Ikhwah Pakai Jeans
Saya rasa jeans ni selesa (walaupon kadang-kadang boleh mengakibatkan kemalangan jiwa), mudah dipakai, smart, berkualiti (bergantung pada jenama juga), tak cepat kotor dan yang lebih penting, dapat menonjolkan siapa saya tanpa perlu berlebih-lebih dengannya.
It speaks for myself, for who I am and what I stand for. Well, sort of.
Bunyinya seperti dramatik dan sedikit "Err.. Anda seriyeskah Inche gabbana..?" bukan..? Tetapi saya benar-benar jujur dengan kenyataan saya itu.
Kerana itu kebanyakan seluar casual saya adalah dalam bentuk jeans. Sangat sedikit seluar yang ada di dalam milikan saya adalah dalam bentuk seluar slack atau corduroy dan sebagainya. Malah ketika keluar membeli-belah mencari seluar 'jalan' pastilah bahagian jeans yang saya tuju dahulu.
Ke mana-mana pon amat mudah untuk mendapati saya memakai jeans. Sama ada ke pasar pagi bersama Puan Mama, ke bulatan gembira dengan hadek-hadek, ke masjid untuk solat berjemaah hatta ke konferens-konferens riang yang diadakan; saya boleh gerenti yang kebanyakan masanya saya berseluar jeans. Malah kalaulau saya dibenarkan untuk memakai jeans ke ofis, sudah lama dah saya ke opis hari-hari dengan memakai jeans! Vavavum...!
Ok ok Inche gabbana, we get your point. So...?
Maka saya tidak faham mengapa setengah orang tidak boleh menerima mesej yang hendak dibawa oleh seorang dai'e hanya kerana dia memakai seluar jeans. Bunyinya seperti tidak masuk akal bukan..? Tetapi percayalah, memang ada antara anda di luar sana yang tidak tsiqah* dengan ikhwah yang memakai jeans.
*Kepercayaan, keyakinan
Saya boleh faham kerisauan ini dalam konteks akhawat. Mungkin kebanyakan jeans yang ada di pasaran sana untuk kaum perempuan adalah sendat dan amat mudah menampakkan rupa bentuk pinggul dan ke bawah. Maka tidak hairanlah amat sukar melihat akhawat yang memakai jeans. (Err. Jangan salah faham. Bukanlah mata saya meliar dan melilau-lilau mahu mencari akhawat yang memakai jeans! Peluh besar.)
(Sedikit nota: Kerana itu amat mudah untuk mengenali akhawat sedangkan agak sukar untuk mengenali ikhwah, hanya dengan cara pemakaian. Saya tidak pasti sama ada ini adalah sesuatu yang baik atau sebaliknya)
(Sedikit nota: Kerana itu amat mudah untuk mengenali akhawat sedangkan agak sukar untuk mengenali ikhwah, hanya dengan cara pemakaian. Saya tidak pasti sama ada ini adalah sesuatu yang baik atau sebaliknya)
Saya juga boleh faham sekiranya ada antara anda di luar sana yang tidak dapat menerima ikhwah yang memakai t-shirt yang sendat (Baca: Fit) atau tertulis perkataan-perkataan yang kurang manis atau menonjolkan gambar-gambar yang "Eh, biar benar dia ni ikhwah..?? Choyyy!" kerana sememangnya perkara sebegitu boleh menimbulkan syak-wasangka atau fitnah dan seterusnya menjatuhkan tsiqah.
Tetapi saya langsung tidak boleh faham mahu pon hadam sekiranya ada antara anda yang tidak boleh menerima ikhwah yang memakai jeans. Apa masalah anda dengan makhluk bernama jeans itu...??
Dan ditakdirkan ketika saya sedang mencari gambar-gambar untuk dimuatkan ke dalam post ini, saya terlanggar sebuah ayat yang mengatakan, "One other point: 'Bad man' wears jeans but the 'good Muslim' does not.." Erk. Peluh besar menitik-nitik.
Dan ditakdirkan ketika saya sedang mencari gambar-gambar untuk dimuatkan ke dalam post ini, saya terlanggar sebuah ayat yang mengatakan, "One other point: 'Bad man' wears jeans but the 'good Muslim' does not.." Erk. Peluh besar menitik-nitik.
Jujurnya saya bukanlah peminat Ustaz Azhar Idrus, tetapi saya admire cara dia membawa dirinya. Kool. [Kredit] |
Pada saya, masalah yang sebenar terletak bukan pada jeans, tetapi bagaimana cara pandangan dan fikrah kita dibentuk.
Begini.
Anda selalu dan biasa dengar kata-kata "Dua't la qudlat" atau maksudnya kurang lebih, "Kita pendakwah dan bukannya hakim," bukan..? Bunyinya seperti amat mudah dan simpel bukan..? Bahawasanya Allah tidak melihat pada hasil tetapi pada usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan. Pelacur pon boleh masuk sorga. Orang yang dah bunuh seratus orang pon Allah masih menerima taubatnya. Bla bla bla.. Mudah kata, kita penyampai mesej-mesej dakwah dan bukannya penghukum manusia!
Tetapi sedihnya, realiti dan hakikat yang sebenar tidak semudah itu. Bukan mudah untuk tidak menilai seseorang itu melaui aspek fizikal dan pemakaiannya. Malah dalam post-post sebelum ini, telah saya ceritakan bahawa saya juga pernah jatuh masuk ke dalam perangkap 'Judge a book by its cover' ini. Aduhai.
Kerana hakikatnya, kita amat mudah untuk membuat sesuatu penilaian atau keputusan hanya berdasarkan apa yang kita 'lihat' dan bukan dengan apa yang kita 'rasa' dan 'faham.' Kita amat mudah menghukum setelah melihat sesuatu peristiwa itu berlaku tanpa terlebih dahulu menyiasatnya. Malah yang lebih mengerikan lagi, kita terus yakin dengan apa yang kita lihat sebelum kita menenangkan hati kita dahulu untuk mencari justifikasi kepada apa yang telah kita saksikan.
Jika anda tidak percaya kepada kata-kata saya ini, mari kita sama-sama berjalan turun lorong-lorong memori kita.
Sekiranya kita melihat hadek bulatan gembira kita sedang bersms sakan dan tersenyum seorang-seorang apabila melihatkan skrin henponnya, apa reaksi pertama kita..?
Sekiranya kita melihat hadek bulatan gembira kita sedang bersms sakan dan tersenyum seorang-seorang apabila melihatkan skrin henponnya, apa reaksi pertama kita..?
Kita berpeluk dan berlaga pipi dengan ikhwah atau hadek bulatan gembira kita dan kita tercium bau rokok yang sangat kuat. Apa lintasan pemikiran pertama yang menerjah kepala hotak kita..? (Err.. Saya rasa ni applicable untuk ikhwah sahaja..)
Kita terdengar cerita yang kurang enak atau terbaca tulisan yang kurang baik tentang seorang akh ini yang disertakan dengan (kononnya) bukti-bukti yang kukuh lagi utuh. Bagaimana reaksi kita ketika itu..?
Ini bukan sekadar soal bersangka baik atau berlapang dada (Baca: Husnudzan). Saya melihat penyakit ini sebenarnya lebih parah daripada yang kita sangkakan. Kerana mentaliti atau tabiat seperti ini akhirnya akan membentuk fikrah kita dan seterusnya menentukan bagaimana pendekatan kita dalam menyelesaikan masalah.
Dalam cerita pendek 'Kudis' ada saya sentuh sebanyak sedikit isu ini. Banyak masalah umat ini tidak selesai malah bertambah parah kerana kita juga; ubat yang kita suntik pada tubuh-tubuh yang sedang melarat dan nazak adalah ubat yang superfisial, ubat yang hanya mampu menahan sakit atau menghilangkan simptom-simptom penyakit tersebut tanpa mengubatinya secara benar-benar berkesan dan menyeluruh.
Hanya kerana kita malas dan culas untuk mendiagnosis penyakit tersebut secara bersungguh dan seriyes.
Hanya kerana kita tidak mahu terjebak jauh ke dalam penyakit itu, takut dan risau benar kalau-kalau lebih banyak ubat atau rawatan yang perlu kita lakukan nanti.
Hanya kerana kita amat mudah menghakimi sebelum kita benar-benar menyampaikan..!
Untuk rekod, saya tidak pernah menyatakan bahawa kita perlu bersangka baik dan berlapang dada membuta-tuli pada setiap ketika dan dalam setiap keadaan. Kerana seorang dai'e itu juga sensitif, peka kepada apa yang berlaku di sekitarnya. Dia perlu cepat bertindak dan menyiasat apabila dia dapat mengesan dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.
Untuk rekod, saya tidak pernah menyatakan bahawa kita perlu bersangka baik dan berlapang dada membuta-tuli pada setiap ketika dan dalam setiap keadaan. Kerana seorang dai'e itu juga sensitif, peka kepada apa yang berlaku di sekitarnya. Dia perlu cepat bertindak dan menyiasat apabila dia dapat mengesan dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.
"Ish, dia pegang tangan adik perempuan dia tu. Eh kejap, tapi dia takde adik perempuan. Uhm uhm. Oh itu isteri dia kot, baru dinikahinya semalam tapi tak sempat nak war-warkan lagi!" Gila.
"Ala biasalah tu lambat-lambatkan solat, tak baca maathurat, tak bangun qiam, tak puasa sunat... Sunat je pon. Penat pergi berdakwahlah tu. Insha-Allah aku yakin ruhiyy mereka terjaga dengan kerja-kerja dakwah mereka!" Pengsan.
"Aku tengok tudung si Bedah tu makin lama makin pendek. Makin lama makin bergaya. Uish mungkin ni salah satu qiat-qiat dakwah nak DF hadek-hadek kott! Bagus betullah Bedah ni!" Mulut berbuih.
Point saya mudah; jangan biarkan apa yang anda nampak dan lihat mempengaruhi emosi anda, yang seterusnya akan mempengaruhi pula tindakan dan keputusan anda. Bahaya. Neno neno. Red alert. Kerana lebih selalu daripada tidak, emosi yang terganggu apabila melihat sesuatu yang menghilangkan tsiqah ini, akan amat mudah mempengaruhi tindakan kita yang seterusnya.
Siasat dahulu dan bertanyalah kepada orang di sekitar tanpa mencaci-maki atau menjatuhkan maruah individu yang terlibat. Dan sekiranya sudah ada bukti-bukti yang cukup yang menyakinkan, baharulah ambil tindakan yang sewajarnya. Tetapi jangan pula biarkan ia berlarutan terlalu lama, kononnya untuk mecari bukti-bukti yang cukup terlebih dahulu! Senang kata, seorang dai'e itu perlu tenang, sensitif, cekap, pro-aktif dan cepat mengambil tindakan!
Siasat dahulu dan bertanyalah kepada orang di sekitar tanpa mencaci-maki atau menjatuhkan maruah individu yang terlibat. Dan sekiranya sudah ada bukti-bukti yang cukup yang menyakinkan, baharulah ambil tindakan yang sewajarnya. Tetapi jangan pula biarkan ia berlarutan terlalu lama, kononnya untuk mecari bukti-bukti yang cukup terlebih dahulu! Senang kata, seorang dai'e itu perlu tenang, sensitif, cekap, pro-aktif dan cepat mengambil tindakan!
Tidak kisahlah anda pemakai jeans atau tidak; anda suka berjubah dan berserban atau tidak. Yang lebih utama adalah seluruh kehidupan kita berpaksikan keredhaanNya! [Kredit] |
Pada masa yang sama, saya juga tidak menolak kepentingan untuk membina tsiqah, espeseli kepada hadek-hadek yang baru hendak berjinak-jinak dengan arena dakwah dan tarbiyyah ini. Walaupon kita rasakan apa yang kita buat itu tidak salah dan sememangnya tidak salah pon untuk dilakukan, tetapi seandainya dengan tindakan kita itu menyebabkan lebih ramai orang yang jatuh tsiqahnya kepada kita, ketika itu ada baiknya sekiranya kita menpertimbangkan semula tindakan kita itu.
Contohnya, untuk ikhwah yang mungkin gemar memakai baju tanpa lengan (Baca: Sleeveless) yang menampakkan.. Err.. Ok tak nak sebut nanti ada yang tak lalu nak makan seminggu! Wahahaha.. Eh. Tiada salahnya bukan..? Setahu saya, ketiak bukanlah aurat bagi lelaki! Hohoho.. Tetapi mungkin pada pandangan orang kebanyakan, agak kurang manis untuk seorang yang menggelarkan dirinya pendakwah untuk memakai pakaian seperti itu. (Ini hanya contoh sahaja. Mungkin tidak valid pon. Untuk tidak direkod, saya juga kadang-kadang memakai baju tanpa lengan ketika bersukan.)
Begitu juga dengan pakaian berwarna merah jambu *koff koff* atau seluar ketat berwarna ungu atau hijau terang. Ok mungkin tak ketat tapi berwarna ungu atau hijau terang. Ya, tiada salahnya, tetapi seandainya dengan kita memakai pakaian sebegitu menyebabkan lebih ramai orang menjauhi kita atau hadek-hadek bercakap-cakap di belakang kita, apa tindakan kita selepas itu..?
Kalau anda tanyakan kepada saya, secara jujurnya saya akan katakan tiada salahnya, pakai sahajalah asalkan tutup aurat dan bersopan-santun berakhlak mulia heyy..! Err. Tetapi saya juga akan katakan,
"TAPI, anda kena ingat, yang kita ni dai'e. Bila dah panggil diri tu dai'e, banyak kepentingan diri kita yang kena kita korbankan. Sekarang ini bukan lagi aku-aku, tapi awak-awak, dia-dia dan mereka-mereka. Kita suka macam mana sekali pon dengan sesuatu benda tu dan walaupon takde dalam kitab mana-mana pon yang mengharamkan atau mengsyubhahkan penggunaan benda tu, tapi dengan kita memakai atau menggunakan benda tu menyebabkan orang bertambah jauh dengan dakwah dan tarbiyyah, maka kita wajib tinggalkan. Eh ni bukan fatwa tahu..?? Tapi sebagai seorang dai'e, anda sewajarnya faham."
Fulsetop.
Kerana tqisah itu adalah senjata yang amat kuat lagi berkuasa untuk menambat dan memancing hati-hati yang dahagakan bimbingan dan kasih-sayang. Bukan sedikit yang pernah saya saksikan, bahawa apabila tiada lagi tsiqah atau qudwah ini, ramai yang lari daripada jalan ini walaupon sebenarnya mereka bersetuju dengan asas perjuangan dakwah ini. Tsiqah kadangkala menjadi garisan pemisah antara mahu ikut atau lari meninggalkan dakwah!
Tetapi... Setahu saya... Selama saya memakai jeans, tidak pernah pula hadek-hadek saya yang jatuh tsiqahnya kepada saya. Selama saya memakai jeans, tidak pernah pula ada yang mengadu bahawa setiap kali melihatkan saya dengan jeans saya, terus terasa seperti mahu lari daripada dakwah dan tarbiyyah. Dan selama saya memakai jeans, tidak pernah pula saya merasakan bertambah malas atau culas untuk berdakwah. Malah memudahkan lagi kerja-kerja dakwah saya kerana tidak perlu susah-susah memikirkan nak pakai apa hari itu. Capai, sarung, kancing dan voila! Saya sudah siap untuk berbulatan gembira..! Wahahaha.. Gelak tawa sambil mengangkat tangan ala-ala Action Kamen.
Saya tidak nampak apa salahnya dengan seorang akh yang memakai jeans.
Malah saya mengenali baik seorang ustaz super saiya ini, yang selalu dilihat memakai jeans. Dan tahukah anda..? Ustaz ini sumpah osem dan tidak pernah pula saya dengar orang yang hilang tsiqah kepadanya hanya kerana dia memakai jeans. (Sekiranya ada, seriyesli, orang itu perlu mendapatkan rawatan dengan segera! Hihihi..)
Jadi anda di luar sana, terimalah hakikat ini. Jeans itu kool lagi bergaya. Tiada salahnya seorang akh itu sekiranya dia mahu menyarungkan jeans. Lihatlah pada mesej yang ingin disampaikannya. Saksikan gerak kerjanya. Perhatikan bagaimana dia menyentuh hati-hati di sekitarnya. Dan anda mungkin jatuh chenta dengan ikhwah yang memakai jeans itu, sehinggakan menyebabkan anda bergegas ke kedai jeans yang berhampiran dan kacing! Tu dia anda juga sudah menjadi seorang akh yang memakai jeans! Wahahaha..
Begitu juga dengan pakaian berwarna merah jambu *koff koff* atau seluar ketat berwarna ungu atau hijau terang. Ok mungkin tak ketat tapi berwarna ungu atau hijau terang. Ya, tiada salahnya, tetapi seandainya dengan kita memakai pakaian sebegitu menyebabkan lebih ramai orang menjauhi kita atau hadek-hadek bercakap-cakap di belakang kita, apa tindakan kita selepas itu..?
Kalau anda tanyakan kepada saya, secara jujurnya saya akan katakan tiada salahnya, pakai sahajalah asalkan tutup aurat dan bersopan-santun berakhlak mulia heyy..! Err. Tetapi saya juga akan katakan,
"TAPI, anda kena ingat, yang kita ni dai'e. Bila dah panggil diri tu dai'e, banyak kepentingan diri kita yang kena kita korbankan. Sekarang ini bukan lagi aku-aku, tapi awak-awak, dia-dia dan mereka-mereka. Kita suka macam mana sekali pon dengan sesuatu benda tu dan walaupon takde dalam kitab mana-mana pon yang mengharamkan atau mengsyubhahkan penggunaan benda tu, tapi dengan kita memakai atau menggunakan benda tu menyebabkan orang bertambah jauh dengan dakwah dan tarbiyyah, maka kita wajib tinggalkan. Eh ni bukan fatwa tahu..?? Tapi sebagai seorang dai'e, anda sewajarnya faham."
Fulsetop.
Kerana tqisah itu adalah senjata yang amat kuat lagi berkuasa untuk menambat dan memancing hati-hati yang dahagakan bimbingan dan kasih-sayang. Bukan sedikit yang pernah saya saksikan, bahawa apabila tiada lagi tsiqah atau qudwah ini, ramai yang lari daripada jalan ini walaupon sebenarnya mereka bersetuju dengan asas perjuangan dakwah ini. Tsiqah kadangkala menjadi garisan pemisah antara mahu ikut atau lari meninggalkan dakwah!
Tetapi... Setahu saya... Selama saya memakai jeans, tidak pernah pula hadek-hadek saya yang jatuh tsiqahnya kepada saya. Selama saya memakai jeans, tidak pernah pula ada yang mengadu bahawa setiap kali melihatkan saya dengan jeans saya, terus terasa seperti mahu lari daripada dakwah dan tarbiyyah. Dan selama saya memakai jeans, tidak pernah pula saya merasakan bertambah malas atau culas untuk berdakwah. Malah memudahkan lagi kerja-kerja dakwah saya kerana tidak perlu susah-susah memikirkan nak pakai apa hari itu. Capai, sarung, kancing dan voila! Saya sudah siap untuk berbulatan gembira..! Wahahaha.. Gelak tawa sambil mengangkat tangan ala-ala Action Kamen.
Saya tidak nampak apa salahnya dengan seorang akh yang memakai jeans.
Malah saya mengenali baik seorang ustaz super saiya ini, yang selalu dilihat memakai jeans. Dan tahukah anda..? Ustaz ini sumpah osem dan tidak pernah pula saya dengar orang yang hilang tsiqah kepadanya hanya kerana dia memakai jeans. (Sekiranya ada, seriyesli, orang itu perlu mendapatkan rawatan dengan segera! Hihihi..)
Baiklah, sila jangan melompat kegirangan melihat gambar ini, espeseli anda yang bergelar kaum Hawa di luar sana. Peluh. [Kredit] |
Jadi anda di luar sana, terimalah hakikat ini. Jeans itu kool lagi bergaya. Tiada salahnya seorang akh itu sekiranya dia mahu menyarungkan jeans. Lihatlah pada mesej yang ingin disampaikannya. Saksikan gerak kerjanya. Perhatikan bagaimana dia menyentuh hati-hati di sekitarnya. Dan anda mungkin jatuh chenta dengan ikhwah yang memakai jeans itu, sehinggakan menyebabkan anda bergegas ke kedai jeans yang berhampiran dan kacing! Tu dia anda juga sudah menjadi seorang akh yang memakai jeans! Wahahaha..
Sini, dengar sini. Jangan pandang rendah pada ikhwah yang memakai jeans tahu..? Kerana mereka juga memakai jubah!
Sebelum ni dah ada 'Kenapa Tak Ramai Ikhwah Yang Ensem?' dan 'Ikhwah Nakal.' Sekarang ni Ikwah Pakai Jeans pula. Mungkin sudah tiba masanya saya pertimbangkan untuk terbitkan siri buku-buku keikhwahan. Wahahaha.. Kacang pis.
-gabbana-
Sebelum ni dah ada 'Kenapa Tak Ramai Ikhwah Yang Ensem?' dan 'Ikhwah Nakal.' Sekarang ni Ikwah Pakai Jeans pula. Mungkin sudah tiba masanya saya pertimbangkan untuk terbitkan siri buku-buku keikhwahan. Wahahaha.. Kacang pis.
50 Caci Maki Puji Muji:
Tak salah pun...lagipun smart kot... ^_^ Lagipun ikhwah yg pakai, bukan akhwat...
p/s : nampak style.tp sy bukanlah peminat mahupun pemakainya... ^_^
a good read. but i hv a question,what is tsiqah?. maaf atas kejahilan. sy masih belajr :)
-NJ
ikhwah sangat cool bila pakai jeans..!sy pernah join 1 konferens gembira,ada brother masuk dgn bseluar jeans & baju stylo & rambut stylo gak la..terdetik kat hati,dia ni salah tempat ke?rupa2nya,mmg ikhwh thp muayyid...^_^"..i ada 1 prob..skeptikal..kat org yg selalu pakai kopiah, jubah & serban sepanjang masa.astaghfirullahalazim...husnuzon2..maybe sebab fobia lain luaran,lain dalaman kot..xnak judge a book by its cover sgt..huhu(geleng kepala kat diri sendiri) (^_^")
ermm,,.. bagaimana pula y dimaksudkan dengan pakaian taqwa..
boleh2 la ye utk terangkan..=)
asalkan selesa dan menutup aurat...kan?
Saya rasa kalau ikhwah pakai jeans memang kool lagi bergaya. tapi, janganlah pula yang ketat2. geli pun ada..
saya nak tanya pendapat, kalau akhawat pakai jeans tapi tak ketat, salah ke?
sebab, saya ni jenis yang pakai jeans juga...
saya mahu lihat dari perspektif ikhwah apabila melihat akhawat memakai jeans..
sy suka tgk ikhwah pakai jeans instead of jubah..wink2..
Assalamualaikum wrh wbt...
Zuhudlah terhadap dunia, nescaya Allah akan mencintaimu. Zuhudlah pula terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia mencintaimu...
Letakkan dunia pada tanganmu dan akhirat pada hatimu...
Semoga ada keberkatan dariNya...InsyAllah..
Wasalam...
lebih baik pakai jeans, pakai fit g dakwah dari pakai jubah serban duduk sorang2 beribadah dalam masjid.
tp berpada pada lah.
salam.
sedih pulak rasanya.
penampilan jeans membuatkan ikhwah kelihatan lebih hensem, semat dan ranggi di mata akhawat tapi tidak jubah ataupun pakaian lain yang lebih mencerminkan islam.
nampak benor yang akhawat ni mata keranjang juge ye (termasuklah yang menaip ni T__T)..
pesanan ikhlas... bukan akhawat saja yang kena jaga penampilan supaya tak menarik perhatian ikhwah.
ikhwah juga berperanan yang sama.
pakailah jeans atau apa adanya.
tapi...janganlah sampai penampilan itu menyentuh hati para akhawat pule, sampai terjatuh chenta atau wateber lah.
huehue.
p/s: suke tengok ikhwah pakai pakaian sunnah nabi lagi rasanye kot (walaupun diri sendiri tak buat). hihi. sekian.
Ozil ^^
betul jer x leh downgrade kan ikhawah berjeans...
dan pd sy...x leh downgrade kan akhawat berjeans jugak...byk jer ladies jeans longgar
dan kita kena berusha pakai pakaian sunnah jugak..utk ikhawah, apa salahnya pakai kopiah
jeans2!!yeah!haha
rasanya kalau ikhwah, jarang yang nak persoalkan pakaian. cuma akhwat yang selalu dipersoalkan. tak gitu?
akhwat memakai jeans, tak boleh ke? walaupun jeans longgar? sebab saya sendiri lebih prefer pakai jeans daripada slack. sebab jeans tebal...slack pulak agak lembut kain dia.
ada ustaz yang terus tak bagi akhwat pakai seluar. tak manis katanya. berkain sahaja. hm. terasa jugak bila dijeling2 bila berseluar. hm.
-NAM-
saya one of akhawat dan saya suka pakai jeans! ha nak wat camner? tapi of course lar yg longgar... ngee...
assalamualaikum.
saya seorang akhawat, dan saya tidak ada sebarang masalah dengan ikhwah yang memakai jeans! ^^
come on, banyak lagi aspek lain dalam hidup ni yg perlu kita perhatikan dan renungkan dalam usaha kita mencapai redha-Nya...yang lebih penting, kerja-kerja DnT kita terus bergerak. yang juga lebih penting, amal2 fardiy kita terus meningkat...
Allahu A'lam.
peace :)
saya tak salahkan sangat mereka2 yg tak suka ikhwah pakai jeans. sebab mungkin sejak kecik parents didik mat gian pakai jeans, kaki lepak pakai jeans, bla333 (yg menjurus ke arah negatif)..
sebab parents saye pun pernah larang pakai seluar jeans gak..
atas alasan, nampak tak senonoh..
dan demi menghormati pendirian itu, mmg saye tak pakai seluar jeans..
tapi dapat lesen besar utk mula pakai seluar jeans masa kat czech sbb mak dah kate, sana sejuk, pakai jer la...
*satu ag, sbb famili besar (bace sebagai:pak sedara, sepupu, sekian2) mmg tak suka sangat nengok orang pakai jeans..
yer la, sbb kat kawasan kampung ni yang kerja kampung2 ni mane pakai seluar jeans, suma jenis kerja kampung..anak muda yg ikut mak bapak kerje kampung pun tak pakai jeans..
hanya geng2 takde 'wawasan 2020' yg kat kampunf jer pakai jeans..
*kene tengok dari sudut pengalaman dan sejarah hidup tempat mereka dibesarkan, sbb isu jeans tak ramai yg mampu menerima "Asalkan menutup aurat dengan sempurna.."
p/s::ikhwah yg faham takkan pandang 'aneh' pade ikhwah yg pakai jeans..
^^
***panjang ler pulak komen sini..
=p
saya berpendapat bahawa memakai jeans tidak salah bagi ikhwah, asalkan
1.longgar
2.tidak labuh hingga melebihi buku lali/mata kaki (isbal)(http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=330:larangan-isbal--kain-atau-seluar-yang-labuh-menutupi-mata-kaki&catid=20:fatwa&Itemid=29)
ulasan maulana asri mengenai pakaian dan maruah
http://www.youtube.com/watch?v=lWU-NF5meZE
cuma jangan pakai jeans jenama boikot.
Saya tak suka ikhwah pakai jeans..
sebab bagi saya jeans seksi.. ^^
kalau ikhwah tu saya punya, saya jeles. maka, saya tak suka.. ^^
Then.... saya setuju dengan cikbeah di atas. tak yah lah nyemat2 sangat sampai menarik perhatian. kemas dan bersih, cukup. Nak nyemat lebih2, kat rumah dengan isteri masing-masing. Bukan perempuan saja yang perlu jaga pemakaian untuk mengelak curi-pandang lelaki, lelaki pun kena sama-sama tolong para wanita jaga hati.. ^^
takut-takut bukan dakwah yang disampaikan itu didengari, ralit pula akhowat2 tengok si penyampainya. kan dah rosak hati...
lagi parah.
"Capai, sarung, kancing dan voila!"
you forgot to zip, Inche Gabbana.
kalau muslimat memakai jeans tapi longgar?
thru my reading n understanding.u just nak clarify there's nothing wrong wearing jeans or anything yg nmpk cool or up to date n at the same time kite adlh daie, bcoz some might think wearing jeans tak suitable for daie. tol?
in reality there are some people "allergic" dgn daie..(dr jauh dh boleh knl). so maybe dgn cara pemakaian kita boleh buat mereka lbh selesa utk mdekati n didekati(asalkn mengikut garis panduan Islam).wallahu'alam.
teringat pakaian ust rahmat Abdullah yg cool dlm filem sang murobbi ktk beliau "approach" 3org yg minum arak n judi.
betul2..bukannya jeans yg slah...it depends on that person..kalau awak pakai jubah tapi masih buat maksiat pun,bukan salah jubah,masih salah orangnya...
pakai apapun , asalkan tak dedah aurat dan ikut rule Allah, tak salah kot
x kesah la nk pakai apa2 pon..asal tutup aurat ok apa...yg penting jgn pandang rendah pakaian sunnah...peace
muslimat pakai jeans smart aja.
saya suh zaujah pakai jeans dalam abaya...smart aja.
salam, from my point of view,
u can wear anything, i stress anything as long as the dress follows the Islamic codes, jeans, long skirt, blouse or anything - in short :cover ur aurat & not like other religion's dress, comfortable and stylo.
memang susah nak dekat ngan hadek2 dan kwn2 bila dah tukar cara pemakaian..seolah2 nmpk org pakai tudung labuh mcm nampak hantu plak..tp nak risau dan takut buat ape ye dak? bukan pakaian yang pegang hati manusia tapi ALLAH..insyaAllah kalo berpakaian mengikut syariat, akan dieprmudahkan segalanya..dan cara approach kene betullah..Allahu a'lam..
btw lg satu contoh, takkan nak same2 join adik2 layan citer korea atau jepun yang mengarut kan semata2 nak DF..itu MENGARUT..okdahbhai.
salam wrt wbt
insya Allah tiada salahnya tetapi just wondering kenapa isu seperti wearing jeans dibangkitkan lagi?
adakah en gabana rasa sumthing tak best bila pakai jeans?
saja tanya, sebab mukmin itu hatinya boleh berfatwa. jadi, kalau ada rasa bersalah sedikit atas apa yang dilakukan, recheck & betulkan.
itu shj sebab, somehow saya rasa en gabana rasa bersalah sedikit & trying to give reasons to yourself.
sorry kalau harsh.
nasihat ini untuk diri sendiri yang 1st. sama2 recheck hati.
WA
from your concern saudara seislam
setuju dgn WA..
it`s like some one trying to justify something,bile ada org yg xboleh terima pemakaian jeans di kalngan ikhwah
jika ada org xboleh terima,automatik perkara itu menjadi sesuatu yg syubhah dan tidak bagus utk dakwah dan tarbiah itu sendiri,maka lebih elok di tinggalkan kan?
mungkin inchik ghabana hanya berjumpa adik2 yg mmg ok dgn jeans
bagaimana pula adik2 mmg stok skolah agama yg mmg xboleh dgn jeans?
and personally i do think we have much more big thing around dr membicarakan hakikat jeans utk ikhwah itu ok atau tidak..
*bile di kenali,atuomatik ape yg kite ckp,akan menjadi `fatwa` dalam DnT.ikhwah kate ok,akhwat pun akan cube kate ok je pakai jeans kalau tshirt labuh.(mmg jeans besar ok tp xsemua faham jeans tu kene besar gedabak,kainlembut yg sllnye pinggang die getah)..semoga ALLAH pimpin hati kite dan thabatkan kite insya ALLAH
wah,hangat nye perbincangan di sini.. saya baru je kenal dnt, my naqibah said, jgn buang masa bincang benda2 cabang, lbih baik kita bincang pasal aqidah n mslh umat.. tp ble tgk kat cment site ni, knp rmai ikhwah akhawat bincang benda2 cabang mcm ni? x fhm..
saya budak baru belajar: terima kasih atas komen. sy tak pasti anda seriyes atau sarkastik di situ. hohoh..
saya setuju. cuma nak ubah sket statement. jgn buang masa bincang benda2 cabang sampai jadi larut dengannya. maksudnya, jgn berjiddal atau bergaduh disebabkannya.
tak salah berbincang. kerana perkara2 furu' (cabang) ni adalah pecahan kepada perkara2 yg asas. maksudnya, bila bincang perkara2 cabang atau furu' ni, jgn lupa halakan kepada perkara2 yg menjadi asasnya.
macam dalam ikhwah pakai jeans, sudah saya terangkan apakah yg sebenarnya yg cuba hendak saya sampaikan dalam post 'Akhawat pon nak pakai jeans..?'
dan akhirnya, tiada yg sempurna di dunia ini. kadangkala, ikhwah akhawaat memerlukan juga platform untuk melepaskan tensi dan tekanan yg ada. bukankah kita semua manusia..?
allahu a'lam. moga sedikit sebanyak memberi penjelasan.
sedikit tambahan untuk saya budak baru belajar.
boleh rujuk usul 8 dan 9 dalam usul 20 Hassan al-banna. IAllah akan menjelaskan lagi.
saya pon budak baru belajar juga. masih bertatih dan merangkak atas jalan ni. kalau salah dan silap, jgn malu2 ntok tehur. ^^
moga bermanfaat, biidznillah.
zaman sekarang ni, persepsi memainkan peranan paling penting. frasa "bukan siapa yang berkata tapi apa yang diperkatakan" macam dah semakin luntur dalam masyarakat kita -__-
alhamdulillah, saya setuju dengan muna. BANYAK lagi perkara lain boleh dinilai, we need to go beyond wardrobe etc.
tak salah rasanya kalau nak cakap, kalau mengetahui seseorang itu ikhwah dan berfikrah pun dah cukup BAIK. tolak tepi soal berpakaian. Allahua'alam.
inche gabbana: jzkkk untuk penjelasan.. budak baru belajar, pastinya perlukan bimbingan.. :) 1 benda yg sy baru faham, paradigm Allah dengan paradigm manusia sangat lain mcm langit dengan bumi.. so, hamblumminallah wa hablumminannas.. =)
Apakata, apakata.
Pakai jeans pastu pakai kopiah (siap serban kalau boleh). Nampak kekoolannya, nampak Islamnya :)
saya sesangat sangat 100x lah setuju dengan kata2 muna said..anonymous dan admin sndri. tak kesah la nak pakai ape pun, asal tutup awrat baik ikhwah mahupun akhwat. kalau nak kata jubah@ketayap@serban orang2 arab ada ke pakai? tak byk kan..apsal pulak kita nak ckp tu sunnah besar? sedangkan sunnah besar Rasullullah SAW itu adalah dakwah! jgn disebabkan kita obses sgt pada sunnah yg kecik mcm simpan janggut, celak sume tu sampai sunnah utama ni kita terluperr ye ikhwah2 sekalian..mcm Muna said ckp; come on, banyak lagi aspek lain dalam hidup ni yg perlu kita perhatikan dan renungkan dalam usaha kita mencapai redha-Nya...yang lebih penting, kerja-kerja DnT kita terus bergerak. yang juga lebih penting, amal2 fardiy kita terus meningkat... :)
buat akhwat2 jgk, pakailah ape pun asal tutup awrat x semetinya dgn imej jubah@baju kurung@ tudung labuh bulat tu je imej sbg daie atau pendakwah.. be versatile, creative and innovative in dakwah. baru la dakwah kat malaysia ni makin maju! ok? Waallhu'alam.
>peace no War<
(>_~)/
Assalamu'alaikum warah matullahi wabarokatuh semua,
ini semua adalah persepsi je! kekadang yang bukan isu leh jadi isu...yang tak patut jadi isu juga leh tak pulak jadi isu....dari itu ngapa kefahaman itu menjadi perkara yang Aula dan utama sebelum yang lain-lain, supaya ada kejelasan dalam memandang permasalahan, sehingga dapat membezakan antara perkara yang pokok dengan yang ranting. Tetapi tanpa kefahaman ini yang sebabkan kehidupan kita hari ni jadi tunggang langgang krn tak jelas mana yang rukun...mana yang bukan rukun...mana yang prinsip dan yang bukan bersifat prinsip...apa pun balik kepada membena kefahaman...bahkan kita lihat ikhlas pun tak mungkin dapat diletakkan pada tempatnya yang benar tanpa terbinannya kefahaman dulu...Islam tak tentukan pun nak pakai apa kerana sifat Islam itu cuma menggariskan panduan yang bersifat standart dan selebihnya bergantunglah kpd pengolahan masing-masing asal pokoknya tidak dilanggar. tetapi 'ala kulli hal...bibit-bibit yang asyik nak tgk negatif tu ada je kat mana-mana kulli makan..kulli zaman. Cuma sebagai da'ie pandai-pandailah bersilat atau berkungfu asal juga matlamat yang pokok tidak pula sampai kpd hajatnya...selagi manusia yang menghuni dunia ini..selagi itulah..kita tak akan lekang dari masalah...yang tak ada masalah cuma satu tempat je iaitu....SYURGA.
saya suke je ikhwah pakai jeans..yg tak hensem pon nmpk hensem sikit..yg hensem dah,makin hensem dan kemas lagi bgaya.. saya tk suka ikhwah muda pakai seluar slek. nmpak lebih berusia...cing3 mintk maaf. :)
Saye tak kisah pun..Nak pakai jeans pun pakai lah..Asalkan kemas..
*tak suke besarkan isu2 kecik
owh.. sgt like topik inche gabana nih..sbb sy suka tanya kwn sy yg setadi kt mesir soklan ini.. bukan niat apa pun.. cuma pemakaian mmg melambangkan dalaman.. cuma kdg2 kita tak bley nak judge.. ada org nampak baik x semestinya baik.. ada org yg nmpk tak baik.. malam2 dia tahajud.. bukan perlu diwawarkan..pakailah apa pun mungkin itu method untuk berdakwah dan keselesaan sendri.. cuma jgn sampai menimbulkan fitnah..sbb sy pun pakai jeans..sbb jeans x lembut mcm slack yg menampakkn bentuk.. maaf ini pendapat saya..mungkin akan ramai yg terasa..
neno neno..hahhaha..klaka!
ASSALAMU'ALAIKUM..
saya nak komen jugak walaupun dah lme dah entry ni.. maklumlah..bru nak kenal IG..wahahah..
bila bace entry ni, terus teringat dekat abang saya yg juga suka memakai jeans ni..
dulu saya ni jumud skit.. org tahfiz x boleh pakai jeans.. x thiqah..hahha.. banyak kali saya tgur abg sya memandangkn dia adlh pelajar tahfiz, tp dgn kool dy jawab, ALLAH X MENILAI KITA DARI SUDUT PAKAIAN, ASALKN MENUTUP AURAT, KITA JUGA MAMPU BERDAKWAH DAN MEMBERI RUANG ORG LAIN MELIHAT ISLAM ITU BUKAN HANYA DENGAN MEMAKAI BAJU MELAYU SAHAJA, JEANS PUN MAMPU BMENYAGAJ ORG KEPADA ISLAM..APA YG PENTING REDHA ALLAH~ (tazkirah smbil senyum)
ALLAH~ lama2 fikiran saya mula terbuka. mugkin saya sudah semakin matang n join usrah mmbuat saya bertambah koooolllll..eh.
apa2 pun...nice entry inche gabbana, saya setuju dgn anda,,,:)
::entry kali ni memgingatkn saya kepada abg saya yg jauh di mata dekat di hati..cewwah! syukran IG!
*mengajak
Pakaian melambangkan imej. Imej melambangkan akhlak. Opss.. Mungkin ada yang tak setuju?
Jika IG suka berimejkan daie sejuk (Baca: Cool) atau batu (Baca: Rock)terpulanglah. Apabila kita sudah mengikut dan menjaga garis panduan syariat berpakaian, terpulang kepada indvidu untuk membentuk imej masing2.
Tapi kita tak pernah tahu apa yang orang tak bagi tahu pada kita dan yang kita tak mahu dengar atau tahu. Atau kita sudah tahu dan dengar tapi kita senang dengan diri kita.
Mungkin ada ustazah yang mengajar disekolah agama memakai tudung bawal dan berseluar tidak tahu, kerana dia tidak pernah diberitahu pelajarnya kerana hormatnya seorang pelajar. Tambahan ustazah berilmu tinggi dan tudung bawal ustazah tak terlalu singkat mahupun jarang, seluar ustazah tak pula ketat.
Mungkin juga ada akhawat yang berpashmina dan berpurdah tidak tahu, kerana dia tidak mahu tahu atau dengar pendapat ukht, kerana baginya pashmina labuh dan tidak jarang, jadi tidak salah dia mengenakan purdah untuk mengupgradekan lagi diri.
Mungkin dan mungkin..
Maka kita senang dengan diri kita, selagi kita mampu menarik adik2 untuk didakwah. Jadi kalau adik2 tersilap pandangan dan pengangan bagaimana? Salah kita atau salah mereka? Kita kan daie?
Jadi sesuai dengan apa yang pernah cikgu dinamika ajar, beretikalah dalam berpakaian, sesuai dengan tempat dan waktu. Kalau kita nak jadi imam solat terawih nak ber'jeans' jugak ke? huhuhu~~
wallahua'lam~
p/s: saya setuju ngan komen cik beah.^^~
Salam ^_^
Terjumpa artikel ni dan terbaca.
Pendapat saya ialah, OKAY. Tak kisah langsung pasal dai’e pakai jeans ni. Tapi sangat2 kisah kalau pasal jubah + kopiah + serban.
Seriyes saya amat kisah sebab kebanyakan mereka yang pakai jubah2 ni jarang ambil berat penampilan diorang. Saya benci lelaki yang PAKAI JUBAH TAK BERGOSOK. TAK di’IRON’ terlebih dahulu.
Kepada wanita2, jagalah penampilan pasangan anda, tak perlu risau ada serangga2 menjeling si dia. Dan yang masih bujang, pakailah apa yang mudah disaut tapi boleh nampak smart bukan mudah disaut tapi nampak macam pengemis muda.
Islam itu sukakan kekemasan supaya tampil cantik jadi jagalah penampilan supaya tak nampak selekeh.
Sekian.
x slh pun. janji msej dan tujuan dakwah tu smpi kpd pendengar :)
teringat masa sekolah dulu, ada sorang ustaz tu tersangatlah anti dengan orang yang pakai jeans tak kira laki ke pompuan...kalau dia nampak je orang pakai jeans, mesti dia akan kutuk orang tu..depan2 pulak tu..dan dia jugak akan cop orang tu bukan orang yang dari golongan baik2..ayat first dia adalah kutukan..kami yang mendengar kutukan tu, hanya mendiamkan diri kerana terlampau terkejut..
*saja berkongsi kisah lama..tapi saya tetap pakai jeans sampai sekarang..sebab saya tau takde yang salahnya dengan jeans ni..kan? kan? kan?
Bismillah.
sy baca buku IPJ dan sangat menyukainya.
jazakallahu khairan kathira.
Post a Comment