16 May 2011

Allah Itu Wujud. Dan Sangat Dekat.

Aku mahu bebas! BEBAS...!!! [Kredit]

Allah berfirman di dalam al-Quran:

"...Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri."
[Qaf, 50:16]


Allah berada sangat dekat dengan kita. Dia tahu apa yang kita fikirkan, apa yang kita buat dan apa yang kita lihat sehari-hari.

Yet, kita tak pernah malu nak buat dosa. Kita tak pernah rasa bersalah bergelumang dengan noda, walaupon Dia sangat dekat dengan kita.

Eh kita sanggup tak tengok porn depan mak ayah kita?

Kita sanggup mencarut-marut tak depan bakal pak cik mentua kita?

Kita tergamak tak nak berzina depan nenek kita yang dah berusia lapan puluh tujuh tahun itu..?

Tapi kenapa kita sanggup, tergamak dan tak malu untuk buat dosa trang-tang-tang depan Allah? Kenapa kita langsung tak rasa bersalah atau berdosa setiap kali kita lalai daripada mengingatiNya..?

Sedangkan Dia SANGAT dekat dengan kita. Sedangkan Dia sentiasa ternanti-nanti untuk kita kembali kepadaNya.

Fikirkan masa-masa yang telah kita bazirkan bukan untuk mengingatiNya, atau tidak digunakan sebaiknya untuk menyebarkan risalahNya di muka bumi ni. Atau sifat malas dan culas kita untuk menegakkan agama Allah  di muka bumi ini. Atau kelalaian dan kealpaan kita daripada melaksanakan dan memenuhi tujuan hidup kita. 

Sedangkan Dia sangat teramat paling dekat dengan kita. Dia sentiasa memerhatikan kita. Dan Dia sentiasa menunggu-nunggu untuk kita kembali kepadaNya.

Allahu a'lam.

-gabbana-

Alhamdulillah, dapat juga hapdet belog ini setelah sekian lama. Hari ini Allah tarik nikmat kesihatan sekejap, tapi saya kuatkan diri juga untuk menulis. Rindu rasanya untuk menukilkan sepatah dua di belog marhaen ini. 

Kalau saya tak sempat nak tulis post khas sempena Hari Guru, saya nak ucapkan Selamat Hari Cikgu-Cikgi kepada anda semua di luar sana yang memegang amanah paling mulia di dalam seluruh galaksi bimasakti ini. Khas buat cikgu-cikgi yang pernah mendidik diri ini, jazakumullahu khairan katheraa saya ucapkan. Sampai mati pon saya tak dapat balas jasa kalian.

Begitu juga dengan murabbi-murabbi (apa kata jamak untuk murabbi..?) yang pernah menyentuh hati ini. Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, hanya Dia yang bisa membalas jasa dan pengorbanan kalian. Moga Dia membalas kalian dengan sorgaNya, biidznillah! Ameen!

Kepada anda yang banyak masa percuma, bolehlah baca cerpen Cikgu Zara ni. Semoga bermanfaat dan terhibur! Aman.

4 Caci Maki Puji Muji:

mesin taip 16/05/2011, 10:04  

Benarlah, Allah maha dekat.
ke atas kte saja, nak realize or tak.
beruntunglah bagi mereka yang berusaha mendekatkan diri lagi kpd Allah
kerana apabila kita berjalan kepadaNya, Dia pula dtg berlari kepada kita
Subahanallah, begitu luasnya rahmatNya yg tak terhingga.
p/s get well soon

arissa myana 16/05/2011, 17:54  

salam,

(57:16)

agaknya perlu belajar untuk lebih 'keras' untuk menuturkan 'kebenaran' yang menge'zass' bila diminta atau ditanya soalan2 yang 'erk..'.


vague di situ but hey, short n simple :) jzkk utk sharing.

happy teacher's day ^^. may Allah bless

Inche gabbana 17/05/2011, 21:55  

mesin taip: betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah. Dah super dekat dgn kita sekali pon, bila kita berjalan kepadaNya, Dia boleh berlari kepada kita...! Allahu allah..

TT__TT

Bodohnya kita kalau tak nak jadi hambaNya yang bersyukur kan...?

jzkk. semakin pulih alhamdulillah.. ^^

Inche gabbana 17/05/2011, 21:56  

arissa myana: mungkin bukan keras, tetapi tegas. ;)

dalam kasih syg juga boleh bertegas bukan..?

selamat hari guru untuk anda juga. sesiapa sahaja boleh menjadi guru bukan..? guru yg menyentuh hati. ^^

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP