12 July 2011

Sifir Nikmat

[Kredit]

Apa itu nikmat..?

Nikmat adalah apa-apa sahaja, baik benda, perkara, situasi, makhluk atau peristiwa yang menyebabkan otak kita merembeskan enzim-enzim dan hormon-hormon yang seterusnya akan mengalir laju masuk ke dalam darah kita menuju ke tempat-tempat khusus seperti pipi, mulut, mata, dahi, kening dan perut dan meyebabkan organ-organ ini bertindak-balas dengan sewajarnya; pipi akan meregang, mulut akan tertarik ke kiri dan kanan, mata akan bersinar-sinar, dahi akan merembeskan peluh (bergantung kepada keektsreman situasi), kening akan terangkat-angkat (mungkin) dan perut akan berasa sangat selesa. Fuh.

Dengan kata mudahnya, sesuatu nikmat itu akan menggembirakan kita dan menyebabkan kita berasa sssyyyyiiioookkkkk berabesssss...! Eh.

Apa itu ukhuwwah..?

Ukhuwwah adalah perhubungan atau pertalian yang dijalin berasaskan sesuatu faktor. Boleh jadi kekeluargaan, sekolah, agama, kerjaya dan sebagainya. Bezanya ukhuwwah dengan persahabatan atau perkawanan adalah ukhuwwah ini ditaut dengan perhubungan hati; maka taraf ukhuwwah dengan persahabatan adalah ibarat Super Saiya peringkat ketiga dan Ten Shin Han yang masih belum boleh menguasai ilmu pergerakan sejenak.

Dan apa itu ikhwah (Akhawat, for that matter..)..?

Ikhwah adalah orang-orang yang berukhuwwah tadi. Literalnya, ikhwah membawa makna saudara. Seperti firman Allah di dalam surah al-Hujurat:

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara.."

Orang-orang Mukmin saling bersaudara walaupon berlainan bangsa, latar belakang atau derajat keturunan, kerana tautan hati yang menghubungkan mereka adalah lebih kuat dan erat daripada hubungan darah; mereka dihubungkan dengan hubungan aqidah yang cukup mantap.

Dan gelaran ikhwah ini dikuatkan lagi persatuan atau kesamaan fikrah. Lebih spefisik lagi, fikrah haraki, atau fikrah dakwah. Boleh je nak panggil Pak Sulaiman Ali si penjual sayur atau Inche Aktar Umar si peguambela dan peguamcara tu sebagai ikhwah, tapi orang tak selalu buat la. Hohoho.. Sebab panggilan ikhwah ni macam spesel la jugak; dikhaskan untuk orang-orang yang bergerak di atas jalan dakwah. 

So kalau nikmat campur ukhuwwah jadi apa..? Dalam bahasa formulanya:

Nikmat + Ukhuwwah = ?

Malam semalam diberi peluang oleh Allah untuk bertemu, bertentang mata dan berkasih mesra dengan ikhwah seluruh Malaysia; ramai antara mereka yang dah lama tak berjumpa.

Nimatnya bertemu mereka.. Aduhai. Tak tergambar oleh kata-kata. Memang hooyeeeaaahhh la senang kata. Hilang segala tok nenek penat. Malah mata yang rasa mengantuk pon celik secara tiba-tiba apabila dapat bertemu dengan ikhwah ni. Fenomena ini disebut juga sebagai kehangatan ukhuwwah. Hihihi.. 

Perasaan ini hanya dapat difahami oleh mereka yang menghargai ukhuwwah di atas jalan dakwah ni. Seriyes, kalau saya tulis satu kitab sekali pon, semata-mata nak perihalkan betapa walwehnya nikmat bertemu ikhwah ni, nescaya saya tidak dapat menggambarkan seratus peratus secara tepat kesyiiiioookkaaan beraaabeeesss ini. 

Jadi anda sudah boleh menjawab persoalan sifir saya tadi bukan..?

Nikmat + Ukhuwwah = ?

Nikmat yang dicampur dengan ukhuwwah jadilah NIKMAT UKHUWWAH...! (Bergantung kepada keadaan dan situasi, nikmat ukhuwwah ini boleh jadi juga berkuasa dua, lapan atau tujuh belas)

Terima kasih Allah. Senyum kenyit mata.

"Dan Dia telah menyatukan hati-hati mereka. (Dan ingatlah) walaupun kamu membelanjakan apa yang ada di bumi semuanya, nescaya kamu tidak mampu menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
[al-Anfal, 8:63] 

-gabbana- 

12 Caci Maki Puji Muji:

ikhwah 12/07/2011, 10:52  

sampai hati u tak tegur pun i semalam walaupun dah nampak kat s.alam tu awwwwww~

Anonymous 12/07/2011, 10:59  

dah lama tak rasa nikmat tu. pernah rasa tapi sekejap je. -,-

Zulkifli 12/07/2011, 13:55  

Slm. Betul! Walaupun saya tidak pernah berjumpa atau berkenalan dengan kebanyakkan yang berada di dalam dewan semalam, boleh terasa kehangatan ukhuwwah itu.

Usually it would take us a long time to trust someone, but not if we know that the person is a Muslim who shares the same fikrah as ourselves.
Just like that Syeikh said, although he is in Malaysia by himself, he does not feel alone. :)

Inche gabbana 12/07/2011, 15:11  

ikhwah: erk. anda ni btol2 ke ikhwah nih...? -___-"

Inche gabbana 12/07/2011, 15:11  

masyitah: iAllah. bykkan berusaha dan berdoa; saya yakin anda juga dapat merasainya lagi nanti..! ^^

Inche gabbana 12/07/2011, 15:12  

Zulkifli: Woah, anda pon ada jugak..?

(Font kecik: Walaupon saya saspek anda duduk di bahagian belakang kat atas tu.. hohoho..)

best kan dgr talk syaikh tu..? walaupon tak faham, tapi boleh tahu yg ia penuh dgn hikmah dan kebijaksanaan!!

p/s: rasa rugi sgt tak reti bahasa arab ni. yg translate komfem ah dah tak sama dah... -____-"

Zulkifli 12/07/2011, 15:34  

Whoaa! Apakah yang menyebabkan anda mengatakan saya seorang akhawat? (That's what you meant right?) Huhu.

Inche gabbana 12/07/2011, 15:55  

eh bukan ke..? selama ni aura otromen saya mengesyaki anda bukanlah seorang ikhwah.. hohoho..

kalau tak betul minta maaf. aura otromen saya slalu je buat silap.. hihihi..

Bukan Enonimus 13/07/2011, 17:57  

alhamdulillah, dapat comment setelah sekian lamanya..

post ni ke yg anda maksudkan dlm sms tu?

:)

betul laa, memang terasa nikmat bila berukhwah.

tapi sedih dapat jumpa sekejap je dgn ikhwah2, setelah sekian lama :(

sorry again sebab tak sempat tegur.. huhu

Inche gabbana 15/07/2011, 11:32  

bukan enonimus: hahaha.. boleh la lebih kurang. ;)

takpe, walaupon saya sedikit merajuk ngan anda, ikhwah punya pasal, anda dimaafkan! ;p

iAllah, kalau kita tak sempat jumpa kat dunia ni pon, harapannya dapatlah kita beriang gembira di syurgaNya nanti, biidznillah! ^^

Anonymous 18/07/2011, 12:02  

segalanya mungkin menjadi satu kenikmatan jika kite melakukan dgn hati dan persaan yg penuh keikhlasan kejujuran dan kasih syg..:)

Inche gabbana 19/07/2011, 09:01  

enonimus: btol2, setuju.

cuma bila melakukannya dgn org2 yg faham dan sefikrah dgn kita, itu lebih ossseeemmmm! ;D

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP