8 August 2011

Beruang Hitam Pon Pandai Berjemaah

Loner itu loser jugelah, tahu..? [Kredit]

Ketika ini saya kira anda sudah pon melupakan kisah 'Cipanku Lari Gagah Berani' en..?

Haha.. Ramai juga yang tertanya-tanya apa motif saya menulis cerita pendek yang kelihatannya mengarut itu. Seolah-olah untuk suka-suka dan menghiburkan kepala otak anda sahaja en?

Kepada anda yang sudah lama dan tegar mengikuti belog ini, anda pasti tahu yang saya amat jarang menulis sesuatu tanpa objektif atau pengajaran yang tersirat bersamanya. Sia-sialah jari-jemari saya merembeskan peluh-peluh berliter-liter banyaknya menulis sesuatu post tanpa pengajaran yang berguna di dalamnya. Cukup tidak bergaya. Menghabiskan beras cap Taj Mahal sahaja. 

Ok sebelum saya lupa diri dan terus-menerus mengarut tanpa henti, marilah kita sama-sama menyelami dan menghayati beberapa pengajaran yang boleh kita kutip, gilap dan simpan menerusi kisah seekor cipan bernama Abdullah Karim itu.

Begini.

Tema utama cerita tersebut adalah kepentingan untuk hidup berjemaah. Atau dalam bahasa yang lebih mudah diterima ramai kerana khuatir ada yang alerjik dengan perkataan 'jemaah' lantas akan muntah hijau setiap kali mendengar perkataan itu heyy! Eh. Err. Dalam bahasa yang lebih alerjik-proof nya, kepentingan hidup dalam satu komuniti atau kumpulan. Peluh kecil.

Lihatlah bagaimana pada mulanya Abdullah Karim yang berseorangan berjalan dengan penuh keterujaan di dalam hutan rimba, akhirnya sesat dek terlalu asyik dan khusyuk dengan keindahan alam ciptaan Tuhan. Akhirnya dia sendiri kepenatan kerana gagal mencari jalan keluar, di samping perasaan cemas teramat yang membuatkan dirinya bertambah penat.

Ketika berhadapan dengan si beruang hitam, Abdullah Karim menjadi kaget dan terkesima, lantas langsung melupakan senapang Taser yang dibawanya bersama. Mujurlah dia dapat berfiikir secara rasional lantas lari menyelamatkan dirinya.

Di sini sahaja sudah banyak point yang boleh kita ambil dalam menjelaskan betapa pentingnya kita hidup di dalam satu komuniti. Bayangkan situasi yang sama, tetapi Abdullah Karim tidak berjalan berseorangan; dia ditemani oleh beberapa rakannya yang lain. Pastinya kebarangkalian untuk Abdullah Karim untuk sesat juga amat tipis. Dan sekiranya dia tidak sesat dalam tempat yang pertama (Baca: In the first place), tentunya kebarangkalian untuk dia bertemu dua mata dengan si beruang hitam menjadi jauh lebih tipis. 

Bukankah mencegah itu jauh lebih mujarab daripada mengubat?

Dan lihatlah Abdullah Karim itu, walaupon sudah dilengkapi dengan senjata pertahanan diri, senjata tersebut tidak lagi berguna di dalam situasi genting dan menaikkan adrenalin sebegitu.

Ya benar, situasi tersebut direkakarya unik sekali untuk kes ini. Anda boleh sahaja berkata,
 
"Bagaimana dalam situasi yang lain di mana Abdullah Karim adalah seekor cipan yang cekap dan sentiasa bersedia..?"

Hakikatnya, di dalam dunia sebenar, situasinya tidak ada jauh bezanya. Malah lebih teruk lagi, seringkali juga kita tidak sedar akan serangan-serangan yang dilancarkan terhadap kita. Kerana jangan lupa, di dalam realiti, serangan yang ada bukan hanya berbentuk fizikal semata; serangan-serangan ke atas pemikiran, jiwa, hati dan keimanan perlu juga diambil kira.

