24 July 2011

Riadhah Otak Di Malam Ahad #3

Dalam dunia ni kita tak boleh nak hidup sorang-sorang. Allah ciptakan Hawa untuk Adam, kerana Allah tahu yang Adam tak boleh nak hidup sorang-sorang. Sorang-sorang itu loser dan ramai-ramai itu kool.

As much as we would love or want to live alone, the hard fact is, "No man is an island."

Mengapa bila kita hendak belajar, kita mewajibkan diri kita untuk berjemaah? Mengapa kita bekerja, kita mesti bekerja dalam kumpulan? Mengapa apabila kita melakukan sesuatu,

Maka saya begitu hairan bin pelik bin ajaib, bagaimana orang boleh mendakwa yang dia mampu untuk bergerak dalam menyebarkan risalah Allah secara bersendirian. Dia tidak memerlukan jemaah; tidak memerlukan orang lain atau kumpulan untuk melaksanakan tugas dakwah.

Sekiranya itu benar, sudah pasti Rasulullah SAW dahulu tidak bersusah-payah mencari para sahabat untuk menguatkan saf perjuangannya, untuk membantunya dalam menyebarkan risalah Islam. Sudah pasti baginda SAW akan berkata kepada para sahabat:

"Eh takpe takpe, kamu semua duduk je kat dalam masjid, solat dan baca Quran banyak-banyak. Biar saya seorang yang melaksanakan tugas ini!"

Tetapi itu tidak berlaku; baginda amat membutuhkan bantuan, sokongan dan pertolongan daripada para sahabat, kerana baginda faham dan sedar, sunnatullahnya dakwah itu memerlukan jemaah..! Firman Allah sewajarnya kita hayati dan imani:

"Sesungguhnya Allah sangat cinta pada orang yang berperang di jalan-Nya dalam saf-saf yang teratur; mereka seakan-akan bangunan yang kukuh." 
[as-Saf, 61:4]

Sedangkan binatang pon tahu hidup berjemaah, apatah lagi kita manusia, kita lebih membutuhkannya! Bak kata Wonderpets, 

"Apa yang penting..?? KERJASAMA...!!"

Selamat beriadhah otak di waktu malam!





-gabbana-

Penat tergolek-golek hari ini, setelah ber-OH bersama hadek-hadek Kolej Maha Busy dan Kolej Tanah Terbiar. Penat tapi puas! Alhamdulillah! ;D

19 Caci Maki Puji Muji:

En iLHAM 24/07/2011, 22:51  

riadhah yang baik di malam hari
sesungguhnya bersama lebih baik dari bersendiri
seberkas lidi sukar dipatahkan berbanding sebatang lidi

I 24/07/2011, 23:39  

aneh juga
lihat rasulullah dan para sahabat
lihat pergerakan tentera dan jemaah
hatta binatang pun
the canadian geese philosophy
semuanya mengamalkan amal jamaie

binatang pon boleh paham sunnatullah, apatah lagi manusia,sang khalifah?

ezra 25/07/2011, 04:00  

tak semestinya sorang2 tu loser dan ramai tu cool..dont judge a book by its cover pls guys..

some ppl juz born to be shy/loner even if they in bulat gembira atau medan perang..

ada org suka lihat sunset menghayati kebesaran ilahi tanpa bicara tau2 je air mata dah jatuh dan ada org suka lihat sunset sambil melaungkan kebesaran ilahi pastu melompat excited.choy.

Inche gabbana 25/07/2011, 10:01  

En iLham: =) the more the merrier!

Inche gabbana 25/07/2011, 10:02  

I: itulah pasal. Allah dah bagi manusia hati summore, yg tidak ada pada haiwan.

tetapi malangya ramai antara kita yg buta atau sengaja membutakan hati-hati kita.

air mata mengalir laju.

Inche gabbana 25/07/2011, 10:03  

ezra: err.. saya rasa ada sedikit salah faham di sini.

saya tidak menolak ada org yg suka bersendirian, loner dan sebagainya.

yg saya katakan adalah, dalam BERDAKWAH, mesti dilakukan secara berjemaah dan tak boleh buat sorang2. ;)

harap menjelaskan iAllah.

Abe Am 25/07/2011, 15:25  

Kolej Tanah Terbiar..agak kejam namanyer..
tapi siyes comel dan nak tergelak..
hadududu..

Zulkifli 25/07/2011, 18:45  

Eh, adakah ini post yang dikitar semula? Macam pernah baca :) Anyway, jazakallah.

sisterfatini 26/07/2011, 00:21  

kesian kat pengkomen nama ezra tu..
mcm org blur2 ting tong gitu..
choy!!

ezra 26/07/2011, 01:03  

thnx to gabana atas penjelasan.i love u!

no thnx to sisterfatini atas ejekan.i hate u!

p/s: choy! is not a good choice of curse word anyway.

homaigawddd 26/07/2011, 08:19  

happy birthday gabbana!!!!!! xnak wat majlis ke utk fan-fan yg fanatik ngan en gabbana ni?????

Anonymous 26/07/2011, 12:26  

Sanah helwah..
yang ke..err..42?? haha
moga dgn bertambah umur bertambah juge amal..insyaAllah..
Teruskan menulis, moga usaha anda diberkati Allah..

coklat snikers 26/07/2011, 20:19  

tapi bile byk sgt jemaah rmai jadi takut.. n kalo bole nak jd loner..
enchik.. mungkin bole buat post untuk kes org yg join sume jemaah as xnak kecik atikan mane2 jemaah n nak timba ilmu sebanyak2..nye..

Inche gabbana 28/07/2011, 15:22  

abe am: tp itulah hakikatnya.. mmg terbiar pon..! hohoho.. ^^"

tp iAllah akan terus subur ngn tarbiyyah! vavavum..! ;D

Inche gabbana 28/07/2011, 15:23  

zulkifli: eh..? deja vu mungkin..? hohoho..

Inche gabbana 28/07/2011, 15:23  

sisterfatini dan ezra: errr... make peace and not war..! heheh.. ;)

Inche gabbana 28/07/2011, 15:24  

homaigawddd: tak perlulah majlis atauparti bagai. cukuplah anda semua mendoakan yg terbaik ntok saya..! hihihi.. ;)

Inche gabbana 28/07/2011, 15:25  

enonimus: errkk.. ntah sampai atau tidak ke angka 42 tu.. ^^"

amin. iAllah! doakan! ;)

Inche gabbana 28/07/2011, 15:26  

coklat snikers: huhuhu.. buat apa nak takut..? bukankah perbezaan pendapat itu satu fikrah..?

sedangkan dalam nak membeli ayam kampung di pasar pon ada perbezaan pendapat, inikan pula dlam berdakwah..? hihihi.

iAllah, kalau diberikan kekuatan dan kesempatan, saya akan tulis.. ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP