Abang Nak Beli Kuih...?
Jujurnya saya memang amat jarang dan tak suka sebenarnya untuk kopipes hasil nukilan dan 'air tangan' orang lain.
Melainkan, saya benar-benar terkesan dengan karya/nukilan tersebut. Atau saya rasakan besar faedahnya kalau saya kongsikan dengan orang lain. Atau saya rasa saya tak boleh tidur malam atau mimpi ngeri dikejar Mak Cik Siti Zubaidah Ali dengan pisau pemotong buah orennya kalau saya tak berkongsi dengan anda.
Dan cerita di bawah ini adalah salah satu daripadanya.
Semoga terhibur hati di bulan Ramadhan ini. Dan yang lebih utama, semoga mendapat ibrah yang berguna seusai membacanya.

[Amaran keras Kerajaan Zimbabwe: Sila sediakan tisu sekotak di tepi waima anda seorang jantan. Lengan baju pon ok, melainkan anda memakai baju kulit buaya atau harimau. Wahahaha.. Eh.]
***
[Kredit] |
Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Amacam..? Mengalir tak air mata jantan anda (untuk kaum lelaki)..? Tipulah kalau tak. Saya manusia yang paling jantan kat seluruh Galaksi Bimasakti ni pon sebak juga selepas membacanya! Hohoho..
Teringat kisah Nabi SAW dan Abu Bakr yang berjumpa dengan seorang budak penggembala biri-biri apabila membaca cerita ini, yang mana kisahnya hampir serupa. Nabi SAW mahu membeli seekor biri-biri (atau meminum susu, kurang pasti yang mana) tanpa kehadiran tuan kepada biri-biri tersebut. Budak tersebut enggan kerana takutkan 'Tuan' yang lebih besar, yakni Allah. (Lupa nama budak tersebut. Kalau tak silap, dia merupakan seorang sahabat besar juga).
Kanak-kanak begitu hanif dan inosen. Kita juga begitu suatu ketika dahulu; telus, jujur dan ikhlas dalam melakukan setiap sesuatu. Tetapi apa sudah jadi kini? Di mana Allah ketika kita menerima duit haram itu? Di mana Tuhan tatkala kita berpegangan tangan, bercumbu-cumbuan dengan pasangan bukan bini/laki kita? Di mana ar-Rahman, ar-Rahim semasa kita mengherdik, memaki-hamun, mencaci dan mencela orang-orang yang kita rasakan lebih rendah dan hina daripada kita...? Astaghfirullah..
Ketahuilah, Allah itu wujud dan sangat dekat dengan kita. Wujudnya dan benarnya Allah itu, lebih benar daripada esok hari Isnin dan Jepun itu wujud.

Lihatlah, bagaimana Allah menyampaikan mesej-mesej cintaNya melalui perantaraan seorang budak kecil yang mungkin pada pandangan mata kasar kita, seorang kanak-kanak yang tidak punya apa-apa.
Kalau kanak-kanak sebegitu pon mampu memberikan kita ibrah yang begitu besar tentang kehidupan, apatah lagi alam yang terbentang luas ni kan..?

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?
Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah."
[al-Mulk, 67:3-4]
Lihatlah dunia di sekeliling anda dengan mata hati, dengan kaca mata dakwah dan tarbiyyah yang sungguh bergaya. Percayalah, anda akan 'bertemu' denganNya. Senyum.
-gabbana-
Kredit besar kepada siapa yang menulis pengalaman ini. Jika tahu sila beritahu saya; saya mahukan berikan tepukan berdiri kepadanya! Moga kita semua bermanfaat daripadanya, biidznillah..
Selamat berbuka kepada anda semua!
Selamat berbuka kepada anda semua!
20 Caci Maki Puji Muji:
subhanallah
betapa mulianya hati kanak2 itu
beruntunglah kepada ibu bapa yang telah berjaya mendidik anak tersebut sehingga menjadi begitu soleh dan taat kepada orang tuanya
memang sebak membaca cerita ini
alangkah kita orang senang pun tak mungkin dapat mencapai darjat seperti kanak2 itu
aduhai lemahnya terasa diri ini
saya yg tulis, inche (ketawa terkekeh2 sambil tangan menutup gigi kuning)
bertuah mak dia;)
Saya orang teluk intan!! :)
salam ihya' Ramadhan ^^
Alhamdulillah, besar sungguh nikmat Ilahi yang sanggup beri kita tarbiyah hanya melalui seorang kanak-kanak.
actually, saya juga baru2 sje berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dengan penulis kisah tersebut dalam blog. cuma intipatinya agak sedikit berbeza.
walaubagaimanpun, kagum betul mendengar kata2 daripada kanak-kanak tu. sungguh, terasa seperti dipanah!
jazakallah jiddan 4 sharing (:
terharu..kalo mak jumpe budak tu terus amek bela jadi anak..
Allahu Allah, adik tu punyai sifat yang sangat mulia ('=
En Ilham: btol2, mmg beruntung. Bak kata mak nenek kita, "Sejuk perut mak dia mengandungkan dia dulu.."
Mmg anak yg soleh tu aset yg sgt berharga buat ibu bapa. antara bekalan di dalam kubur nnt!
moga kita semua menjadi seorang anak yg soleh buat ibu ayah kita!
penyegan: peluh besar mengalir tanpa henti.
asraf osman: saaannggaaattt! ^^
enonimus: err.. entah2 anda pernah bertemu ngn budak tu tak..? heh.
zulaikha: dah baca pengalaman anda tu di belog anda. menarik!
sungguh, allah menyediakan pelbagai ibrah dan pengajaran di sekeliling kita. tinggal kita sahaja ntok bukak mata hati luas2! ^^
mak yah: dia ada mak lagi la mak yah.. ^^"
tp sungguh mulia niat anda itu! moga allah membalasnya! ;)
izzati hashim: benar. jom jadi mcm dia, malah iAllah lebih baik lagi! ;D
Argh~
Siyes. . .menitis air mata jejaka ku gini. . . (T0T)
Grrr~
kanak kanak pengembala kambing tu Abdullah ibn Masud :)
salam....
entry yg btl2 bt saya touching..
nk kongc dlm blog blog saya jgk bleh... :)))
yamashita kaito -___-" : kan dah pesan awal2.
sejantan-jantan anda, pasti tertumpah air mata. hihihi..
p/s: nta mesti minta anime jepang gile2 kan..? hohoho..
apples and roses: jzkk. =)
nadya: buullleeehhh....! ;D
sorry lambat re..
Post a Comment