Maka apabila kita berada di dalam satu kumpulan, pastinya kebarangkalian untuk kita diserang amat tipis. Sama ada si penyerang takut untuk menyerang (dalam kes serangan fizikal) atau sekiranya diserang sekali pon, kita punya pertahanan yang lebih utuh dan mapan untuk mempertahankan diri kita (untuk kedua-dua serangan berbentuk fizikal dan bukan fizikal) kerana sekurang-kurangnya kita mempunyai teman-teman untuk bersama-sama mempertahankan diri.

[Nota: Saya gunakan perkataan 'kebarangkalian' kerana kemungkinan untuk kita diserang walau berada di dalam sebuah kumpulan masih ada]

Ar-Rasul SAW telah pun mengesyorkan hal ini dalam sebuah hadith:
"...Dan berpeganglah kamu dengan jemaah, sesungguhnya serigala memakan kambing yang keluar dari kumpulannya."
[Hasan Sahih, diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

Nah! Bukankah berseorangan itu menjadikan kita lebih lemah dan mudah terdedah kepada marabahaya berbanding berdua, bertiga atau lebih ramai lagi the more the merrier ewaahhh! Eh. Itu adalah sifir alam dan menjadi sunnatullah sepanjang zaman; sehinggakan umat haiwan juga mengamalkannya.


Jangan biarkan diri kita seperti biri-biri yang lari dari kumpulannya; kelak kita akan dibaham serigala! [Kredit]

Kembali kepada kisah Abdullah Karim si cipan hutan, setelah beberapa hari dilarang keluar dari rumahnya, ibunya Puan Maimunah Selamat akhirnya mengizinkan anak terunanya itu untuk keluar mengambil angin, dengan syarat Abdullah Karim mestilah keluar secara berkumpulan dan dilengkapi dengan telefon bimbit. 

Kini situasi Abdullah Karim lebih selamat bukan? Kini dia tidak lagi berseorangan malah ditemani oleh empat orang rakannya, termasuklah Daniel Hafiz si badak Sumatera yang gagah itu. Maka apa lagi yang perlu dikhuatirkan..?

Malangnya, tiada siapa menyangkakan mereka akan bertemu dengan si beruang hitam yang sama. Dan yang lebih menggegarkan lutut, kali ini si beruang hitam tidak berseorangan; dia membawa sama empat ekor lagi konco-konconya! Lantas cerita disudahkan dengan memberi gambaran bahawa Abdullah Karim dan rakan-rakannya langsung terkesima berhadapan dengan situasi sebegitu.

Sengaja saya tamatkan cerita di situ, untuk memberi ruang kepada anda untuk memikirkan apakah pengajaran daripada kisah tersebut. Saya fikir, pasti ada di kalangan anda di luar sana yang dapat meneka apakah pengajaran tersirat daripada peristiwa beruang hitam keluar beramai-ramai bukan..? Senyum kenyit mata.

Hakikatnya, walaupon kita menyangkakan kita sudah kuat dengan berada di dalam jemaah atau kumpulan, jangan lupa bahawa taghut dan jahiliyyah, mereka juga berjemaah.

Ya. Kejahatan, kekejian dan fahsya' wal mungkar, mereka juga bergerak di dalam satu pasukan. Itu fakta dan bukannya auta.
"Dan perdayakanlah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka."
[al-Isra', 17:64]


Lihatlah bagaimana bersungguhnya iblis dan syaitan mahu memastikan manusia jatuh ke dalam perangkap mereka. Dan yang lebih perlu diberi perhatian adalah bagaimana mereka bekerjasama, bergerak sebagai satu pasukan!

Semuanya tidak lain dan tidak bukan; disebabkan oleh dorongan kedengkian yang melampau terhadap manusia, taghut dan jahiliyyah akan berhabisan, menggunakan semua tenaga dan sumber yang ada untuk menjatuhkan manusia. Dan mereka juga faham dan tahu, tidak mungkin mereka dapat mencapai objektif mereka seandainya mereka tidak bekerjasama dan pergerakan mereka kucar-kacir dan tidak tersusun!

Hatta Mafia, Yakuza dan yang seangkatan dengannya pon memerlukan strategi dan organisasi yang tersusun, mengapa tidak kita, para kader dan dua't yang kononnya memegang obor yang paling mulia di muka bumi ini? 

Sedangkan pengedar dadah sekalipon, dalam memastikan najis mereka sampai ke tangan pembeli tanpa dikantoikan, punya rangkaian dan jaringan yang benar-benar tersusun, mengapa tidak kita yang kononnya penegak agama Allah ini? 

Dan tatkala parti-parti politik yang dasar perjuangannya adalah kuasa dan kedudukan, ghayah mereka adalah untuk menguasai negara, sentiasa berusaha keras bagi memastikan parti atau organisasi yang mereka tubuhkan mendapat kerjasama yang mantap dari akar umbi hinggalah ke kepalanya, sungguh pelik bagaimana orang-orang yang disebut 'Khaira Ummah' yakni para pendakwah langsung tidak tersusun dalam gerak kerja mereka..!

Saya yakin ramai malah majoriti daripada anda yang inginkan kebaikan, tahu peri pentingnya untuk berada di dalam satu kumpulan yang punya niat dan aspirasi yang sama. Tetapi sedihnya, realitinya, tidak ramai yang benar-benar komited dalam hal ini. Hanya warm-warm chicken sh*t sahaja.

Bila disuruh berjemaah atau bersama-sama dengan komuniti yang turut sama inginkan kebaikan, alasan yang diberikan:

"Ish takpelah. Aku sorang-sorang pon boleh buat semua ni, Insha-Allah.."

"Leceh la berjemaah-jemaah ni. Banyak kepala, banyak sangat pandangan, Pening aku! So better kalau aku gerak sorang-sorang.. Tak payah susah-susah!"

"Buat apa nak berjemaah..? Nanti dalam kubur sorang-sorang, dihakimi depan Allah pon sorang-sorang juge!"

"Alah malaslah berjemaah ni. Semua ada agenda tersembunyi tu! Semua ada kepentingan peribadi! Pigidaaahh!"

Dan pelbagai lagi alasan yang menjulingkan mata. Aduhai.

Ketahuilah wahai anda yang alerjik jemaah ini di luar sana; taghut dan jahiliyyah di luar sana bekerja keras siang dan malam, dua puluh empat tujuh, setiap masa dan ketika, dalam menjatuhkan Islam dan menyesatkan kita. Zalimlah kita sekiranya kita enggan menyertai mana-mana kumpulan dalam jihad menentang fahsya' dan mungkar ini. Bodohlah kita sekiranya kita fikir kita boleh menentang mereka berseorangan!

Wahai! Orang jahat juga pandai berjemaah! Mengapa tidak kita yang nak buat dakwah..?? [Kredit]

Dan pesanan untuk anda yang kononnya sudah bersatu bersama jemaah, jangan biarkan punggung anda panas, duduk selesa di sofa empuk. Bersama dengan jemaah tidak beerti anda sudah selamat. Persiapkan diri anda dengan pertahanan dan senjata-senjata yang berguna, baik fizikal, fikrah, ruh dan sebagainya. Kerana ketahuilah, seandainya kita diserang dalam keadaan kita tidak bersedia, jemaah yang kuat macam mana pon, belum tentu dapat melindungi kita. 

Tetapi bersama jemaah itu sekurang-kurangnya jauh lebih baik daripada kita berseorangan. Et lis dengan berjemaah itu sudah menyediakan pertahanan hadapan untuk kita. Collateral damage-nya sekiranya kita diserang, pastinya lebih sedikit dan kurang parahnya berbanding sekiranya kita berseorangan.

Dakwah ini dimulakan oleh seorang, disambung oleh para sahabat dan kemudiannya diteruskan oleh para mujahid penegak agama Allah yang mulia. Kejamlah kita sekiranya kita sewenang-wenangnya memutuskan rantaian dakwah ini, hanya dengan kelalaian dan kelemahan kita dalam meyusun strategi yang terbaik untuk kelestarian dakwah dan tarbiyyah ini.

Tetapi Allah tidak mungkin akan membiarkan agamaNya tersungkur, terjelepok jatuh dek kecuaian hamba-hambaNya dalam mentadbir alam ini. Dia malah akan menggantikan kita yang lemah dan leka ini dengan satu golongan yang jauh lebih baik, yang bersedia untuk berkorban seluruh jiwa dan raga mereka, hanya untuk memastikan nur Islam terus menyinar cerah di alam buana.

"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."
[al-Maidah, 5:54]

Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci. 
[as-Saff, 61:8]  


Maka pilihan kini di tangan kita; sama ada kita masih mahu terus berdegil, larut di dalam khayalan dan imaginasi kita bahawa Islam itu suatu hari nanti akan tertegak dengan sendirinya dengan kita hanya mendengar ceramah-ceramah agama di Tiub Anda (Baca: Youtube) atau menempel-nempel artikel keagamaan di laman Mukabuku sahabat kita...

Atau kita boleh menyertai mana-mana gerabak dakwah yang sedang bergerak laju menuju destinasi yang satu: redha Allah yang abadi dan syurgaNya yang hakiki..!

Ya, pilihan di tangan kita...!

-gabbana-
 

7 Caci Maki Puji Muji:

Dzatil Awanis 08/08/2011, 13:18  

salam inche gabbana.

kebetulan saya pun baru buat post pasal solat berjemaah.
*heh walaupun takde kaitan sangat*

kalau rajin silalah beri pendapat berkenaan persoalan yang diutarakan.
:)

I 08/08/2011, 17:46  

^^
jzkk atas perkongsian yg menarik
akan masuk note amal jamaie

Dzatil Awanis 08/08/2011, 18:58  

komen kedua hari ini :)
*tadi hanya skimming and scanning, tanpa sempat menghayati*

betul, jemaah sangat penting sebagai pelincir untuk gerakan dakwah ini. tapi.. alangkah lebih bagus jika sesama jemaah sendiri bersatu.

apa pendapat inche gabbana?

nakjadipengedardadar 08/08/2011, 19:06  

inche, pengedar dadar tu apa? sama mcm pengedar telur dadar ke? maknanya telur dadar pun digoreng secara berjemaah lah kan? ;p oh patutlah restoran mamak pon byk rangkaian kan! walhal? mamak jah sumeeeeee

Inche gabbana 18/08/2011, 08:40  

dzatil awanis: dh tgk and komen (baru skang dpt re.. huhuhu..)

mmg la ideal sgt kalau semua jemaah dapat bersatu. tapi hakikatnya, so much easier said than done.

setiap jemaah ada prinsip, kefahaman dan gerak dakwah yg tersendiri. so mmg susah kalau nak satukan semua jemaah yg ada..

tp takpela, at least rancak sket arena dakwah dan tarbiyyah dgn adanya kepelbagaian jemaah ni.

lagi pon jemaah2 yg ada ni adalah jemaah minal muslimin, yakni jemaah org2 Islam. kira takpe. kalau jemaah islam, then yes, kena ada satu je..

tak faham..? takpe, buat2 faham je.. heheh..

Inche gabbana 18/08/2011, 08:40  

I: moga bermanfaaat biidznillah..

Inche gabbana 18/08/2011, 08:41  

nakjadipengedardadar: seriyes sy gelak besar bila baca komen anda ni dulu.. hehehe..

mekaseh atas teguran. dah tukar dah, immediately pas baca komen anda. ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP