Tamat Sudah Kemarau Panjang Lima Belas Tahun
[Kredit] |
Semalam alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menyaksikan secara langsung perlawanan akhir debat Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri antara pasukan bahas Sekolah Bintang dengan Sekolah Jenan yang bertempat di Pusa Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Usul yang dibahaskan adalah 'Kerjasama Ketenteraan Menjamin Keamanan Serantau.' Tajuk yang sedikit berat tetapi cukup menarik untuk dibahaskan (Maaf saya tidak bercadang untuk membuat analisis usul bahas ini di dalam post ini). Para pembahas Sekolah Bintang yang bertindak sebagai pasukan Kerajaan tampak begitu bertenaga dan yakin sekali ketika berbahas, terutamanya Hadek Nur Qusyairi a.k.a. Kucai, pelajar tingkatan lima yang memegang portfolio Menteri Kerajaan Kedua.
Walaupon pertandingan bahas pada kali ini tidaklah sekedebabom mana (dewan tidak penuh, tetamu kehormat pun hanyalah Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran (no offense) dan pelbagai lagi perkara lain yang menjadikan perlawanan kali ini kurang serinya), namun suasana tetap meriah dengan kehadiran berbondong-bondong penyokong baik daripada Sekolah Bintang mahupon Sekolah Jenan. Kanak-kanak tua Sekolah Bintang juga tidak kurang ramainya yang datang turun menyokong.
Dari kiri: Adik Amirul selaku Menteri Kerjaan Ketiga, Adik Kucai selaku Menteri Kerajaan Kedua dan Adik Uthman sebagai Perdana Menteri. [Kredit] |
Oh untuk anda yang tidak tahu atau baru sahaja mengikuti belog ini, saya juga adalah seorang pembahas Bahasa Melayu ketika di Sekolah Bintang dahulu. Cerita-ceriti tentang pengalaman saya berbahas ada dimuatkan di dalam post 'Bila Saya Cakap Hey, Anda Cakap Hoy!'
Saya juga anda berkongsi dengan anda betapa saya cemburu dengan layaknya pasukan bahas Sekolah Bintang ke pusingan akhir di dalam post 'Cemburu Celik Itu Kachak.'
Kembali kepada cerita yang lebih menarik untuk dikongsikan, setelah hampir sejam pertandingan bahas berjalan, dan kemudian kami dihidangkan pula dengan persembahan nasyid, deklamasi sajak dan nyanyian jiwang serta persembahan keMelayuan yang tidak saya pasti apa namanya, tibalah masa yang dinanti-nantikan; keputusan pertandingan bahas.
*dup dup* *dup dup*
Eh anda dengar tak tu..? Bunyi degupan jantung siapakah itu..? Wahaha.. Wahai, kami yang tidak berbahas ni pon dah rasa gemuruh semacam! Anda bayangkanlah perasaan para pembahas dan jurulatih mereka (Ummi Noridah, seorang guru yang amat saya kasihi)..!
Pertama diumumkan dahulu keputusan pertandingan bahas Bahasa Inggeris yang berlangsung lebih awal. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh pasukan bahas Kolej Tunku Kurshiah yang disambut dengan jeritan histeria para penyokong mereka yang turut berada di dalam dewan. Pembahas terbaik juga turut disandang oleh pembahas KTK. Syabas diucapkan!
Dan seterusnya, keputusan pertandingan bahas Bahasa Melayu pula.
Sebelum itu bolehlah saya membuat satu aduan..? Tahun hadapan tukar pengacara majlis boleh tak..? Langsung tak saspen ketika mengumumkan keputusan. Menghancurkan keterujaan kami sahaja! Haish.
Apa-apa jalan..
"Baiklah. Kini saya umumkan pula keputusan Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri kali ke tiga puluh lapan.."
*dup dap dup dap*
Dengan ini... Saya mengumumkan... Usul diterima...."
Dah lepas ni tak dengar dah apa yang dia cakap, sebab semua kanak-kanak Bintang, baik muda mahupon tua terus bangun dan bertepuk tangan sekuat hati sambil menjerit-jerit keriangan. Saya rasa para penyokong KTK pon berasa malu dengan kehisteriaan kami. Wahaha..
Ya, alhamdulillah, setelah lima belas tahun, saya ulang semula, LIMA BELAS TAHUN menanti, akhirnya Piala Perdana Menteri berjaya dirampas semula untuk dibawa pulang ke Ipoh. Kami berjaya...! Alhamdulillah! Dan hadek Kucai telah berjaya menambat hati para panel hakim untuk memilihnya sebagai Pendebat Terbaik perlawanan. Tahniah!
Reaksi warga Sekolah Bintang sebaik sahaja keputusan diumumkan. [Kredit] |
Syabas! Sila bawa pulang piala ini dan simpan untuk selamanya! Wahaha.. [Kredit] |
Para penyokong menyanyikan 'Rouse-Up' sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada para pembahas. [Kredit] |
Mungkin pada anda semua apalah sangat memenangi Piala Perdana Menteri itu; piala je pon. Alah, dunia semua tu!
Hahaha, terpulanglah. Tetapi untuk saya, secara peribadinya, kejayaan Sekolah Bintang membawa pulang piala tersebut dan menyimpannya di pejabat sekolah (peluh) untuk setahun adalah satu noktah manis di dalam hidup.
Ya benar, saya cemburu kerana kemenangan itu bukan milik saya secara peribadi dan bukan saya yang beraksi di atas pentas perbahasan. Tetapi bak kata Ummi Noridah:
"Kemenangan ni kemenangan awak juga. Awaklah dulu yang mulakan, sediakan asas untuk apa yang kita ada hari ini.."
Lebih kurang begitulah maksudnya. Hihihi.. Ya saya cemburu. Tetapi cemburu dalam kegembiraan penuh kesyukuran; setelah begitu lama kempunan dan menanti, akhirnya saya dapat melihat dengan mata kepala sendiri piala tersebut pulang semula ke pangkuan kami.
Apa-apa jalan, tahniah dan syabas buat pasukan bahas Sekolah Bintang 2011 kerana anda semua telah berjaya membuktikan bintang-bintang kita masih mampu begemerlapan cerah dan bersinar terang! Tugas anda kini lebih berat; anda perlu pastikan bintang terus bersinar cerah pada tahun hadapan!
Dan ya, kejayaan ini sebenarnya juga satu bentuk ujian dariNya! Tunjukkan kesyukuran kalian, kerana barangsiapa yang bersyukur, pasti Dia akan menambahkan nikmatNya!
Bak kata adik Kucai, "Berikan yang terbaik, dan yang terbaik itu akan datang kepada kita daripada Allah."
Aman.
-gabbana-
Tahniah dan syabas buat Ummi Noridah, Cikgu Shahnun dan lain-lain yang bekerja keras siang dan malam bagi memastikan kemenangan ini. Kesabaran dan ketabahan kalian akhirnya dibayar. Alhamdulillah!
17 Caci Maki Puji Muji:
still wonder why most debaters i saw since secondary till uni were ugly faces..wutever.
i never want to know frankly coz their attitude(mostly) used to freaks me out once at skool and i juz smile at them from distance at uni..wutever.
anyway,i like gabana writing.
p/s: i used to play instruments for skool band :)
saya dulu hupadte okeh??
aku baca entri ini
aku dapat bulu roma tegak
ini tanda true starian kan?
notatidakadekenemengene:
muke pembahas dah abes "tidakbersukan" ni,kalau tak menang jugak tak kool la.haha
kau jenis rare spesis adam , pembahas muka tidak nerd.pujian.
you were there too? rasanya alumni STAR yang paling ramai kot? hahaha~
komen cikgu ummi noridah tu mmg terbaik la.
"........Awaklah dulu yang mulakan, sediakan asas untuk apa yang kita ada hari ini.."
mcm ckp2 daie cikgu nih. kire if blh kita translate kan...
"....asas itu ertinya taksis...itu yg lebih penting.dan awaklah yg memulakan langkah itu...'
ok,bukan transilasi yg baik.tapi faham kan?
Wahh! sekolah bintang vs sekolah sultan! Ruginya tak dapat pegi n tgok sendiri haritu !
enonimus: wahai, anda pasti ada pengalaman buruk dgn mereka kan..? d fact is, ramai sahaja pembahasa yg sgt kool dan bergaya diluar sana. contohnya sayalah..! wahahaha.. ;p
oh anda budak band..? wind orchestra izit..? ^^
cikgu: whatever.. ;p eh bagaimana kedudukan sekolah bintag di UIA skang..?
neng: hahahahaha.. aku nak LIKE komen ko boleh dak..? hehehe..
rindu doh kt ko. cepat ah balik...!
encik rasis: yes i was. hahaha.. budak2 star, dari muda sampailah ke tua, mmg meriah! ;)
enonimus II: =) sungguh tarbawiyy komen anda.
untu pengetahuan anda, ummi noridah ni ada buka sekolah tahfiz di ipoh. jadi dia mmg seorang dai'eah yg hebat! ;D
enonimus III: anda memang rugi! sungguh..! cepat pergi terjun ke laut sekarang juga..! wahahaha.. eh.
hmm..
whatever we been through in life..
whatever we used to be..
whatever we always are..
most important is the lesson we learnt and how we live life today..
at the end its all about keredhaan ilahi.
-peace gabbana-
enonimus IV (kan..?): =) semat ah komen anda.
"failure is the best teacher of success."
Siapakah guru yang lebih baik ntok mengajar kita ttg erti kehidupan, akalu bukan kehidupan itu sendiri..?
dan SANGAT setuju, kita ni tiada apa melainkan hamba yang mencari keredhaanNya.
jzkk ntok komen anda dan peace ntok anda juga! ^^
hi che gabana
aah che.. abg pendebat tu pernah tegur sampai sy menangis hihihi
tapi bila dia kecek perancis sy terharu hihihi..
sy jadi peniup seruling berwajah boring je dlm angin orkes. dulu hihi
p/s:sy komen wajah pendebat byk hodoh tu bukan nk hina kejadian tuhan maksud hodoh tu muka byk jerawat,tona kulit tak sekata berminyak dan masalah hormon lain yg akan hilang ditelan zmn dan diganti dgn wajah abg kacak..peace!
Sekejap, emcee masa tuh saudara fitri kan yg pengacara tv tuh?? Sampai ati IG ckp dia x best..hehe
tahnihah!haha skunk ummi noridah berkhidmat di sbpi gopeng..sekadar information..
Post a Comment