2011, 21:49  

makan kerOSEMpok secara berjemaah sangat sangat hoyeaahhh !! \(^.^)/

awesomeness 07/12/2011, 23:03  

Hebathebat.!! ^__^

sabahan 08/12/2011, 10:18  

x faham analogi ni. ce explen cket. hihi

pengembara 08/12/2011, 10:19  

not really understand this entry..inche gabana,sudi untuk explain sikit..=)

aku bukan dia 08/12/2011, 11:04  

alah(dengan bongkaknya), Rosman Muhaidin tu inche ghabba-nantoka-, Muhaimin Jamlus tu mestilah aku.
yang macho lagi bergaya aja inche ghabba-nantoka-.

yang penting kualiti, bukan kuantiti.kalau kita terpekik2 dalam bas cakap jom peluk islam pun, bukan semua akan masuk malah mungkin ada yang lari lebih laju menjauhi islam.kan gitu?(gaya angkuh masih terserlah)

kalau ada minat, lebih mudah untuk mendekati islam.pupuklah minat tu.

islam tu bukan ada pada nama, tapi ada pada kualitinya.

terkadang ada golongan daie yang gopoh menyebabkan mad'u makin jauh, bukan makin dekat.aku la tuee(gaya merajuk seorang yang kewl)..


tak sesuai analogi ni.panjang.bosan.merepek.tiada kelaimek.tiada makwe kiut.

walaupun tgh merajuk tapi masih membuat aku ketawa di bahagian "Vitamin A 0g. Vitamin E 0g. Vitamin D4 0g. Tongkat Ali 0g. Kalau dah semua 0 nak tulis buat apa..? Eh."

semoga Allah membalas inche ghabba-nantoka- dengan kebaikan.
WA

Anonymous 08/12/2011, 14:41  

Deep...Islam itu boleh dibawa dengan nama atau tanpa nama. Yang penting anda kenal Islam itu dahulu sebelum nama vehicle yang membawa islam tu supaya anda tidak terpedaya pada nama. Nama hanya menjadi alat utk sampai kepada tujuan. Kalau kelab putri islam sekolah tu dah jadi tunas puteri pada pakaian dan pemikirannya walau namanya sama, org yang mengenali hakikat sebenar pasti tidak tertipu. kenali dan jatuh cintalah dgn islam dahulu, pasti anda tidak kecewa!

Inche gabbana 08/12/2011, 16:22  

salaam semua.

komen aku bukan dia ada la bau2 bacang dgn mesej yg saya cuba untuk sampaikan

tp komen enonimus yg terakhir paling dekat dan hampir. syabas...! eh.

iAllah saya akan tulis post khas ntok eksplen. nantikan.. ^^

aku bukan dia 08/12/2011, 16:44  

inche ghabba-nantoka-,

sama lah tuh!cuma cara tulisan saja berbeza.fontnya juga sama.
memang saya tidak pandai menulis.tapi saya cuba juga.

*lari.pusing sambil keluarkan lidah nak buat gaya comel macam otsuka ai,tapi jadi gaya macam seekor gorila.

Anonymous 08/12/2011, 17:23  

yup, jelas mesej dia.
macam aku yang suka sangat makan pizza X,
aku tak boleh desak-desak orang untuk suka makan pizza X dengan hanya bagi pamplet pizza dan cakap mulut ataupun buruk-burukkan jenama pizza lain.

Tapi aku perlu lebih bijak ar dengan bagi sikit cebisan pizza X untuk kawan-kawan aku rasa instead of aku buat cara kat atas.

Bintu Aizuddin 09/12/2011, 09:12  

nice! like it!
muhasabah utk daie

Anonymous 18/12/2011, 22:47  

faham & sgt stuju.sbb hadapi situasi sama lepas alami transition tmpt.
kdg2 mrk jual nama tertentu tnpa sedar. mrk excited kot lepas re-branding.
consequencesnya mmg tak best! dan dh dgr cerita tak best di tmpt lain..dan lihat berlaku di tmpt sendiri.cuma rosman tu kena bantu org2 mcm muhaimin tuh supaya tak tersalah lgkah n tak kecewa cpt sgt.

Anonymous 27/12/2011, 23:02  

transition place. hmm. faham. yg penting, jgn lah memburukkan brand keropok yg lain, hakikatnye tujuan mkn keropok itu adalah sama, utk mengecapi kenikmatan krap kruup kraap, ahernye keropok itu akn menuju ke destinasi yg sama ke dlm perut di mana setiap insan dapat mengecapai kekenyangan dan kelazatan bgi setiap lidah yg disentuh dek perisa keropok itu.

andai ade suara2 underground yg membanding2kn which keropok is the best, sahutlah komen2 jujur customer keropok itu utk pihak producer improve resipi yg lebih osem! hoyyeehhh.

bintuhanafi 14/01/2012, 02:11  

pembaca yg flight kena delay...

emm, very deep meaning...alhamdulillah...sangat nice..keep up d good work..

disebabkan anda ni ramai ngat fans, dr pelbagai layer usia, sosiobudaya, ekonomi...xkurang juga mereka yang huha huha...so, ramai gak la yang xfaham maksud tersirat entry nih..huhu...

Anonymous 24/02/2012, 17:20  

inchi gabana...
sangat mendalam lagi menguris2 hati ini biler membacenye...

p/s: sangat rindu pade kamu...
anonymously dari kutub selatan ireland.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP