31 July 2011

Riadhah Otak Di Malam Ahad #4

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu akbar..!

Untuk anda yang sempat membaca post ini, bermakna Allah telah mengizinkan kita semua untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini! Ini juga bermakna, Allah telah memakbulkan doa kita semua..!

"Allahumma balighna Ramadhan.. Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadhan.."

*Air mata terharu mengalir laju...*

Jadi apa kita tunggu lagi...?? Jom kita penuhkan Ramadhan kita kali ini dengan sebanyak-banyak amalan soleh yang boleh...! Jom kita jadikan Ramadhan kita kali ini sebagai Universiti Tarbiyyah yang terosem untuk kita semua..! Jom kita jadikan Ramadhan kita kali ini sebagai hujah untuk kita memohon redha dan rahmatNya di akhirat kelak..! Jom jom JOM..!!

Sebagai motivasi dan riadhah otak untuk siri kali ini, saya kongsikan video tarawih di Mesir pada tahun 2010. Memang seriyes tabik spring, kagum tersujud syukur melihat video ini. Mungkin ini sudah menjadi isyarat kepada apa yang berlaku di Mesir awal tahun ini..? Allahu a'lam.






Bila lagi Malaysia nak jadi macam ni..?

Dan yang lebih bom bom kedaboommm, bila lagi umat Islam nak jadi macam ni, untuk setiap waktu solat; Subuh, Zuhur, 'Asr, Maghrib dan Isya'..? Dan bukan waktu tarawikh di bulan Ramadhan sahaja..?

Kompem kuffar laknatullah terkencheng-kencheng kalau tengok umat Islam mampu untuk solat macam ni di setiap waktu solat!

Ayuh, kita tanam azam untuk tegakkan kembali Islam di muka bumi ini. Kalau bukan kita, takkan tapak sulaiman di lautan atau panda tembam di dalam hutan, bukan...?? Wahahaha..

Ahlan ahlan, ya Ramadhan...! Sila sila jemput masuk, jangan segan-segan! Dan moga kami semua dapat melayan anda sebaik-baiknya, selayaknya dengan status anda sebagai bulan yang penuh barakah, rahmah dan mawaddah...!

Ramadhan Karim untuk semua..! 

-gabbana-

Tak tergambar perasaan Allah izinkan untuk sambut Ramadhan kali ini. Juga sangat teruja dapat mengucapkannya kepada anda semua. Semoga kita semua tidak menghampakan peluang yang Allah beri ini!

29 July 2011

Can Mali Can [Oy Oy]..!

[Kredit]

Ahlan ahlan ya Ramadhan..! 

Senyum besar.

Akhirnya saya akan menulis sesuatu tentang Ramadhan. Ya, bulan yang penuh barakah itu.

Sengaja saya menunggu saat-saat kecederaan sebelum menulis tentang bulan yang cukup spesel ini, jauh lebih spesel daripada burger ayam Ramlee double spesel dengan keju. Wahahaha.. Dan memandangkan saya akan berangkat ke Kelantan pada malam ini untuk menziarahi Puan Besar Nenekku Lari Gagah Berani, khuatir juga kalau tidak berkesempatan untuk menulis apa-apa tentang Ramadhan.

Baiklah.

Ramadhan. Apa yang terlintas di kepala anda apabila disebutkan Ramadhan..? Mari kita lihat beberapa jawapan skema atau cliche yang sering diungkapkan masyarakat apabila ditanya apa erti Ramadhan pada mereka:

"Ramadhan tu bulan berpuasalah! Hadoilamak itu pon nak tanya ke..??" (Ayat kedua tambahan penulis)

"Ramadhan adalah bulan penuh keampunan dan syaitan, jin dan hantu Kak Limah dirantai oleh Allah!" (Jawapan ada sedikit unsur-unsur tarbiyyah)

"Time Ramadhan ni la akak nak turun berat badan dek oii..!"

"Uish, Ramadhan adalan bulan rezeki melimpah-ruah! Kalau berniaga time Ramadhan ni, tak kisahlah berjual kat bazar Ramadhan ke, jual kuih raya ke, boleh sasten untuk setahun! Walaweh!"

"Pak Cik memang suka btol la bulan Ramadhan ni. Masa ni la Pak Cik nak dapatkan langsir, kain tewah, sarung kusyen baru dan bermacam-macam lagi produk berasakan kain kapas Mesir pada harga runtuh..!" 

"Ramadhan ni yg speselnya, ada Lailatul Qadar dan bulan yang diturunkan al-Quran!" (Jawapan kanak-kanak tingkatan tiga)

"Bulan menahan nafsu, lapar dan dahaga, serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari waktu terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Amacam kool tak jawapan aku..?" (Jawapan baru lepas hafal daripada buku teks Pendidikan Islam)

Begitulah lebih kurang, jawapan-jawapan yang bakal kita terima apabila apa erti Ramadhan ditanyakan kepada masyarakat, baik kecil atau besar, tua atau muda, otromen atau raksasa jahat tangan bersepit.


Uish, seronok kan nak selebret Ramadhan..?? Tapi kita seronok sebab apa sebenarnya..? [Kredit]

Persoalannya, apakah yang sebenarnya membezakan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain? Selain nama dan ejaan, apakah yang menjadikan tiga puluh hari dalam bulan Ramadhan berbeda dengan hari-hari di bulan yang lain..?

Jawapannya tidak terletak pada bulan Ramadhan itu per se, tetapi yang membezakan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain adalah... Kita. Ya, KITA. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
[al-Baqarah, 2:183] 

Agar kamu bertaqwa. Sila boldkan, italic, underline dan letak kaler yang paling striking sekali. Hoyeeaahhh!

Ramadhan hanyalah satu platform yang disediakan oleh Allah untuk hamba-hambaNya mendekatkan lagi diri mereka kepadaNya. Di dalamnya, Allah penuhkan dengan maghfirah (keampunan), barakah, mawaddah (kasih sayang) dan pelbagai lagi kelebihan dan kemudahan. Untuk apa semua ini..? Untuk memudahkan kita untuk menjadi hambaNya yang abdi yang lebih bertaqwa.

But then, it's really up to us. Allah sediakan peluang yang sama untuk semua orang. Tidak wujud situasi di mana Allah buka pintu syurgaNya lebih luas untuk Saonah daripada Bedah, hanya semata-mata kerana dia Saonah. Tidak munasabah Allah memberikan keampunan yang lebih kepada Kasim Selimut berbanding dengan Rosli Ismail, semata-mata kerana dia adalah Kasim Selimut. Tidak mungkin.

Jadi apa yang membezakan manusia-manusia di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini..? Taqwa.

Pernah suatu ketika dahulu ketika di London, seorang Syaikh revert, Syaikh Abdul Rahim Green, menceritakan pengalaman seorang rakan baiknya bagaimana rakannya itu boleh tertarik dengan Islam. Kisahnya begini.

Rakannya baiknya itu, juga seorang omputih, pernah mempunyai seorang teman wanita beragama Islam. Yang lebih menge-choyy mindanya, teman wanitanya itu adalah seorang Melayu berkerakyatan Malaysia. Ya, saya tidak mereka-reka. Jadi suatu hari, rakannya itu mengajak teman wanitanya untuk, err, bermain-main acara tupai menebuk pokok. Hohoho.. Dan teman wanitanya itu menolak. Rakannya itu lantas berasa amat hairan kerana selama ini ajakan seperti itu tidak pernah ditolak oleh teman wanitanya.

Anda tahu apakah sebab teman wanitanya itu menolak..? Kerana semasa itu adalah bulan Ramadhan. Maka sebagai 'menghormati' bulan Ramadhan, aktivit-aktiviti tidak bermoral seperti zina dan sebagainya, perlu diberhentikan buat sementara waktu. Pengsan.

Dan oleh sebab itu, rakannya itu berminat dengan Islam. Kerana dia berasa hairan dan lantas ingin mengetahui lebih lanjut mengapa umat Islam, ramainya yang begitu; menjadi malaikat dan berpakaian putih bersih hanya pada bulan Ramadhan. 

Hakikatnya memang sebegitu. Majoriti daripada kita hanya 'bertaqwa' pada bulan Ramadhan. Habis sahaja bulan Ramadhan, kita kembali menjadi Raja Raksasa Syaitan Pikor. Quran yang dibaca habis ketika bulan Ramadhan, langsung tidak disentuh pada bulan-bulan yang lain. Dah jadi macam acara tahunan la pulak. Percakapan yang kita benar-benar jaga di bulan Ramadhan, kita hamburkan segala-galanya pada bulan-bulan yang lain. Mata, telinga dan lain-lain anggota yang kita didik dengan penuh disiplin di bulan Ramadhan, menjadi raksasa gorgon seusai Ramadhan. Ibaratnya, bulan Ramadhan adalah bulan memendam dan bulan-bulan lain adalah masa untuk membalas dendam!

Bagaimana hal ini boleh berlaku..? Bukankah Ramadhan adalah universiti tarbiyyah? Mendidik dan mengasuh kita untuk menjadi seorang Muslim dan Mukmin yang lebih dekat kepadaNya, bukan sahaja pada bulan Ramadhan, tetapi sepanjang tahun..?

Ya benar, lebih baik menjadi baik di bulan Ramadhan, daripada menjadi syaitonirojim yang terlepas bukan? Lebih baik baca Quran daripada tidak membaca langsung bukan..? Lebih baik ada usaha untuk menjaga mata, telinga, mulut dan hati, daripada langsung tidak berbuat apa-apa bukan..? Ya benar, benar sekali di situ. Insha-Allah, saya doakan Allah menerima segala amal kebaikan kita di bulan Ramadhan.

But this is where most of us miss the point. Amalan-amalan dan segala nenek gajah ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan, untuk apa dan siapa sebenarnya..? Bila mana kita melakukannya kerana Ramadhan, maka kita akan menjadi baik dan berakhlak mulia bersopan-santun ketika Ramadhan sahajalah. Tetapi sekiranya kita benar-benar mendidik jiwa dan diri kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah, untuk menjadi seorang marhaen yang lebih bertaqwa, ketika itulah ruh Ramadhan yang sebenar akan meresap masuk ke dalam diri kita. Dan akan kekal, tinggal di dalam kita buat selamanya. 

Orang yang bertaqwa, tidak perlu diberitahu kepada mereka yang mereka perlu menjaga mata, telinga dan mulut di bulan Ramadhan.

Orang yang bertaqwa, tidak perlu dijelaskan kepada mereka bahawa percakapan yang sia-sia itu amat tidak digalakkan di bulan Ramadhan.

Dan orang yang bertaqwa, tidak perlu diingatkan kepada mereka bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan yang cukup mulia, peluang yang perlu direbut untuk mendekatkan diri kepada yang Esa. 

Kerana semuanya itu sudah sebati di dalam diri mereka, dek tarbiyyah Ramadhan yang benar-benar meresap jauh ke dalam jiwa. Dan ketaqwaan mereka itu akan kekal di bulan Syawal, Zulqaedah, Zulhijjah dan seterusnya. Itulah baru benar-benar bergaya.

"...agar kamu bertaqwa."


Adakah kita berusaha dengan sesungguhnya untuk menghayati ruh Ramadhan..? [Kredit]

Allah telah khaskan Ramadhan untuk orang-orang yang bersungguh-sungguh mencari keredhaanNya, mengejar ketaqwaan yang hakiki dan berusaha sebaiknya untuk mendapatkan keampunan Ilahi. Orang yang sebegini, mereka akan bertemu dengan Ramadhan yang sebenarnya. Allah akan permudahkan jalan untuk mereka agar mereka senang untuk menjadi orang yang bertaqwa. Mujahadah yang mereka lakukan tidak akan sia-sia kerana akan Allah pertemukan mereka dengan kemanisan ditarbiyyah oleh Ramadhan.

Ayuh, kita cabar diri kita dan kita tanamkan azam, Ramadhan kali ini mesti menjadi jaaaauuuhhh lebih baik daripada Ramadhan-Ramadhan yang sebelumnya. Dan yang lebih penting, semoga ketaqwaan, keimanan dan kefahaman yang kita bina dan didik untuk Ramadhan 1432 Hijriah ini, akan dapat berjumpa dengan Ramadhan 1433 Hijriah nanti! (Font kecil:Juga untuk tahun-tahun yang mendatang, selagi mana nyawa masih dikandung badan. Hohoho..)

Semoga sempat untuk kita ketemu dengan Ramadhan tahun ini. Dan semoga kita berjaya memperoleh ijazah cemerlang daripada Universiti Tarbiyyah Ramadhan untuk tahun ini!

"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala (redha Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu."
[Hadith riwayat Bukhari]

Allahumma balighna Ramadhan, wa bariklana fih! Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan dan kurniakanlah kami keberkatan padanya!

