Jika Tidak Cukup Baki, Sila Topap Amalan Anda Dengan Segera!
Semalam saya dan Inche Z berkongsi kereta untuk ke bulatan gembira kami. Kasihan Inche Z; dia terpaksa menunggu saya dek urusan-urusan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong yang tak dapat untuk saya elakkan. Hohoho.. Maka kurang lebih jam sembilan setengah baharulah kami dapat bertolak ke lokasi bulatan gembira kami.
Lokasi untuk bulatan gembira kami kali ini ditukar ke tempat lain, memandangkan Inche Murabbi kami ada urusan di situ. Untuk ke sana, saya mengambil Jalan Segera Duta-Ulu Klang (DUKE) sebelum mengambil susur keluar masuk ke dalam Jalan Segera Utara Lembah Klang (NKVE). Pada mulanya saya menyangkakan yang kami akan mengambil jalan keluar Subang. Namun saya dimaklumkan yang kami akan mengambil jalan keluar yang lain, agak jauh ke depan daripada jalan keluar Subang.
Dan pemakluman ini hanya berlaku seusai saya menyentuh kad Sentuh dan Pergi (Baca; Touch 'n' Go) saya di Plaza Tol Jalan Duta yang menunjukkan baki RM4.60. Peluh kecil.
"Insha-Allah cukup!"
Umum saya dengan penuh yakin. Hoyeeeaahh!
Setibanya kami di jalan keluar XXX, hati saya menjadi sedikit berdebar; khuatir kalau tak cukup baki untuk membayar tol.
"Insha-Allah cukup, Insha-Allah cukup.."
Ulang saya berkali-kali, lebih untuk menenangkan diri sendiri daripada untuk meyakinkan Inche Z.
Mujurlah tidak banyak kenderaan yang melalui plaza tol XXX malam semalam. Et lis kalau berlaku apa-apa, tiadalah malu besar dibuatnya..! Wahahaha..
Dan anda tahu apa yang berlaku sebaik sahaja saya menyentuh kad Sentuh dan Pergi saya..? Tertera pada skrin tol:
"RM5.20. Kurang RM0.60."
Vavavum! Semat ah..! Memang itu yang sangat-sangat saya perlukan sekarang ini! Peluh besar menitik-nitik, sambil menguntum senyuman kelat.
Saya dan Inche Z hanya mampu tertawa, kerana seolah-olah kami sebenarnya sudah menjangkakan kejadian tersebut akan berlaku. Saya lantas menekan butang interkom dan bercakap dengan pekerja tol yang bertugas. Tidak lama selepas itu, seorang pekerja wanita datang untuk mengutip enam pulosen daripada saya. Yang menariknya, dia meminta maaf kepada kami.
Kakak Pekerja Tol: Minta maaf ye..
Saya: Eh buat apa akak nak mintak maaf..? Saya yang patut minta maaf sebab susahkan akak.. Minta maaf kak..!
Kakak Pekerja Tol: Mintak maaf la, sebab saya lambat sikit..
Saya: Eh takpe takpe! Terima kasih ye..!
Palang tol lantas dinaikkan untuk melepaskan kami pergi. Terdengar bunyi siren; bunyi keramat yang menandakan kereta yang lalu di laluan itu sama ada menghadapi masalah atau kes seperti saya, tidak cukup baki untuk membayar tol. Wahai.
Inche Z memuji-muji kakak pekerja tol tadi atau budi pekerti mulia dan akhlak mahmudah yang ditunjukkannya. Kami berseloroh yang entah-entah kakak pekerja tol itu sebenarnya ahli bulatan gembira yang aktif lagi riang! Wahahaha..
Ok, tu cerita saya malam semalam. Sekarang saya nak tukar sedikit jalan cerita tu, supaya menjadi lebih bergaya tetapi berkemampuan untuk mengalirkan air mata bergelen-gelen banyaknya. Anda bersedia..?
Mari..!
Ok, tu cerita saya malam semalam. Sekarang saya nak tukar sedikit jalan cerita tu, supaya menjadi lebih bergaya tetapi berkemampuan untuk mengalirkan air mata bergelen-gelen banyaknya. Anda bersedia..?
Mari..!
***
Semalam saya memandu seorang-seorang di tengah-tengah padang mahsyar, mencari-cari jalan, sesat di tengah-tengah jutaan, mungkin gazilionan lautan manusia. Tempat yang dituju..? Entahlah, saya pon tidak tahu. Yang saya pasti, nanti nama saya akan dipanggil dan saya akan melalui tol, tempat perhentian untuk menentukan saya masuk ke dalam sorga atau dicampak ke dalam neraka (Yang terakhir itu nau'dzubillah..).
Ada pelbagai jenis manusia berada di situ. Ada yang tampak ceria, ada yang berwajah muram. Ada juga yang berjalan kepala di bawah kaki di atas..! Belum lagi dikira manusia-manusia yang bernanah si dan sana, berbau busuk, berwajah hitam legam dan sebagainya. Cukup mengerikan..!
Tetapi ada juga sekumpulan manusia yang jauh bezanya dengan kumpulan ini. Mereka berpakaian bersih, berbau wangi, wajah mereka ceria bercahaya-cahaya. Pendek kata, mereka kelihatan sungguh kool dan bergaya..!
Saya..? Entahlah, saya pon tak tahu, kerana saya tidak dapat melihat diri saya sendiri. Rasa macam ok je. Tetapi saya cukup yakin, buku amalan yang saya pegang di tangan cukup untuk melepasi tol yang bakal saya lalui nanti.
"Insha-Allah cukup..!"
Umum saya dengan penuh yakin. Hoyeaaahhhh..!
Umum saya dengan penuh yakin. Hoyeaaahhhh..!
Kedengaran nama saya dipanggil. Hati menjadi semakin berdebar.
"Insha-Allah cukup, Insha-Allah cukup.."
Ulang saya berkali-kali, lebih untuk menenangkan diri sendiri yang mula rasa was-was dengan buku amalan diri.
Setibanya saya di tol, saya dikehendaki menyerahkan buku amalan saya. Eh, kenapa tak boleh nak serah pakai tangan kanan ni..?? Ish ish! Berat betul tangan kanan ni untuk serahkan buku amalan! Wahai..!
Akhirnya tangan kiri yang terpaksa menyerahkan buku amalan. Dan anda tahu apa yang berlaku sebaik sahaja saya menyerahkan buku amalan saya..? Tertera pada skrin tol:
"Amalan soleh dan kebaikan anda kurang. Maksiat dan dosa yang lebih banyak."
Eh...?? Ya Rabbi...! Bagaimana ini...??
"Betul ke ni...?? Cuba check betul-betul!"
Saya cuba untuk mempertahankan diri.
Kelihatan beberapa malaikat yang datang mendekati saya, untuk membawa saya pergi.
Kelihatan beberapa malaikat yang datang mendekati saya, untuk membawa saya pergi.
"Eh eh! Nanti dulu...!! Tak boleh nak bayar yang kurang tu ke..?? Eh eh...! Amalan saya dulu-dulu tak cukup ke..??? Yang saya sedekah itu...?? Yang saya belai anak yatim itu...?? Yang saya solat malam itu...??? Bagaimana..?? Bagaimana...???"
"Maaf encik, mari ikut kami."
Malaikat lantas menarik saya, dengan ganas dan kasar sekali.
"Tunggu...! TUUUNNGGGUUUU...!! Ya Allah...!! Pulangkan aku kembali ke dunia...! Aku sudah yakkkiinnn..! Izinkan aku untuk beribadah siang dan malam kepadaMu; aku ingin menjadi hambaMu yang taat lagi patuh...!!!! Pulangkan aku ya Allah..! Pulangkan aku ke dunia....!!!"
Shhhrrrttt. Shrtttttt. Bunyi saya diheret. Ke arah neraka.
"TIIIIDDDAAAAAKKKKK....! Ampuuuunnnkaaaannn aku ya Allllaaaahhhh....!! Ammmpuuunnnkkaaannn akkuuu....!!!
Sshhrrrttt.
***
(Seriyesly rasa seram dan rasa macam nak menangis sekarang ini.)
Ya, itu hanya imaginasi saya sahaja. Maafkan saya kalau anda yang tersinggung atau tidak setuju dengan gambaran saya. Saya ulangi, itu hanya imaginasi saya sahaja.
Bagaimana..?
Tol di dunia, bolehlah kita bayar dengan wang ringgit kita sekiranya baki kad kita tidak mencukupi. Bolehlah kita tambah nilai bila-bila masa yang kita sukai.
Tetapi tol akhirat bagaimana..? Yakinkah kita dengan amalan-amalan kita..? Cukupkah bekalan kita untuk menghadapiNya nanti..? Sudah betul banyakkah pahala dan kebaikan-kebaikan yang ada pada kita, untuk menyelamatkan kita dari bahang dan azab api neraka..? Atau kita berada di dalam zon selesa, terlalu yakin yang kita akan ditempatkan di dalam sorgaNya...?? Nau'dzubillah..
Saya..? Saya masih belum bersedia. Jujur. [Tee][Tee][Underscore][Underscore][Tee][Tee]
Walau siapa pon kita, tol tetap perlu dibayar..! Miskin, kaya, tua, muda, semuanya akan melalui tol akhirat nanti! [Kredit] |
Anda bagaimana..?
"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya, (mereka berkata): 'Ya Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin..!'"
[as-Sajdah, 32:12]
-gabbana-
17 Caci Maki Puji Muji:
jangan le buat selalu, marah orang belakang
TT_TT
"..dan setiap manusia telah Kami kalungkan (catatan) amal perbuatan di lehernya.dan pada hari kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka.'BACALAH KITABMU, CUKUPLAH DIRIMU SENDIRI PADA HARI INI SEBAGAI PENGHITUNG ATAS DIRIMU'...."
(17:13,14)
perumpamaan kau cukup tragis.
padu.
Ok. This post is seriously scary. In a cool and insyaAllah mendatangkan keinsafan way. Jazakallah. (Betul-betul mengerikan! Ingatkan cukup amalan tetapi... Aaahhh!!!)
A good analogy and cukup2 menginsafkn diri.. Rugi yg infinity kalau x topup kad 'touch n go' amalan kite awal2... Jazakallah
terbaik bro.
huishh..mantap la isi..kalo kat dunia tak nak lalu tol blh guna jln lama..tpi akhirat mane ade dah...terkesan dihati la entry ni..mari topup2 mari
...is Allah satisfied...?
cikgu: takde org kat belakang time tu.. ;p
enonimus: tengggsss. TT__TT
neng: badan kau lagi padu. eh. xp
zulkifli: jgn mudah berpuas-hati dgn amalan diri.
sedangkan 'umar al-Khattab sendiri pernah berkata: "Kalau semua org di dunia ini memasuki syurga dan tinggal seorang yg memasuki neraka, nescaya seorang itu adalah aku..!"
TT__TT
enonimus II: in fact, hari2 kena topap jugak, walaupon baki byk lagi.
jz in case... ^^"
safanadia: huhuh.. analogi anda tu mantap jugak.
kat akhirat dah tak boleh nak lari mana daaahhh! TT__TT
enonimus III: ?? Satisfied with...?
suka komen en neng. mudah(simple),lengkap dan sempurna. tahniah en neng!
Post a Comment