Jepun Lawan Botswana Siapa Menang?
Kalau saya beritahu anda bahawa negara Matahari Terbit Jepun itu sebenarnya tidak wujud, agaknya apalah respon anda ye..?
Mungkin anda akan mengatakan saya gila. Atau pon gelak kecil sambil berkata di dalam hati, "Apa pulak la yang Inche gabbana hendak buktikan di sini." Kan..?
Tapi saya tak tipu, sebenar-benarnya Jepun tidak pernah wujud. Semua pengetahuan anda tentang kewujudan atau apa-apa sahaja berkaitan dengan negara itu adalah tidak benar dan bohong semata-mata. Semua itu propaganda..!
Kononnya inilah bendera dan negara Jepun. Semuanya bohong belaka! [Kredit Gambar] |
Aik? Inche gabbana ni seriyes ke..?
Betul saya seriyes di sini. Saya ulang semula kenyataan saya; Jepun tidak dan tidak pernah wujud..!
Betul saya seriyes di sini. Saya ulang semula kenyataan saya; Jepun tidak dan tidak pernah wujud..!
Abes tu, kata anda lagi, Doraemon, Otromen, Son Goku dan Shin Chan semua tu bagaimana..? Hajime Kindaici? Detektif Conan? Pelayar Bulan? Bukankah mereka semua berasal dari Jepun? Mereka siap berbahasa Jepun lagi!
Mereka semua tu memang sengaja dicipta untuk mengukuhkan lagi hujah yang negara Jepun itu wujud. Hakikatnya, mereka adalah karakter fiksi semata-mata. Dan bagaimana anda boleh tahu itu bahasa Jepun..? Anda pasti? Entah-entah bahasa yang sengaja direka-direka untuk membuktikan yang kononnya Jepun itu memang wujud.
Mereka semua tu memang sengaja dicipta untuk mengukuhkan lagi hujah yang negara Jepun itu wujud. Hakikatnya, mereka adalah karakter fiksi semata-mata. Dan bagaimana anda boleh tahu itu bahasa Jepun..? Anda pasti? Entah-entah bahasa yang sengaja direka-direka untuk membuktikan yang kononnya Jepun itu memang wujud.
Jangan tertipu! Otromen sebenarnya bukan orang Jepun! [Kredit Gambar] |
Leh... Dah tu, bagaimana dengan barangan berjenama Panasonic, Sony dan Hitachi? Dah tu kereta-kereta Jepun sume, Toyota, Honda, Kawasaki lagi.. Semua tu pon tipu? Bukan Jepun yang buat..?
Haah, betullah tu. Sebenarnya negara lain yang hasilkan semua barangan tu, tapi diletakkan cop 'Made In Japan' sebagai sokongan kepada propaganda besar-besaran yang mengatakan Jepun itu wujud. Sebenarnya, Jepun tu takde, so apatah lagi nak hasilkan barangan sendiri. Tak ke pelik tu...??
Anda yakin ke semua jenama ni berasal dari Jepun? Entah-entah cap Siam je.. Wahahaha.. [Kredit Gambar] |
*garu kepala yang tak gatal*rasa dahi Inche gabbana sama ada panas atau tak*
Gila apa anda ni Inche gabbana. Dah tu, yang kita belajar kat sekolah tu, kan ada sebut pasal Jepun? Yang tentera Jepun datang Tanah Melayu dan jadikan Tanah Melayu sebagai negara jajahan dia tu, takkan tu pon tipu..? Pastu belajar lagi pasal Samurai, karate-do, judo dan sumo. Takkanlah orang reka semua tu semata-mata nak buat propaganda..? Ish tak logik betullah.
Yes, semua tu adalah usaha besar-besaran secara tersusun untuk mengelabui mata ramai orang. Bukan anda sahaja yang tertipu, ramai lagi kat luar sana tu yang masih tak sedar yang selama ni mereka telah tertipu. Yang Jepun tu sebenarnya hanya sebuah negara dongeng, khayalan semata-mata.Bangunlah anda semua! Sedarlah! Anda semua sudah ditipu..!
Aaaaaahhhhhh....! Tak percaya jugak..! Saya dah dibesarkan dengan pengetahuan dan keyakinan yang Jepun tu wujud! Ada! Hari-hari baca Manga, hari-hari tengok kartun Jepun. Tu belum kira makan mi maggi dan sushi lagi tu..! Pakai pulak selipar Jepun pergi jamban. Mana mungkin Jepun tu tak wujud...!! Eeeerrrrrggghhhh...! Inche gabbana anda nak kena penampar...??
Hihihi. Gelak kecil sambil tersenyum sinis.
Selagi anda tak pernah pergi ke Jepun, anda tak boleh dakwa yang Jepun tu wujud tahu..? Hihihi..
Ok, kita pergi pulak ke Botswana. Haha. Anda tahukah apa itu Botswana? Ya, ia juga sebuah negara, sama seperti Jepun.
Ok, kita pergi pulak ke Botswana. Haha. Anda tahukah apa itu Botswana? Ya, ia juga sebuah negara, sama seperti Jepun.
Tapi saya yakin ramai di luar sana yang tidak pernah dengar pon Botswana sebelum ini, sehinggalah Inche gabbana menulis tentangnya. Anda tahu Botswana tu terletak di benua apa..? Anda tahu apakah pendapatan utama Botswana? Anda tahu rakyatnya berapa orang? Anda tahu bahasa apakah yang dituturkan mereka..?
Gelak lagi.
Inilah bendera negara Botswana. Tak percaya..? Sila tanya Professor Wiki. ;) [Kredit Gambar] |
Sungguh berbeza bukan dengan Jepun? Kalau Jepun, anda cukup pantas datang dengan pelbagai hujah dan fakta yang mengatakan Jepun tu wujud.
Tapi dengan Botswana.. Agaknya kalau saya dakwa Botswana tu tak pernah wujud dan juga hanya rekaan kreatif semata-mata, ada juga yang percaya! Wahahaha..
Ok apa motif saya menulis post ini sebenarnya? Nak menyakitkan hati anda semuakah..? Wahahaha.. Jangan risau, saya tidaklah sekeji itu. Walaupon agak seronok juga kalau dapat melakukannya! Hihihi..
Begini.
Anda pasti pernah belajar sirah bukan? Kalau tak banyak, sedikit. Kalau tak sedikit, banyak! Hohoho.. Dalam menelusuri sirah, anda akan mendapat cerita-cerita yang menakjubkan tentang para sahabat r.a., yang mana sanggup berkorban harta dan nyawa mereka demi Islam.
Antara kisah-kisah yang feymes termasuklah Sumayyah yang lebih rela disula daripada menjadi murtad, Bilal bin Rabah yang diseksa dengan dahsyatnya di tengah-tengah padang pasir yang membakar semata-mata mempertahankan aqidahnya, Khabab yang digrill hidup-hidup, keSuper-Saiyaan Mus'ab bin Umair dalam menegakkan kebenaran seperti dalam cerita ini dan ini, juga pengorbanan Abu Bakr yang mendermakan seluruh hartanya demi Islam ketika Perang Tabuk.
Dan sekiranya anda membaca sirah, baaaannyyyaaaakkk lagi kisah-kisah separa ajaib yang akan anda dapati terjadi kepada para sahabat r.a.. Pengorbanan mereka cukup hebat..! Dedikasi dan komitmen mereka terhadap Islam adalah terlalu mengagumkan. Malah mengagumkan adalah perkataan yang tidak cukup hebat untuk menggambarkan kehebatan mereka ini semua.
Persoalannya... Apakah yang menjadikan mereka begitu yakin dan gigih? Sedangkan di dunia mereka tidak mendapat apa-apa ganjaran. Tak pernah pulak saya baca di mana-mana edisi Sirah yang mengatakan selepas Sumayyah disula, Ammar anaknya mendapat pampasan berguni-guni emas! Atau pon setiap kali Bilal menyebut "Ahad! Ahad!" setiap kali itulah terbinanya sebijik banglo berkolam renang untuknya. Anda pernah dengar..?
Mereka hanya dijanjikan syurga dan kebahagiaan di alam sana oleh Rasulullah SAW. Namun bagaimanakah mereka boleh begitu yakin dengan janji-janji tersebut sehingga sanggup menjual jiwa dan harta mereka untuk Islam..? Orang kata, Seeing is believing. Dah tu, tak nampak pon syurga, tak nampak pon neraka, tak nampak pon bidadari.. Camne nak percaya..? In fact, tak nampak pon Allah! Macam mana nak kompemkan yang Allah tu betul-betul ada..??
Ha, kat sinilah relevannya Jepun lawan Botswana tu.
Apa yang Rasulullah SAW buat kepada para sahabat samalah macam apa yang negara Jepun buat kat kita. Setiap hari daripada kecik lagi kita dah didedahkan dengan budaya Jepun, apa yang diorang makan, muzik diorang macam mana, dengar pulak Naruto cakap Jepun, pakai selipar Jepun lagi, ada keretapi terlaju di dunia... Semua tu menyebabkan kita sangat-sangat yakin yang Jepun tu wujud, walaupun kita tak pernah pun menjejakkan kaki ke sana.
Tapi Botswana.. Tak ramai daripada kita yang tahu apa-apa tentang negara tu. Dan mungkin ada antara kita yang tak pernah tahu pon kewujudan sebuah negara berdaulat bernama Botswana (Eh tahukah anda Botswana adalah antara negara terkaya di benua Afrika..? ^^)
Begitulah dakwah Nabi SAW. Melalui tarbiyyah yang tersusun secara istiqamah dan tidak mengenal erti penat, Rasulullah SAW berjaya meyakinkan para sahabat yang Allah tu wujud, malaikat tu ada, syurga tu menanti orang-orang yang sanggup berkorban demi Allah dan RasulNya, walaupun diorang sume tu tak pernah pon tengok, apatah rasa lagi sendiri benda-benda ghaib tu.
Hebatnya dakwah dan tarbiyyah Nabi SAW, sehingga baginda berjaya membentuk dan membina tulang belakang Islam di kalangan para sahabat; figur-figur seperti Abu Bakr, 'Umar, Salman al-Farisi, Suhaib ar-Rumi, Abu Dujanah dan Abu Ubaidah al-Jarrah yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan kebenaran Islam itu tersebar di seluruh alam. Sanggup membiarkan diri diseksa, kehilangan keluarga dan dicaci cerca setiap masa, walaupon ganjaran yang menanti mereka tidak ada di depan mata.
Seeing is not necessarily needed to believe. ;)
Seeing is not necessarily needed to believe. ;)
Kurniakan aku kekuatan untuk menegakkan kalimahMu di muka bumi ini Ya Rabb! [Kredit Gambar] |
Maka kita sebagai manusia yang bergelar MUSLIM, menjadi tanggungjawab kita sebenarnya untuk melakukan benda yang sama; meyakinkan manusia di sekitar kita yang Allah itu benar-benar ada, syurga itu untuk mereka yang taat pada perintahNya dan neraka itu menanti mereka yang ingkar dan kufur. Selagi tugas meyakinkan ini tidak tercapai, maka kita tidak boleh berehat. Samalah seperti Nabi SAW yang tidak pernah berehat menyebarkan ayat-ayat Allah, sehingga ramai yang meyakini dakwahnya.
Yakin sehingga mereka mahu bekerja untuk Islam. Yakin sehingga segala apa yang mereka lakukan dan perbuat hanya untuk Allah dan dakwah. Yakin sehingga apabila disuruh untuk berkorban harta dan nyawa demi agama yang terchenta, tiada soalan atau ngomelan yang didengari.
Tapi sebelum kita meyakinkan orang lain, kita dahululah yang kena yakin. Betul-betul yakin. Kan..? ;)
'Islah nafsak, Wad'u ghairak!' Haiya haiya..!
-gabbana-
Post kali ini saya dedikasikan buat Inche Neng dan Dumek yang sedang gigih dan tekun menelaah pelajaran di negara matahari terbit itu. Ganbate..! ;D
-gabbana-
Post kali ini saya dedikasikan buat Inche Neng dan Dumek yang sedang gigih dan tekun menelaah pelajaran di negara matahari terbit itu. Ganbate..! ;D
14 Caci Maki Puji Muji:
haha ade tributan pulak
again
good job done here ngahaa
antologi yang sangat2 best :)
neng: of koz la ada tributan saya kan sungguh rindu kamu berdua oh!
aiman: maksud anda analogikah..? hihihi.. ;)
mekaseh aiman.
rasa geli2 jgak ngn inche Gabbana tp ape bole buat ade tribulasi (baca tribute) hepi jugak lah. neng bile nk buat post tribute utk aku plak. hha
xphm lah. mksudnye jepun ni btol2 wujud ke x?
dumek: hahaha.. woih bukan senang aku nak buat tribute kt korunk nih. bersyukur sket boleh tak..? hehehe ;)
zameer: haiyoh.. ni mesti baca artikel dengan akal je nih.. ;p
wujud la. mcm syurga, kan wujud? tapi mcm mana kita nak yakinkan org kewujudan syurga tu..? samalah macam org jepun meyakinkan kita semua yg jepun tu wujud..
ada faham..? ^^
analogi yg menarik! terima kasih inche gabbana :)
(p/s: saya pernah dgr tentang negara botswana sebelum ni hehe)
wah3...memg bagus entrynya...mula2 saspen nak dibawa ke mana sbnrnya...last2 baru ku tau...set induksi yang menarik buat sy nak baca smpai ke penghujung...:)
salam...
kira mcm kes 'ainul yaqin' Vs 'haqqul yaqin' ke?
and again, another great analogy till the last line.
may Allah bless.
N: sama-sama. mekaseh juga kerana terus setia membaca.. ;)
haha.. bagaimana dengan Cote d'Ivoire..? Hehe..
maza: mekaseh. analogi ni bukan saya pon yg cipta. dgr byk kali dah. saya hanya menyampaikannya semula dalam bentuk penulisan..
moga bermanfaat iAllah.. ;)
arissa: haah, lebih kurang la. sebenarnya ainul yaqwwn tu adalah keyakinan tahap tertinggi. dah nampak ngan mata kepala sendiri baru nak percaya.
tapi dakwah Nabi SAW ni kira sgt terer ah, sebab tak ainul yaqeen pon boleh yakinkan para sahabat seyakin-yakinnya.
moga allah kurniakan kita ngan kekuatan ntok yakinkan org di sekitar kita camtu gak, biidznillah..
mekaseh kerana sudi mengomen! ^^
Post a Comment