3 May 2011

Ha, Saya Dah Kata Dah.. Tapi Anda Tak Nak Percaya!

Kan saya dah kata dah minggu lepas yang bulatan gembira tu sangat bermakna dan menggembirakan..?? Juga pernah kata di dalam post ini. Tapi anda, haish, masih tak nak percaya juga..! 

Saya juga ada menyatakan yang selalunya di dalam siri-siri bulatan gembira yang saya sertai, pastinya saya akan belajar lebih banyak lagi daripada apa yang saya berikan. Dan pada hujung minggu lepas, sekali lagi kenyataan saya ini telah terbukti dengan jayanya. 



Pada pagi Ahad yang lepas, ketika buruh-buruh seMalaya masih sibuk dibuai mimpi nan indah, saya telah ke Kolej Maha Busy untuk berbulatan gembira bersama hadek-hadek di sana. Saya tiba di sana kurang lebih jam lapan pagi dan ketika saya tiba, hadek-hadek sedang memeluhkan diri beriadhah sesama mereka.

Ketika itu mereka sedang bermain futsal. Peluh kecil. Bukan apa, bukan saya tidak suka bermain futsal. Cumanya, er, kaki saya ni, er, ada hubungan saudara-mara dengan sofa, bangku dan juga kerusi. Saya khuatir sekiranya saya bermain, nanti saya akan membebankan mana-mana pasukan yang saya sertai. Arakian saya menggunakan alasan yang saya menunggu Inche W sebelum bermain dan memang benar pon bahawasanya Inche W sedang dalam perjalanan menuju ke Kolej Maha Busy.

Tetapi setelah mendapat tahu yang Inche W baru sahaja bertolak dari rumahnya, saya dengan penuh rasa riang gembira (err..) masuk ke dalam gelanggang untuk menyertai hadek-hadek yang ketika itu sudah pon basah kuyup dek cuaca yang agak panas lembap pada pagi itu. Dan hasil penyertaan saya ke dalam salah satu pasukan itu, pasukan itu telah berjaya memenangi perlawanan futsal pada pagi itu dengan penuh gilang-gemilang..!
Woohooo..! 

Ok sila abaikan. Saya pon tak ingat sebenarnya siapa yang menjuarai perlawanan pada pagi itu. Wahahaha.. Tetapi menang kalah dalam permainan sebegitu tidak penting. Yang lebih utama ukhuwwah antara pemain yang lebih erat dan mapan selepas tamat perlawanan. (Cliche sangat kan alasan..? Hihihi..)

Riadhah pada pagi itu tidak tamat di situ. Seusai habis bermain futsal, kami ke gelanggang bola tampar pula. Ha, ketika ini tidaklah saya kekok sangat nak menyumbang. Yalah, walaupon tangan saya ada juga bau-bau bacang dengan sofa, bangku dan kerusi, tetapi et lis mereka sudah lama tidak berhubungan makanya dapatlah tangan saya beraksi dengan lebih baik pada pagi itu.

(Ok saya terpaksa pendekkan cerita saya beriadhah bersama hadek-hadek, kerana itu bukan tujuan utama saya menulis post ini. Titisan peluh. Jadi saya fast-forward ke hadapan)

Selepas selesai beriadhah dan mengurus diri, maka tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh sekalian umat manusia; masa untuk berbulatan gembira! Yeheyyy..! Maka seperti biasa, bulatan gembira pada hari itu dimulakan dengan acara wajib lari berganti-ganti 100 meter tilawah dan tadabbur. Hari itu saya telah memilih Surah Fussilat untuk ditilawah dan ditadabburkan. 

Hasilnya? Hari itu penuh dengan upacara zaasss-mengezaasss, zaappp-mengezaappp, koyak-mengoyak dan carik-mencarik. Adalah beberapa kali juga saya terasa seperti hendak meninggalkan bulatan gembira itu kerana terlalu pedih dan koyak mendengar ulasan hadek-hadek tentang ayat-ayat yang baru dibaca mereka. 

Of kos la antara ayat yang glamor dalam surah Fussilat ni ayat tiga puluh tiga yang berbunyi:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang-orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan mereka berkata, 'Sungguh, aku termasuk orang-orang yang berserah diri...?'"
[Fussilat, 41:33]

Di mana intipati ayat ini menekankan bahawasanya di dunia dah tiada orang yang lebih kool dan lebih bergaya dan lebih Super Saiya dan lebih pom pom kedabom daripada orang-orang yang mengorbankan jiwa dan raganya semata-mata untuk mengajak orang lain kepada Allah; yakni membebaskan manusia daripada perhambaan sesama mereka kepada perhambaan yang total kepada Allah. Atau dengan kata yang lebih simpel, berdakwah. Fulsetop.

Tetapi komen sorang hadek pada ayat tiga puluh yang benar-benar menyentap jiwa nurani saya, sehinggakan silap hari bulan, sudah pasti air mata jantan saya akan turun bercucuran dengan lajunya. Ayat tiga puluh berbunyi seperti berikut:

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah' dan kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka dan berkata, 'Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu."

Kata/komen hadek itu yang telah ditokok-tambah oleh saya:

"Kita ni, bila dah dapat hidayah Allah, tak boleh nak stop kat situ je. Kena teguhkan pendirian kita. Sebab kalau kita stop kat situ je, syok dengan hidayah yang Allah bagi tu, nanti hati kita jadi keras. Bila dah keras, Allah tarik balik hidayah tu baru padan muka."

Lantas teringat pada satu ayat 'berhantu' surah al-Hadid, ayat keenambelas:

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka."

Uhm uhm.

Sekejap eh..? (Berlari ke bilik air, menutup muka, air mata mengalir laju)

*koff koff*

Er, bagaimana..? Sungguh mengoyak dan mencarik dan mencakar dan menikam jiwa bukan..?

Anda tahu bukan yang hidayah itu milik Allah..? Bila dah kata hidayah itu milik Allah, maka bila-bila sahaja Dia boleh mengambilnya semula, kerana Dialah yang memiliki hak cipta terpelihara yang mutlak untuk setiap hidayah yang diberinya kepada manusia. 

Sayugia rugi dan bodohlah kita sekiranya kita tidak melayan hidayah yang datang bertamu di hati kita dengan sebaiknya. Bukan senang tahu untuk hidayah datang bertandang menziarahi hati kita..?? Dan bukan semua orang yang cukup bertuah untuk terpilih menjadi tuan rumah kepada hidayah. Maka sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanyalah sekiranya suatu hari nanti, hidayah lari meninggalkan kita dek tidak tertahan dengan layanan buruk yang kita berikan kepadanya..!


[Kredit Gambar]

Tetapi... Bukankah Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil lagi Maha Penyayang..? Takkanlah Dia senang-senang dan mudah begitu sahaja mahu menarik kembali hidayah yang sudah diberikan kepada hamba-hambaNya, bukan..? Sekiranya kita mempunyai seekor anak kucing dan kita berikan kepada rakan kita untuk menjaganya, pastinya kita cukup yakin dan percaya kepada rakan kita itu apabila melihat anak kucing yang diberikan kepadanya itu membesar menjadi seekor kucing yang sihat dan tembam dan gemok dan riang gembira bukan..??

Makanya, sekiranya kita menjaga dan menyayangi hidayah yang diberikan kepada kita dengan sebaiknya, pastinya Allah juga yakin untuk membiarkan hidayah terus berada di bawah 'jagaan' kita. Bagaimana? Ayat yang sama sudah pun memberikan jawapannya.

Teguhkan pendirian.

Uh oh. Bagaimana nak teguhkan pendirian? Begini. Sekiranya kita belajar Matematik, bagaimana kita nak teguhkan pendirian kita bahawasanya apa yang diajar oleh cikgu kita itu betul dan tidak menyimpang dari jalan yang lurus? Eh. Bagaimana kita nak teguhkan pendirian kita bahawasanya 2x + 5 = 7 maka x = 1 dan bukannya x = 4 atau 5? Dengan mengujinya bukan? 

Maka kalau kita nak teguhkan pendirian kita bahawasanya Allah itu adalah tuhan kita, maka kita perlulah dahulu 'menguji' arahan-arahanNya untuk meyakinkan diri kita bahawasanya apa yang diarahkan Allah itu benar dan wahyu yang suci. Sekiranya kita benar-benar mahu mengetahui sama ada kita ini umat yang terbaik atau tidak, maka kita perlulah terlebih dahulu menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah perkara-perkara yang mungkar. 

Dan jawapan yang lebih jujur dan telus bagaimana mahu meneguhkan pendirian kita terkandung pada ayat tiga puluh tiga dalam surah Fussilat itu. Anda ingat mengapa agaknya ayat itu disusun atau turun selepas ayat yang ketiga puluh..?

Tiada kebetulan di dalam hidup ini..!

Bagaimana? Anda sudah percaya..?

Senyum dan peace.

-gabbana-

"Qolu robbunallahu tsumma as-taqomu..."

13 Caci Maki Puji Muji:

Sasya Suhaimi 03/05/2011, 16:38  

Salam,

Rasanya bulatan gembira itu lebih berkesan bila diselang-seli dengan upacara zaasss-mengezaasss, zaappp-mengezaappp, koyak-mengoyak dan carik-mencarik. :).

meowwmania 03/05/2011, 16:50  

eh! sy percaya lah ;)

daun sireh 03/05/2011, 18:50  

mmg best,x dinafikan,esp klo zass n zapp.
blh bg tips macam mana nk elakkan pembawaan halaqah yg kering?mgkn akibat kurang partisipasi dr adik2, or kekurangan ilmu dr murobbi?
tq

Zulkifli 04/05/2011, 07:24  

Kadang-kadang ada yang beri alasan tidak mahu berdakwah sebab ingin membaiki iman diri sendiri terlebih dahulu.
But it seems like the best way to strengthen our own iman is by spreading it to others.

Jazakallah, Encik Gabbana! :)

Inche gabbana 04/05/2011, 09:57  

sasya suhaimi: yezzaa...! Tepat sekali di situ..!

kalau baik elok bersopan-santun je sepjg masa, tak mencabar jugakkan..? hehehe..

terima kasih!

Inche gabbana 04/05/2011, 09:57  

meowwmania: haha.. terima kasih! ;)

Inche gabbana 04/05/2011, 09:59  

daun sireh: uhm, menarik soklan anda tu.

saya hanya mampu berkongsi, bukan memberi solusi.

sebelum kita menuding jari kepada sesiapa, kita lihat diri kita dulu, apa yg tak kena.

untuk menghidupkan bulatan gembira, diri kita sudah 'hidup' atau belum..?

semangat kita untuk berbulatan gembira bagaimana?

kita syg dan look forward tak nak jumpa hadek-hadek kita..?

pelbagaikan bahan dalam bulatan gembira. tak semestinya setiap minggu bawa tafsir dan hadith etc. Sekali sekala kena main game ukhuwwah atau pergi jalan2 juga..! ;)

moga mambantu, biidznillah..

Inche gabbana 04/05/2011, 10:00  

zulkifli: tepat sekali di situ.

allah akan menggantikan sayyiat (keburukan) dengan hasanat (kebaikan). dan kebaikan apakah yang lebih hebat daripada menyebarkan agama Allah di muka bumi ni..?

Senyum dan peace.

Anonymous 05/05/2011, 13:33  

saya jealous ngan Bulatan Gumbira en gabbana yg sgt menggembirakan...

kalau bulatan yg di'attend' tidak langsung menggembirakan..nak buat cane?

Inche gabbana 06/05/2011, 17:29  

takdela gumbira sepjg masa. ada je masa2 bosan dan tidak ceria.

tetapi menjadi tanggungjawab kitalah untuk menghidupkan suasana. bukan begitu..? ;)

puan sayapakaitelekung 09/05/2011, 17:05  

saya suka gamba installing iman tu..mintak halal nak buat pofilpica fesbuk..jzkk

Inche gabbana 16/05/2011, 00:29  

sila-sila.. ;) bukan hakmilik saya pon. hohoho..

AmirulSyahirah 12/02/2015, 06:15  

One of my favourite posts!!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP