Ikhwah Nakal
[Kredit] |
Perkataan 'Ikhwah' dan 'Nakal' tampak seperti tidak secocok bagai pinang dibelah dua bukan..?
Ikhwah selalunya sinonim dengan baik, berbudi pekerti, berakhlak mulia, bersopan-santun bla bla bla (sila isi tempat kosong dengan sifat-sifat mahmudah yang lain). Sayugia perkataan 'nakal' bukanlah kata sifat yang terbaik untuk menggambarkan seorang ikhwah.
Yet, ramai ikhwah nakal di luar sana. Dan saya ada satu pengakuan tak berapa nak berani mati di sini.
*phish phosh*phisssssh phooooosssh* (bunyi tarik nafas)
Saya juga adalah seorang akh yang nakal (kalau layak digelar akh lah.. hohoho).
Jangan salah faham. Nakal di sini tidak beerti, er, suka skodeng, suka kacau perempuan, pervert dan apa-apa lah yang seangkatan dengannya. Kalau ada ikhwah yang berperangai sebegitu, itu memang sah-sah mintak kena bakar sampai jadi arang hoyeaaahh!
Tetapi nakal di sini beerti sedikit laid-back, err, lepak-lepak dan kool-kool begitu. Faham ke..? Uhm, senang katanya, dari luaran memang takde rupa ikhwah langsung. Baik dari segi pakaiannya, tutur katanya mahu pon perangainya, selalunya orang akan terkezut monyet jugalah apabila mendapat tahu akh tadi ni adalah seorang akh.
Sekali lagi, sila jangan memandai-mandai membuat teori atau hipotesis sendiri. Bila saya kata pakaian, tutur kata dan perangai tak serupa dengan ikhwah, tidaklah bermaksud pakaiannya koyak di sana sini, memakai seluar pendek nampak paha, suka mencarut dan perangai memang tak boleh nak buat menantu. Bukan. Tapi pakaian, tutur kata dan perangainya tiada banyak bezanya dengan manusia lain di luar sana.
Tunggu tunggu. Anda terfikir dan jari-jemari anda mula mendekati kepala untuk menggaru kepala yang tidak gatal. Bukankah bagus kalau tutur kata, pakaian, perangai dan sebagainya tiada bezanya dengan manusia lain di luar sana..? Kita kan nak berdakwah kepada masyarakat? Arakian sewajarnyalah keterampilan kita sangat dekat dengan masyarakat. Bukan begitu..?
Bukan, bukan itu point saya. Uhm, anda pernah melihat atau berjumpa dengan seorang akh yang memang seratus tiga puluh lapan peratus kompem seorang akh? Bagaimana dengan pakaian, tutur katanya dan perangainya..? Cukup menyejukkan mata memandang bukan? Terasa hati begitu senang melihat golongan ini. Dari jauh anda sudah dapat meneka yang mamat ini adalah seorang yang skema baik dan berbudi pekerti. Kalaulah saya ni seorang ibu, nescaya saya sudah secara spontan berkata, "Sejuk perut ibu mengandung.." Wahahaha..
Bukan sahaja keterampilannya cukup sederhana dan senang mata memandang, percakapannya juga, subhanallah, masuk telinga seolah-olah telinga adalah mulut yang sedang memakan manisan yang begitu hazab lazat rasanya! Faham ke contoh saya bagi ni..? Perangai dan akhlak mereka ni pula, ya Allah, bukan setakat pijak semut tak mati kentut tak busuk, apa-apa sahaja yang mereka lakukan tampak hampir sempurna dan tiada cacat celanya.
Ya, golongan ini memang wujud. Percayalah.
Inilah yang saya katakan qudwah hasanah. Tarbiyyah yang mereka lalui ditonjolkan melalui akhlak dan perbuatan mereka. Walaupon mungkin belum sampai tahap mereka berakhlak dengan akhlak al-Quran, tetapi saya yakin mereka sedang menuju ke arah itu dengan bersungguh. Hati mereka bersih dan ikhlas. Kerana hanya mereka berhati bersih dan ikhlas sahaja yang dapat menzahirkan kecantikan tarbiyyah yang mereka sudah lalui menerusi akhlak dan keterampilan mereka.
Mereka inilah ikhwah dalam erti kata yang sebenarnya. Mereka bukan sahaja dikagumi dan dhormati oleh masyarakat di sekeliling mereka, tetapi mereka juga menjadi insan terpercaya dan pusat rujukan oleh kenalan, rakan-rakan dan keluarga mereka. Siapa lagi contoh terbaik dalam hal ini kalau bukan ar-Rasul SAW? Tatkala kuffar Quraisy menentang risalah yang dibawanya habis-habisan, mereka masih meletakkan kepercayaan kepada baginda SAW untuk menyimpan harta dan barangan berharga mereka! Fulamaweh.
Tetapi saya.... Air mata bercucuran laju tidak terhenti-henti.
Ada baiknya juga menjadi seorang akh yang nakal ni. Mungkin lebih mudah masuk dengan semua orang dan orang lebih senang untuk dekati. Lebih ceria dan happy-go-lucky. Nampak selamba dan kool. Tidak terlalu skema dan tidak juga terlalu rigid (syadid..?). Kiranya macam bergaya jugalah! Eh.
Tapi keburukannya lebih besar saya kita. Sekiranya dibuat Analisis Kos-Manfaat (Baca: Cost-Benefit Analysis), sudah pasti kos menjadi seorang akh nakal jauh lebih besar daripada menjadi seorang akh dalam erti kata yang sebenarnya. Ya, saya sendiri menyedari betapa banyak kerugian dan keburukan menjadi seorang akh yang nakal.
Mungkin bukan setakat ikhwah nakal lagi dah, dah boleh jadi ikhwah keji dan jahat. Saya rasa saya ni langsung tidak memberi qudwah kepada orang yang berada di sekitar saya, baik keluarga di rumah, rakan-rakan di pejabat atau ke mana sahaja yang saya pergi.
Astaghfirullah...
Selalu sahaja saya mempersoalkan diri ini. Kata sahaja dah ikut tarbiyyah, tetapi mengapa perangai, akhlak, tutur kata, pakaian, penampilan dan ... (juga isi tempat kosong dengan pembolehubah yang sesuai) seolah-olah sama sahaja seperti orang yang tidak mengikuti tarbiyyah..?? Contohnya ketika saya memandu. Amat mudah untuk saya hilang sabar dan bersangka buruk pada pemandu yang lain. Kadang-kadang saya rasa saya ni dah macam samseng jalanan dah..! Ya Allah..
Belum lagi diambil kira perlakuan-perlakuan dan perangai buruk saya yang lain, yang cukup malu untuk saya dedahkan di sini. Kiranya, memang tak layak lah diri ini untuk mengaku kononnya sudah mengikuti dakwah dan tarbiyyah. Kononnya sudah berbulatan gembira dan cukup komited berkonferens riang! Malu la weyy...! MALU!
Belum lagi diambil kira perlakuan-perlakuan dan perangai buruk saya yang lain, yang cukup malu untuk saya dedahkan di sini. Kiranya, memang tak layak lah diri ini untuk mengaku kononnya sudah mengikuti dakwah dan tarbiyyah. Kononnya sudah berbulatan gembira dan cukup komited berkonferens riang! Malu la weyy...! MALU!
Kadang-kadang terasa diri ini bermuka dua, mempunyai identiti yang berbeza-beza! Astaghfirullah.. [Kredit] |
Malam tadi saya pergi melepak-lepak bersama rakan-rakan lama Sekolah Bintang. Memang selalunya Khamis malam Jumaat dikhaskan untuk upacara mingguan tak berapa nak mingguan itu. Kami memutuskan untuk makan malam di Dome di Kuala Lumpur Nampak Nampak. Sepanjang kami bergelak tawa, berborak rancak dan bergurau senda, hati ini tidak henti-henti memikirkan betapa keberadaan saya bersama mereka di situ langsung tidak membawa aura kebaikan yang boleh mempengaruhi suasana. Jika ada pon, aura itu terlalu lemah, mudah dihenyak dan dipijak-pijak oleh aura lagho dan berseronok-seronok yang ada. Astaghfirullah..
Terasa diri teramat hina dan lemah ketika itu. Malu untuk saya mengaku di sini, tetapi bukan sedikit masa-masa yang gelak tawa saya begitu kuat, keterujaan saya begitu terserlah dan akhlak yang saya tonjolkan boleh tahan buruknya..!
Saya memang seorang akh yang nakal!
Dan satu peristiwa yang berlaku ketika dalam perjalanan pulang membuatkan sekali lagi diri ini terjelepok, tersungkur di pintu syurga. Ketika itu kami belum lagi bersolat Isyak dan laluan yang kami guna bakal melalui hadapan Masjid as-Syakirin. Hati ini begitu kuat bergelora, berbolak-balik untuk mengajak mereka untuk solat bersama. Begitu sengit pertarungan yang berlaku di dalam hati ini!
Akhirnya terkeluar juga ajakan dari mulut ini.
"Eh korang dah solat Isyak..?"
"Belum lagi."
"Korang nak solat kat rumah ke kat sini? Ni masjid dah dekat ni."
"Kat rumah kot.."
"Masalahnya nanti kat rumah solat ke..? Ni masjid dah kat depan mata ni."
"Solat..."
Senyap. *krrikkk krikkkk* Dan kami terus berjalan pulang. Air mata mengalir deras, batu besar menghempap kepala.
Ya Allah.... Lemahnya diri ini. Walaupon terkeluar juga ajakan itu, tetapi diri ini tidak cukup kuat untuk mempengaruhi mereka untuk solat ketika itu juga. Diri ini begitu mudah mengalah! Lemah..! Saya malu! MAAAALLLLUUUUU.....!!! Eeerrggghhhh!
Dan saya tidak merasakan sepanjang saya mengikuti dakwah dan tarbiyyah ini, ada rakan-rakan lama yang mengatakan..
"Wah, [Inche gabbana] sekarang ni dah berubah woo. Bagus gile dia skang ni..!"
"Weyy, korang tau tak [Inche gabbana] dah alim skang..?? Dah jadi pak lebai dah!"
"Eh korang depan [Inche gabbana] cakap leklok sket. Dia dah jadi ustaz skang!"
"Ish bagus sile [Inche gabbana] skang ni. Jeles dow aku tengok.."
Bukan, bukan pujian atau taburan bunga melati di atas karpet merah yang saya inginkan. Cuma saya yakin ayat-ayat di atas itu tidak pernah wujud. Kiranya, kalau nak kata mungkin berlaku di belakang saya sekali pon, saya rasa itu adalah mustahil..!
Kerana apa..? Kerana tarbiyyah yang saya lalui gagal saya terjemahkan melalui akhlak dan keterampilan saya. Dakwah yang kononnya saya buat itu tidak mengubah saya menjadi seorang yang boleh menjadi qudwah kepada orang lain. Saya bukanlah seorang akh yang baik. Saya adalah seorang akh yang nakal! Saya gagal..!
Benar, dakwah itu tidak bergantung kepada akhlak dan qudwah yang baik semata. Tetapi seorang dai'e itu saya kira wajib mempunyai akhlak dan qudwah yang hasanah, kerana keduanya adalah senjata super hebat yang boleh melengkapi dan memperkasa jentera dakwah dan tarbiyyah! Bayangkan, seorang akh yang nakal, selalu bergelak tawa bergurau senda dengan seorang akh yang sejati, kedua-duanya memberikan nasihat dan ajakan ke arah kebaikan, anda rasa nasihat dan ajakan siapakah yang lebih mudah untuk dipercaya dan diambil seriyes..?
Entahlah. Secara jujurnya, sumpah diri ini benar-benar mahu berubah. Selalu sahaja jeles dan cemburu melihatkan ikhwah yang sudah mencapai tahap Super Saiya peringkat kelima. Tetapi... Ya Allah. Tak tahulah. Mengapakah diri ini sukar benar mahu berubah..? Saya tahu syurga itu mahal harganya, tetapi mengapa tindakan saya sehari-hari langsung tidak menggambarkan yang saya bersungguh utnuk membeli syurga yang mahal itu..?
Takut juga sekiranya dengan menjadi seorang akh yang nakal ini, saya membawa fitnah kepada dakwah ini. Amat khuatir sekiranya disebabkan saya, orang bersangka buruk dengan dakwah dan tarbiyyah dan bertambah jauh daripada hidayah Allah. Na'udzubillah.. Dan saya sangat takut sekiranya saya bertangguh-tangguh untuk mengubah dan membuang segala tok nenek jahiliyyah yang ada pada diri ini, suatu hari nanti ajal datang menjemput saya dalam keadaan saya seorang akh yang nakal!
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka."
[Al-Hadid, 57:16]
Astaghfirullahal adzim. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang menggunung pada diri ini. Doakan saya agar Allah permudahkan dan tunjukkan jalan untuk saya mengubah diri ini menjadi seorang akh dalam erti kata yang sebenar. Seorang akh yang benar-benar bersungguh memburu syurgaNya yang hakiki. Seorang akh yang akhlak dan keterampilannya sama dan sebijik-sebijon dengan dakwah dan tarbiyyah yang dibawanya. Seorang akh yang bersopan-santun, berbudi pekerti dan berakhlak mulia. Seorang akh yang tidak nakal!
Kerana untuk mengubah, saya wajib untuk berubah!
Kerana untuk mengubah, saya wajib untuk berubah!
[Kredit: iluvislam] |
-gabbana-
Insha-Allah akan memberi penyampaian hujung minggu ni. Semoga apa yang dicakap akan dilaksanakan! Wuwuwu.. TT__TT Doakan!
57 Caci Maki Puji Muji:
so true! T.T Even you're not Super Saiya stage 5, you might be Super saiya stage 4.6 while I'm still cannot be considered as Super Saiya at all T.T
astaghfirullah. Susahnya nak mujahadah T.T
tamayyuz itu penting \(^^)/
menarik!
ikhwah nakal. baca tajuk ja terus discovered blog nih.
btw, bkn kata ikhwah ja kot. akhwat pon lebih kurg sama.
adudu, baca tajuk jap tadi dah rasa nak tergelak, comel sangat tajuknya, 'Ikhwah Nakal'..
hehe
btw, jadikan diri kita woha woha juga, tapi woha yg tarbiyah...
kan kan kan?
^^
*jumpa mukhayyam nih..
hari tu tentang ikhwah x hensem, sekarang tentang ikhwah nakal.memang laju otak pikir masalah semasa umat.syabas^^
rasa x salah untuk jadi 'nakal' kan...setiap satu antara kita adalah unik,ade warna dan corak tersendiri,dan ciri2 tersendiri.asalkan masih dalam shibghatullah.bagi sy tak salah to be our true self,selagi tak langgar syariat allah dan tak nyusahkan orang lain.kita semua sangat berbeza, sebab tu kita saling melengkapi.
quoting 'Lemahnya diri ini. Walaupon terkeluar juga ajakan itu, tetapi diri ini tidak cukup kuat untuk mempengaruhi mereka untuk solat ketika itu juga.'
as far as i'm concerned,tugas kita adalah sebagai khalifah allah, berusaha mengajak dan bertawakal @ berdoa kpd allah moga member dpt hidayah. tang part hidayah,leave it to Him,sbb Dia lah yg memegang hati manusia.yang penting, i can see u've done ur part there.Allah tak tanya hasil,Dia tanya usaha.kan?
quoting 'Bukan, bukan pujian atau taburan bunga melati di atas karpet merah yang saya inginkan. Cuma saya yakin ayat-ayat di atas itu tidak pernah wujud.'
to me, ade aku kesah??(sila baca dengan intonasi cool dan bergaya). yang penting we know our stand,and not to worry, Allah knows His stand. klo kte ikhlas dlm hubungan kte dengan allah, komperem segala pujian yang tak terlintas tu akan datang dengan sendirinya tak payah nak mintak,dr penduduk langit dan bumi.
quoting 'Bayangkan, seorang akh yang nakal, selalu bergelak tawa bergurau senda dengan seorang akh yang sejati, kedua-duanya memberikan nasihat dan ajakan ke arah kebaikan, anda rasa nasihat dan ajakan siapakah yang lebih mudah untuk dipercaya dan diambil seriyes..?'
setengah org tak ngam dgn ikhwah syadid,believe me.i was one of them.dats when ikhwah 'nakal' plays d part. i sure hope i do...
hidop ni mmg suatu perjuangan tanpa noktah.tak salah kalau jatuh tersungkur(kita insan daif), tapi yg penting kene la bangkit balik kan?
teruskan mujahadah.sama2.
apa yg sy pokpek ni hanyalah my own thot,sikitpon x jelas kebenarannya.feel free utk tidak setuju.
peace
*ikhwah/akhawat
'eh, Allah x suka!'
Ni lah antara benda plg baik saya baru kutip dari penyampaian saya dengar tadi.
Sorg member ni share camne nak baby step. Bila dia rasa, malas nak basuh cawan lepas minum, dia cepat2 fikir "eh, Allah x suka ni". Time hati dia bergolak nak balik rumah dan habiskan leftovers @ makan kat nandos; member saya ni dia berhenti kejap kat simpang utk berfikir, pastu at last dia kuatkan hati dgn ayat 'Allah x suka org membazir' & dia berjaya sampai kat rumahnya dan makan dgn jayanya.
So, nak berubah mulalah dgn baby step dulu. benda yg mudah2 yg kita yakin mampu lakukannya. Al-Quran pun turun berperingkat2. Bukan Saidatina Aisyah ada ckp ke, kalaulah pengharaman arak tu sejelepuk macam tu, nescaya org Arab sampai ke sudah dok minum lg tapi Allah haramkan arak pun berperingkat2 kan.
Biar sikit tapi istiqamah. Jom berubah! Dengarlah lagu 'Berubah' dari edcoustic sbg kickstart =)
dakwah adalah seni =)sy juga tergolong nakal ^^
rejection is painful sometimes,pernah jugak ajak member solat jemaah,then kena tolak bulat2
me "jom solat asar"
dia "aku rasa macam tak nak solat jemaah la"
tak kata fault dia langsung,what came through my mind was,adakah diri ini tak menonjolkan diri as an individu muslim yang sejati,adakah tak cukup untuk show qudwah hasanah yang elok mcam yang selalu digembar gemburkan dalam usrah selama ni ,adakaha tak cukup diri ini,untuk meyakinkan dia untuk sama2 solat jemaah,
*sighing sorang*
i guess kena buat something to show determination to them
samela,I may consider myself a little nkal sometimes,yela cakap banyak and gelak banyak,tapi alhamdulillah bila on this road,you get to remind yourself to stay on track and reminded by others,kan jemaah,
doakan diri ini dan muslims out there tak end up as ikhwah/akhawat yang nakal any more,inshaAllah
Salam.
I, too, have thought about this.
Apa yang membezakan kita dengan orang lain?
When we are with those who are not in tarbiyah, we are the ones who should set the ambiance and steer the activities and conversations towards remembering Allah, but often we are the ones following them. Rasa kecewa dengan diri sendiri.
And one time, one of my parents said to me "Eh, ikut usrah pun perangai macam ni?" Sangat tertusuk. Huhu.
But, other than that, I think it's okay to be ourselves as long as we are in the boundaries of Islam. It would be quite boring if all ikhwahs are of one type only. Islam kan untuk semua, bukan untuk yang skema sahaja :P
eh eh berada di dome kuala lumpur nampak-nampak juga semalam.
ameen ya robb... moga inche gabbana terus teguh utk mencapai apa yg diinginkan~ berubah utk mengubah~ doakan saya juga.. saya suka gaya penulisan anda..teruskan!
salam
inche gabbana tidak berjaya menjadi nila semasa berada bersama kawan² bintang? nih lagenda urban tokok tambah ke apa nih?
ana percaya, masing² ada stail masing² yang terhasil dari didikan dan suasana sejak dari kecil lagi. some boleh jadi ayu/contol macho, and some boleh jadi loud/direct ; walaupun dua² kes tersebut mereka ikut tarbiyyah!
dalam dakwah perlu orang yg pelbagai. kalau semua se'pesen', jenis yang lain eventually left out, dan berita best tak sampai pada mereka.
ikhwah nakal.. hmm.. adakah anta ingin mengundurkan diri dari 3 org ini? hehehe
setuju dgn pocong-san^^,
rasa tak salah 'nakal'selagi tak langgar syariat Allah..sementara kita sdg mendaki tangga nak capai tahap super saiya stage 5 tu tak salah rasenye mempergunakan kenakalan itu utk kebaikan krn spesies ini lebih sng didekati, ye dak?
dan utk quote ini`Entahlah. Secara jujurnya, sumpah diri ini benar-benar mahu berubah. Selalu sahaja jeles dan cemburu melihatkan ikhwah yang sudah mencapai tahap Super Saiya peringkat kelima. Tetapi... Ya Allah. Tak tahulah. Mengapakah diri ini sukar benar mahu berubah..? Saya tahu syurga itu mahal harganya, tetapi mengapa tindakan saya sehari-hari langsung tidak menggambarkan yang saya bersungguh utnuk membeli syurga yang mahal itu..?'
remember this inche?..`Tetapi perubahan itu perlu. Dan sebab itulah ia disebut 'fasa' perubahan. Kerana berubah ada fasa-fasanya, ada langkah-langkahnya. Kalau hari ini kita syaitonirojim dan esoknya kita berharap kita boleh berubah menjadi malaikat penjaga sorga, sila bangun daripada mimpi ngeri itu.'
masa saye tersungkur di pintu syurga dulu, ayat2 ini yg membantu utk bangkit..perubahan adalah satu proses dan Allah tahu inche sdg struggling utk berubah krn mencari redhaNya..Allah knows..
mungkin perubahan kita sekarang masih belum mencapai tahap spt ape yg dituntut dlm tarbiyah, tp kalaulah kita tak mengenal tarbiyah mungkin perangai kita jauuuhh lebih teruk dr sekarang, gurau senda kita mungkin dicampur dgn unsur2 yg tidak sehat..tanpa sedar kite sdg berubah sebenarnye..
bersyukur dgn nikmat kesedaran utk bermuhasabah yg Allah beri and mari teruskan bermujahadah mengejar redha Allah..hoyeahh
Allahu a'lam
gambarimasyou..
sgt rase tak layak utk berckp begini TT_TT tp ntahla cume nk meluah rase kot..sorry
salam...
owh ikhwah nakal kire method untuk masuk ke masyarakat la kan awk.. tapi sejauh mane awak masuk ke dalam masyarakat..
kene tanya balik pada diri apa definisi masyarakat pada awak..
jangan salahkan masyarakat kalau diri xberjaya bawa perubahan pada masyarakat dengan hanya pakai baju yang sama mcm mereka @ tutur kata sama macam mereka.. tetapi mereka xnampak awak nak bawak message besar..
kalau boleh xnak la kan..akhirnya tepuk dahi rasa menyesal tetapi awak tepuk dada tanya iman..
sama TTTTT_______TTTTTTTT
manusia itu logam...
riki: erk. saya super saiya..? laaaammmmbaaaatt lagi tu. -___-"
mmg la mujahadah tu susah, tp hasil akhir dia iAllah yg terbaik ntok kita. so apa lagi? jom kita sesama mujahadah! ;)
fahmi bahrudin: tamayuz mmg penting, tp tamayuz tu susah! hohoho.. ^__^"
annemishi: akhawat nakal..? hohoho.. doesn't sound right.
pape pon, semoga kita tidak menjadi fitnah kepada dakwah ni, iAllah.
abe am: woha yg tarbiyyah dan woha yg syari'e. hohoho..
iAllah. tak sabar nak buli korang nnt..! ;p
pocong: woah pjgnya komen anda.. ^__^"
part yg masih dalam sibgahtallah tu yg susah sket tu. because bile jadi ikhwah nakal, kadang2 im sitting on a very thin line. takut lebih byk buat perkara2 yg syubhah daripada benda2 yg kompem halal dan tayyibah. eh.
part yg saya mengajak diorang tu, well, mmg la in a way mcm dah terlps tanggungjawab. masalahnya, sy bersungguh-sungguh tak bila ajak..? saya dah sehabis baik ke cuba nak pengaruhi mereka..? TT__TT
btol, mcm saya cakap, sy tak nafikan ada jugak kebaikan jadi ikhwah nakal ni. cuma sy takut yg saya sebenarnya tamayu' dalam huhahuha masyarakat, dan bukannya tamayuz.
moga Allah akan memandu kita untuk berada di atas jalanNya yg benar dan soheh iAllah. terima kasih atas pandangan dan komen anda.
fad^907: mcm mana pulak kalau dalam keadaan dah terfikir dah 'Allah tak suka, Allah nampak' sume2 tu la. tp still buat...? TT__TT
btol perubahn tu tak boleh nak drastik. tp risau kalau diri ni menjadikan tu alasan ntok berlengah-lengah dalam membuat perubahan. huhu..
pape pon jzkk atas sokongan dan pandangan.
izzatul syahid: saya tak pasti sama ada menjadi nakal itu salah satu daripada seni dakwah.. ^__^"
aqeelah: btol2. slalu je rasa camtu. rasa mcm lgsg tak bri qudwah yg boleh beri glowing effect pada org di sekitar. huhu..
tp suka komen anda yg kata, dah berada atas jalan ni, at least mmg selalu ah dapat muhasabah. i think itu pon satu nikmat juga bila berada atas jalan ni, alhamdulillah.. ;)
jzkK!
zulkifli: tamayuz vs tamayu'. boleh baca juga komen2 sy seblum ni.
wooo.. tu mmg sgt zaaaasss. tak terbakar ke bile parents cakap camtu..? ;p
hahaha.. mmg la tak kool lgsg kalau semua ikhwah sepesen je. tp hopefully walaupon pelbagai perangai dan ragam, tp still masih dalam kandang ubudiah iAllah. ;)
enonimus I: eh..? bila kol brapa..? (mcm la saya kenal anda kan...? hihihi..)
GMS: ameeeeen ya robbal a'lamin. ^^ terima kasih!
yg suka candid dari belakang: btol2, stuju je sume tu. cuma bila mana kita bersama org2 yg tak ikut tarbiyyah ni, adakah kita boleh mempengaruhi diorang, atau kita yg dipengaruhi..?
huhu.. ana rasa analah yg paling nakal skali dalam geng kita.. -____-"
sayatakpakaigucci: "mungkin perubahan kita sekarang masih belum mencapai tahap spt ape yg dituntut dlm tarbiyah, tp kalaulah kita tak mengenal tarbiyah mungkin perangai kita jauuuhh lebih teruk dr sekarang, gurau senda kita mungkin dicampur dgn unsur2 yg tidak sehat..tanpa sedar kite sdg berubah sebenarnye..
bersyukur dgn nikmat kesedaran utk bermuhasabah yg Allah beri and mari teruskan bermujahadah mengejar redha Allah..hoyeahh"
mmg hoyeaaahhh!
=)
jzkk. sgt2 menghargainya..
cadbury crunchy: TT__TT tak boleh nak zaasss lagi ke...?
jzkk.
aa: ok terima kasih sbb sudi tidak membiarkan saya keseorgn di dalam hal ini.... ;p
enonimus II: ye... jadi, er, point anda..?
best entri ni..
Allah lebih adil menilai segalanya.
Saya suka baca tulisan di blog ni. Habis selongkar baca entri lama.
Sekian terima kasih.
mutiara bd: hahaha.. terima kasih anda. anda membuat hari saya. ;)
moga bermanfaat biidznillah..
Assalamualaikum.
smoga trus brmujahadah mnjadi Qudwah Hasanah.:) sy juga pernah lalui fasa itu.
Dalam tarbiyyah,kita diajar dan dibentuk menjadi para rijjal sperti abu bakr yang lembut,umar yang tegas,usman yang pemalu,ali yang bijaksana,dan lain lain lagi.
mereka kelihatan berbeza sekali dari segi sikap dan perwatakan,tetapi satu tali yang mengikat menjadikan mereka tetap sama.
ikatan akidah islamiyyah membuatkan ketaatan pda Allah dan Rasulullah yang tidak berbelah bahagi.
ada sesetengah jahiliyyah yang sebenarnya boleh dimanipulasikan untuk menjadi manhaj dakwah,untuk Dakwah Fardiyyah.:) asalkan kita tahu apa ilah dan tujuan dakwah kita.
semoga menjadi ar rijjal yang tidak lelah berjuang menegakkaan kalimah thoyyibah.
salam ukhuwwah.
syafiqah rahmat: jzkk ntok komen yg sgt2 bermanfaat.
setuju ngan 'jahiliyyahh' yg boleh dimanipulasikan. jgn tamayyu' sudaaahh.. hohoho..
iAllah. jzkk!
erk..i have the same problem...
and still trying to solve the problem..
and i might say many of my attempts have failed..i dunno bout you
tapi dun give up.
setiap org dpt tarbiyyah 'exclusive' dr Allah,berbeza dan istimewa
semuanya proses, dgn mengatakan proses perlukan kesabaran
btw,a tip about ajak kwn solat jemaah tu,
kita kene bg statement kot, not an open question...
contohnya :
"weh, jom gi solat dlu before balik,masjid ni best woo(masjid asy syakirin mmg best, aircond dia mantop!huhhu)"
atau
"weh jom gi solat dlu, nnt balik boleh terus tido..heee"
i called it masking effect..mask tujuan utama kita yg sebenarnyer nk ajak solat jemaah dgn bende2 normal...
xtahulah helpful ke x,xtahulah kalau u dudes makan dgn taktik2 sebegini..hanya cadangan..heee
okayh,
jom tinggalkan sisa2 jahiliyyah yg ber"chameleon" didalam diri!
wallahua'lam
theonewhospiltthekopi: suka dgn cadangan 'maskign effect' anda. sy nak bagi nama baru ah: masquerading tactic. hehehe..
IAllah akan cuba aplikasikan. jzkk..!
p/s: kan hidup ni satu mujahadah..? Ayo..! ;D
Ana pun terasa yang ana nakal
Tapi semua ikhwah kat ana seorang akh yang baik, berbudi dan sopan
-insan keliru
inche hussaini: hahaha.. sy knal anda. kalau anda ni nakal, saya ni mafia/yakuza kott...? Huhuhu.. ^^"
hipokrit resemble munafiq tahap cipan.
Subhanallah,best gila artikel ni. rasa mmg sgt kena dgn saya. mmg selalu jd mcm ni. berat tul rasanya nk kena jd qudwah hasanah..huhu
salam'alaik. tgk perumpamaan jam dgn battery..jam itu bole berupa macam2...ada yang funky design, ada yang elegant, tapi jika battery lemah, jarumnya akan merangkah juge... jam itu adalah jasad kite, dan battery tu adalah ruh,aura kita yang bole keluar apa bila jiwa sentiasa diisi.. ruh amalan ,ruh ilmu , ruh mujahadah itu akan sentiasa terpancar jika jiwa dididik.....
akhi! ikhlas itu amal yang bila dipuji, tak menambahkan rasa diri ni bagus / tak mendatangkan bangga, dan bila diuji/dicaci, tak mendatangkan gelisah/susah hati/gundah gulana/sedih. ana faham perasaan nak berubah, tapi mempunyai background dan history yang macam tu, bila diuji, apa perasaannya. huuu. moga terus kuat bila diuji dengan keduanya!
ps; ana tak kenal nta sebab ana ikut tarbiyah dr local uni. macam mana agaknya kalau nak suruh nta kasi daurah? ehehehe.
enonimus di atas: anda belajar di mana..?
boleh emailkan kepada dolcegabbana08@gmail.com
tp sy kena dtg pakai topeng la kan..? kalau tak terbongkarlah identiti..! wahahaha.. ;p
amin
" Xkan aku nak ikut org mcm ni" jawapan bile ditanye pd sorg anasir taghyir nape xnak bersama kita..
whatever we do, peoples are watching us..x kire betapa keciknye bende tu..
Semoga kita dijauhi daripada menjadi fitnah pd D&T
Muhasabah diri.huhu..
Jzkk atas post yg nakal ni..nakal x semestinya salah =)
alamak .. terasa mcm jd "akhawat nakal" .. x patut.. x patut ..
bukan kita yg the culture shock .. we lah shock the culture TT__TT tidak ku minta lahir ke dunia.. iskk3..
emm, nice as usual..
xsemestinye ikut tarbiyyah kena pakai jubah, serban, kopiah dan seumpanya..pakailah ape pon, yang penting qudwah hasanah...n tamayyuz...
penah mase mula2 g ISK, ade sorg akh ni pakai rugged giler..terkejut, "bia beno dia ni penyampai.." tp, ayat quran n hadith...pergh, berabuk...
iman yazid wa yankus...perkara biasa..moga terus kuat n thabat...ameen..
ceh, cam bagus sgt pengomen ni..
pendapat saye,tidak perlu berubah menjadi orang lain..mksudnya,jadilah gabana yg soleh..klo kte tgok para sahabat pon,perwatakan mereka berbeza beza,betul x?Abu Dzar,mcm ganas skit,Uthman sgt lemah lembut,Umar sgt tegas dsb tp mereka semua mencontohi Rasulullah saw n mereka semua daie2 yg berjaya..
hehe,xtaw komen ni relevan ke tidak dgan ap yg anda alami ni
oh nak tambah,klo sume ikhwah kite sepesen je sumpah bosan doh heheh..marilah kita meraikan kepelbagaian ikhwah kita dalam kesolehan mentaati Allah insyaAllah
inche goku, saya sayang anda. sumpah.
menarik!
teruskan berjihad melawan raksaksa gorgon inche gabbana..^_^
IG, aku ade masalah ni gak.post ni dah lama kan? so how now..? share la sikit tips ko yang paling bergaya. ahah.
Hahahaha. Well, menjadi seseorang yang hampir 'perfect' pun bukannya mudah. Semestinya susah!!sangat susah!! (pendapat saya) Tapi, bila baca baca dan baca.. saya dapat lihat bahawa inche gabbana bakal super saiyan ni, sangat bersungguh sungguh mahu ke syurga yang bidadari jelita sedang manunggu dia. Hoho
apa beza akh dengan lelaki ?
Akh tu saudara lelaki. Akhi tu saudaraku, merujuk kepada lelaki.
Allahu a'lam.
Post a Comment