30 September 2011

Cik Adik Perempuan

[Kredit]
"Wanita gagah pon, wanita gagah lah. Wanita gagah ni la yang [Inche gabbana] sayang sangat tu...! ;p"

Lebih kurang begitulah bunyinya komen MukaBuku Cik Adik Perempuan, membalas komen saya pada gambarnya yang kelihatan 'gagah' dan 'sasa.'

Ya, ini post emosi. Mungkin se'emosi' post 'Antara Kita Dan Beruang Polar.' 


Semuanya bermula apabila saya menggunakan komputer riba milik Cik Adik Perempuan. Ketika sedang menunggu komputer tersebut untuk habis memuat (Baca: Loading), saya sempat membelek-belek gambar-gambar sewaktu kecil simpanan Cik Adik Perempuan. Entah mengapa, sebak apabila melihatkan gambar-gambar saya dan Cik Adik Perempuan sewaktu kecil dahulu. Sungguh mesra. Penuh kasih-sayang.

Ya, Cik Adik Perempuan lebih rapat dengan saya berbanding dengan Inche Abang Besar. Dari dulu sehinggalah sekarang, sayalah yang sering menjadi orang tengah antara mereka berdua. Cik Adik Perempuan sering merungut kerana sering diusik dan diganggu oleh Inche Abang Besar. Dan sayalah yang sering menjadi tempatnya untuk mengadu.

Kalau ada cerita-cerita luahan hati (Baca: Curahat) oleh Cik Adik Perempuan, maka telinga sayalah yang akan menjadi pusat tadahan air liurnya. Malah, ada juga cerita-cerita 'panas' yang dikongsikan bersama saya, yang tidak berani Cik Adik Perempuan berkongsikannya dengan Puan Mama (Cik Adik Perempuan juga amat rapat dengan Puan Mama).

Ketika inilah saya mengambil peluang untuk mencucuk-cucuk Cik Adik Perempuan dengan jarum-jarum halus dakwah dan tarbiyyah. Tapi selalunya jarum yang dicucuk tidak kena tepat pada sasarannya. Selalu sahaja tersasar. Saya kira jarum yang saya gunakan terlalu halus mungkin. Adeh.

Saya melihat Cik Adik Perempuan membesar daripada seorang kanak-kanak yang riang, kepada seorang adik perempuan yang kelihatannya amat nerd dan kepada seorang anak gadis yang jelita lagi panas. Walaupon saya belajar di sekolah asrama selama tujuh tahun, kemudian tiga tahun lagi ke luar negara, kami kekal rapat sebagai abang dan adik. Dan saya cuba sebaiknya menjadi seorang abang yang bertanggungjawab lagi bersopan-santun ewaaaahhh! Err.


Saya amat rapat dengan Cik Adik Perempuan. Tetapi rapat pada hubungan luaran sahajalah. Sungguh superfisial. Haih.. [Kredit]

Namun suatu masalah besar Cik Adik Perempuan adalah kehidupannya yang tidak pernah lekang daripada berboipren. Ya, boipren. Lelaki-lelaki yang mudah jatuh ke dalam perangkap Cik Adik Perempuan dee keperawanan dan kejelitaannya. Ini bukan masuk lif dan tekan butang naik sendiri. Dia benar-benar menawan sehinggakan beberapa kali pernah ditawarkan untuk berlakon dalam iklan. Sumpah.

Saya pernah menyuruh Cik Adik Perempuan menghitung jumlah boiprennya semenjak pertama kali dia berboipren sehinggalah ke saat ini. Dan dia hilang kiraan (Baca: Lost count). Peluh besar saiz jumbo menitik-nitik. Dan apabila dinasihati tentang ketidakfaedahan berboipren ini, dia selalunya hanya mengiya-iyakann sahaja sambil tersenyum kelat. Saya tahu, semua nasihat itu hanya masuk ke dalam telinga kirinya dan keluar melalui mulut sebagai sendawa. Eh.

Yang menjadikan masalah ini lebih kritikal adalah apabila Puan Mama dan Inche Papa tidak kisah dengan hakikat bahawa Cik Adik Perempuan memiliki boipren. Bagi mereka, ia adalah perkara normal untuk anak gadis di zaman moden ini untuk mempunyai hubungan intim mesra dengan lelaki bergelar boipren itu. Malah bukan Puan Mama dan Inche Papa sahaja yang bermentaliti sebegitu; kebanyakan daripada Puan-puan Makcik dan Inche-inche Pakcik saya juga mempunyai pola pemikiran yang sama. Tidak bergayalah di abad ke dua puluh satu ini kalau tidak berkapel-kapel bukan..? Batu bata jatuh menimbus.

Semalam, Puan Mama bercerita bagaimana Cik Adik Perempuan yang merayu-rayu kepadanya supaya diizinkan untuk pulang daripada bertemu-janji sebelum jam duabelas, dan bukan jam sebelas seperti yang ditetapkan oleh Puan Mama. Dan yang lebih vavavum lagi, Cik Adik Perempuan mengeluarkan kenyataan sebegini:

"Susah betullah ada abang-abang yang takde gelpren nih..!"

Tunduk penuh keinsafan.

(Nota kecil: Inche Abang Besar tidak pernah bergelpren sehingga ke hari ini. Dia kacak. Sudah bekerjaya. Ada sesiapa yang berminat..? Hohoho..)

Bukan sekali saya susah hati setiap kali dia keluar betemu-janji. Bukan dua kali saya rasa cukup bersalah apabila melihatkan caranya berpakaian. Dan bukan tiga kali saya rasa cukup berdosa apabila saya sibuk bersama dengan hadek-hadek orang lain, sedangkan adik sendiri di rumah tidak terjaga. Berkali-kali. Berkali-kali tahu...??

Air mata terhambur ibarat empangan pecah.

Ya, saya amat sayangkan Cik Adik Perempuan. Dia adalah darah daging saya. Kami ber'Inche-Papa-kan orang yang sama dan ber'Puan-mama-kan orang yang sama.

Dan yang pastinya lebih menyentak jiwa raga dan mengezaaassss hati emosi adalah apabila setiap kali teringatkan ayat-ayat chenta dari Allah ini: 

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..."

[at-Tahrim, 66:6]

Allah...

Yang paling saya takutkan, menggeletar lutut dan meremang bulu tengkuk adalah apabila terbayang-bayang di Padang Mahsyar nanti, hari di mana Allah menyebutnya sebagai,

"Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkalala yang kedua), pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, ibu dan bapanya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya..."
['Abasa, 80: 33-37]

Cik Adik Perempuan akan mendakwa saya. Cik Adik Perempuan akan menyalahkan saya. Cik Adik Perempuan akan bersaksikan di hapadan Ketua Segala Hakim, bahawa selama saya menjadi abangnya, saya tidak bersungguh-sungguh dalam mengajaknya ke arah kebaikan..!

Dan sudah tentunya yang paling saya geruni adalah apabila terbayangkan kemungkinan yang Cik Adik Perempuan akan menarik saya sekali bersama-samanya masuk ke dalam api yang maha azab dan panasnya itu...!!

Nau'dzubillah min dzalik. Astaghfirullah...

Tetapi pada masa yang sama, inilah yang menguatkan semangat saya untuk lebih kuat berkamehameha dalam berdakwah. Inilah yang mengukuhkan azam saya untuk menaiki awan guling tarbiyyah dengan lebih laju. Dan ini jugalah yang memantapkan ilitizam saya untuk berjihad, untuk menjadi Super Saiya peringkat kesembilan dalam kerja-kerja menyebarkan agama Allah ini.

Kerana saya yakin dengan dua ayat-ayat chenta ini:

"Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu!"
[Muhammad, 47:7]

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah beserta orang-orang yang baik."

[al-Ankabut, 29:69]

Ya, yakin. Sumpah yakin. Seyakin esok hari Sabtu. Seyakin kalau saya cubit pipi anda sekarang ini, pasti anda akan menjerit kesakitan sambil berkata, "Oyyy Inche gabbana! Sakit tahu...??"

Begitulah.

Doakan agar Allah akan membuka hati Cik Adik Perempuan untuk menjadi seorang muslimah yang soleh lagi musleh. Doakan agar Allah kurniakan saya dengan kekuatan untuk tidak akan kenal erti putus-asa untuk sentiasa mencari jalan untuk mengajak Cik Adik Perempuan untuk bersama-sama di atas jalan ini. Dan yang lebih penting, doakan agar saya mati sebagai syahid, sebagai saksi di akhirat nanti bahawa saya telah selesai menjalankan tugas-tugas saya.

Amin.

Ini perjuangan saya. Dan perjuangan ini tidak akan selesai selagi nyawa dikandung badan. Selagi nafas masih dihembuskan. Selagi saya tidak punya alasan.

Cik Adik Perempuan, saya amat menyayangi anda. Saya mahu berpimpinan tangan dengan anda, melangkah masuk ke dalam sorga bersama-sama. Mari...?


[Kredit]
-gabbana-

29 September 2011

Ikhwah Dari Sorga

[Kredit]

Seperti yang anda mungkin sudah pon maklum, emosi saya kurang stabil baru-baru ini. Di dalam laman MukaBuku dan Pengicau saya, saya suarakan kerisauan saya yang hilang semangat untuk menulis. Saya juga nyatakan hasrat saya untuk berehat buat seketika.

Masha-Allah, respon yang saya terima amat-amatlah positif. Kebanyakan komen yang ditulis berupa pujukan dan pemberi semangat. Dan tipulah sekiranya saya mengatakan yang saya tidak terkesan dan terharu dengan komen-komen tersebut.

Terima kasih anda semua. Anda tahu yang anda sumpah osem.

Dalam pada itu, saya sempat berborak secara maya melalui MukaBuku bersama seorang akh (bro, saudara, mat, apa-apa sajalah..) dan menceritakan kepadanya dilema yang sedang saya hadapi. Saya namakan dia Inche TD. Kami tidak sempat berborak panjang kerana dia perlu menguruskan sesuatu sedangkan saya ketika itu sudah mahu beradu (Inche TD masih belajar, di sebuah negara dalam Kesatuan Soviet).

Tetapi pagi esoknya, ketika membuka MukaBuku saya, saya dapati ada mesej yang ditinggalkan untuk saya oleh Inche TD. Dan mesej yang ditulisnya untuk saya terus masuk ke dalam hati. Basah. Seolah-olah menyentuh hati saya terus tanpa memakai sarung tangan getah. Eh.

Sebelum saya kongsikan perbualan kami, izinkan saya untuk bercerita sedikit tentang Inche TD. Sebenarnya kami masih baru amat mengenali antara satu sama lain. Ketika cuti musim panas yang lalu, Inche TD pulang ke Malaysia dan ketika itulah baru saya mengenalinya.

Nama Inche TD sebenarnya cukup gah, espeseli di dalam arena pembuatan video-video berunsur dakwah dan tarbiyyah. Dan ketika pertama kali mengenalinya, saya secara jujurnya sedikit terkejut. Terkejut melihatkan kesimpelan dan kerendahan dirinya. Subhanallah. Sedangkan dia adalah Super Saiya yang tiada tolok bandingnya. Kalau saya sebutkan video-video yang pernah dihasilkannya, anda pasti akan "Ooohh...", "Woaaahhhh" atau pon "Seriyes sumpah osem!" sambil mulut terlopong dan kepala terangguk-angguk tanda kagum.

Dan entah mengapa, saya cepat selesa dengannya. Begitu senang dengan karakter dirinya. Agaknya kerana itulah saya tidak ragu-ragu untuk meluahkan masalah saya kepadanya, walaupon usia perkenalan kami masih setahun jagung. (Eh Inche TD, minta maaf ye kalau saya perasan sorang-sorang. Bagila can untuk saya syok sendiri.. *koff koff*) 

Ikuti perbualan maya kami. Semoga memberi manfaat kepada anda semua biidznillah.

***

(Dalam format mesej Muka Buku)

[Inche gabbana]
akhi 
ana rs mcm nak berhenti menulis ah

[Inche TD]
ye akhi

[Inche gabbana]
skang ni menulis dah tak mcm dulu 
dh takde ruh
pastu nak jaga hati lagi....
susah wooo.... TT____TT 
how...?

[Inche TD]
tapi tak semestinya kena benti

[Inche gabbana]
huhu..
abes tu...?
berehat jap..?

[Inche TD]
hmm
ana rasa 
ni peringkat2 penulisan anta

[Inche TD]
akkhi
sat eh
huhu
sori

(Ketika ini Inche TD terpaksa meninggalkan perbualan dan saya pon masuk tidur)

jaga hati eh?
hehe
jaga hati kan kena spanjang masa

[Inche TD] 
tu lah tu 
biasanya awal2 dulu sangat ruhi 
dah lama tu, payah plak nak sambil buat tu, ruh ada skali 
dah macam rutin kan 
macam anta menulis 
ana buat video 
dulu keruhian tu datang sendiri 
sekarang ni, kita la plak kena kejar 
pasal nak jaga hati tu kan 
bagi ana pun, rasanya cabaran yg paling besar rasanya 
tapi tu lah, bila pikir balik, benda yg kita buat ni, memang akan menarik follower yg ramai 
dan itulah yg kita nak dan perlukan 
audience 
dah banyak audience, fofuler la pule 
tapi kalu tak fofuler, tak berkembang plak dakwahnak tak nak, terpaksa bertarung dengan hati yg selalu sgt rasa best bila orang kata eh itu inche gabbana!

[Inche TD]  
ini tafsiran ana pasal nak jaga hati tu* 
tapi tu lah 
yg ana pikirkan 
anta cuma kena buat kelainan lah 
be it berehat kejap ke 
atau menulis pasal resepi pulak ke 
tapi bukan ke, nanti anta nak buat kelainan? tulis skrip utk video? 
hehe 
sori, ana cakap2 ni macam terer sangat je 
tapi ana tulis ni pun untuk ana jugak? 
eh untuk ana jugak! 
jzkk sbb share masalah ini

[Inche gabbana]  

(saya baru membaca mesej-mesej yang ditinggalkan)

TT____TT 
tak tau nak cakap camne akhi.. 
jzkk.... 
mmg tepatlah ana luahkan kt nta.... 
moga allah balas nta dgn kefahaman dakwah yg lebih mantap, himmah dan hamasah yang meletup-letup dan ihsan dan ikhlas dalam bekerja...!
nak masuk sorga sama2 ngan nta boleh..?
 =') 
(seriyes sebak tulis nih..)

***
Begitulah.

Sungguh mengasyikkan bukan..? Err. Maksud saya.. Sungguh menyentuh hati bukan..? Hoh.

Benarlah ukhuwwah fillah itu merentas sempadan, usia, bangsa, warna kulit mahupon saiz tapak kaki. Tidak syak lagi bahawa ukhuwwah itu teras kegemilangan, kerana hanya dengan ukhuwwah yang mantap dan mapan sahajalah diri yang sedih boleh menjadi ceria, insan yang berat dengan masalah menjadi ringan dengan sokongan dan jiwa yang kacau dan bercelaru menjadi tenang dan senang.

Itulah yang saya maksudkan sebagai 'Erti Persahabatan Yang Hoyeaahhh!'

Moga ukhuwwah riang ini riang juga di jannahNya nanti, biidznillah! [Kredit]
"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah," seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Kepada Inche TD, terima kasih. Anda tidak tahu betapa besarnya erti persahabatan ini. Moga kita tergolong sebagai salah satu daripada tujuh golongan ini. Dan moga pertalian ini kekal hingga ke sorgaNya. Amin.

Moga Allah merahmati anda, Inche TD.

-gabbana-

    28 September 2011

    Kena Tipu Sumpah Tidak Osem

    [Kredit]
    "Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa..."

    Hari Khamis lepas merupakan hari yang cukup gelap buat saya.

    Ya, di samping awan berarak mendung di luar sana, hari tersebut betul-betul hari yang gelap buat saya. 

    Di dalam post 'Budak Gembala & Serigala,' sekiranya anda perasan, saya ada letakkan nota kaki di akhir post tersebut. Saya katakan, "Phone dan mati. Sedih =( Kena beli phone baru. Suka =)"

    Pagi itu entah kenapa telefon bimbit Sony Ericsson W508 saya tidak mahu hidup. Saya sangkakan pastilah kerana kehabisan bateri. Maka sebaik sahaja sampai di opis, saya teruslah mengecaj telefon saya itu. Alangkah terkejutnya apabila mendapati telefon saya tidak mahu juga bernafas! Peluh besar menitik-nitik.

    Saya lantas terkedu sebentar. Seriyes tak percaya apa yang sedang berlaku di depan mata. Tiada ribut, tiada hujan renyai-renyai, langsung tiada tanda yang telefon saya akan menemui ajalnya. Benarlah ajal maut itu di tangan Tuhan. Hohoho.. Gelak keji sambil mengalirkan air mata.

    Tapi saya tidak berputus-asa. Saya buka bateri, saya tanggalkan kad sim. Saya tiup-tiup sedikit di sana sini. Dan saya pasang semula. Saya tekan kembali suis pengecaj saya. Harapan bersinar-sinar yang telefon saya akan hidup semula.

    Wahai. Setiap yang hidup itu pasti akan mati. Dan ajal telefon saya telah ditakdirkan pada hari itu. Putus harapan.

    Maka saya terpaksa merancang pelan kecemasan. Tiada yang lain terbayang di dalam kepala melainkan terpaksa membeli telefon yang baru.

    "Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa..." 

    Arakian dengan yakinnya saya pun membelek-beleklah laman-laman sesawang pembekal perkhidmatan telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom. Yang dituju sudah tentulah plan pasca bayar iTelefon Empat. Berangan. Beri hitam kurang saya minati.

    Namun setelah menyedari saya ini hanyalah seorang kuli marhaen yang tidak berharta-benda, terpaksa saya lupakan angan-angan Mat Jenin saya mahu membaca al-Quran digital di dalam iTelefon Empat saya nanti. Haih. Maka pelan kecemasan B adalah mencari kalau-kalau ada telefon yang lebih murah sementara ada orang yang mahu membiayai iTelefon Empat saya nanti. *koff tawaran hebat koff anda pasti tak mahu lepaskan koff*

    Sayugia di waktu makan tengah hari, saya ke Sentral Kuala Lumpur, sekadar mahu melihat-lihat pilihan yang ada. Ketika itu belum lagi terlintas mahu membeli apa-apa. Saya bawa juga telefon Xperia XSepuluh saya yang sudah lama tidak digunakan, mahu bertanya-tanya apakah nilai semasa jualan telefon tersebut.

    (Nota: Anda pasti pelik bukan sambil berkata dengan penuh perasaan jelik dan jijik, "Leh, kenapa tak pakai je henpon Xperia tu...?? Pelik sungguh Inche gabbana ni!" Err, sila bersabar. Untuk pengetahuan anda, telefon itu sumpah banyak masalah sehingga sering sahaja memberi tekanan hebat kepada saya. Maka saya telah memutuskan untuk menceraikannya daripada kehidupan saya yang suci ini. Sekian.)

    Maka saya pon mencuci matalah di gerai-gerai telefon yang ada. Dan menurut maklum balas yang saya terima, telefon Xperia XSepuluh saya itu boleh mencecah harga jualan kurang lebih lima ratus sahaja. Saya berjalan-jalan lagi, kalau-kalau ada tawaran yang lebih mengujakan. Kebanyakan gerai yang ada memberi maklum balas yang serupa.

    Sehinggalah saya masuk ke dalam kedai telefon DiGi ini. Penjualnya adalah seorang yang sangat ramah. Saya tanyakan kepadanya kalau saya mahu jual telefon Xperia XSepuluh saya itu, berapakah yang sanggup dibayarnya? Setelah membelek-belek telefon saya, dia menawarkan harga lima ratus, harga yang sama dengan gerai-gerai yang lain. Cumanya, saya tertarik dengan keramahannya.

    Setelah melihat-lihat beberapa telefon dan menyedari diri ini tidak berkemampuan untuk membeli telefon-telefon yang canggih manggih, tiba-tiba mata saya menangkap sebiji telefon cap Sony Ericsson yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Saya tertarik. Menarik. Kau memang dabommm! Eh.


    Sony Ericsson Txt Pro yang telah berjaya memukau saya untuk seketika. [Kredit]

    Lantas saya pon bertanyakan kepada penjual itu tentang profail diri telefon tersebut. Tanda harganya tertera angka lapan sembilan sembilan. Melihatkan saya yang tertarik dengan telefon itu, penjual itu terus mempromosikan telefon itu dengan bersungguh-sungguh. 

    Tapi pada masa yang sama, saya tidak berniat untuk berbelanja besar dalam membeli telefon baru ini. Saya katakan kepadanya, saya hanya mampu untuk membayar dua ratus lima puluh ringgit tunai, setelah ditolak hasil jualan telefon Xperia XSepuluh saya itu. Setelah 'konon-kononnya' memeriksa harga di komputer, dia bersetuju. Saya sedikit terkejut. Pada masa yang sama sedikit gembira kerana merasakan saya berjaya mendapatkan satu jual-beli yang sungguh menguntungkan.

    (Di saat ini saya pasti ada di antara anda yang mula tersenyum senis atau keji. Eyy dah lama hidup..??)

    Dipendekkan cerita, saya pun membelilah telefon itu. Berasa cukup lega kerana agak risau juga sepanjang pagi, sudah berapa banyak agaknya mesej pesanan ringkas yang sudah masuk. Berapa banyak pula panggilan masuk yang telah dibuat. Haish ini tak boleh jadi. Dan ini adalah antara faktor terbesar mengapa saya beriya-iya mahu membeli telefon yang baru. 

    Tetapi sebenarnya memang berasa agak terkejut dengan diri sendiri, bagaimana saya boleh membuat keputusan dengan begitu cepat. Selalunya hal-ehwal yang berkaitan denga gajet ini, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk membuat keputusan. Tetapi kali ini, entah, cepat betul saya memutuskan untuk membeli telefon itu. Sungguh terdesak mungkin.

    "Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa..." 

    Rakan-rakan sekerja saya yang sempat saya kongsikan pengalaman adrenalin naik saya itu, turut terkejut dengan keputusan saya. Malah seorang rakan sekerja yang agak rapat dengan saya, Inche LS, sedikit mengeluh dengan ketergopoh-gapahan saya itu. Katanya, saya sewajarnya bertanyakan kepadanya dahulu, selaku seorang pakar lagi professional dalam bidang telefon dan gajet ini. Hohoho..

    Kerana tidak sedap hati, espeseli setelah mendengar ngomelan dan komen-an rakan sekerja, saya membuat keputusan untuk memeriksa harga sebenar telefon saya itu di mobile88[dot]com. Setelah membelek-belek beberapa telefon terbaru dan canggih, saya akhirnya berjumpa dengan model telefon yang baharu sahaja saya beli.

    Hati saya berdegup-degup.

    Dan setelah melihat tanda harga yang diletakkan, hati saya karam.

    Bak kata omputih, my heart sunk.

    Anda tahu berapa harganya..? Take a guess. Cubalah teka. Cubalah.

    Baiklah.

    Anda bersedia untuk mengalirkan air mata terharu?

    RM400. Ya, EMPAT RATUS FREAKIN' RINGGIT.

    Sungguh seronok bukan..?

    Maka kalau dihitung menggunakan ilmu hisab dan formula algebra terbaru, kerugian yang saya alami adalah:

    RM500 = Harga Xperia XSepuluh
    RM250 = Nilai tambahan yang saya perlu bayar
    RM750 = Jumlah yang saya bayar @ harga 'sebenar' telefon
    RM400 = Harga betul-betul, ini bukan cobaan telefon
    RM750 - RM400 = RM350 = Nilai kerugian yang ditanggung

    Tiga ratus lima puluh ringgit. Kalau pekena nasi lemak Mak Cik Giant campur milo ais raksasa, agak-agak berapa pusingan yang boleh dipekenakan..?

    Tipah tertipu bang..! Saya terbayang si pekedai itu pasti terbahak-bahak setiap kali memikirkan betapa mudahnya saya tertipu.

    Ceritanya tak habis di sini. Tapi maafkan saya, tidak berselera untuk bercerita dengan lebih panjang lebar. Sebak.

    Tetapi untuk tidak membiarkan anda terkapai-kapai dalam bahaya, tertanya-tanya sambil menggaru-garu kepala yang penuh ketombe itu, izinkan saya untuk membuat edisi ringkas di petang hari.

    Arakian esoknya selepas bersolat Jumaat, saya ke kedai itu semula untuk membalas dendam untuk membuat negosiasi pusingan kedua. Sumpah memang tak puas hati. Tetapi demi menjaga akhlak seorang Muslim dan da'ie, saya cuba mengawal emosi. Akhirnya setelah bermanis mulut bertepuk-tampar, saya berjaya menjual telefon saya itu semula, tetapi dengan harga yang jauh lebih rendah sudah semestinya. Batu besar menghempap kepala.

    Dan setelah bernegosiasi entah untuk pusingan kali berapa, si pekedai bersetuju untuk menjualkan kepada saya sebuah telefon bimbit cap HTC HD2 tangan kedua (Baca: Second hand) pada harga RM350.00 (kiranya, campur-campur semua, harga telefon itu adalah RM1000.00 kurang lebih). 


    HTC HD2. Tampaknya sungguh bergaya bukan..? [Kredit]

    Pada mulanya, agak eksaited juga. Kerana HTC ini tampaknya jaaaauuuhh lebih bagus daripada telefon Sony Ericsson sebelum ini. Fungsi dan spesifikasinya juga jauh lebih canggih dan bergaya. Tetapi seperti dalam drama-rama cliche Melayu, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya taufan Katerina di tengah hari.

    Telefon tersebut juga punya masalahnya yang tersendiri. Adeh. Apakan daya, telefon tangan kedua la katakan.

    "Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa..."  

    Buat masa ni, saya tak bercadang untuk menjualnya kembali. Biarlah. Saya sudah penat. Tak larat. Bayangkan, saya bertukar-tukar 3 telefon dalam masa tiga hari...! Guna sahajalah apa yang ada. Saya pasrah.

    Banyak sungguh perkara yang boleh saya muhasarawakkan. Rupa-rupanya, diri ini masih begitu banyak sifat-sifat yang boleh membinasakan diri sendiri. Sungguh diri terasa begitu lemah dan bawah (Baca: Down) selepas peristiwa itu. Seolah-olah diri ini seperti tidak pernah ditarbiyyah! Aduhai.


    Mari kita sama-sama muhasabah kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri. [Kredit]

    Tetapi tidak mengapalah. Hidup mesti diteruskan. Dan yang lebih utama, bagaimana kehidupan yang hendak diteruskan ini, mengambil kira kelemahan-kelemahan dan kebobrokan-kebobrokan dan kebejatan-kebejatan dan err.. Ok cukup. Bagaimana kekurangan-kekurangan ini dapat menjadi pedoman di masa hadapan, agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi.

    Bak kata Saidina 'Ali r.a.:

    "Barang siapa yang harinya sama sahaja seperti hari semalam, sesungguhnya dia adalah orang yang rugi.

    Barang siapa yang harinya lebih teruk dari hari semalam, sesungguhnya dia adalah seorang yang bodoh.

    Dan barangsiapa yang hari esoknya lebih baik dari hari ini, ketahuilah, dia adalah orang yang beruntung."

    "Manusia dicipta (bersifat) tergesa-gesa. Sungguh, Aku akan memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Ku; maka janganlah kamu minta disegerakan." 
    [al-An'biya', 21:37]

    Err...

    Ada seiapa yang nak beli HTC HD2...?

    -gabbana-

    Untuk pengetahuan anda, saya masih di dalam mode yang kurang bersemangat. Post ini adalah post lama yang ditokok tambah, disimpan semenjak minggu lepas dan baru diterbitkan pada hari ini.

    Doakan agar Allah kurniakan saya dengan kekuatan. Tunjukkan aku jalan yang lurus, ya Allah!

    25 September 2011

    Riadhah Otak Di Malam Ahad #6

     
     
    Jalan dakwah itu ibarat mendaki gunung yang tinggi; tinggi, payah, penuh dengan duri-duri yang tajam dan basah ketiak ketika mendakinya.

    Sedangkan jahiliyyah itu ibarat beg berat terisi di dalamnya makanan, pakaian, iPad, Buku Mac, komik Doraemon dan kasut Harimau Onitsuka.

    Beg berat itu menyukarkan lagi pendakian kita; walhal kita keliru barangan manakah yang perlu ditinggalkan untuk memudahkan pendakian kita, kerana kita rasakan semuanya penting dan sayang untuk dibuang.

    Begitulah jahiliyyah. Apabila jahiliyyah itu sudah bersebati dengan hidup kita, amat sukar untuk kita bezakan yang mana haq, yang mana batil. Tiada beza lagi antara pahala dan dosa. Tidak terlihat kita yang sumpah osem dan yang sumpah macam haram.

    Sebelum terlambat, tinggalkan sahaja beg anda dan teruskan pendakian. Kerana di puncak  gunung, Puteri Gunung Ledang dan segala harta benda dunia dan seisinya sedang menanti-nantikan ketibaan anda dengan penuh rasa tidak sabar. Percayalah. 

    "Hai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Rabbmu gungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah. Dan perbuatan dosa tinggalkanlah..."
    [al-Muddatsir, 74:1-5] 

    -gabbana-

    Kredit kepada anda yang menghasilkan video osem ini. Anda memang kool! XD 

    Yang Halal Itu Osem, Yang Haram Itu Macam Haram

    [Kredit]

    Alhamdulillah, malam tadi buat pertama kalinya dalam sejarah APG ini, saya telah menunai keluar (Baca: Cash-out) lima puluh ringgit pertama saya hasil kerja-kerja pengiklanan Nuffnang.

    Ya, setelah hampir setahun saya mendaftarkan diri dengan Nuffnang, inilah pertama kali saya menuai hasilnya. Pasti anda terkejut. Kalau tidak pon, sila buat-buat terkejut sekian terima kasih.

    Anda. Ye andalah. Anda di situ. Haah, anda. Wajah anda belum kelihatan betul-betul terkejut. Maka sila terkejutkannya sekarang juga. Wahaha..

    Saya tahu, tiada apa yang hendak dibanggakan pon. Ramai lagi beloger di luar saya yang sudah pon memperoleh ratusan, malah ribuan ringgit hasil menggunakan perkhidmatan Nuffnang atau perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan yang lain. Apalah sangat lima puluh ringgit tu. Ciput je.


    Inche Nuffnang [Kredit]

    Tetapi jumlah bayaran bukanlah isu di sini. Jangan risau anda, saya tidak berniat untuk berlumba lari berganti-ganti tiga ratus meter dengan anda. Yang menjadi isunya dan yang merisaukan saya, adalah status halal dan tayyibahnya pendapatan tersebut.

    Benar, tiada iklan arak, rokok, perkhidmatan kelab malam atau urut Thai di dalam belog ini. Nau'dzubillah.. Sememangnya ketika mendaftar dengan Nuffnang dahulu, saya awal-awal lagi sudah tetap dengan pendirian saya bahawa iklan-iklan sebegitu tiada tempat di dalam belog ini.

    Tetapi apa yang menyebabkan kadangkala saya berpeluh kecil adalah apabila ada iklan-iklan yang memuatkan gambar atau animasi wanita-wanita, err, berpakaian kurang berakhlak sopan dan adab ketimuran. Contohnya iklan yang mempromosi deodoran (Baca: Ubat ketiak) cap AXE sewaktu ketika dahulu dan juga iklan wayang filem yang saya sudah lupa namanya.

    Ketika kedua-dua iklan tersebut dipaparkan di belog ini, berdegup-degup jantungku dan berpeluh besar juga dibuatnya..! Manakan tidak, kedua-dua iklan tersebut tampaknya amat bertentangan dengan tema dan konsep yang dibawakan oleh belog ini.

    Rentetan peristiwa tersebut, saya telah menulis email aduan kepada pihak Nuffnang dan meminta agar iklan-iklan tersebut tidak lagi ditayangkan di dalam belog APG saya. Malangnya, jawapan yang diterima amat menghampakan. Mereka mengatakan saya tiada pilihan atas sebab-sebab.. Err, saya pon tak tahu dan tak ingat nak eksplen macam mana. Haih.

    Dan pernah juga tergerak yang saya mahu berhenti daripada menggunakan khidmat Nuffnang disebabkan insiden tersebut. Tapi entah mengapa. Niat saya itu saya batalkan. Sungguh tidak kuat iman di situ. Air mata turun dengan gembiranya.

    Selain kedua-dua iklan tersebut, seingat saya tiada lagi iklan-iklan lain yang menyebabkan punggung saya panas dan tidak senang duduk. Kebanyakannya adalah iklan-iklan produk pengguna seperi kereta, henpon, tawaran restoran tertentu dan sebagainya.

    Entahlah. Saya pon tak tahu apa kedudukan pendapatan yang saya telah perolehi. Adakah statusnya halal wa tayyibah? Atau syubhah..? Atau pon... HARAM...??

    Sangat cuak dan takut bab-bab halal-haram ni. Anda sendiri pon tahu bukan, mencari yang halal itu hukumnya wajib..? Dan juga balasan kepada mereka yang darah dagingnya segar-bugar gemuk-gemuk tumbuh dari hasil yang haram..? 

    "Sesungguhnya tidak masuk syurga orang yang daging badannya tumbuh dari benda yang haram (yang menggugurkan berkat). Neraka lebih utama bagi orang tersebut."
    [Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Tarmizi]


     Astaghfirullah... Sila hulurkan sekotak tisu cap Premier itu.

    Apa pendapat anda..? Mungkin ada di kalangan anda yang berpengetahuan luas dalam isu halal-haram ini? Insha-Allah, memang saya bercadanag untuk bertanyakan hal ini kepada mereka yang lebih pakar, i.e. ustaz-ustaz dan shuyukh yang arif dan faqih dalam isu ini.

    Tetapi yalah, apalah salahnya sekiranya anda di luar sana yang mungkin juga pernah terbaca ata mendengar mana-mana ceramah berkaitan isu ini, berkongsikan pengetahuan anda. Silakan kongsi sekiranya anda menolak saya akan cap anda Haji Bakhil naj*s idung masin seumur hidup...! Wahahahaha.. Eh.

    Apalah sangat nilai lima puluh ringgit itu jika hendak dibandingkan dengan kulit salai dan daging panggang hangus di akhirat nanti...! Holoi. 


    Takde maknanya kalau duit berkepuk-kepuk, tapi kat akhirat nanti, kita jatuh terjelepok! Adeh. [Kredit]

    Tolong tolong, hati saya tidak tenang dengan hal ini!

    Katakan INI SUMPAH OSEM kepada yang HALAL! Katakan TIDAAAAAKKKK kepada yang HARAM. Dan katakan OKTENGSBAI kepada yang SYUBHAH!

    Aman.

    -gabbana-

    24 September 2011

    Menjadi Pengundi Pendaftar Itu Kool

    Setelah lama bertangguh, pagi tadi saya akhirnya secara rasminya menjadi pengundi sah yang berdaftar.

    Pilihanraya sudah tidak jauh dari sekarang. Pasti. Tidak sabar menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang berdaulat, terjamin haknya mengikut perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

    Pandang kiri, pandang kanan. Pandang atas, tangan letak di dada. 




    "Ingatlah, walau apa pun yang terjadi, Malaysia ini negara anda. Ia negara kita. Mari kita mengundi...!" 

    Kalau bukan kita yang hendak mengubah negara kita sendiri, siapa lagi..?

    Sudahkah anda mendaftar...?

    -gabbana-

    22 September 2011

    Budak Gembala Dan Serigala #1

    [Kredit]

    Tersebutlah kisah, seorang budak gembala di sebuah perkampungan nun jauh di pedalaman kawasan pergunungan Scotland sana. Budak ini memilih untuk menjadi seorang budak gembala biri-biri, dan bukannya jurutera, peguam mahupun doktor sakit puan kerana ketika kisah ini berlaku, masih belum ada lagi sebarang institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan formal di zaman itu.

    Rutin harian budak itu sama sahaja setiap hari; bangun pagi seawal jam empat tiga puluh lapan minit pagi, mandi dan gosok gigi, menyapu sedikit losen pelindung UV matahari di muka, leher dan tangan dan kemudian keluar menikmati udara pagi yang segar. 

    Setelah puas menggeliat, dia akan terus menuju ke kandang biri-biri yang terletak di tanah landai di atas bukit tidak jauh daripada bangsal tempatnya bersemayam. Dia hanyalah seorang budak gembala upahan dan biri-biri yang digembalanya bukanlah miliknya. Tepat jam lima pagi, dia akan melepaskan biri-birinya untuk menikmati sarapan pagi yang berupa rumput sejuk segar tanah tinggi Scotland. Ketika ini tugasnya mudah; dia hanya perlu memastikan biri-biri yang dijaganya beratur dengan kemas dan bersopan-santun untuk mengambil makanan.

    Selepas itu, dia akan melepak-lepak sahaja, sekali-sekala bermain kejar-kejar dengan biri-birinya. Kalau nasibnya baik, pasti ada biri-birinya itu yang mengajaknya beradu teng-teng atau batu seremban. Di waktu tengah hari, setelah membiarkan biri-birinya makan tengah hari berupa rumput panas segar tanah tinggi Scotland, dia selalunya akan tidur siang sehinggalah air liur basinya yang meleleh-leleh itu mengejutkannya. Eww.

    Petangnya, setelah membiarkan biri-birinya makan malam awal berupa rumput suam-suam kuku segar tanah tinggi Scotland, bermulah tugasnya yang lebih sukar yakni menghalau biri-birinya masuk semula ke dalam kandang. Berbekalkan pengalamannya mengembala biri-biri selama lima tahun lamanya, kini dia lebih cekap dan bergaya ketika menghalau masuk biri-birinya itu.

    Di masih ingat ketika dia mula-mula menceburi bidang itu, memang sungguh tertekan setiap kali tiba waktu untuk menghalau biri-birinya. Dia hampir-hampir sahaja menghantar surat letak jawatan kepada majikannya dek tak tertahan dengan tekanan di tempat kerja. Tetapi setelah memikirkan peluang untuk naik pangkat di masa hadapan dan prospek untuk mendapat anugerah budak penggembala paling sukses seluruh Scotland, dia mematikan niatnya untuk berhenti itu.

    Tetapi begitulah rutin hariannya sehari-hari. Sungguh membosankan bukan..? Ya, itu jugalah yang dirasakan oleh budak gembala itu. Sekali-sekala teringin juga dia bermain permainan Playstation atau Wii, tetapi dia terpaksa membantutkan hasratnya itu. Bukan kerana tidak mempunyai wang, tetapi kerana di zaman itu Playstation dan Wii masih belum lagi dicipta.

    Maka suatu hari dia terfikir suatu rancangan nakal untuk mengenakan para penduduk kampung tanah tinggi Scotland yang berdekatan, dek kebosanan hebat tahap moksya. Memandangkan suasana dan keadaan kampung tempat tinggalnya itu sungguh aman dan tenang, dia bercadang untuk membuat sesuautu yang boleh menaikkan bulu tengkuk dan adrenalin para penduduk kampung. Sepanjang pagi dia hanya tertawa kecil keji seorang diri, seperti seorang yang kurang siuman lagaknya apabila memikirkan rancangan jahatnya itu.

    Tepat jam dua belas tengah hari, tatkala penduduk kampung sedang bersiap-sedia untuk menikmati juadah tengah hari berupa biri-biri golek tanah tinggi Scotland yang dimakan dengan roti bijirin penuh khasiat yang diimport dari Perancis, tiba-tiba mereka terdengar jeritan yang amat kuat dan menggegarkan tanah tinggi Scotland..

    "Serigala..! Tooollloonngg...! SERIGALAAAAA...! Serigala nak makan biri-biri...! TOLOOONNGGG!!!"

    bersambung sekian terima kasih..

    -gabbana-

    Phone dah mati. Sedih. ='( Kena beli phone baru. Suka. =)

    Related Posts with Thumbnails
    "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

    Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

    -At Taubah, 9:111

      © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP