12 July 2011

Ayat-Ayat Chenta 2.0

[Kredit]

Alhamdulillah, dengan izin dan inayahNya, dapat jua saya terbitkan kolum atau segmen ayat-ayat chenta ini (boleh lihat pada tab di sebelah 'Tentang'). Masih dalam peringkat penambahbaikan, juga penambahan koleksi ayat-ayat chenta. Maka sila bersabar kerana orang-orang yang bersabar sahaja kool lagi bergaya. Hoh.

Dan Insha-Allah akan sentiasa ditambah-baik dari semasa ke semasa. Arakian kerjasama daripada anda semua amat-amatlah diperlukan.

Bagi memudahkan anda memahami kontekss ayat-ayat chenta ini, ayat-ayat tersebut disusun dengan cara begini (berdasarkan kefahaman saya yang dhaif lagi lemah ini):

Mula-mula kita mengenal Allah dahulu, Tuhan, Pencipta, Raja, Tuan dan Kekasih kita. Kalau tak kenal Allah, bagaimana kita nak faham ayat-ayat chentanya bukan..?

Kemudian kita berkenal-kenalan pula dengan orang yang mengimani hakikat tauhid ini; apa ciri-ciri mereka. Kerana kita juga mahu menjadi seperti mereka!

Kemudian, setelah kita berkenal-kenalan dengan Kekasih kita dan sudah yakin mahu menjadi orang yang beriman dengan ayat-ayat chentaNya, pasti kita mahu orang lain turut sama jatuh chenta denganNya kan? Maka kita hayati pula ayat-ayat chentaNya yang menyuruh kita untuk berdakwah; bersungguh-sungguh dalam menyebarkan risalahNya. Juga apa akibatnya sekiranya kita bermalas-malasan atau punya banyak alasan untuk melaksanakan amanah ini.

Dalam kita berdakwah, pasti ada cabaran, mehnah, halangan dan pelbagai jenis ujian, baik berpunca daripada kelemahan diri sendiri, atau pon taghut dan jahiliyyah yang berada di sekeliling kita. Juga ciri-ciri orang yang memusuhi ayat-ayat Allah ini, semoga kita mendapat iktibar dan tidak menjadi seperti mereka.

Sebagai manusia biasa, pasti semangat dan iman kita ada naik turunnya. Tapi jangan khuatir! Begitu banyak ayat-ayat chenta yang memberikan kita semangat, menolak kita untuk berkorban dan memujuk kita untuk terus kekal konsisten di jalan ini!

Dan antara yang menaikkan lagi motivasi kita adalah apabila Allah secara jelas dan terang-terangan mengajar hamba-hambanya qiat-qiat atau cara-cara yang terbaik untuk berdakwah! Walaweh.

Kemudian disertakan senjata-senjata tambahan untuk kita menguatkan lagi kelengkapan kita, seperti ukhuwwah, qudwah, akhlak yang baik dan pertolongan daripada Allah. Insha-Allah kita akan berasa lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh selepas membaca ayat-ayat ini.

Akhirnya, dikongsikan juga ayat-ayat ganjaran untuk mereka yang mati sebagai pejuang agamaNya; gambaran bagaimana pengakhiran gembira (Baca: Happy Ending) untuk golongan ini. Sebagai perbandingan, kita lihat juga nasib atau akibat golongan yang ingkar dan memusuhi pejuang-pejuang agama Allah ini.

Oh juga ayat-ayat chenta lain yang tidak saya pasti mahu dikategorikan bagaimana, tapi mereka amatlah kool dan bergaya. Sungguh rugi kalau saya tidak berkongsi ayat-ayat ini.

Dan seperti yang saya katakan sebelum ini, sumbangan, pandangan mahupon kritikan daripada anda amatlah saya alu-alukan dengan tangan mendepa terbuka peringkat maksima. Ini bukan projek Inche gabbana, tapi projek KITA bersama, biidznillah.

Tinggalkan ayat-ayat chenta anda pada ruangan komen di tab 'Ayat-Ayat Chenta' dan bukannya di sini. Insha-Allah akan saya pertimbangkan dan cuba susun sebaiknya.

Doakan projek ini berjaya dan bermanfaat untuk kita semua! Allahu musta'an!

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin, amin, ya robbal a'lamin.

Allahu ta'ala a'lam.

-gabbana-

14 Caci Maki Puji Muji:

theonewhodrinkstoomuchkopi 12/07/2011, 16:38  

inche gabbana...diri yg kerdil lg marhaen ini mahu bertanye(tiru ayat inche gabbana)..

apakah maksud "allahu musta'an"?

jzklh khr

cahayalembut 12/07/2011, 23:42  

Maaf inche, takdapat nak komen la di kolum ayat-ayat chenta tu. di sini saja, boleh?

ada satu ayat chenta ni, membuatkan saya lebih bersemangat (hammasah), tapi keliru juga nak letak di mana. Sup ayam untuk ruh mungkin?

At-Taubah 9 :41

N 13/07/2011, 00:35  

like 10 juta kali idea ni!
saya mungkin akan jadi tukang baca/hayati ayat2 cinta di ruangan tersebut saja. tapi mana tahu, di lain masa saya pun nak berkongsi juga :)

Anonymous 14/07/2011, 10:21  

mr.gabbana..

have you ever face any situation regarding sissy boy/nyah yg nak bertobat?

if u have maybe leh share..:)

Inche gabbana 15/07/2011, 11:35  

theonewhodrinkstoomuchkopi: sorry ye lambat reply. maksudnya lebih kurang begini:

"Allah bantulah kami!"

Kalau perasan dalam surah al-Baqarah, ayat 214 ada disebut "mata nasrullah..?" kan..? "Mana pertolongan Allah?"

So 'mata' di sini yakni pertolongan, membawa maksud yg sama dalam 'Allahu musta'an.'

Allahu a'lam.

-inche gabbana yg tak pandai kecek arab

Inche gabbana 15/07/2011, 11:35  

cahayalembut: afwan2, salah setting. skang dah boleh dah iAllah.

oh infiru! ;) iAllah mmg akan diletakkan..

jzkk!

Inche gabbana 15/07/2011, 11:36  

N: haha.. terima kasih.

kongsilah! saya yakin anda juga ada ayat2 chenta anda..! ;)

berchentalah dgn allah, pasti Dia akan membalas cinta itu! ^^

Inche gabbana 15/07/2011, 11:40  

enonimus: uhm.... tak tau lah ada ke. ada je kawan yg pe'el nya lebih kurang begitu, tapi masih belum ada tanda2 ntok bertaubat.. TT__TT

tapi saya ada seorang kawan yg baik dgn saya, yg err, bernafsu songsang dan dia memang nak bertaubat cuma tak tau mcm mana.

uhm, just that, saya tak tau la sesuai atau tak ntok dikongsikan di belog ini. huhuh..

Anonymous 15/07/2011, 15:58  

maybe sesuai if awk tulis dgn gaya cerpen wutever..

mesti ada pembaca awk dari golongan sissy/nyah yg teringin nak tau pengalaman awk berdakwah dgn golongan tersebut..

-salam cinta ilahi-

Anonymous 16/07/2011, 15:46  

maafkan saya mencelah,

merujuk komen balas berkenaan ayat "mata nasrullah..", word "mata" di situ bermaksud "bilakah (datang)", "nasru" adalah "pertolongan"

wallahua'lam

Inche gabbana 17/07/2011, 16:02  

enonimus: ada ke pembaca belog ni dr golongan tu..? :O hohoho..

iAllah kalau diberi peluang dan kekuatan, apa salahnya.. ;) terima kasih atas cadangan!

Inche gabbana 17/07/2011, 16:03  

enonimus II: wah! jzkk! JZKK! (note the capital..!)

Terima kasih bebyk atas teguran. pembaca mcm andalah yg amat2 sy hargai..!

tengggsss again..! =D

elise 03/11/2011, 17:04  

50:16

nn 06/01/2012, 01:24  

tertarik dgn perbincangan makna Allahu musta'an.huhu.

makna musta'an,

mgkin lebih dekat dgn word "nasta'in" dlm surah Al Fatihah :5

إيا ك نعبد و إيا ك نستعين

“Hanya Engkaulah yang Kami sembah dan hanya kepada Engkaulah Kami meminta pertolongan”

dan juga "musta'anu" dalam Yusuf:18

وجاءوعلى قميصه بدم كذب
قال بل سولت لكم أنفسكم أمرا
فصبرجميل
والله المستعا ن علي ما تصفون


“Mereka datang membawa baju gamisnya (yang berlumuran) dengan darah palsu. Ya’kub berkata: “Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu; maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan.”

Allahu a'alam ~~

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP