31 July 2011

Riadhah Otak Di Malam Ahad #4

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu akbar..!

Untuk anda yang sempat membaca post ini, bermakna Allah telah mengizinkan kita semua untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini! Ini juga bermakna, Allah telah memakbulkan doa kita semua..!

"Allahumma balighna Ramadhan.. Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadhan.."

*Air mata terharu mengalir laju...*

Jadi apa kita tunggu lagi...?? Jom kita penuhkan Ramadhan kita kali ini dengan sebanyak-banyak amalan soleh yang boleh...! Jom kita jadikan Ramadhan kita kali ini sebagai Universiti Tarbiyyah yang terosem untuk kita semua..! Jom kita jadikan Ramadhan kita kali ini sebagai hujah untuk kita memohon redha dan rahmatNya di akhirat kelak..! Jom jom JOM..!!

Sebagai motivasi dan riadhah otak untuk siri kali ini, saya kongsikan video tarawih di Mesir pada tahun 2010. Memang seriyes tabik spring, kagum tersujud syukur melihat video ini. Mungkin ini sudah menjadi isyarat kepada apa yang berlaku di Mesir awal tahun ini..? Allahu a'lam.






Bila lagi Malaysia nak jadi macam ni..?

Dan yang lebih bom bom kedaboommm, bila lagi umat Islam nak jadi macam ni, untuk setiap waktu solat; Subuh, Zuhur, 'Asr, Maghrib dan Isya'..? Dan bukan waktu tarawikh di bulan Ramadhan sahaja..?

Kompem kuffar laknatullah terkencheng-kencheng kalau tengok umat Islam mampu untuk solat macam ni di setiap waktu solat!

Ayuh, kita tanam azam untuk tegakkan kembali Islam di muka bumi ini. Kalau bukan kita, takkan tapak sulaiman di lautan atau panda tembam di dalam hutan, bukan...?? Wahahaha..

Ahlan ahlan, ya Ramadhan...! Sila sila jemput masuk, jangan segan-segan! Dan moga kami semua dapat melayan anda sebaik-baiknya, selayaknya dengan status anda sebagai bulan yang penuh barakah, rahmah dan mawaddah...!

Ramadhan Karim untuk semua..! 

-gabbana-

Tak tergambar perasaan Allah izinkan untuk sambut Ramadhan kali ini. Juga sangat teruja dapat mengucapkannya kepada anda semua. Semoga kita semua tidak menghampakan peluang yang Allah beri ini!

12 Caci Maki Puji Muji:

Unknown 31/07/2011, 20:47  

you're right inche...
sob3*sedih kegembiraan

I 31/07/2011, 21:29  

bila nak jadi macam tu?
bila kita sibukkan diri kita membina, membina, dan membina, disamping dibina.
Bina siapa saja di depan mata
keluarga, staff/colleague, sekolah terdekat, IPT terdekat, masjid terdekat,pakcik jual cendol terdekat.
selagi dipanjangkan usia, slagi dikurniakan kesihatan, teruskan melangkah.
sehingga saat kita mendapat saff muantap seperti itu.
hidup dalam impian,hidup dalam merealisasikan impian.
as ur quote, allahu musta'an

Anonymous 31/07/2011, 22:16  

salam,
Ramadhan kareem enchek gabbana.
may this Ramadhan brings us mercy,forgiveness and jannah.
moga terus diberi kekuatan untuk berdakwah.

kopiah putih 01/08/2011, 01:29  

alhamdulillah..bila tgk video tu betapa bersyukur kita as malaysian dpt stay kat negara islam yg penuh dgn masjid..marilah bersama kite mengimarahkan masjid di bulan paling mulia ini :)

hmdnzr 01/08/2011, 01:54  

selamat menyambut bulan ramadhan encik gabbana! puasa wei. puasa! haha

Khaulah al-Haura' 01/08/2011, 02:08  

that video, its here. alhamdulillah mmg meriah ramadhan sini. kiri kanan jalan kaki makcik pakcik greet ramadhan kareem.

cer usha ni, osem jugak

http://saifulislam.com/?p=6577#.TjG59Wva8Ec.facebook

selamat datang ke madrasah tarbiyyah taqwa, RAMADHAN:)

Awek Ninja 02/08/2011, 00:31  

selamat menyambut ramadhan incek gabbana....

Inche gabbana 02/08/2011, 17:31  

I: iAllah. walaupon easier said than done, et lis dah ada azam dan impian mcm tu.

jom kita berusaha bersungguh-sungguh bina rijal-rijal yg ada di sekeliling kita, ntok sama2 realisasikan impian ni!

allahu musta'an!

Inche gabbana 02/08/2011, 17:31  

enonimus: iAllah. jzkk atas ucapan yg sungguh bermakna!

Inche gabbana 02/08/2011, 17:32  

kopiah putih: err.. saya rasa anda salah faham tak..? kat mesir lagi byk masjid dari kat malaysia rasanya. tp punyalah ramai org yg nak mengimarahkan bulan ramadhan, sampai tak cukup masjid nak menampung mereka!

setuju dgn anda. jom ramai2 meriahkan masjid! ;)

Inche gabbana 02/08/2011, 17:33  

hamdan: hahaha.. lama tak dgr khabar berita..!

selamat berpuasa kepada anda juga! jgn ponteng mcm tahun lepas tahu..?? ;p

Inche gabbana 02/08/2011, 17:34  

ai.alex: sungguh cemburu dgn anda. huhuh..

jzkk for thelink, iAllah kalau ada kesempatannnt akan tgk.

selamat selamat! ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP