Kita Berbuka Dengan Kurma Yang Sama
[Kredit] |
Orang tangkap cintan jiwang-jiwang ada taman dalam hati selalu mengungkapkan, "Walaupun kita berjauhan, dipisahkan oleh gunung dan lautan, tetapi kita tetap melihat bulan yang sama."
Muntah darah.
Sedangkan orang yang sedang tangkap cintan dengan ukhuwwah, yakni perhubungan suci lagi agung antara insan-insan yang bekerja keras dalam mengejar redhaNya, ungkapan yang sering basah di bibir-bibir mereka adalah:
"Walaupun kita berjauhan, dipisahkan oleh jarak dan masa, tidak bertentang wajah dan mata, namun kita tetap berbuka dengan kurma yang sama."
Manis.
Ramai daripada kita yang tertarik masuk atau terjerat dengan jalan ini adalah disebabkan oleh ukhuwwah. Kita termakan budi. Kita jatuh chenta dengan kebaikan dan kemurahan hati yang ditunjukkan oleh habang-habang atau hakak-hakak yang berusaha gigih memancing kita. Dan mata kita bersinar-sinar tidak percaya dengan keikhlasan yang dipamerkan oleh rakan-rakan sebulatan gembira kita.
Dengan kata lain, kita jatuh chenta dengan jalan ini adalah disebabkan oleh biah (suasana, persekitaran) solehah yang terwujud hasil interaksi daripada individu-individu Muslim yang masing-masing mahu menegakkan Islam di muka bumi ini.
Saya tidak berbohong bukan..?
Dan tiada siapa yang boleh menafikan kepentingan biah solehah dalam memastikan kita terus kekal 'baik' dan terjaga. Tiada siapa yang berani mendakwa bahawa biah solehah itu tipu belaka; bahawa ia tiada kesan langsung pada pembinaan manusia-manusia dalam membentuk mereka menjadi individu Muslim yang bergaya.
Tidak hairanlah, seorang pemuda yang telah membunuh seratus jiwa, kemudiannya dinasihatkan oleh seorang 'alim untuk berpindah ke kota yang lain (maksud hadith).
Tidak mengejutkan juga Nabi SAW pernah menasihatkan kita untuk bersahabat dengan pembuat minyak wangi dan bukannya tukang besi.
Semuanya kerana biah. Biah yang solehah. Suasana dan persekitaran yang diwujudkan dalam rangka mencari keredhaanNya, pastilah akan melahirkan insan-insan yang turut dahagakan kasih-sayangNya.
Malah saya amat yakin, anda sendiri dapat merasainya bukan..? Merasakan betapa basahnya sentuhan biah yang solehah. Merasakan betapa dahsyatnya rindu yang membara pada biah yang baik dan menuju kesempurnaan. Juga merasa resah gelisah setiap kali kita jauh daripada biah yang solehah ini.
Masih ingatkah anda apa yang terjadi bila mana lama sudah anda tidak berbulatan gembira..? Masih segarkah dalam memori anda kegilaan yang terpaksa anda harungi apabila sudah begitu lama anda tidak bersua muka dengan ikhwah (atau akhawat, for that matter). Dan masih terngiang-ngiangkah pengalaman yang lalu apa yang terjadi kepada anda apabila anda tidak berada di dalam suasana yang membina iman dan taqwa?
Terasa futur..? Terasa jahat dan keji..? Susah nak qiam dan bangun solat Subuh? Liat untuk metadabbur al-Quran dan membaca doa-doa ma'thur..?
Semuanya itu membuktikan betapa berkuasa dan relevannya biah yang solehah itu. Tanpa biah yang solehah, ramai yang terkapai-kapai, merasakan diri tidak mampu untuk mengharungi mehnah dan ujian yang datang dari pelbagai arah. Tanpa suasana dan persekitaran yang menggalakkan ke arah kebaikan, ramai antara kita yang menjustifikasikan perbuatan dan perlakuan kita yang menjurus ke arah kefuturan.
Bukan begitu..?
Tanpa biah solehah, bagaimana aku mahu terus kuat atas jalan tarbiyyah ini..?? Kalau tiada biah solehah, aku tak rasa aku mampu untuk jadi baik! Tanpa biah solehah, pastilah aku terkontang-kanting dipukul badai jahiliyyah dan ditiup angin maksiat!
Aduhai. Benar bukan..?
Soalan cepu berlian daripada saya; sampai bila..? Sampai bila kita mahu bergantung kepada biah solehah? Sampai bila kita mahu mengharap kepada suasana dan persekitaran yang baik semata, untuk menolak kita menjadi manusia berjiwa hamba? Sampai bila?
Sampai kita mati? Sampai tiada lagi fitnah di muka bumi? Sampai Islam sudah menjadi rujukan utama buat sekalian makhluk alam..?
Tidak, saya tidak menolak kepentingan biah solehah dan kerelevanannya merentas masa. Sila jangan salah faham atau buat-buat tak faham kalau rasa tak mahu dicubit di perut anda yang penuh lemak itu.
Cuma kerisauan saya adalah apabila kita terlalu bergantung kepada biah solehah untuk mentarbiyyah kita. Maka apa yang akan terjadi seandainya kita dicampak ke suatu tempat yang penduduknya langsung tidak kenal erti dakwah dan tarbiyyah? Atau dalam situasi yang lebih realistik, apa agaknya yang akan terjadi kepada kita sekiranya kita terpaksa bermastautin atau bekerja di tempat yang sangat sedikit bilangan ikhwah dan akhawatnya?
Adakah ketika itu kita akan lari jauh-jauh daripada dakwah dan tarbiyyah? Adakah seandainya saat itu menjadi realiti suatu hari nanti, kita akan berhenti daripada terus menyelusuri jalan yang sumpah panjang ini..? Hah..? Anda boleh jawab..? Atau anda terkedu seribu bahasa sambil peluh besar mengalir laju..?
Ya benar, biah solehah itu terlalu amat super perlu dalam membantu kita membina diri dan hati kita. Sebagai batu asas untuk memapah dan membantu kita meniti jalan-jalan yang penuh onak dan duri ini. Tetapi akan tiba masanya di mana kita akan diuji dengan ketiadaan biah yang ideal tersebut. Dan ketika itu, baharulah kita tahu tinggi rendahnya Menara Berkembar Petronas. Eh. Tinggi rendahnya langit. Dan seandainya kita tidak bersedia ketika itu, alamatnya jatuh tersungkur pipi tersembam ke tanahlah kita!
Adakah apabila tiada tangan yang menghulur, itu tandanya kita perlu lari jauh-jauh dari jalan ini..?? [Kredit] |
Ya benar, biah solehah itu terlalu amat super perlu dalam membantu kita membina diri dan hati kita. Sebagai batu asas untuk memapah dan membantu kita meniti jalan-jalan yang penuh onak dan duri ini. Tetapi akan tiba masanya di mana kita akan diuji dengan ketiadaan biah yang ideal tersebut. Dan ketika itu, baharulah kita tahu tinggi rendahnya Menara Berkembar Petronas. Eh. Tinggi rendahnya langit. Dan seandainya kita tidak bersedia ketika itu, alamatnya jatuh tersungkur pipi tersembam ke tanahlah kita!
Bilakah akan tiba masanya untuk kita mencontohi Mus'ab bin Umair yang ke Madinah sebagai lone-ranger tetapi pulang membawa power rangers bersama-samanya? Bilakah akan tiba waktunya untuk kita mengambil ibrah daripada semangat Salman al-Farisi yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam mencari kebenaran? Atau Hanzalah yang resah-gelisah, tidak keruan dibuatnya apabila merasakan dirinya sudah jauh daripada Allah..?
Sifat tarbiyyah itu ia mengubah dan meningkatkan kapasiti seseorang individu itu. Maknanya, selepas melalui tarbiyyah, kita sewajarnya menjadi seorang individiu yang sekiranya tidak banyak, sedikit lebih baik daripada diri kita sebelum menerima tarbiyyah. Tarbiyyah juga sewajarnya menjadikan diri kita lebih berkebolehan - baik dalam aspek pengurusan, perhubungan sosial, kesihatan tubuh badan dan lain-lain lagi - berbanding dengan diri kita sebelum mengenal jalan ini.
Itu sifat tarbiyyah.
Maka kita telah gagal ditarbiyyah dengan baik seandainya kita gugur dan lari meninggalkan jalan ini apabila kita diuji. Kita kalis tarbiyyah seandainya kita pulang bercuti ke rumah dan di rumah kita bertukar menjadi raksasa gorgon dengan serta-merta, seolah-olah tarbiyyah tidak pernah meenziarahi hati-hati kita. Dan kita dan tarbiyyah seolah-olahnya tiada kimia (Baca: No chemistry) sekiranya tatkala kita jauh daripada biah solehah, kita merasakan diri kita bebas dan tidak lagi terkongkong untuk bersekongkol dengan jahiliyyah. Na'udzubillah...
Untuk rekod, saya tidak menolak sifat kemanusiaan dan bahawasanya iman tu naik dan turun. Saya juga tidak menjangkakan anda yang telah melalui tarbiyyah pastilah kini sudah bertransformasi menjadi malaikat penjaga pintu sorga. Saya tidaklah sedungu itu. Choyy.
Tetapi amat sedih dan kechiwa bilamana telinga yang ini menangkap alasan-alasan dan hujah-hujah seperti:
"Ala, bukan selalu aku futur. Bila kat rumah je.. Biasalah tu, bila dah jauh dari ikhwah, nak buat camne en..?"
atau
"Sorry la bang. Bukan sengaja saya nak buat jahiliyyah ni semua. Ni semua sebab dah lama takde bulatan gembira la ni! Haish.."
atau juga
"Aku tak bolehlah hidup sorang-sorang. Mesti kena ada orang di sekeliling untuk tengok apa aku buat! Kalau takde, memang sah-sahlah aku akan buat maksiat..!"
sebagai justifikasi mengapa mereka amat mudah futur, gugur apabila jauh daripada lingkungan persekitaran yang baik dan solehah.
Aik..? Pelik. Saya lantas menggaru kepala dan hidung kerana merasakan alasan-alasan yang diberikan wajar dimasukkan ke dalam koleksi Ripley's Believe It Or Not.
Bukankah tarbiyyah itu perlu dicari..? Bukankah keredhaan Allah itu perlu dikejar? Bukankah kechentaan Allah yang hakiki itu perlu didamba dan diusahakan..?
"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
[ali-Imraan, 3:133-135]
Sudahkah kita mencari Allah sehingga ke lubang cacing sebelum kita gugur dan terjebak dengan perkara-perkara yang melemahkan iman..? Sudahkah kita benar-benar mencari tarbiyyah itu, sebelum kita pantas mengangkat bendera putih tanda mengaku kalah..? Atau kita lebih riang gembira mengharapkan segala-galanya disuap ke mulut kita? Dan apabila semua itu tiada, ia menjadi lampu hijau kepada kita untuk terkinja-kinja dalam dosa dan noda..??
Ok.
Jadi apa kena-mengena semua ini dengan ukhuwwah..? Apa kena-mengenanya dengan makan kurma...??
Hahaha. Baiklah, sila jangan juih dan cebik bibir anda itu. Sungguh hodoh rupanya.
Begini.
Ketahuilah, di saat anda rasa hilang arah, tiada panduan dan terkontang-kanting mencari-cari sentuhan dan bimbingan, anda tidak keseorangan. Ketahuilah, di waktu anda berasa lemah, lemau dan lesu kerana sudah lama tidak mendapat taujihat yang menggegar jiwa, anda tidak keseorangan. Dan ketahuilah, ketika anda berasa seolah-olahnya anda seorang-seorang sedang bertarung hebat menentang kemaraan jahiliyyah yang semakin menghimpit jiwa, ketahuilah dan ketahuilah, anda tidak pernah keseorangan...!
Kerana sesungguhnya, hati-hati mereka yang berjuang di jalan Allah ini telah diikat kuat oleh tali-tali ghaib yang hanya boleh dirasa oleh mereka yang faham akan makna ukhuwwah Islamiyyah. Ruh dan jiwa pejuang-pejuang agama Allah ini bersatu padu, sebati ibarat adunan tepung dan telur untuk membuat biskut rangup cokolat Master Chef, waima jasad-jasad mereka berjauhan.
Mereka punya halatuju yang sama. Mereka beriltizam dengan objektif yang serupa. Dan mereka sedang berjalan malah berlari ke destinasi yang sama; sorga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa.
Di saat-saat anda berasa lemah dan seperti mahu gugur, ingatlah pada teman-teman seperjuangan yang ketika itu mungkin sedang bertarung hebat, menghadapi mehnah dan cubaan yang jauh lebih besar dan payah daripada anda. Ketika anda berasa malas, liat dan culas untuk keluar mencari keredhaanNya, ingatlah pada rakan-rakan sebulatan gembira yang ketika itu mungkin sedang mendoakan agar anda terus tsabat di atas jalan ini. Dan di waktu anda berasa menjadi orang baik itu susah, tidak kool dan hati anda memberontak untuk mencari keseronokan sementara, ingatlah pada sorga dan sahabat-sahabat anda yang berada di dalamnya, yang sedang menanti-nanti kedatangan anda dengan penuh mesra dan chenta.
Marilah kita sama-sama berpimpinan tangan (tangan-tangan yang ghaib juga.. hohoho..) dalam mencari keredhaanNya. Marilah kita bersungguh-sungguh bekerja merawat umat ini yang sedang tenat. Saf perjuangan ini akan lemah dan goyah dengan jundiyy-jundiyy yang malas dan mudah gugur. Kemenangan bukan milik orang-orang yang lemah dan tidak kalis dengan ujian dan cobaan.
Setelah penat seharian berpuasa, berjuang menahan lapar dan berperang dengan nafsu, kita akhirnya dijanjikan Allah dengan nikmat berbuka. Dan ketahuilah, walaupun anda berbuka dengan kurma Yusuf Taiyoob dan saya berbuka dengan kurma Ajmal, kita tetap berbuka dengan kurma. Kita mungkin berada dalam situasi dan di tempat yang berbeza. Malah mungkin kita tidak pernah kenal antara satu sama lain. Tetapi perjuangan kita sama. Hasrat dan aspirasi kita serupa.
Walaupon kurma Yusuf Taiyoob yang anda makan itu lebih berkualiti daripada kurma murahan saya, ia tetap kurma tahu..?? [Kredit] |
Ketahuilah, anda tidak keseorangan. Sumpah. Kerana kita berbuka dengan kurma yang sama. Senyum.
-gabbana-
Selamat berbuka kepada anda yang berpuasa pada hari ini! Jangan lupa, kita berbuka dengan kurma yang sama tahu..?? Senyum lebar-lebar sampai nampak gigi kuning.
5 Caci Maki Puji Muji:
selamat berbuka.
kerana manisnya kurma :)
kerana manisnya ukhuuwwah...
kerana berlikunya jalan ini...
utk anda, jgn tunggu org dtg menjenguk memberi kurma, anda harus mencari kurma mana utk dinikmati hari ini... kerana kurma itu ada sahaja di mana-mana,, menanti anda utk menikmatinya...dan sy sgt serius ttg ini...
refreshing dan sangat memberi nafas baru selepas membace post ini.
masih teringat kata-kata seorang akh tu macam ni...
"jika kamu join dan terus stay dalam DnT ini kerana biahnya dan bukan kerana diri kamu sendiri maka kamu telah gagal"
jzk inche gabbana..tepat ngan situasi ana yg tiba2 tercampak di tempat yg kurang 10 percent tarbiyyahnya...
x pernah menyangka dr tempat yg osem ke sini..mmg terasa lemah sekali tp akhawat bukan lemah...
ingat pada daie2 di luar sana menaikkan semangat ana kembali..
punya impian yg tinggi terhadap mereka
Secara jujurnya, ada sesetengah individu dalam kelompok bulatan gembira yang kadang-kadang terasa superficial dalam hubungan yang dibina.
Iya, memang berkawan kerana Allah, tapi adakah maksudnya jika kami tidak lagi satu usrah yang sama atau usrah yang levelnya lebih rendah (in terms ofinvolvement and knowledge), kami bukan lagi salah seorang dari kamu? Orang islam yang mungkin lebih kekurangan dari segi jiwa dan agama bukan salah seorang dari orang-orang kamu?
Sesetengah individu ini yang buat aku rasa ukhuwah usrah memang hanya untuk orang yang mereka terima masuk dalam bulatan gembira masing-masing sahaja. Yang aku rasa tidak selari dengan pemahaman aku mengenai akhlak Rasulullah yang hidupnya, orang Yahudi buta pun dilayan dengan kasih sayang.
Ukhwah itu manis bila ianya kerana Allah swt. Ukhwah seAkidah, di atas jalan tarbiah =)
Kebergantungan yg tinggi pada biah solehah saja tidak mencukupi.
Sgt bermanfaat Inche Gabbana !
Post a Comment