Can mali can [Oy oy]! Can mali can [Oy oy]! Can mali can, ketipung payung ewaaahh!

-gabbana-

Sumpah down dengan khutbah Jumaat di Masjid Jamek hari ini. Orang dok sibuk dan sambut Ramadhan dengan permaidani merah dan taburan bunga-bunga ros, segelintir puak sibuk mahu menggunakan masjid sebagai platform berpolitik dan menyampaikan dakyah. Sudah-sudahlah tu..!

27 July 2011

ISK: Ini Sungguh Karut..?

[Kredit]

[Hanya untuk bacaan anda yang pernah melalui atau mendengar pengisian Ini Sejarah Kita. Kalau tak pernah pon boleh jah baca. Tapi sila jangan mengada-ngada untuk minta saya eksplen nanti sekian terima kasih hey!]

Alhamdulillah, pada hujung minggu lepas saya dan beberapa orang Inche Ikhwah selamat meng-ISK-kan hadek-hadek Kolej Maha Busy dan Kolej Tanah Terbiar. Program yang dinamakan dengan 'Our History' atau OH ini (Bajet glemer la sket bagi nama omputih. Wahaha..) telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan gilang-gemilangnya, walaupon ada beberapa masalah teknikal dan kekurangan tenaga yang seriyes di peringkat awalnya. Komen atau feedback daripada para peserta juga cukup mengujakan menyebabkan saya terasa seperti mahu melompat tinggi sambil mengangkat kedua belah tangan dan menjerit, "Ini sumpah osemmmm..!" Segala puji bagi Allah.

Sejaka turun-temurun lagi (Ok over. Beberapa tahun sudehh..) ISK telah dijadikan modul atau pengisian untuk mentajmik (mengumpulkan) hadek-hadek, dengan harapan percikan-percikan api kesedaran untuk mengubah ummah dapat dikeluarkan daripada jiwa mereka. ISK yang diolah dan disesuaikan daripada buku 'Bainal Ams Wal Yaum' (Antara Semalam dan Hari Ini) karya as-Syahid Hassan al-Banna, mengambilkira waqi' dan situasi semasa dalam mengenengahkan fakta-fakta sejarah dan point-point utama dalam pengisian tersebut.

Dan masha-Allah, masa dan waktu telah menjadi saksi betapa pengisian ISK ini mempunyai peratus kejayaan yang agak tinggi dalam membangunkan semangat, himmah dan kesedaran di kalangan jiwa remaja yang sedang nyenyak tidur selama ini. Allahu akbar!


"Sejarah itu adalah salah satu daripada tentera Allah yang menguatkan hati!" - Imam Abu Qasim al-Junaid [Kredit]

Namun begitu, ISK tidak pernah lari daripada kontroversi. Sejak saya mula mengenali ISK lagi, telah banyak kedengaran desas-desus dan ura-ura tentang 'kesesatan' ISK. Malah sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, serangan-serangan pengganas terhadap ISK lebih ekstrem dan brutal lagi, espeseli untuk para pelajar di luar negara. Ya, ISK telah pun merentas benua, menangkap jiwa-jiwa yang dahagakan pengisian tarbawi dan rohani jauh nun di luar negara sana, tetapi tetap tidak dapat lari daripada cemuhan dan kritikan.

Antara kritikan-kritikan berapi dan komen-komen pedas yang dilontarkan terhadap ISK termasuklah:

"Ni graf merepek apalah ni. Apa paksi Y-nya..? Kenapa graf dia garisan dia lurus je takde bengkang-bengkok..? Bukan ke setiap era ada banyak masalah ke..?"

"Tipu gila zaman 'Abbassiyah Islam berada di puncak kegemilangan. Pada hal time tu punyalah banyak pemberontakan dan pergolakan.. Graf ni tak boleh percaya!"

"ISK ni langsung tidak beretika dalam membentangkan fakta-fakta sejarah. Kenapa hanya diceritakan kejayaan-kejayaan indah tentang Islam. Kenapa tidak tulus dan jujur dalam menelusuri seerah...??"

"Nabi SAW dulu mana ada buat usrah-usrah ni semua. Bidaah betul!"

"Kata 'Ini Sejarah Kita.' Tapi sejarah yang diceritakan berdasarkan kaca mata puak-puak tu je. Pigidaaahhh..!"

[Ok dialog-dialog di atas adalah rekaan saya semata-mata. Tapi intipati kritikan dan komen bukan rekaan]

Dan pelbagai lagi jenis kritikan dan komen yang dihamburkan. 


Graf 'feymes' ISK yang sering mengundang kontroversi hangat lagi sensasi. [Kredit]

Secara prinsipnya, saya amatlah terlalu ok untuk kritikan-kritikan membina yang mampu untuk menambahbaik lagi modul atau pengisian ISK ini. Malangnya, kebanyakan kritikan dan komen yang diterima kebanyakannya negatif dan bersifat menjatuhkan, bukan untuk mencari kebenaran dan menjelaskan mana-mana yang kabur dan kelabu. Ya, memang sakit hati. Choyy!

Bagi saya golongan yang mengkritik secara membadak-buta ini adalah zalim; mereka sengaja tidak mahu melihat ISK daripada kaca mata yang lebih besar dan holistik. Atau dengan bahasa mudahnya, mereka tidak melihat gambaran besar (Baca: Big picture) objektif dan point-point utama yang mahu diketengahkan oleh ISK. Mereka melihat melalui kaca mata seorang pemandu kereta di lebuh raya dan bukannya seekor burung yang sedang terbang bebas di udara.

Yang lebih menyedihkan, ada juga golongan yang sengaja menghasut hadek-hadek yang belum pernah mendengar ISK dengan suapan-suapan racun yang berbisa. Belum lagi dilihat kepada serangan-serangan terhadap ISK di alam maya, tidak mahu kalah kepada Anonymous dan Lulzsec penggodam terhangat masa kini. Ya Allah..

Inikah adab seorang dai'e...? Adakah ini caranya kita melayan atau memberi pandangan terhadap fikrah atau pemikiran gerakan-gerakan yang tidak sehaluan dengan kita..? Allahu a'lam, mungkin golongan-golongan ini lebih arif sehingga tidak segan-silu berkelakuan sedemikian.

Hakikatnya, golongan ini lupa bahawa ISK telah berjaya membangunkan 'gergasi' yang tidur di dalam begitu ramai jiwa rijal-rijal agama, dengan izinNya. Faktanya, mereka terlepas pandang berapa ramai anak-anak muda yang kini berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut selepas mendapat sentuhan ISK, dengan izinNya. Realitinya, leka daripada me...

Saya sendiri secara jujurnya tidak terkesan dengan pengisian ISK ini. Tetapi saya pernah menyaksikan sendiri betapa banyak jiwa-jiwa yang tersentuh dengan kisah-kisah kehebatan Mus'ab, Sultan Muhammad al-Fatih, Salahuddin al-Ayyubi dan Saifuddin Qutuz, terkesima dengan kehebatan Islam di masa lampau, terkejut dengan fakta kejatuhan khilafah dan meronta-ronta jiwa mereka melihatkan saudara-saudara mereka di Palestin, Libya, Algeria, Kashmir dan Tak Bai - untuk cukup yakin dengan pendekatan yang dibawakan oleh ISK.

Gambaran Salahuddin al-Ayyubi, tokoh Super Saiya dalam Islam yang tidak pernah gagal membangkitkan semangat rijal-rijal muda! [Kredit]

Tahukah anda Kiyai Ahmad Dahlan, pengasas Muhammadiyah di Indonesia, bermain muzik untuk menarik anak-anak muda kepada Islam..?

Tahukah anda Sunan Kalijaga, salah seorang daripada Wali Songo menggunakan upacara-upacara tradisi dan permainan wayang kulit untuk menawan hati masyarakat Jawa..?

Lantas kita menuduh mereka sesat? Terus kita mendakwa mereka tidak beradab dalam berdakwah? Pantas kita mengkritik mereka membawa fahaman sesat dan bidaah..? Begitu?

Lupakah kita kepada sabda ar-Rasul SAW ketika melihat Abu Dujanah yang kelihatan begitu 'angkuh' sekali di medan perang Uhud..?

"Perlakuan sebegini dibenci Allah melainkan dalam situasi begini (jihad)."

Jika kita memandu, pasti kita ada destinasi yang ingin dituju. Sia-sialah minyak, bunga tayar, bateri kereta dan sebagainya sekiranya kita memandu tanpa arah tujuan. Setiap program, aktiviti, modul dan apa-apa yang seangkatan dengannya, pasti ada objektif yang ingin dicapai. Apatah lagi ISK yang dirangka dalam memberi kesedaran tentang peri pentingnya menegakkan Islam di muka bumi Allah ini, objektifnya sudah tentu sahaja bebas daripada kepentingan-kepentingan peribadi dan busuk.

Maka setiap kali program ISK yang dijalankan, pasti ada hadaf (objektif) tertentu yang ingin dicapai. Tidak boleh tidak, pasti ada pihak yang tidak akan berpuas hati. Sekiranya anda ingin tahu sejarah secara mendalam, silalah buka kitab-kitab sejarah yang ada di pasaran. Jika anda tidak berpuas hati dengan cara program sebegini dikendalikan, maaf, banyak lagi program-program di luar sana yang mungkin sahaja bisa memenhu citarasa anda.

Ya, ISK tidak sempurna. Tiada apa yang sempurna di dunia ini. Hatta ESQ juga punya kelemahannya yang tersendiri. Hohoho.. Tetapi alangkah baik dan bagusnya sekiranya pelbagai pihak bersama-sama menyumbang pandangan dan kritikan membina dalam menambahbaik ISK..? Menjadikannya modul yang benar-benar mantap dan mapan, ke arah memberi kesedaran kepada anak-anak muda di luar sana betapa ummah sedang sakit tenat dan dalam bahaya...??

Platform yang sudah pun terbukti berkesan telah pon berada di depan mata. Alangkah bagusnya sekiranya kita semua dapat mencantikkan dan menghensemkan lagi platform tersebut.   

Rumah sudah pun terbina. Ya, ada lubang di sini, cat tertanggal di sana, lantai retak di situ dan dinding merekah di sinun. Lantas kita merobohkan sekaligus rumah tersebut..? Alangkah!

Selagi mana ISK terus berupaya untuk membangunkan hati-hati yang lesu, yang dahagakan sentuhan tarbiyyah di luar sana, selagi itulah saya terus yakin dengan ISK, dan saya yakin ISK juga akan terus gagah mengharungi lautan cemuhan dan kritikan. Ya, suatu hari nanti ISK mungkin tidak lagi relevan, tidak lagi efektif dalam memberi hentakan siku lepat kepada para pendengarnya. Namun sehingga hari itu tiba, ISK akan terus dilihat sebagai cara yang paling osem untuk memberi tolakan kepada rijal-rijal di luar sana, melangkah masuk ke alam dakwah dan tarbiyyah.

ISK: Ini Sumpah Kool...! Aman.

 -gabbana-

Artikel ini ditulis dalam keadaan saya yang sungguh kool dan tenang, langsung tidak emo. Walaupon gaya bunyi artikel ini tidak sebegitu. Sungguh.

Sumpah cemburu pada orang yang awal-awal mempopularkan ISK ini (saya sangat kenal dengan orangnya). Pasti saham sorganya kini sudah bergazillion banyaknya. 

Allahu a'lam. 
 

26 July 2011

Dua Peluh Empat

Hari ini, dua puluh empat tahun yang lalu. 

Seawal usia dua puluhan, Mus'ab bin Umair diberi amanah yang cukup besar oleh ar-Rasul SAW untuk menjadi duta Islam merangkap naqib buat para penduduk Madinah yang dahagakan tarbiyyah Islam.

Pada usia muda sembilan belas tahun, Usamah bin Zaid telah pun dilantik oleh ar-Rasul SAW untuk mengetahui pasukan tentera Islam untuk menentang para tentera Romawi.

Dan di usia dua puluh empat tahun* juga, Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menundukkan kota Konstatinopel, menepati hadith ar-Rasul SAW sebagai pemimpin yang terbaik, dibantu oleh para tentera yang terbaik.

[Pelbagai pendapat; ada yang mengatakan dua puluh enam, ada yang mendakwa dua puluh satu. Sengaja dipilih dua puluh empat supaya terkena tepat pada batang hidung sendiri]

Dan hari ini, dua puluh empat tahun lalu, seorang hamba marhaen yang tidak punya apa-apa, tiada sumbangan besar kepada ummah mahupun dunia, telah dilahirkan.

Moga masa-masa yang mendatang, yang diizinkanNya untuk darah-darah dalam tubuh dipam jantung dan mengalir ke dalam kapilari, hidung dan paru-paru meyedut dan menghembus oksigen percuma dan otak terus berfungsi.. Moga masa-masa yang tersisa akan digunakan sebaiknya untuk dikorbankan buat dakwah dan perjuangan, mendekatkan lagi diri kepadaNya, untuk menggapai redhaNya dan menjadi dorongan untuk pecutan terakhir ke syurgaNya!

Selamat mendekati mati, Inche gabbana!


-gabbana-

Sungguh pantas masa berlalu. Masih segar dalam ingatan ketika diri ini masih hingusan, riang gembira sewaktu ketika dahulu.. Haih... 
 

24 July 2011

Riadhah Otak Di Malam Ahad #3

Dalam dunia ni kita tak boleh nak hidup sorang-sorang. Allah ciptakan Hawa untuk Adam, kerana Allah tahu yang Adam tak boleh nak hidup sorang-sorang. Sorang-sorang itu loser dan ramai-ramai itu kool.

As much as we would love or want to live alone, the hard fact is, "No man is an island."

Mengapa bila kita hendak belajar, kita mewajibkan diri kita untuk berjemaah? Mengapa kita bekerja, kita mesti bekerja dalam kumpulan? Mengapa apabila kita melakukan sesuatu,

Maka saya begitu hairan bin pelik bin ajaib, bagaimana orang boleh mendakwa yang dia mampu untuk bergerak dalam menyebarkan risalah Allah secara bersendirian. Dia tidak memerlukan jemaah; tidak memerlukan orang lain atau kumpulan untuk melaksanakan tugas dakwah.

Sekiranya itu benar, sudah pasti Rasulullah SAW dahulu tidak bersusah-payah mencari para sahabat untuk menguatkan saf perjuangannya, untuk membantunya dalam menyebarkan risalah Islam. Sudah pasti baginda SAW akan berkata kepada para sahabat:

"Eh takpe takpe, kamu semua duduk je kat dalam masjid, solat dan baca Quran banyak-banyak. Biar saya seorang yang melaksanakan tugas ini!"

Tetapi itu tidak berlaku; baginda amat membutuhkan bantuan, sokongan dan pertolongan daripada para sahabat, kerana baginda faham dan sedar, sunnatullahnya dakwah itu memerlukan jemaah..! Firman Allah sewajarnya kita hayati dan imani:

"Sesungguhnya Allah sangat cinta pada orang yang berperang di jalan-Nya dalam saf-saf yang teratur; mereka seakan-akan bangunan yang kukuh." 
[as-Saf, 61:4]

Sedangkan binatang pon tahu hidup berjemaah, apatah lagi kita manusia, kita lebih membutuhkannya! Bak kata Wonderpets, 

"Apa yang penting..?? KERJASAMA...!!"

Selamat beriadhah otak di waktu malam!





-gabbana-

Penat tergolek-golek hari ini, setelah ber-OH bersama hadek-hadek Kolej Maha Busy dan Kolej Tanah Terbiar. Penat tapi puas! Alhamdulillah! ;D

22 July 2011

Jika Tidak Cukup Baki, Sila Topap Amalan Anda Dengan Segera!

Semalam saya dan Inche Z berkongsi kereta untuk ke bulatan gembira kami. Kasihan Inche Z; dia terpaksa menunggu saya dek urusan-urusan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong yang tak dapat untuk saya elakkan. Hohoho.. Maka kurang lebih jam sembilan setengah baharulah kami dapat bertolak ke lokasi bulatan gembira kami.

Lokasi untuk bulatan gembira kami kali ini ditukar ke tempat lain, memandangkan Inche Murabbi kami ada urusan di situ. Untuk ke sana, saya mengambil Jalan Segera Duta-Ulu Klang (DUKE) sebelum mengambil susur keluar masuk ke dalam Jalan Segera Utara Lembah Klang (NKVE). Pada mulanya saya menyangkakan yang kami akan mengambil jalan keluar Subang. Namun saya dimaklumkan yang kami akan mengambil jalan keluar yang lain, agak jauh ke depan daripada jalan keluar Subang.

Dan pemakluman ini hanya berlaku seusai saya menyentuh kad Sentuh dan Pergi (Baca; Touch 'n' Go) saya di Plaza Tol Jalan Duta yang menunjukkan baki RM4.60. Peluh kecil.

"Insha-Allah cukup!"

Umum saya dengan penuh yakin. Hoyeeeaahh!

Setibanya kami di jalan keluar XXX, hati saya menjadi sedikit berdebar; khuatir kalau tak cukup baki untuk membayar tol. 

"Insha-Allah cukup, Insha-Allah cukup.."

Ulang saya berkali-kali, lebih untuk menenangkan diri sendiri daripada untuk meyakinkan Inche Z.

Mujurlah tidak banyak kenderaan yang melalui plaza tol XXX malam semalam. Et lis kalau berlaku apa-apa, tiadalah malu besar dibuatnya..! Wahahaha..

Dan anda tahu apa yang berlaku sebaik sahaja saya menyentuh kad Sentuh dan Pergi saya..? Tertera pada skrin tol:

"RM5.20. Kurang RM0.60."

Vavavum! Semat ah..! Memang itu yang sangat-sangat saya perlukan sekarang ini! Peluh besar menitik-nitik, sambil menguntum senyuman kelat.



Saya dan Inche Z hanya mampu tertawa, kerana seolah-olah kami sebenarnya sudah menjangkakan kejadian tersebut akan berlaku. Saya lantas menekan butang interkom dan bercakap dengan pekerja tol yang bertugas. Tidak lama selepas itu, seorang pekerja wanita datang untuk mengutip enam pulosen daripada saya. Yang menariknya, dia meminta maaf kepada kami.

Kakak Pekerja Tol: Minta maaf ye..
Saya: Eh buat apa akak nak mintak maaf..? Saya yang patut minta maaf sebab susahkan akak.. Minta maaf kak..!
Kakak Pekerja Tol: Mintak maaf la, sebab saya lambat sikit..
Saya: Eh takpe takpe! Terima kasih ye..!

Palang tol lantas dinaikkan untuk melepaskan kami pergi. Terdengar bunyi siren; bunyi keramat yang menandakan kereta yang lalu di laluan itu sama ada menghadapi masalah atau kes seperti saya, tidak cukup baki untuk membayar tol. Wahai.

Inche Z memuji-muji kakak pekerja tol tadi atau budi pekerti mulia dan akhlak mahmudah yang ditunjukkannya. Kami berseloroh yang entah-entah kakak pekerja tol itu sebenarnya ahli bulatan gembira yang aktif lagi riang! Wahahaha..

Ok, tu cerita saya malam semalam. Sekarang saya nak tukar sedikit jalan cerita tu, supaya menjadi lebih bergaya tetapi berkemampuan untuk mengalirkan air mata bergelen-gelen banyaknya. Anda bersedia..?

Mari..!

***

Semalam saya memandu seorang-seorang di tengah-tengah padang mahsyar, mencari-cari jalan, sesat di tengah-tengah jutaan, mungkin gazilionan lautan manusia. Tempat yang dituju..? Entahlah, saya pon tidak tahu. Yang saya pasti, nanti nama saya akan dipanggil dan saya akan melalui tol, tempat perhentian untuk menentukan saya masuk ke dalam sorga atau dicampak ke dalam neraka (Yang terakhir itu nau'dzubillah..).

Ada pelbagai jenis manusia berada di situ. Ada yang tampak ceria, ada yang berwajah muram. Ada juga yang berjalan kepala di bawah kaki di atas..! Belum lagi dikira manusia-manusia yang bernanah si dan sana, berbau busuk, berwajah hitam legam dan sebagainya. Cukup mengerikan..!

Tetapi ada juga sekumpulan manusia yang jauh bezanya dengan kumpulan ini. Mereka berpakaian bersih, berbau wangi, wajah mereka ceria bercahaya-cahaya. Pendek kata, mereka kelihatan sungguh kool dan bergaya..!

Saya..? Entahlah, saya pon tak tahu, kerana saya tidak dapat melihat diri saya sendiri. Rasa macam ok je. Tetapi saya cukup yakin, buku amalan yang saya pegang di tangan cukup untuk melepasi tol yang bakal saya lalui nanti.

"Insha-Allah cukup..!"

Umum saya dengan penuh yakin. Hoyeaaahhhh..!

Kedengaran nama saya dipanggil. Hati menjadi semakin berdebar.

"Insha-Allah cukup, Insha-Allah cukup.."

Ulang saya berkali-kali, lebih untuk menenangkan diri sendiri yang mula rasa was-was dengan buku amalan diri.

Setibanya saya di tol, saya dikehendaki menyerahkan buku amalan saya. Eh, kenapa tak boleh nak serah pakai tangan kanan ni..?? Ish ish! Berat betul tangan kanan ni untuk serahkan buku amalan! Wahai..!

Akhirnya tangan kiri yang terpaksa menyerahkan buku amalan. Dan anda tahu apa yang berlaku sebaik sahaja saya menyerahkan buku amalan saya..? Tertera pada skrin tol:

"Amalan soleh dan kebaikan anda kurang. Maksiat dan dosa yang lebih banyak."

Eh...?? Ya Rabbi...! Bagaimana ini...??

"Betul ke ni...?? Cuba check betul-betul!"

Saya cuba untuk mempertahankan diri.

Kelihatan beberapa malaikat yang datang mendekati saya, untuk membawa saya pergi.

"Eh eh! Nanti dulu...!! Tak boleh nak bayar yang kurang tu ke..?? Eh eh...! Amalan saya dulu-dulu tak cukup ke..??? Yang saya sedekah itu...?? Yang saya belai anak yatim itu...?? Yang saya solat malam itu...??? Bagaimana..?? Bagaimana...???"

"Maaf encik, mari ikut kami."

Malaikat lantas menarik saya, dengan ganas dan kasar sekali.

"Tunggu...! TUUUNNGGGUUUU...!! Ya Allah...!! Pulangkan aku kembali ke dunia...! Aku sudah yakkkiinnn..! Izinkan aku untuk beribadah siang dan malam kepadaMu; aku ingin menjadi hambaMu yang taat lagi patuh...!!!! Pulangkan aku ya Allah..! Pulangkan aku ke dunia....!!!"

Shhhrrrttt. Shrtttttt. Bunyi saya diheret. Ke arah neraka. 

"TIIIIDDDAAAAAKKKKK....! Ampuuuunnnkaaaannn aku ya Allllaaaahhhh....!! Ammmpuuunnnkkaaannn akkuuu....!!!

Sshhrrrttt. 

***

(Seriyesly rasa seram dan rasa macam nak menangis sekarang ini.)

Ya, itu hanya imaginasi saya sahaja. Maafkan saya kalau anda yang tersinggung atau tidak setuju dengan gambaran saya. Saya ulangi, itu hanya imaginasi saya sahaja.

Bagaimana..?

Tol di dunia, bolehlah kita bayar dengan wang ringgit kita sekiranya baki kad kita tidak mencukupi. Bolehlah kita tambah nilai bila-bila masa yang kita sukai.

Tetapi tol akhirat bagaimana..? Yakinkah kita dengan amalan-amalan kita..? Cukupkah bekalan kita untuk menghadapiNya nanti..? Sudah betul banyakkah pahala dan kebaikan-kebaikan yang ada pada kita, untuk menyelamatkan kita dari bahang dan azab api neraka..? Atau kita berada di dalam zon selesa, terlalu yakin yang kita akan ditempatkan di dalam sorgaNya...?? Nau'dzubillah..


Walau siapa pon kita, tol tetap perlu dibayar..! Miskin, kaya, tua, muda, semuanya akan melalui tol akhirat nanti! [Kredit]
Saya..? Saya masih belum bersedia. Jujur. [Tee][Tee][Underscore][Underscore][Tee][Tee]

Anda bagaimana..?

"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya, (mereka berkata): 'Ya Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin..!'"
[as-Sajdah, 32:12]

 -gabbana-

21 July 2011

Nota Ringkas Yang Seriyes Di Petang Hari #4

Saya sedang berjalan pulang daripada membeli makanan tengah hari. Hari ini bungkus dan bawa pulang sahaja kerana tidak ada geng untuk makan bersama.

Ketika beberapa puluh meter sahaja dari opis, saya melihat seorang wanita bertudung labuh siap berjilbab/berpurdah lagi, sedang berjalan ke arah yang bertentangan. Memang bergaya.

Yang tak bestnya adalah tangannya sedang memegang plastik berisi makanan. Cuba teka makanan cap apa...?























Mekdonel. 

Peluh besar berpeluh-peluh.

Ya, sungguh choyy melihatnya.

Maaf, saya tidak dapat tidak daripada menghakimi buku dengan melihat kepada kulit luarnya. Pakaian wanita itu langsung tidak secocok dengan Mekdonel. 

Memang terfikir tadi nak berhenti dan berdialog dengan wanita tersebut:

"Puan, puan tahu tak yang kita sebagai umat Islam disarankan untuk boikot produk-produk yang sapot Zionis, dan antaranya adalah Mekdonel..? Puan tahu tak berapa ramai orang Palestin yang dibunuh saban hari, berapa ramai mak yang hilang anak, berapa ramai anak yang hilang bapak, saban waktu dan ketika di Palestin..? Puan tahu tak..??"

Tapi entah mengapa, saya terus berlalu pergi, sambil memuncung sedikit dan menjeling plastik yang berisi Mekdonel itu. Aduhai.

Mari kita sama-sama berlapang dada dengan berfikir bahawa wanita tersebut memegang burger dan air minuman Mekdonel kawannya.

Err...


Mekdonel jahaaattt..! Jom boikot..! [Kredit]

Mari kita sama-sama boikot Mekdonel! Kalau tak mampu nak berjihad di Palestin sekalipon, apalah sangat berkorban Mekdonel itu!

Jangan sampai saudara-saudara kita di Palestin sana kelak menyoal kita: Aku bermatian mempertahankan kota suci al-Aqsa, dan kau duduk bergoyang kaki, makan dan minum menyokong produk Yahudi...??

-gabbana-

Yang dah bertahun tak sentuh Mekdonel.

Mehnah Tidak Datang Bersopan-Santun Sambil Mengucapkan "Hai Anda!"


Alhamdulillah, semalam dan kelmarin diberi peluang oleh Allah SWT untuk menziarahi ikhwah dan akhawat yang sedang berkonferens riang dalam dua program yang berbeza; kelmarin program kibar-mengibar panji-panji Islam yang diadakan di Hulu Langat dan semalam program kilau-menyilau dengan cahaya-cahaya keimanan rabbani yang hakiki. Wahahaha.. Eh gelak pulak.

Seronok sungguh dapat melihat dengan mata kepala sendiri semangat-semangat yang terpancar dengan riang gembiranya pada wajah-wajah rijal muda yang ada. Lebih seronok dapat duduk-duduk untuk bermuayasyah (bergaul mesra) dengan mereka sendiri. Sifir nikmat yang selalu bermain-main dalam kepala saya sekali lagi berjaya diterjemahkan dengan jayanya pada kedua-dua hari itu. Haih, begitu banyak dan besar nikmat yang Allah beri pada saya. (Bunyi macam mengeluh tapi saya penuh dengan kesyukuran tahu..?)

Ada beberapa persamaan yang agak menarik dalam perjalanan saya ke kedua-dua program tersebut. Kedua-dua jalan untuk ke sana sangat dodgy dan menyeramkan. Jalan berbengkang-bengkok dan untuk kes program kibar-mengibar, terpaksa pula memandu menaiki bukit yang agak curam. Kemudian terpaksa pula melalui jalan hampir lima kilometer jauhnya, tanpa lampu jalan dan hutan di kiri kanan jalan sebelum sampai di tempat program! Terbayang juga kalau-kalau ada mak cik berpakaian putih berambut panjang mengurai berdiri di tepi jalan ingin menumpang kereta! Wahai.

Begitu juga dengan perjalanan untuk ke program kilau-mengilau. Jalannya gelap dan berbengkang-bengkok. Mujurlah saya tidak terlepas simpang masuk ke tempat program, kerana papan tanda yang menunjukkan arah tempat progam itu tidak dilengkapi dengan teknologi menyinar di dalam gelap (Baca: Glow in the dark). Hihihi...

Pendek kata, kedua-dua jalan untuk ke tempat progam adalah sungguh mencabar! 

Tetapi yang lebih menyebabkan kadar degupan jantung saya meningkat hampir lapan kali ganda dan tekanan darah memecut naik adalah kedudukan bampe (Baca: Bumper) jalan yang sumpah sungguh menyakitkan hati. Dan memandangkan saya adalah seorang pemandu jalan raya yang sungguh berakhlak dan bersopan-santun yakni amat gemar memandu laju, bampe yang muncul secara tiba-tiba sambil mengucapkan "Tora datang lagi..!" dan tersenyum sinis sering menyebabkan saya hampir-hampir bertukar menjadi raksasa gorgon serta-merta.

Dan merbahaya juga.

Kerana selalunya saya terpaksa menekan brek secara mengejut. Mujurlah tiada kereta yang sedang memecut laju di belakang saya. Jika tidak pasti saya telah dicium dengan mesranya oleh mereka. Hohoho.. Kasihan juga pada Humaira' (buah hati saya); setiap kali saya berbuat sedemikian, dia pasti amat terseksa..! Maafkan kekanda, Humaira'..!

Apabila memikirkan kembali insiden yang berlaku, saya bermuhasabah. Pertamanya, pasti kejadian sedemikian tidak akan berlaku sekiranya saya memandu dengan lebih berhati-hati dan tidak seperti Suria Perkasa Hitam. Keduanya, sekiranya saya lebih peka dengan keadaan sekililing, sudah pasti saya akan perasan papan tanda yang menunjukkan adanya bampe di kawasan tersebut. Dan sekiranya tiada papan tanda sekali pon, sekiranya saya peka dan tidak khayal, saya pasti boleh perasan bukan..? (Err.. Eceli susah jugak sebab jalan yang super amat gelap. Font kecil: Cubaan untuk membela diri. Wahaha..)

Tetapi yang lebih mengujakan adalah bagaimana insiden atau peristiwa yang berlaku tersebut dapat saya kaitkan dengan kehidupan sehari-hari kita. Anda berminat mahu mendengarnya..? Jika tidak silalah berlari keluar dan mengangkat tangan sambil menjerit "Saya tak mahu tahu...!" sekuat hati anda. Sekiranya anda berminat, teruskan membaca.

Begini. 

Dalam kehidupan kita sehari-hari sebagai makhluk Homo Sapiens ini, kita didatangi dengan pelbagai jenis ujian, cabaran, dugaan dan mehnah. Ujian-ujian ini datang dalam bermacam bentuk dan berbeza menigkut individu. Pada kita, ujian yang menimpa Mak Cik Karimah Tan itu tampaknya seperti tidak ada apa-apa, tapi hanya Mak Cik Karimah Tan sahaja yang tahu betapa beratnya bahu yang memikul. Ada orang amat terkesan bila menghadapi kematian contohnya, ada orang tidak. Ada orang bisa bersabar dengan masalah kewangan misalnya, tetapi ada yang tidak mampu menanggungnya.

Untuk anda yang sudah berkecimpung dalam dakwah dan tarbiyyah terutamanya, anda pasti amat faham betapa cabaran dan ujian yang menanti (atau pon yang sudah menimpa) anda amatlah besar dan mencabar sekali. Dari berkorban masa, wang, tenaga dan emosi sampailah kepada tanggungjawab untuk berpolitik dengan mak bapak. Terpaksa mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk matlamat dan halatuju yang lebih agung dan abadi. Kadang-kadang diri terasa seperti dianaktirikan; punyalah banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, tetapi orang lain juga yang syok, dapat menikmati keindahan dan keseronokan duniawi!

Apa kau hengat aku tak jeles tengok kau pakai beg tangan kulit Marc Jacobs itu..? Kata anda berbisik di dalam hati. Eh.

Tapi itulah jalan dakwah; walaupon cliche dan sudah hampir bernanah telinga anda mendengarinya, hakikatnya tetap sama - jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga ros mahupon diiringi dengan muzik-muzik indah orkestra angin (Baca: Wind orchestra). 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: 'Kami telah beriman,' sedang mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta."
[al-Ankabut, 29:2-3] 

Namun begitu, dengan segala jenis ujian dan cabaran yang terpaksa anda lalui, rupa-rupanya ada kejutan di tengah jalan. Dalam anda sedang berhempas-pulas mengerah segala tok nenek tenaga dan keringat, memecut laju ke hadapan, tiba-tiba ada sahaja mehnah dan tribulasi yang langsung tidak anda sangka-sangkakan.

Sama seperti saya yang sedang memecut laju mahu cepat sampai ke destinasi, tiba-tiba dikejutkan dengan bampe yang terjojol di depan mata. Syabas.

Dan sekiranya anda langsung tidak bersedia, maka jadilah anda seperti saya yang terkejut gorilla apabila terpaksa memperlahankan kereta secara tiba-tiba. Walhal sekiranya saya lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling, pasti saya tidak perlu menekan brek secara mengejut sebegitu.

Begitulah kita di atas jalan dakwah ini.

Mehnah tidak akan datang bersopan-santun dengan penuk akhlak ketimuran, memberi amaran jauh terlebih awal sebelum datang menziarahi kita. Di dalam mimpi anda mungkin. Apabila Allah mahu menguji kita, maka ujian itu akan datang pada bila-bila, sama ada kita bersedia atau pon tidak.

Tetapi Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang; sudah Dia berikan tanda-tanda dan isyarat sebelum Dia menguji kita. Samalah seperti papan tanda yang memberikan kita amaran bahawa ada bumper di kawasan sekitar.

Cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya.

Cuma kita sahaja yang begitu khayal, leka, sehingga kita langsung tidak menyangka ada ujian yang bakal menimpa.

Cuma kita sahaja yang pekak dan buta, tidak memberikan perhatian kepada tanda-tanda dan isyarat yang diberikanNya.

Bukankah Allah tidak akan membenani seseorang itu di luar jangkauan kemampuan dan kekuatannya..?

Ketahuilah sesuatu; lagi besar ujian dan mehnah yang menimpa anda, tandanya lebih dekatlah anda kepadaNya dan lebih sayang dan cinta Allah kepada anda. Itu fakta dan bukan auta. Lihat dan hayatilah seerah perjuangan ar-Rasul SAW dan para sahabat. Mereka yang paling banyak diuji dan ditimpa dengan pelbagai mehnah dan ujian, mereka itulah yang paling kuat ketaqwaan dan keimanan mereka. 

"Dan tatkala orang-orang mu'min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan."
[al-Ahzab, 33:22] 

Para sahabat yang serba kekurangan, kebuluran dan dalam keadaan yang amat menekan, langsung tidak gentar apabila melihat puluhan ribu tentera kufar datang untuk menyerang dan mengepung mereka. Mereka malahan gembira, menanti-nanti kedatangan musuh-musuh mereka. Megapa..?

Kerana itulah yang dijanjikan Allah dan ar-Rasul SAW. Dan melihat dengan mata kepala sendiri betapa benarnya janji-janji yang pernah disebut oleh baginda SAW, peristiwa tersebut menguatkan lagi keimanan mereka kepada Allah.

Dan anda tahu apa yang lebih bergaya..? Apakah tujuan bampe diletakkan pada tempat-tempat sebegitu? Untuk kita memperlahankan kereta kita. Mungkin, hanya mungkin, ujian dan mehnah yang tertimpa pada kita pada masa-masa yang tidak kita sangka-sangkakan adalah sebagai amaran untuk kita memperlahankan kereta dakwah kita. Mungkin kita terlalu laju, maka gopoh dan tergesa-gesa. Mungkin juga banyak perkara yang perlu kita muhasabahkan, maka Allah turunkan peringatan supaya kita tidak menjadi fitnah kepada dakwah.  

Bukankah Allah akan menolong hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh mahu membantu agamaNya..?  

Bukankah Allah akan tunjukkan jalan buat para pejuang agamaNya yang berjihad untuk menegakkanNya..?

Ujian itu nikmat dan nikmat itu ujian.

Jangan gopoh dalam berdakwah! Nanti terbabas, sapa yang susah..?? [Kredit]

Begitulah yang kita mahukan di dalam hidup ini. Mehnah dan tribulasi yang datang menimpa kita, walaupon pada masa-masa yang langsung tidak kita sangka-sangkakan, sewajarnya menjadi bekal untuk kita menjadi lebih gagah dan super saiya di atas jalan dakwah ini. No pain, no gain. Dan itulah yang membezakan seorang mukmin, apatah lagi seorang dai'e daripada masyarakat yang lainnya; pada mereka ujian itu nikmat dan nikmat itu ujian! Walaupun ujian datang secara tiba-tiba, kita harus langsung bersedia menghadapinya kerana kitalah pemegang panji agama ini!

Ujian sewajarnya tidak melemahkan, malah ia menguatkan.

Mehnah sepatutnya tidak melesukan, malah ia memberi dorongan dan tolakan.

Cabaran dan dugaan tidak mematahkan, malah ia memantapkan..!

Persoalannya: Adakah kita sudah bersedia...?

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" 
[ali-Imraan, 3:142] 

-gabbana- 

Kasihan pada Humaira'. Pastu sudah haus tapak kakinya sekarang ini! =(

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP