2 December 2011

Kembali Ke Masa Hadapan

Sudahkah kita bersedia..? [Kredit]

Baca: Back to the Future.

Tahukah anda, mendapatkan khidmat tukang tilik atau peramal masa hadapan itu adalah haram dan sungguh besar dosanya..? Baik dengan teknik bola kristal ajaib, kad tarot, tulang orakel atau entah apa-apalah teknik yang wujud, semuanya itu khurafat, mengarut dan tidak boleh dipercayai. Tiada sesiapa atau makhluk di dunia ini yang sewajarnya tahu apakah yang akan berlaku di masa hadapan. Hanya Allah sahajalah yang berhak dan Maha Mengetahui apakah yang bakal menanti kita di masa hadapan.

Dahulu pernah sekali, ketika masih seorang kanak-kanak jahil dan tidak matang, saya menggunakan mesin ramalan tapak tangan yang banyak terdapat di komplek beli-belah (mesin besar berbentuk kepala lelaki tua ternganga dengan rambut kusut-masai, di mana anda perlu meletakkan tangan anda ke dalam mulutnya untuk ditilik). Sehingga sekarang saya masih dikejar dengan parang oleh tilikan yang dibuat oleh mesin itu. Sehingga kini saya sesal tak sudah! Adoyai. 

Agak-agaknyalah, mengapa manusia umumnya begitu berminat untuk mengetahui apakah yang akan berlaku di masa hadapan..? Malah selepas beribu-ribu tahun sekalipon, manusia masih percaya bahawa mereka mampu untuk meramalkan perisitiwa-peristiwa yang akan berlaku. Tidak cukup dengan teknik-teknik khurafat, kuno dan tradisional, teknologi dan sains moden juga tampaknya tidak mahu ketinggalan di dalam perlumbaan sesat ini.

Tidak lain dan tidak bukan, keghairahan manusia mencari apakah yang menanti-nanti mereka di masa hadapan adalah didorong oleh persoalan kepastian. Manusia tidak sukakan keraguan; jika boleh, mereka mahu semuanya pasti dan terang-benderang trang tang tang di depan mata. Ketidakpastian menjadikan mereka separa gila, resah dan tidak senang duduk, kerana memikirkan pelbagai peristiwa yang mungkin berlaku di masa hadapan.

Tetapi pelik bukan..? Sekiranya mereka yang mendakwa diri mereka mampu untuk menilik masa hadapan, sudah tentulah mereka tidak menjadi tukang tilik lagi! Sudah pastilah mereka sudah menjadi Perdana Menteri atau usahawan berjaya yang memiliki jet peribadi dan rumah percutian di merata dunia, kerana dapat meramal keadaan dunia di masa hadapan! Hakikatnya, mereka tidak mampu untuk menilik hatta nasib mereka sendiri. Tidak mereka ketahui tarikh kematian mereka waima apa yang akan berlaku dalam saat-saat seterusnya!

Boo! Booo..!! Tipuuu tipppuuuuu! [Kredit]

Itulah rahsia alam; undang-undang Allah yang cukup besar hikmahnya. Bayangkan sekiranya kita mengetahui secara tepat tarikh kematian kita; sudah pastilah kita akan membuat persediaan sehabis baik untuk menyambutnya! Atau pon sekiranya kita sudah tahu keputusan pilihan raya yang akan datang, sudah pasti ramai yang akan mensabotaj atau melakukan khianat terhadap calon pasti menang yang dilantik! *koff koff* Atau bayangkan pula, seorang ibu yang mengetahui bahawa anak yang bakal dilahirkannya nanti hitam metalik atau cacat seumur hidup. Boleh jadi si ibu akan mengambil tindakan untuk menggugurkan kandungannya itu!

Mudah kata, dunia akan jadi kacau-bilau, kelam-kelibut sekiranya manusia mempunyai kebolehan untuk meramal masa hadapan! Manusia yang tamak haloba dan dikuasai oleh raja nafsu berpenasihatkan syaitonirojim, pastilah akan menyalahgunakan kelebihan dan kebolehan ini!

Sayugia menarik sekali sekiranya kita menelusuri seerah nubuwwah dan para sahabat; antara mukjizat agung yang dikurniakan Allah kepada Rasulullah SAW adalah kebolehannya dalam meramal masa hadapan. Atau pon peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman baginda SAW, yang memberi isyarat apa yang akan berlaku di masa hadapan. Hah..? Anda tidak percaya dengan saya..? Muka terkejut. Apa anda tidak pernah membaca seerahkah..? Geleng kepala.

Mari saya berikan anda bukti-buktinya.

Ketika perisitwa menggali parit untuk perang Khandak (atau perang Ahzab), para sahabat meminta tolong Rasulullah SAW untuk memecahkan sebuah batu besar yang gagal dihancurkan oleh para sahabat. Ketika hendak memecahkan batu besar tersebut, baginda telah mendapat suatu bayangan atau gambaran yang menyatakan bahawa suatu hari nanti, umat Islam akan dapat menawan Empayar Parsi, Empayar Rom Timur dan Empayar Rom Barat. Dua ramalan yang pertama itu sudah pon dipenuhi di zaman sahabat. Tinggal lagi Empayar Rom Barat yang masih belum dapat dijatuhkan sehingga ke hari ini.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda tentang akan datangnya seorang panglima dan pahlawan, di mana pemuda soleh pilihan Allah itu adalah sebaik-baik pemimpin dan para tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Rasulullah SAW dengan jelas menyatakan bahawa pemuda ini bakal menakluki Kota Konstantinopel; sebuah kota kebal di bawah kekuasaan Empayar Rom Byzantin. Dan di pertengahan abad ke-limabelas, Sultan Muhammad al-fateh terbukti telah memenuhi ramalan Rasulullah SAW itu.

Tetapi ada satu lagi kisah berbentuk ramalan ini yang kemungkinannya tidak diketahui ramai, yakni kisah pertemuan Tamim ad-Dari r.a. secara muka ke muka dengan al-Masih ad-Dajjal. Diceritakan bagaimana tamim seorang Nasrani pada mulanya, setelah memeluk Islam menceritakan pengalamannya berjumpa dengan Dajjal kepada ar-Rasul SAW. Rasulullah amat gembira dengan berita yang dibawa oleh Tamim ini kerana ia telah membuktikan kebenaran kata-katanya tentang Dajjal sebelum ini. Kisah ini turut diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Dipendekkan cerita (saya bukan Wikipedia tahu, mahu menceritakan dari huruf alif sampai ya..?), Tamim terdampar di sebuah pulau dan di pulau itulah dia bertemu dengan Dajjal secara zahirnya. Dajjal telah bertanya kepadanya beberapa soalan dan antara soalan yang ditanya adalah keadaan pokok-pokok kurma di desa Nakhl Baisan dan paras air di Laut Tiberia (Laut Galilee). Walaupun namanya laut, tetapi hakikatnya Laut Tiberia adalah sebuah tasik besar berair tawar, yang mendapatkan sumber airnya daripada sumber bawah tanah dan juga aliran air dari Sungai Jordan.

Laut Tiberia atau Galilee. [Kredit: Dr. Hafidzi]


Dajjal menyebut,

"Apabila air Laut Tiberia surut dan pokok-pokok kurma itu tidak lagi berbuah, itulah masa aku."

Itu seribu empat ratus tahun yang lalu.

Laporan Reuters pada 14 Ogos tahun 2001 menyebut,

"...kekeringan air Laut Galilee di Israel memerlukan mukjizat untuk pulih."

Itu sepuluh tahun yang lalu. Agak-agaknya sekarang bagaimana..? Paras air Laut Galilee setakat ini berada di paras yang terendah dalam sejarah (kurang lebih 213 m), lebih rendah daripada paras bahaya yang ditetapkan.

Dan memandangkan air dari Laut Galilee-lah yang mengairi tanaman di desa Nakhl Baisan, maka tidak mustahillah suatu hari nanti pohon-pohon kurma di sana juga akan berhenti berbuah apabila air di Laut Galilee surut dan kering. Maka apabila kedua-dua fenomena itu terjadi, ketika itulah Dajjal akan keluar menampakkan dirinya..

Seram sejuk, bulu tengkuk berdiri tegak.

Kelihatan air sungai Jordan yang mengalir masuk ke dalam Laut Tiberia@Galilee. Juga kelihatan Desa Nakhl Baisan di belakang. [Kredit]

Desa Nakhl Baisan. Jauh di belakang itu adalah Laut Tiberia@Galilee. [Kredit: Dr. Hafidzi]

Apakah motif saya menceritakan semua ini..? Bukan, saya tidak berminat untuk menghurai lanjut tentang karakter Dajjal atau teori-teori konspirasi yang lain. Dan bukan, saya juga tidak berniat untuk menakut-nakutkan anda semua. Ok adalah sedikit niat itu. Wahahaha.

Lihatlah sekeliling, dan anda pasti dapat melihat bahawa tanda-tanda untuk berlakunya kiamat itu sudah terlalu amat dekat. Gempa bumi dan bencana alam yang semakin kerap berlaku. Manusia berlumba-lumba membina bangunan-bangunan tinggi pencakar langit; sehinggakan menara jam tertinggi di dunia letaknya di tanah haram Mekah! Peperangan dan pembunuhan berleluasa. Maksiat, zina dan pelbagai lagi jenis dosa dan noda bermaharajalela... Bukalah mata anda seluas-luasnya, dan akan jelas lagi terang semua yang saya perkatakan ini!

Persoalannya kini bukanlah bilakah tarikh sebenar keluarnya Dajjal ke muka bumi. Bukan juga tarikh tepat bilakah akan berlaku hari kiamat itu. Persoalan yang lebih utama perlu kita tanya kepada diri kita; adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya...?

Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah:

"Aliif Lam Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguab baginya; petunjuk bagi orang yang bertaqwa, iaitu mereka yang beriman kepada perkara ghaib, melaksanakan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka..."
[al-Baqarah, 2:1-3]


Bukankah masa hadapan itu adalah sebahagian daripada perkara-perkara ghaib..? Bukankah kita tidak memiliki kekuasaaan atau kebolehan untuk meramal masa hadapan..? Dan bukankah masa hadapan itu terkandung di dalam perbendeharaan Allah yang Maha Luasnya itu..? Bukankah itu ghaib namanya...??

 "...petunjuk bagi orang yang bertaqwa, iaitu mereka yang beriman kepada perkara ghaib.."

Nah! Al-Quran dan as-Sunnah sudah pon menunjukkan jalannya. Dan mereka yang bertaqwa adalah mereka yang beriman dengan ramalan-ramalan masa hadapan yang terkandung di dalam al-Quran dan juga hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW!

Apakah maksud beriman itu..? Adakah dengan hanya mempercayainya sahaja...?? Adakaha cukup sekadar dengan mengangguk kepala uhm uhm sambil menyetujuinya sahaja..?? Begitu? TIDAK! Beriman itu termasuklah persediaan kita dari aspek fizikal dan ruhani dalam menghadapinya! Beriman itu bermakna kita tidak hanya percaya pada hati dan lisan sahaja, tetapi seluruh tubuh badan dan tindakan kita menggambarkan yang kita beriman dengannya!

Dan apakah antara persediaan yang boleh kita lakukan..?

"Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian."
[Riwayat Imam Ahmad, Bazzar dan at-Tabrani dari Abu Hudzaifah al-Yamani]

Nah hamek! Satu lagi hadith berbentuk ramalan yang disampaikan oleh baginda SAW..!

Di akhir zaman nanti, akan muncul zaman khilafah yang akan menyerupai manhaj yang dibawa oleh Nabi SAW suatu ketika dahulu. Melihatkan kepada hadith ini, jelas kita sekarang ini sedang berada pada zaman pemerintahan diktator yang penuh korupsi, zalim dan menindas. Maknanya, kita dipisahkan dengan zaman khilafah manhaj nubuwwah yang bakal ditegakkan itu hanya dengan satu garisan halus yang bakal putus dan musnah bila-bila masa sahaja lagi!

Maksudnya, dengan melihat hadith ini dan hadith Tamim ad-Dari tadi, ada dua perkara yang dapat kita rumuskan:

1) Akhir zaman itu sudah terlalu amat dekat

2) Kebangkitan Islam itu sudah semakin hampir

Gulp.

Maka sekarang pilihan ada di tangan kita. Sama ada kita mahu menunggu-nunggu kedatangan kiamat itu dengan penuh ketakutan dan ketidakwarasan; sentiasa menanti-nantikan berita-berita berkaitan dengan tanda-tanda besar baru yang akan muncul.. Atau kita boleh bersama-sama gerabak gerakan Islam yang sedang bertungkus-lumus mahu memenuhi ramalan hadith ar-Rasul SAW itu; yakni mahu mengembalikan semula sistem khilafah yang berlandaskan manhaj ar-Rasul SAW!

Kita telah pon dibekalkan dengan jawapan bocor tentang masa hadapan; kita punya kelebihan dalam meramalkan apakah yang akan berlaku di masa hadapan. Tampaknya seperti bertentangan dengan hukum alam, tetapi pastilah ada hikmah besar yang agung di sebalik kebocoran dan ketirisan maklumat ini! Dan pastinya Allah mahukan sesuatu daripada orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib yang satu ini!

Jom kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menguasai masa hadapan kita! [Kredit]

Ketahuilah wahai anda sekalian, walaupun kedua-duanya adalah ghaib dan tidak mungkin dapat kita tentukan bilakah ia akan berlaku secara pasti... Kedua-duanya pasti berlaku dan tiada keraguan lagi tentangnya..!

Dan rugi besarlah sekiranya ia berlaku tanpa kita benar-benar bersedia menghadapinya!

"Wa a'iddu lahum mastata'tum min quwwah!" Persiapkanlah dirimu dengan segala kemampuan dan kekuatan yang ada!

Ayuh...!

-gabbana-

Ini bukan idea asli saya. Terima kasih kepada Dr. Hafidzi atas suatu perkongsian yang osem lagi menakjubkan yang saya dengar pada Ramadhan yang lalu. Moga bermanfaat kepada anda semua.

Akan berpergian sepanjang wiken ini; pertama untuk menyeksa bergembira bersama hadek-hadek terchenta dan kedua, aktiviti berasingan untuk mendekatkan diri kepadaNya, mejadi hamba kepada Yang Maha Pengasih. Kedua-duanya insha-Allah amat-amat mengujakan!

Ingat saya dalam doa-doa anda sekian terima kasih heyyy!


4 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 03/12/2011, 09:38  

satu satu negara telah dimenangi oleh parti gerakan islami, terbaru Mesir.

adakah kita di zaman transition antara diktator dan khalifah?

yaitu zaman terakhir?

Ps, menafsir mimpi boleh ka? Nabi Yusuf buat kan?

Inspector Saahab 03/12/2011, 21:42  

rom barat tu yang mana ye sekarang??

Anonymous 04/12/2011, 03:34  

terima kasih.

aku bukan dia 05/12/2011, 08:37  

salaamun 'alaikum.

cantik tertarik menarik kau memang debom.
khilafiyah itu pasti akan naik.
Islam pasti tertegak di sini.
soalnya, adakah kita menjadi sebahagian penegaknya?atau sekurang2nya kita menyokong penegak2nya.
jangan lepaskan peluang!kita diberi peluang seumur hidup kita untuk menyertainya!
jikalau jusco card day kita berebut2 hingga bizi jalan di luar perkarangan jusco, tetapi di manakah kita pabila Allah 'mengadakan' festival syurga untuk kita?
adakah kita sekadar menunggu cik siti nurbahiyah kamison membawa karpet murah ke hadapan muka anda sambil jari kelingking kanan anda giat bergerak di dalam lobang kiri hidung anda?


p/s: artikel yang bagus.cuma yang enggak bagusnya karena enta telah mengabaikan mesej ena di post terkemudian.ena sungguh kesel(baca dalam loghat jawo) dengan enta.bagaikan mencurah air di atas kambing.makin dicurah, makin lari.sudahlah biarkan ena merajuk.

wassalam kepada enta.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP