9 September 2011

Antara Kita Dan Beruang Polar

Gggrrrr...! [Kredit]

Jumaat lepas ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, saya terserempak dengan seorang akhawat ketika sedang mencari-cari kaunter periksa masuk penerbangan Qatar. Komfem dia seorang akhawat kerana dia dengan bangganya memakai baju KONSISTEN 2011. Peluh kecil. Hohoho..

Dan pastinya dia tidak mengenali saya, terima kasih kepada 'kenakalan' saya dalam berpakaian. Heh. 

Apa yang membuatkan saya bangga melihatnya adalah apabila melihat ibunya (saya rasalah Puan Wanita itu adalah ibu kepada akhawat tersebut). Mengapa..? Kerana si ibu tidak bertudung walhal si anak bertudung labuh. Situasi itu tampak seperti sedikit ekstrem. Tidak mengapa, saya yakin dia juga tergolong dalam kumpulan manusia yang melompat riang sambil menjerit "Saya ekstrem dan saya okayh..!"

Sebelum anda mula menuduh Inche gabbana sebagai seorang yang amat gemar menjadi hakim hanya dengan melihat kulit buku dan tidak isinya, biar saya secara bersopan-santunnya menjelaskan kepada anda sebelum anda malu besar pipi merah menyala-nyala. Wahaha..

Saya berasa bangga dan melihat akhawat tersebut kerana kehadirannya di situ menyebabkan saya merasakan seolah-olah rupa-rupanya saya tidak keseorangan di dunia ini. Ada juga puak-puak seperti saya ni.

Keseorangan..? Puak..?? Apa ni..?? Tanya anda sambil menggaru hidung.

Puak-puak yang tersepit dengan keluarga yang tidak faham. Golongan yang hari-harinya senantiasa terpaksa berpolitik dengan mak bapak sendiri.

Ya, tanpa perlu untuk rasa malu dan segan, saya mengaku, keluarga saya bukanlah tergolong dalam keluarga yang faham dan komited dengan Islam. Puan Mama dan Cik Adik Perempuan sendiri tidak bertudung. Inche Abang Besar merokok dan mungkin bukanlah seorang yang komited dengan deennya. Begitu juga dengan Inche Papa.

Uhm uhm. Air mata mengalir sedikit.

Tetapi itu hakikat dan saya perlu menelannya, walaupun rasanya tidak sesedap kek cokolat Indulgen kedai Resipi Rahsia itu. Eh. Walaupun perit dan pedih untuk diterima, tidak guna kalau saya terus hidup dalam penafian. Hakikat perlu diterima. Persoalan sekarang, bagaimana mahu menyentuh hati mereka..?

Ya dahulu ketika di Sekolah Bintang sememangnya saya berasa malu dengan keluarga saya, esepeseli Puan Mama. Saya merupakan seorang kanak-kanak riang yang bergiat aktif dengan pergerakan agama di sekolah dahulu. Tetapi Puan Mama saya sendiri tampaknya seperti jauh daripada Islam.

Malah saya pernah dicerca dan daging saya dimakan percuma. Tidak kurang yang mencaci-maki saya dengan kata-kata seperti, "Eleh nak nasihat orang konon. Mak sendiri tu tak pakai tudung!" 

Mujurlah kata-kata sebegitu tidak dihamburkan di hadapan muka saya. Sekiranya tidak, pasti mereka dapat melihat betapa hancurnya hati saya mendengarnya. Itu ataupun sudah lumat tubuh badan mereka saya pijak-pijak selepas bertukar menjadi Inkredibel Hak. Hohoho..

Bukan sekali dua saya bergaduh dengan Puan Mama tentang isu ini. Dan bukan sekali dua juga saya cuba secara baik menasihati dan berdialog secara baik dengannya. Tidak kurang juga dengan cara sindiran dan gurauan. Tetapi entah mengapa, Puan Mama masih belum bersedia untuk bertudung. 

Tetapi selepas mengikuti dan melalui dakwah dan tarbiyyah, saya sedar yang saya perlu ubah cara saya berdakwah dengan keluarga. Kini cara saya mendekati Puan Mama adalah lebih lembut dan penuh dengan kasih-sayang. Tidak bermakna saya redha atau sudah menyerah kalah. Tetapi saya percaya cara sebegini lebih berkesan dan menyentuh hati.

Jujur saya katakan, hati anak mana yang tidak luluh, tidak hancur apabila memikirkan ibu sendiri menghampiri jurang neraka. Nau'dzubillah... Kerana itu perkataan putus-asa tidak pernah langsung didaftarkan di dalam kamus perjuangan saya. Setiap hari sekiranya peluang untuk menasihatinya, nescaya saya pasti akan melakukannya. 

Pernah suatu ketika kami sekeluarga bercuti di sebuah kawasan peranginan berpantai. Pada petangnya, kami bercadang untuk berjalan-jalan di tepi pantai. Puan Mama bercadang untuk memakai seluar jeans pendek. Gulp. Mujurlah dia bertanyakan kepada saya, sama ada saya malu atau tidak sekiranya dia memakai seluar itu.

Puan Mama: [Inche gabbana] malu tak kalau mama pakai seluar ni..?
Saya: Malu.... Malulah!
Puan Mama: Ok, Kalau [Inche gabbana] malu, mama tak pakai..
Saya: Bukan malu pada orang ma. Malu pada Allah...!

Pernah juga Puan Mama membanding-bandingkan saya dengan Inche Abang Besar, yang katanya tidak pernah kisah langsung dengan dirinya (Puan Mama), menerima dirinya dengan seadanya. Tidak pernah kisah yang dirinya tidak bertudung semua itu. Katanya, saya patut menjadi seperti Inche Abang Besar! Aduhai.

Begitulah. 

Alhamdulillah, berkat hubungan saya yang rapat dengan Puan Mama, dia agak mudah untuk menerima pandangan saya, esepeseli bab-bab agama. Tambahan pula dia sememangnya tahu yang saya bergiat aktif di dalam gerakan dakwah dan tarbiyyah ini.

Cuma.. Yalah, masih ada beberapa perkara yang masih belum dapat saya yakinkannya....

Hampir setiap hari, tidak lupa untuk saya berdoa:

"Ya Allah, kau tunjukkan aku jalan bagaimana aku dapat menyentuh hati kedua orang tuaku, abang dan adikku.."

Atau..

"Ya Allah, moga Kau kurniakan aku kekuatan untuk menyentuh hati-hati kedua ibu bapaku, abang dan adikku!"

Atau juga..

"Ya Allah, semoga aku dapat menjadi qudwah hasanah kepada keluarga dan orang sekelilingku. Dan semoga hati-hati mereka tersentuh denganku..."

Doakan agar melalui usaha saya, Allah akan akhirnya menghantar hidayah untuk mengetuk hati Puan Mama, Inche Papa, Inche Abang dan Cik Adik Perempuan. Biidznillah..

Selagi hayat dikandung badan, selagi diri masih bernafas dan selagi jiwa masih bernyawa, saya berazam yang saya tidak akan sekali-sekali berundur ke belakang, menyerah kalah dengan perjuangan saya ini..! Doakan agar Allah kurniakan saya dengan kekuatan, kesabaran dan kekreatifan dalam menyentuh hati mereka..!

Kepada  Puan Mama, sekiranya anda membaca ini (Puan Mama mendakwa yang dia adalah salah seorang pembaca senyap belog ini! Gasp.), ketahuilah, saya terlalu amat sayangkan anda. Dan apa-apa sahaja yang saya katakan, sekiranya anda berkecil hati, ketahuilah, saya lakukannya hanya kerana saya tidak mahu di mahkamah keadilanNya nanti, anda mendakwa saya langsung tidak pernah menasihati anda! Dan ketahuilah, saya kepingin benar menziarahi anda di sorgaNya nanti...! 

Dan kepada akhawat watak utama cerita ini, syabas diucapkan..! Saya amat berbangga dengan anda..! Senyum meleret sampai ke kening.

Itulah yang membezakan kita dengan beruang polar. Kita ada hati dan akal, sekiranya digunakan dengan baik dan betul, pasti kita dapat membedakan apa yang haq dan apa yang batil! Walaupun itu bermakna kita terpaksa mengorbankan perasaan dan emosi kita dengan orang-orang yang amat kita chentai..!

"Katakanlah: 'Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."
[at-Taubah, 9:24]

Dan err.. Kita tidak menggigit stoking seperti beruang polar yang gebu-gebu di atas itu..! Wahahaha..

Aman.

-gabbana-

34 Caci Maki Puji Muji:

Bukan Enonimus 09/09/2011, 18:35  

Salam wbt..

Alhamdulillah diberi peluang utk membaca post inche Gabbana..

Situasi sy lebih kurang dengan anda,
& saya amat memahami situasi anda..
Kita dakwah kat orang lain, tapi family sendiri ___ :(

Sy pun dari jauh selalu mendoakan mereka..

ps : bila anda nak send emel tuh?

Anonymous 09/09/2011, 18:39  

tak terkata sebab ini benar-benar menyentuh perasaan.

memang benar, dakwah keluarga lebih susah berbanding diluar sana. apa pun, sabar kuncinya, pahit di tengah jalan namun manis di akhir nanti.

semoga kuat, Allah maha mendengarkan doa..

Anonymous 09/09/2011, 18:47  

terang hati saya membaca luahan hati anda. jujur saya sendiri tidak bertudung dan saya sedang mengambil inisiatif memperbaiki diri. saya mahu tanamkan dlam jiwa saya kalau benar saya Islam, amalkan Islam yang satu. doa2kan agar hijrah saya mendekatkan saya dengan Allah SWT.

Anonymous 09/09/2011, 19:04  

lps usaha, kita doa. jgn pernah berhenti. (nasihat utk diri sendiri jgk ni, hoho)

Anonymous 09/09/2011, 19:04  

TTT_TTT

sangat malu dgn 'golongan' anda
apabila diri ini jelas (masih)berada dalam parti politik yang berbeza

semoga Allah memberi kefahaman yang benar kepada mama (dan keluarga) anda melalui perjuangan anda, dan semoga Allah beri kekuatan yang benar kepada mama saya untuk menghadapi pemberontakan saya

yui 09/09/2011, 19:14  

maybe kamu boleh bagi hadiah tudung kat ibu kamu...

theonewhospilthekopi 09/09/2011, 19:34  

anda tidak bersendirian dalam memiliki "kasus yang menarik" di jalan dakwah ini inche gabbana...

doa,doa dan doa

insyaAllah satu hari nanti Allah akan bg that special gift to us..

walaupun sikit demi sikit..


i truly, deeply believe in that...

jangan menyerah dan selamat berpolitik :)

p/s kalau mak sy dlu,pkai tudung after pergi haji. maybe it will work with ur mum? huhu..who knows.. ke cemane? heeee

but bab rokok tuh paling xtahu nk buat cemane...semua nasihat sudah tidak mempan...maybe kene start dari iman :)

allahu'alam

nn 09/09/2011, 20:21  

teringat lak watak layyinur harrir lam novel tautan hati by kak fatimah syarha bila anta sebut psal akhawat tu..

ketahui inche gabbana x berseorangan...Allah turunkan ujian tu berbeza-beza kan..sy pun kalu nak g usrah kabilah time cuti agak susah..kena berpolitik makbapak..n agak segan bila usrah tu majoriti anak pakcik ikhwah...
pernah mak ana ckp xyahla join usrah tu.kena maintain result..smua kena jge espcially bab qudwah hasanah..tkt jln dnt menjadi fitnah tp ana pun kadang2 terbabas...

apepun, mga kita semua dpt menyentuh hati mereka, biidznillah..

smga inche gabbana terus berjaya berpolitik mak bapak..

Anonymous 09/09/2011, 20:53  

masyaAllah..
terima kasih atas post nie..
sy sgt2 perlukannya..

ya, mak ssy pernah juga mengatakan sy extreem hanya kerana sy memakai tudung labuh dan stokin.

sy pernah menangis kerana dia melarang sy pergi usrah.

takpe, ini semua ujian Allah. mne ade jalan dakwah yg mudah.. kalo terlampau mudah mungkin ade something wrong dgn jln itu..

wallahualam.. =)

Anonymous 09/09/2011, 22:00  

hampir mengalir air mata membaca post kali ini.

Andai Rasulullah juga sangat berusaha untuk palciknya, apatah lagi kita. InsyaAllah, Dia menganjari :)

org yg memikul beban dakwah ini rupanya mmg ada 'silence chemistry'.

tahniah kpd inche gabbana kerana masih teguh dgn kekuatan ini.

ketahuilah: sejuk perut mama mu mengandungkanmu krn tugas mulia ini-da'ie :)

muna 09/09/2011, 22:26  

oh. terbaikkk lah post ini inche gabbana!

sesuatu yg sangat zaaass utk saya (dan mungkin juga 'puak' seperti saya) yg memang dilahirkan dlm keluarga yg faham islam, faham gerak kerja DnT, faham usrah katibah daurah etc etc. memang ummi abah pun ikhwah akhawat lah senang kata. dan tak perlu pun nak 'berpolitik mak bapak' segala bagai dlm hal ehwal DnT ini.

post ni membuat saya kembali memuhasabah diri. seharusnya semangat saya dlm berDnT lebiiih lagii, bukan? (air mata keinsafan mengalir laju TT_TT)

segan pulak rasanya dengan inche gabbana. Allah yubaarik fiik! semoga kita sama-sama thabat :)

Mar 09/09/2011, 23:34  

Eh malu pulak dengan diri sendiri bila baca situasi anda. Ujian dalam keluarga saya amatlah sedikit kiranya hendak dibandingkan. Maka sewajibnya lah pacuan kerja dakwah saya lebih laju lagi T_T


Semoga en. Gabbana thabat! Pastinya Allah punya sebab untuk meletakkan Inche G di situasi sedemikian :)

Anonymous 10/09/2011, 00:00  

assalamualaikum..
entry yg sngt tersentuh dan menarik..anda salah seorang yang bertuah krn ditengah2x keluarga yg tidak mengamalkan ajaran islam sebaiknya anda satu-satunya masih diberi kekuatan dri allah untuk meneruskan cara hidup islam yg luhur.gunakanlah kekuatan itu untuk meneruskan usaha berdakwah kpd keluarga kerana pasti ada yg lebih baik menunggu untuk keluarga anda...segala cacian dan cemuhan org jadikanlah sebagai kekuatan agar anda tidak mudah berputus asa dan dpt membuktikan kepada mereka anda berjaya membawa keluarga ke arah yg lebih baek.insyaallah

manusia 10/09/2011, 00:59  

salam

entry yang jujur, tulus,ikhlas.i find it pure.tak tahu nak cakap apa. tapi memang dakwah dalam keluarga agak sukar.

menasihatinya dalam masa yang sama tidak menguris hati lembut nya.payah bukan?
kita dlm situasi yang lebih kurang sama.berdepan dgn kerenah keluarga sendiri.

saya yakin anda boleh.inshaAllah.
gud luck

Anonymous 10/09/2011, 01:14  

:') moga usaha anda dipermudahkan Allah :)

Anonymous 10/09/2011, 04:14  

kadang2 bila kita focus on sesuatu benda yg spesifik (tutup aurat), lagi si mad'u tu rebel. berdasarkan pengalamanlah.

ust jabat tangan pun pernah kata, 'akhawat suka sgt sibuk menudungkan adik2, kemudian menstokinkan adik2, kemudian menstongan kan pulak. dah tu berapa banyakk daurah nak buat?satu daurah menudungkan, satu daurah menstokinkan, etc'.

padahal yg penting tu hati. then sume bende settle, sbb dia akan rasa nak baiki bab aurat tu sniri(pengalaman sniri gak nih). sebab kalau focus kat benda2 tu, tenaga banyak, hasil sikit. wallahua'lam. mungkin inche gabanna dah buat pun cm tu kan.

all the best!

Anonymous 10/09/2011, 07:52  

edit doa tu sikit kot. Minta Allah yg sentuh hati mereka, dan izinkan kita utk jadi perantara

silent reader 10/09/2011, 19:20  

subhanallah! subhanallah! subhanallah! saya baca entry anda dengan kepala tak henti2 pk betapa kuatnya mujahadah anda untuk masih lagi bersama DnT sehingga ke hari ini.

yakinlah! Allah pasti sedang memandang mujahadah anda. jalan ini panjang dan sukar. namun, Allah janji juga yang ..."Dia telah memilih kamu dan tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.." semoga berundur tidak pernah sekali.

teringat pesanan seseorang; "kita betulkan orang lain, insyAllah allah betulkan family kita"

moga tabah hati tak berbelah bagi

Anonymous 10/09/2011, 21:23  

salam, bole x nak nangis baca entry nihh..
xbagi pon nak nangis jugak..
sebab saya hadapi masalah yang parents xpahama kita..
tapi saya bukanlah dari segi aurat tapi macam nak keluar pergi usrah time2 cuti summer ni kan..
pastuh parents suruh fokus study n kurangkan aktiviti2 luar yang xde kene mengena ngan study..
hati meronta ronta owh..
tapi kene kuatkan, doa banyak2 semoga Allah bagi petunjuk.. n memudahkan jalan kita juga..

p/s:- saya sangat jeles dengan kawan2 yang parents nya ikhwah akhawat.. tapi inilah ujian untuk saya

Khaulah al-Haura' 10/09/2011, 23:33  

subhanallah subhanallah subhanallah..
baru semalam saya menangis kerna soal yang sama mcm penulis
ALLAH gerakkan hati buka blog ni, and yes, saya menangis sekali lagi, sepertinya Allah menjawab aduan saya

syukran sangat2. this is the best post i've ever read thru this blog. jazakallah, may Allah bless u. seriously, may Allah bless u

and may Allah bless all of us too:)

Anonymous 11/09/2011, 10:13  

ameen.

semoga Allah memakbulkan doa inche gabbana. insyaAllah jauh di sudut hati keluarga inche gabbana sebenarnya sejuk hati mempunyai seseorang sprt inche gabbana dlm family.

smg Allah kurniakan pahala sabar kpd inche gabbana

Anonymous 11/09/2011, 10:44  

my best fren (ukht) married an akh with free hair mother as well. Alhmdllh, after the mother in-law grew fond of her,she started wearing tudung
Approach woman to woman differs a bit,and complement the man's effort
biiznillah

alyamohsin 11/09/2011, 13:47  

jzkk for sharing^^
semoga Allah memudahkan usaha inche gabbana dalam mentarbiyah keluarga..

Si Perempuan Melayu... 11/09/2011, 21:19  

Allahu Allah.

T_T

Payah, kan? Kita bersungguh usaha ke langit Dia, tapi dalam masa yang sama yang di langit kirim ujian dalam keluarga sendiri.

Saya alami juga dalam syurga dunia saya.

Ada satu tahap baru-baru ini bila sampai ke Tanah Pusaka dari Al-Haram, saya terfikir;
Mereka sedar tak, di Tanah Pusaka pun ada Allah. Bukan setakat di Tanah Haram. Allah.. Allah.. Sebak.

Saya pernah rasa sayu sangat, di sana lama, mereka boleh berpakaian anggun habis. Sampai di sini, ada yang hilang kain atas kepala, ada yang hilang kain pada kaki, ada yang nampak bentuk badan. T_T

Mujahadah kita belum cukup kan?

Sahabat baik saya pernah cakap dengan selamber tapi cukup melekat pada hati tak berapa kecil saya; Rasul Allah dulu siap kena baling taik, kita ni orang tak dengar sikit dah nak give up? Come on lah!

Yosh! Ayuh! (Berdiri tegak, genggam tangan, pandang langit, du'a, tekad!)

Anonymous 12/09/2011, 09:11  

salam

cuma terfikir,instead of duaa macam tu,kenapa x duaa terus kat Allah,supaya Allah kurniakan hidayah dan mudahkan perubahan diorang,regardless lah melalui siapa,makhluk2 Allah kan banyak :)

oh,sekadar cadangan.

terima kasih sebab buat post ni.terus berusaha,semoga Allah mudahkan.^^

Bdk tgh prepare discussion esok~ 12/09/2011, 22:56  

Stay strong bro! Don't give up!

"Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok" (Imam Hassan Al Banna)

Jom refer balik doa Rasulullah kat Thaif. ^^

Cheer up bro! ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

Anonymous 13/09/2011, 15:03  

now i noe where the 'akhi' story come from...

but, i'm sure, every night..just before fall asleep, your mom will think about it... just a matter of time...

n believe me, the time will come, insyAllah.

Anonymous 14/09/2011, 00:54  

salam wbt...semoga Allah permudahkan...just nak share, walaupun ssiapa parents kita skrang ini, hidayah yg kita dpat untuk brada dlm jalan ini juga mrupakan atas kebaikan2 yg pernah kedua ibu bapa kita lakukan dahulu:))

allah alam

elise 06/11/2011, 18:27  

salam.. semoga kluarga inche gabbana diberi hidayah dan rahmatNya.. amin

rasa bersalah 10/01/2012, 18:10  

salam bro, ak pon ada mslh same,
time cuti summer ri tuh, budak2 oz/nz blik m'sia,kebetulan ada dauroh, and aku tau mak ak kofem x bgi pergi, last2, ak bgi alsan ade gathering dgn dak2 oz/nz,dan, mak ak pon bgi, ak pon dgn riang hati pergi.. tpii,, hati aku rs tak tenteram sepnjg dauroh, dgr syahadatul haq pon tak absah hati, selalu rasa bersalah sbb x jujur dgn mak sndiri. so, bro,, what should I do next?

Keyla 11/01/2012, 01:17  

Moga Allah berikan hidayah dan petunjukNya..

kalau bukan melalui kita, melalui orang lain..

greentree 04/02/2012, 23:08  

Salam..
Akhi, saya banyak membaca post2 anda. Tapi dalam banyak2, post ni yang buat saya menangis tahap gaban dan sangat2 terkesan. Saya asalnya dari keluarga yang 'warna warni'juga. Dahulu kami sangat jahil. Benarlah hidayah milik Allah. Akhirnya setiap seorang ahli keluarga, bermula ayah, ibu dan setiap seorang adik beradik saya telah menyedari tujuan sebenar dihantar ke muka bumi ni dan skarang kembali ke agama Allah secara syumul serta terlibat full time jalan dakwah dalam kapasiti masing2. Post akhi mengingatkan saya tentang nikmat Allah yang tak terhingga pada hambaNya yang kadang2 kita lupa untuk syukuri: nikmat iman dan hidayah. We don't know when it will happen or how it will happen, but it CAN HAPPEN! (even to the most unlikely people) I will doa for your family too, insyaAllah..

Anonymous 17/10/2012, 18:13  

Assalamualaikum...
dlm byk2 post yg saya baca..saya rasa post yg ni mmg buat saya..ethla

Family saya mcm family abg gak la
mak saya free hair..
kadang saya terasa bila org kata mak saya bodoh sbb saya bertudung labuh tapi mak pakai seksi2..
pedih sangat..
saya rasa nak tegur mak saya mcm x boleh je..ye la saya ni mcm budak2 je dimata mak saya..hanya mampu berdoa...susah kalau kita nak bagitau ttg islam ni dkat family yg mmg x paham liku2 islam ni..payah..kadang bila teringat..menangis gak..Harap Allah mengabulkan doa abg agar diberi hidayah kpd family abg..ameen~

Anonymous 21/11/2012, 12:21  

mcm nk lempang blogger je..
teruja nak baca sebab ade "beruang polar", alih2 beruang mana, polar ke mana.. haih.

#bersabarlah awak. semoga kita semua diberikan hidayahNya. amin.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP