25 September 2011

Riadhah Otak Di Malam Ahad #6

 
 
Jalan dakwah itu ibarat mendaki gunung yang tinggi; tinggi, payah, penuh dengan duri-duri yang tajam dan basah ketiak ketika mendakinya.

Sedangkan jahiliyyah itu ibarat beg berat terisi di dalamnya makanan, pakaian, iPad, Buku Mac, komik Doraemon dan kasut Harimau Onitsuka.

Beg berat itu menyukarkan lagi pendakian kita; walhal kita keliru barangan manakah yang perlu ditinggalkan untuk memudahkan pendakian kita, kerana kita rasakan semuanya penting dan sayang untuk dibuang.

Begitulah jahiliyyah. Apabila jahiliyyah itu sudah bersebati dengan hidup kita, amat sukar untuk kita bezakan yang mana haq, yang mana batil. Tiada beza lagi antara pahala dan dosa. Tidak terlihat kita yang sumpah osem dan yang sumpah macam haram.

Sebelum terlambat, tinggalkan sahaja beg anda dan teruskan pendakian. Kerana di puncak  gunung, Puteri Gunung Ledang dan segala harta benda dunia dan seisinya sedang menanti-nantikan ketibaan anda dengan penuh rasa tidak sabar. Percayalah. 

"Hai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Rabbmu gungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah. Dan perbuatan dosa tinggalkanlah..."
[al-Muddatsir, 74:1-5] 

-gabbana-

Kredit kepada anda yang menghasilkan video osem ini. Anda memang kool! XD 

5 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 25/09/2011, 23:03  

itu terlalu kool tue ! hahah

Miss Sheikh 27/09/2011, 16:06  

video tu x dpt nak tgk. blh bg link?

I 28/09/2011, 00:18  

Susahnya nak komen di FB
nak quote sumone u know VERY WELL

"alhamdulillah, seronok bila tahu penulisan saya byk memberi kesan kepada anda. syukur, itu juga satu nikmat (ujian?) daripada Allah. Semuanya tu pon dari Allah.

doakan agar saya terus diberikan kekuatan ntok menulis. semoga Allah terus pandu kita semua dan ampunkan segala dosa2 kita semua."

Jgn paksa diri
tak lama lagi ruh tu akn datang kembali, biiznillah

I lagi 28/09/2011, 08:32  

Banyak sungguh pelabelan futur d FB anda.
Memang trend manusia sekarang senang untuk melabel orang lain futur dgn sesuka hati ya?
Hairan.Sebab d tempat saya juga terjadi hal yang sama.Aneh.
Nak rehat sekejap?ur wish.u have all d (human) rights, without getting d 'f' labels.

Anonymous 28/09/2011, 10:13  

meh datang travel ke US cari semangat menulis,hehe..winter ni ktorg bermuktamar di Las Vegas (permata dlm lumpur gitu)..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP