Dua Peluh Empat
Hari ini, dua puluh empat tahun yang lalu.
Seawal usia dua puluhan, Mus'ab bin Umair diberi amanah yang cukup besar oleh ar-Rasul SAW untuk menjadi duta Islam merangkap naqib buat para penduduk Madinah yang dahagakan tarbiyyah Islam.
Pada usia muda sembilan belas tahun, Usamah bin Zaid telah pun dilantik oleh ar-Rasul SAW untuk mengetahui pasukan tentera Islam untuk menentang para tentera Romawi.
Dan di usia dua puluh empat tahun* juga, Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menundukkan kota Konstatinopel, menepati hadith ar-Rasul SAW sebagai pemimpin yang terbaik, dibantu oleh para tentera yang terbaik.
[Pelbagai pendapat; ada yang mengatakan dua puluh enam, ada yang mendakwa dua puluh satu. Sengaja dipilih dua puluh empat supaya terkena tepat pada batang hidung sendiri]
Dan hari ini, dua puluh empat tahun lalu, seorang hamba marhaen yang tidak punya apa-apa, tiada sumbangan besar kepada ummah mahupun dunia, telah dilahirkan.
Moga masa-masa yang mendatang, yang diizinkanNya untuk darah-darah dalam tubuh dipam jantung dan mengalir ke dalam kapilari, hidung dan paru-paru meyedut dan menghembus oksigen percuma dan otak terus berfungsi.. Moga masa-masa yang tersisa akan digunakan sebaiknya untuk dikorbankan buat dakwah dan perjuangan, mendekatkan lagi diri kepadaNya, untuk menggapai redhaNya dan menjadi dorongan untuk pecutan terakhir ke syurgaNya!
Moga masa-masa yang mendatang, yang diizinkanNya untuk darah-darah dalam tubuh dipam jantung dan mengalir ke dalam kapilari, hidung dan paru-paru meyedut dan menghembus oksigen percuma dan otak terus berfungsi.. Moga masa-masa yang tersisa akan digunakan sebaiknya untuk dikorbankan buat dakwah dan perjuangan, mendekatkan lagi diri kepadaNya, untuk menggapai redhaNya dan menjadi dorongan untuk pecutan terakhir ke syurgaNya!
-gabbana-
Sungguh pantas masa berlalu. Masih segar dalam ingatan ketika diri ini masih hingusan, riang gembira sewaktu ketika dahulu.. Haih...
13 Caci Maki Puji Muji:
"Moga masa-masa yang tersisa akan digunakan sebaiknya untuk dikorbankan buat dakwah dan perjuangan, mendekatkan lagi diri kepadaNya, untuk menggapai redhaNya dan menjadi dorongan untuk pecutan terakhir ke syurgaNya!"
aminn ya rab
(2:207)
aman Y!
salam.
jika tidak mampu untuk menjadi pemimpin laksana Sultan Al-Fateh, jangan pula menolak untuk menjadi tenteranya yang terbaik itu!
Disebabkan adannya tentera yang terbaik itu, baru wujud si pemimpin yang terbaik!
InsyaAllah...
Hidup d bawah bayangan alquran adalah nikmat yg meninggi membersih dan memberkati usia manusia- syed qutb..
Semoga usia selama dibawah bayangan ini, diberkati Allah.
Ganbarimashou!! Jom berusaha..
adakah hari ni besday inche gabbana?
subhanallah.nice entrance :)
happy b'day abg gabana waaaa
sy semakin enjoy baca blog anda yg penuh ketidakboringan ini.
keep up the dakwah spirit and being so-full-of-life.u go brother!
alhamdulillah..
Maha suci Allah yang memberikan nyawa kpd enchik gabbana shgga hari ini..
moga barakah ma waddah senantiasa b'sama enchik gabbana..
assalamualaikum abg :)
selamat menyambut hari lahir yang ke dua puluh empat..semoga abg dapat capai apa yang abg mahu kan selama ini :)
u may not be the 19 y.o. usamah, nor the 20 y.o. mus'ab, nor the 24 y.o. al fatih.
but d 24 y.o. you had witnessed a major transformation from a rebellious youth into a fine daie,hence, syaikh in making, ins allah
which ur mere presence, i think is very significant to some of us; family,friends,colleague,ikhwah n bloggers.
anyhow,selamat melangkah setapak maju menuju kematian.
semoga dirahmati
salam alaik
hari ni pon besday saya gak..
my wish - semoga Allah panjangkan umur saya, keluarga dan semua muslimin muslimat sampai ke hujung ramadhan. allahumma balighna ramadhan.
semoga diri dpt menghayati ramadhan dgn sepenuh hati. wallahu'alam.
sanah helwah inche.
may Allah bless...
semoga umur yg Allah pinjamkn ni...sama2 kita dpt manfaat kn se maximum yg mungkin.. biiznillah :)
smoga pecutan dakwah anda terus berlari kencang~ ensyaAllah~
salam alaikum wbt
tertarik dgn post2 sempoi dlm blog ni. sempoi but yet, makan dalam.
moga Allah beri kelapangan masa dan ilham yg terbaik utk update entry2 yg jauhhh lebih baik
-iskandariah
buat semua yg mengucapkan selamat hari lahir buat saya, jzkk sy ucapkan atas ingatan. moga ukhuwwah 'maya' yg tertaut ini akan berkekalan biidznillah. ;)
titipkan saya dalam doa anda semua! ^^
ai.alex: amiiinnnn ya robbal a'lamin! ;)
selalu2lah datang ziarah ye..?
peace.
Post a Comment