Mak Cik Nasi Lemak! Anda Seorang Pembunuh Tahu..??
Mak Cik Nasi Lemak Dicekup Polis
Kuala Lumpur, 13 Nov. - Seorang Mak Cik yang sudah agak berusia tetapi masih diva bergaya dicekup polis di tepi pasaraya besar Giant Ulu Klang lewat pagi tadi ketika sedang melayan pelanggannya yang ingin membeli nasi lemak. Mak Cik yang kelihatan terpinga-pinga itu sedang mencedok lauk ayam rendang hazab tak hengat ketika dia ditahan oleh sepasukan Unit Tindakan Khas Bukit Aman yang datang dengang berpakaian biasa (biasa apa kalau nak tengah hari dok pakai kot seluar slack lengkap!).
Sudah hampir sebulan pihak Unit Tindakan Khas Bukit Aman melakukan tinjauan dan siasatan terhadap Mak Cik itu setelah menerima aduan daripada orang ramai. Mak Cik itu merupakan suspek utama kepada beberapa kes kematian di sekitar Lembah Klang akibat serangan jantung, darah tinggi atau serangan angin ahmar. Kebanyakan mangsa yang ditemui mati berada dalam keadaan smart casual sedang memakan nasi lemak Mak Cik itu.
Namun sebelum Mak Cik itu dimasukkan ke dalam van Bukit Aman, pihak polis Unit Tindakan Khas seramai 7 orang sempat meminta Mak Cik itu membungkuskan mereka nasi lemak berlauk rendang ayam empat bungkus, sotong sambal dua bungkus dan kerang tiga bungkus, dua bungkus ekstra untuk pegawai atasan mereka di Bukit Aman. Saksi di sekitar sempat melihat Mak Cik itu tersenyum syaitonirojim ketika membungkuskan nasi lemak untuk para pegawai polis Unit Tindakan Khas tersebut.
***
Minggu ni dah empat bungkus nasi lemak saya makan. -___-" Dua kali di hari Rabu; untuk sarapan dan makan malam. Sekali sarapan pagi semalam. Dan sekali lagi pada hari ini.
Saya baru sahaja berazam untuk mengehadkan jumlah pengambilan nasi lemak dalam seminggu. Anda masih ingat post saya 'Mari Menjadi Manusia Yang Sihat dan Bergaya'? Saya telah berusaha sedaya-upaya untuk mengawal pemakanan saya. Namun ajakan Inche Papa untuk membeli nasi lemak Mak Cik sebelah Giant pagi ini memang tidak dapat ditolak. Mustahil.
[Kredit Gambar] |
Nasi lemak Mak Cik itu memang terkenal dengan kehazaban kelazatannya. Rendang ayamnya... Tidak dapat saya nak gambarkan kelazatannya dengan kata-kata. Tidak adil untuk Mak CIk itu. Dah la dia tidak selalu menjual. Jadi sekali-sekala apabila dia berjual, peluang yang ada untuk menikmati nasi lemaknya yang lazat tahap Action Kamen itu tidak boleh dilepaskan. Lagi la pulak nasi lemak adalah antara makanan peberet saya sepanjang zaman. Oh tidak boleh.
Jadi salah sayakah memakan bungkusan keempat nasi lemak untuk minggu ini...?? Haih...
-gabbana-
Berdoa agar tidak mati disebabkan overdose nasi lemak. Wahahaha.. ^^"
10 Caci Maki Puji Muji:
nasi dagang
nasi dagang
nasi dagang!
sarapan tarak..luch saja
hemm..agak2....
kalau mak cik yg menjual nasi lemak kat giant tu bace post ni dia sendih x????...hehehe
btw...inche gabbana...sila la jage ape yg inche mkn...nnti dah sakit sgt x beessssst!!
p/s: pesanan kat diri sendiri gak yg sku mkn ice-cream~~~hehehe
~SN~
hemm..agak2....
kalau mak cik yg menjual nasi lemak kat giant tu bace post ni dia sendih x????...hehehe
btw...inche gabbana...sila la jage ape yg inche mkn...nnti dah sakit sgt x beessssst!!
p/s: pesanan kat diri sendiri gak yg sku mkn ice-cream~~~hehehe
~SN~
oh, nama je nasi lemak..
tapi xde lemak mane pun..
inche hamdan: anda ni org negeri sembilan murtad ke..? nak jadi org kelantan pula..? hihihi.. ;p
amboi cikgu, jaga badan ka..? ;p
SN: fuh kiri fuh kanan, mintak2 la makcik tu tak baca...! takut nnt dia saman saya pula..! hihih..
tula, risau jugak sebenarnya. tp slalunya mmg tak dapat nak kawal nafsu makan yg mcm raksasa ni! haih.. =S
aiman: eh hallo...?? mungkin santan tu mak bapak segala lemak kat dunia ni..! huhu..
rsenye x slh kalo inche gabbana mkn nsi lemak nie hari2. tp nnti kalo kne skit jntung, obesiti dn seangkatan dengannye, tggung sendri la ye ~ jgn slhkan mak cik nasi lemak pulak =)
tp kalo dingt balik sy pun sme je..hahaha
hri2 mkn nasi lemak..rutin harian adoi ~ mang dh brlemak2 la kot..
dasar lemak haha
Post a Comment