29 September 2011

Ikhwah Dari Sorga

[Kredit]

Seperti yang anda mungkin sudah pon maklum, emosi saya kurang stabil baru-baru ini. Di dalam laman MukaBuku dan Pengicau saya, saya suarakan kerisauan saya yang hilang semangat untuk menulis. Saya juga nyatakan hasrat saya untuk berehat buat seketika.

Masha-Allah, respon yang saya terima amat-amatlah positif. Kebanyakan komen yang ditulis berupa pujukan dan pemberi semangat. Dan tipulah sekiranya saya mengatakan yang saya tidak terkesan dan terharu dengan komen-komen tersebut.

Terima kasih anda semua. Anda tahu yang anda sumpah osem.

Dalam pada itu, saya sempat berborak secara maya melalui MukaBuku bersama seorang akh (bro, saudara, mat, apa-apa sajalah..) dan menceritakan kepadanya dilema yang sedang saya hadapi. Saya namakan dia Inche TD. Kami tidak sempat berborak panjang kerana dia perlu menguruskan sesuatu sedangkan saya ketika itu sudah mahu beradu (Inche TD masih belajar, di sebuah negara dalam Kesatuan Soviet).

Tetapi pagi esoknya, ketika membuka MukaBuku saya, saya dapati ada mesej yang ditinggalkan untuk saya oleh Inche TD. Dan mesej yang ditulisnya untuk saya terus masuk ke dalam hati. Basah. Seolah-olah menyentuh hati saya terus tanpa memakai sarung tangan getah. Eh.

Sebelum saya kongsikan perbualan kami, izinkan saya untuk bercerita sedikit tentang Inche TD. Sebenarnya kami masih baru amat mengenali antara satu sama lain. Ketika cuti musim panas yang lalu, Inche TD pulang ke Malaysia dan ketika itulah baru saya mengenalinya.

Nama Inche TD sebenarnya cukup gah, espeseli di dalam arena pembuatan video-video berunsur dakwah dan tarbiyyah. Dan ketika pertama kali mengenalinya, saya secara jujurnya sedikit terkejut. Terkejut melihatkan kesimpelan dan kerendahan dirinya. Subhanallah. Sedangkan dia adalah Super Saiya yang tiada tolok bandingnya. Kalau saya sebutkan video-video yang pernah dihasilkannya, anda pasti akan "Ooohh...", "Woaaahhhh" atau pon "Seriyes sumpah osem!" sambil mulut terlopong dan kepala terangguk-angguk tanda kagum.

Dan entah mengapa, saya cepat selesa dengannya. Begitu senang dengan karakter dirinya. Agaknya kerana itulah saya tidak ragu-ragu untuk meluahkan masalah saya kepadanya, walaupon usia perkenalan kami masih setahun jagung. (Eh Inche TD, minta maaf ye kalau saya perasan sorang-sorang. Bagila can untuk saya syok sendiri.. *koff koff*) 

Ikuti perbualan maya kami. Semoga memberi manfaat kepada anda semua biidznillah.

***

(Dalam format mesej Muka Buku)

[Inche gabbana]
akhi 
ana rs mcm nak berhenti menulis ah

[Inche TD]
ye akhi

[Inche gabbana]
skang ni menulis dah tak mcm dulu 
dh takde ruh
pastu nak jaga hati lagi....
susah wooo.... TT____TT 
how...?

[Inche TD]
tapi tak semestinya kena benti

[Inche gabbana]
huhu..
abes tu...?
berehat jap..?

[Inche TD]
hmm
ana rasa 
ni peringkat2 penulisan anta

[Inche TD]
akkhi
sat eh
huhu
sori

(Ketika ini Inche TD terpaksa meninggalkan perbualan dan saya pon masuk tidur)

jaga hati eh?
hehe
jaga hati kan kena spanjang masa

[Inche TD] 
tu lah tu 
biasanya awal2 dulu sangat ruhi 
dah lama tu, payah plak nak sambil buat tu, ruh ada skali 
dah macam rutin kan 
macam anta menulis 
ana buat video 
dulu keruhian tu datang sendiri 
sekarang ni, kita la plak kena kejar 
pasal nak jaga hati tu kan 
bagi ana pun, rasanya cabaran yg paling besar rasanya 
tapi tu lah, bila pikir balik, benda yg kita buat ni, memang akan menarik follower yg ramai 
dan itulah yg kita nak dan perlukan 
audience 
dah banyak audience, fofuler la pule 
tapi kalu tak fofuler, tak berkembang plak dakwahnak tak nak, terpaksa bertarung dengan hati yg selalu sgt rasa best bila orang kata eh itu inche gabbana!

[Inche TD]  
ini tafsiran ana pasal nak jaga hati tu* 
tapi tu lah 
yg ana pikirkan 
anta cuma kena buat kelainan lah 
be it berehat kejap ke 
atau menulis pasal resepi pulak ke 
tapi bukan ke, nanti anta nak buat kelainan? tulis skrip utk video? 
hehe 
sori, ana cakap2 ni macam terer sangat je 
tapi ana tulis ni pun untuk ana jugak? 
eh untuk ana jugak! 
jzkk sbb share masalah ini

[Inche gabbana]  

(saya baru membaca mesej-mesej yang ditinggalkan)

TT____TT 
tak tau nak cakap camne akhi.. 
jzkk.... 
mmg tepatlah ana luahkan kt nta.... 
moga allah balas nta dgn kefahaman dakwah yg lebih mantap, himmah dan hamasah yang meletup-letup dan ihsan dan ikhlas dalam bekerja...!
nak masuk sorga sama2 ngan nta boleh..?
 =') 
(seriyes sebak tulis nih..)

***
Begitulah.

Sungguh mengasyikkan bukan..? Err. Maksud saya.. Sungguh menyentuh hati bukan..? Hoh.

Benarlah ukhuwwah fillah itu merentas sempadan, usia, bangsa, warna kulit mahupon saiz tapak kaki. Tidak syak lagi bahawa ukhuwwah itu teras kegemilangan, kerana hanya dengan ukhuwwah yang mantap dan mapan sahajalah diri yang sedih boleh menjadi ceria, insan yang berat dengan masalah menjadi ringan dengan sokongan dan jiwa yang kacau dan bercelaru menjadi tenang dan senang.

Itulah yang saya maksudkan sebagai 'Erti Persahabatan Yang Hoyeaahhh!'

Moga ukhuwwah riang ini riang juga di jannahNya nanti, biidznillah! [Kredit]
"Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah," seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Kepada Inche TD, terima kasih. Anda tidak tahu betapa besarnya erti persahabatan ini. Moga kita tergolong sebagai salah satu daripada tujuh golongan ini. Dan moga pertalian ini kekal hingga ke sorgaNya. Amin.

Moga Allah merahmati anda, Inche TD.

-gabbana-

    11 Caci Maki Puji Muji:

    Cik Premier 29/09/2011, 13:35  

    subhanallah.. ana jga sygkn sahabat ana! ukhwwah yg sgt2 osem n moga2 hngga ke syurga! alhmdulillh.. inche gabbana mndpt jwpn sbenar.. =) btulkn niat, tetapkn hati, insyaALLAH... follower2 pasti mnyokong~ ^^ peace..

    Anonymous 29/09/2011, 17:30  

    wah2,,seronoknye bile ade org bg yg zaaasszz!!terus masok ke hati!bukan senang tuh,,,=D

    ventricular hypertrophy 30/09/2011, 02:01  

    salam en.G
    semoga dgn sokongan sahabat yg sefikrah dan memahami spt en.TD menjadikan anda lebih kuat dan matang tempuhi ujian-NYA

    p/s:setiap hubungan yg ikhlas kerana-NYA akan kekal hingga ke syruga-NYA :)

    Mr.Ree 30/09/2011, 09:40  

    saya mahu menjadi seperti itu inche TD lah pada kawan2 saya.. mashaAllah 'alaih..huhu

    Anonymous 01/10/2011, 17:08  

    alhamdulillah, seronoknya dikurniakan ukhuwah yg xketerbatasan begini...dan nasib baik juga inche G xberenti menulis...kalau x, xtaw nak stalk blog sape lagi dah..T__T

    aidil razahli 02/10/2011, 04:25  

    terharu sangat dengan post ini....
    Allah...teringat kepada rakan2 yang menyedarkan,memberi teladan yang baik....
    "dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah"

    Anonymous 02/10/2011, 17:35  

    assalamualaikum...
    sy selalu baca post IG
    untuk cr kesedaran dan kekuatan
    thanks sudi menyedarkan
    kalau penat tulis..take a break go ahead..cr nafas baru orgkata
    tp jgn lama sangat
    hehe ok dah

    Mar 03/10/2011, 19:24  

    Ukhuwwah teras kegemilangan

    Farhan 08/10/2011, 11:46  

    "Ukhuwwah teras kegemilangan"
    sekali baca da perasan tagline tu. hehe. inche gabbana ni UK-eire ke? (takpe kita2 je tahu..hihi)

    Anonymous 09/10/2011, 04:40  

    "Jika menulis itu HOBI, maka ia mudah saat kau menyukainya. Tapi jika menulis adalah MISI, kau kan bersedia berdarah-darah menempuh jalannya" - Salim.A.Fillah-

    Anonymous 19/10/2011, 19:15  

    subhanalllah.. ukhuwah teras kegemilangan :)

    Related Posts with Thumbnails
    "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

    Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

    -At Taubah, 9:111

      © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP