5 April 2011

Bulatan Gembira Yang Sungguh Menggembirakan!

Salah satu faktor yang menguatkan hati dan jiwa saya di atas jalan tarbiyyah ini adalah bulatan gembira yang menggembirakan. Tidak hairanlah Gerakan datuk Tariq Ramadhan amat menekankan kepentingan bulatan gembira yang benar-benar hidup dan menggembirakan. Tidak hairan juga gerakan yang sama menjadikan bulatan gembira sebagai nuklues, asas dan faktor terpenting di dalam menggerakkan gerakan tersebut. Kerana melalui bulatan gembiralah dakwah dan tarbiyyah dapat disemaikan dengan benar-benar efisien! Walaweh.

Dan semalam, dua bulatan gembira yang saya sertai benar-benar menggembirakan diri ini.

Bulatan gembira pertama di Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan. Saya curi-curi keluar daripada konferens riang di Putrajaya untuk berbulatan gembira bersama hadek-hadek tersayang. *koff koff* Dan walaupun dapat berbulatan kurang lebih dua jam sahaja kerana terpaksa bergegas ke Putrajaya semula, tapi subhanallah, bulatan kali ini amat produktif dan, er, menggembirakan..! Senyum nampak gigi. Terima kasih Allah, atas nikmat yang tidak terhingga ini.

Bulatan gembira kedua adalah bulatan gembira saya sendiri yang kali ini buat julung-julung kalinya diadakan di sebuah markas rahsia yang terletak di lokasi rahsia di negeri rahsia. Wahahaha.. Tapi tempat itu sememangnya teramatlah kondusif dan fulamaweh untuk berbulatan gembira. Memang torbha..! 

Post kali ini akan mengfokuskan lebih kepada bulatan gembira yang kedua. Sudah lama tidak merasakan bulatan gembira yang sebegitu hidup dan mengujakan. Walaupon masing-masing sudah pancit dan flat, dan semuanya tidak bersedia dengan tugasan masing-masing, namun alhamdulillah, bulatan gembira kali ini tampaknya lebih luar biasa daripada biasa.

Banyak faktor yang menjadikan bulatan gembira kali ini lebih bertenaga dan segar. Antaranya, ia dibuat lewat petang pada hari Ahad, berbanding pada waktu malam pada hari-hari bekerja seperti biasa. Maka tiada rasa hendak bersegera dan menggelabah, atau risau yang esok terpaksa bangun awal untuk bekerja.

Tetapi saya secara peribadinya merasakan bulatan gembira kali ini hidup disebabkan oleh perbincangan kami yang rancak dan interaktif. Dan yang lebih menyentuh jiwa adalah apabila kami berbincang panjang lebar tentang taubat, suatu topik yang saya kira agak cliche di kalangan masayarakat maka sering dipandang enteng.

[Kredit Gambar]
Semuanya bermula apabila kami bertilawah dan bertadabur Surah Muhammad. Perbincangan tampaknya biasa-biasa sahaja sehinggalah Inche N berkongsi komentarnya tentang ayat 19:

"Maka ketahuilah, tidak ada Tuhan selain Allah, dan mohonlah ampunan atas dosamu dan atas orang-orang mukmin lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat usaha dan tempat tinggalmu."
[Muhammad, 47:19]


Murabbi kami, Inche Y kemudiannya mengajak kami untuk berkongsi apakah yang kami lakukan untuk benar-benar khusyuk dan menghayati taubat kami. Wah, soalan yang cukup zaaasss dan sukar di situ. hati saya berpeluh kecil ketika itu. 

Sayugia masing-masing berkongsi tips masing-masing bagaimanakah caranya untuk bertaubat dan memohon keampunan dengan cara yang paling berkesan dan bergaya.

Ada yang mengatakan guna cara konvensional, yakni menyesal, berazam untuk tidak buat lagi dan meminta keampunan sesungguhnya.

Ada yang mencadangkan agar taubat itu mesti dilakukan secara istiqamah, kena sentiasa memohon keampunan kerana sifat manusia itu lalai dan sifat dosa itu pula akan sentiasa diulang.

Ada pula yang berkongsi waktu Dhuha adalah waktu yang paling efektif untuknya bermuhasabah, di samping meminta keampunan dari Allah yang Esa. 

Saya sendiri berkongsi, antara cara yang saya gunakan adalah dengan merendahkan diri serendah-rendahnya; yakni menghina dan memaki segala kelemahan dan dosa noda yang ada pada diri untuk melahirkan perasaan hina dan kesal di dalam diri. Dan ini diseimbangkan dengan memikirkan pula pelbagai nikmat Allah yang dikurniakan pada diri ini untuk melahirkan perasaan malu dan penuh kesyukuran kepada Allah. 

Tetapi perkongsian oleh Inche Q adalah yang paling menyentuh hati sekali. Katanya, benda yang paling asas sekali dalam bertaubat ini adalah kita tidak boleh berputus-asa dengan Allah. Kena sentiasa minta ampun padaNya, setiap masa dan ketika. Kena yakin yang Dia akan ampunkan segala tok nenek (ini saya yang kata.. hihih..) dosa yang ada, walau sebesar mana pon dosa itu (kecuali dosa mengsyirikkan Allah) kerana sememangnya sifat Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bukan begitu?

Dan yang lebih penting, kata Inche Q, kena bersungguh untuk minta pada Allah agar kurniakan kita dengan kekuatan untuk meninggalkan segala dosa dan noda yang ada pada kita. Kerana sekiranya hendak diharapkan dengan kesungguhan kita sendiri untuk meninggalkannya, hakikatnya kita tidak mampu.

Ketika ini entah mengapa hati saya bagai digegar, terusik dengan perkongsian Inche Q. Mata sedikit berair tetapi cepat-cepat saya kaver dengan berlagak seperti biasa. Uish tak macho ah menangis depan inche-inche ikhwah yang lain. Hohoho.. 

Tetapi benarlah kata Inche Q itu. Kita mahu bertaubat pada Allah, tetapi kita sendiri tidak yakin yang Allah akan mengampunkan pada kita. Dosa kita pada Allah, tetapi kita tidak bersungguh memohon keampunan daripadaNya. Yang mengizinkan kita untuk berbuat dosa adalah Allah, tetapi kita tidak seyakinnya memohon kepada si Pengizin untuk mengurniakan kita dengan kekuatan untuk meninggalkan dosa-dosa kita.

Allah Allah Allah... 

Teringat sebuah hadith ar-Rasul SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
"Dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasullullah SAW bersabda : 

Allah SWT berfirman :

'Aku adalah sepertimana yang hambaKu fikirkan tentang diriKu. Aku bersama-samanya ketika dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu ketika dia bersendirian, Aku akan mengingatinya bersendirian. Sekiranya dia mengingatiKu di dalam sebuah perkumpulan, Aku akan mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada itu.


Barangsiapa yang mendekat kepadaKu satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepadaKu satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghampiri kepadaKu dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari.'"

Subhanallah... Betapa kasih dan cintanya Allah kepada hamba-hambaNya! Walau betapa banyak dosa yang telah kita lakukan, tetapi Dia masih mahu memaafkan..! 

Eh, cuba anda bayangkan apa akibatnya kalau Allah bayar cash untuk dosa-dosa kita? Sekali kita meninggalkan solat, Allah terus tarik nikmat oksigen yang Dia beri secara percuma kepada kita. Bagaimana agaknya..??

Atau sekali kita mengherdik Inche Papa dan Puan Mama, Allah tarik balik nikmat mulut yang ada pada kita. Tahu-tahu je dah robek dah mulut tu. Bagaimana..??

Atau sekali kita memandang si perempuan seksi meksi jelita dengan pandangan syahwat, Allah bakar mata kita ketika itu juga..! Allahu Akbar. Bagaimana agaknya tu..??

Tapi tak kan..? Allah tak pernah bayar tunai pada kita kan..? Walaupon setiap hari kita bergelumang dengan dosa dan noda kan..? 

Allah Allah Allah...

Allah sentiasa menanti-nantikan kita untuk mengadu nasib kepadaNya, tetapi kita sering berpaling angkuh daripadaNya.

Allah merindukan rintihan dan doa keampunan daripada kita, tetapi kita tidak pernah mahu meluangkan masa yang ada bersamaNya.

Allah mahu berlari kepada kita sekiranya kita berjalan padaNya, tetapi kita memilih untuk berlari menjauhiNya.

Layakkah kita menjadi hambaNya dengan keangkuhan dan kesombongan kita..?

Yet, Allah tidak berputus-asa dengan kita. Yet, Allah tidak pernah menutup pintu taubatNya kepada kita. And yet, Allah tetap kasih dan sayang kepada kita.

Benarlah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..! Senyum gembira.

Oh bulatan gembira yang sungguh menggembirakan...! Terima kasih ya Allah..! Terima kasih untuk hidayah ini..!

-gabbana-

22 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 05/04/2011, 17:55  

allah.. ssungguhnya saya tak benar2 khsyuk dan mhyati taubat saya. terima kasih inche gabbana untuk perkongsian .

arissa myana 06/04/2011, 00:17  

salam...

sungguh-sungguh-sungguh-sungguh-sungguh menarik perkongsian dn ingatan kali ini... jay zek kay kay ;)

nampaknya inche gabbana sudah mula bersemangat menulis :)

barakallahhu fiik

Inche A-je 06/04/2011, 00:32  

Ana prasan dah yg anta sedang bergegar jiwa masa tuh. sebab biasa hu-ha, tapi bila Inche Q bagi.. ana pun zass sebenarnya..

tuh yg asyik tgk cawan.. huhu..

jzkk..

Anonymous 06/04/2011, 06:15  

Best3..
Tapi boleh ke kata Allah Maha Cool dan Bergaya tu??

macam salah je (sbb Allah ada nama2 terpuji yang disebut dalam Quran.. kool dan bergaya bukanlah termasuk nama2 tersebut)

mohon en Gabbana nilai balik penggunaan perkataan2 tersebut.. jzkk.. =)

Inche gabbana 06/04/2011, 08:57  

cucu hj. hassan: anda telah terkantoi. apa anda igt sy tak baca belog anda...? ^__^"

takpe, sket2 lama2 jadi taubat nasuha. eh. et lis anda dah amik step yg pertama, yakni bertaubat tu. tu penting tu.

ada sorang syaikh ni cakap, dia amik masa 20 tahun untuk paksa diri dia buat qiamullail, dan 20 tahun seterusnya barulah dia dapat merasakan nikmat qiamullail dia tu.. :O

so jgn berputus-asa ok..?? ;)

Inche gabbana 06/04/2011, 08:58  

arissa myana: dah lama anda tak mengomel. eh mengomen.

barakallahu fik jugak.. ^^

Inche gabbana 06/04/2011, 08:59  

A-je: hahaha.. kna slalu ah bwat sesi camtu. sesi menggegar jiwa. bagi tame sket geng2 nakal..! hehehe.. ;p

Inche gabbana 06/04/2011, 09:00  

enonimus: terima kasih atas pandangan/teguran.

bagi saya tak salah, sbb semua benda dan sifat kat dunia ni adalah milik allah.

contohnya, allah maha takabbur dan maha mengazab. :O

hihih.. jgn terkejut, tp tu mmg sifat allah.

so sy rasa tak salah kalau nak cakap Allah maha kool dan bergaya, sbb tu adalah sifgat2 yg baik dan best. cuma maybe kita je yg tak bese dgr. eh ke camne..?

allahu a'lam. kalau ada salah silap lagi. jgn segan2 nak tegur ye..?

jzkk!

Anonymous 06/04/2011, 11:39  

Thanks for the sharing. ana tak dapat datang us.. eh, bulatan gembira minggu ni so baca blog pun dapat la sket. Alhamdulillah.

Payung kecil 06/04/2011, 13:53  

Sangat captivated by the hadith (T.T)
Mohon share dengan sahabat yang lain,jzzk :)
oh dan sampai sekarang masih teringin untuk membaca pengalaman jaulah inche gabbana (^_^)

SN 06/04/2011, 13:58  

salam,

best!!!
x sabar nak pergi bulatan gembira sy plak~~

Anonymous 06/04/2011, 14:32  

enche gabbana:

thanks for the respond :)
sorry lah tetiba menerjah, just being a lil bit curious :P

i remembered watching an interfaith dialogue recently betwwen Islam, Christian, Buddhism and Hinduism at UTP.

Bro Shah Kirit mentioned something that may explain this problem.

I will try to recall and get back to u okeh? =P

Inche gabbana 06/04/2011, 14:55  

azim: hehehe.. saya dah tahu dah anda mesti baca belog ni. tu yg share lebih sket tu.. ;)

Inche gabbana 06/04/2011, 14:56  

payung kecil: alhamdulillah. sila sila, sebarkan seluas-luasnya. jom kita sama2 amik manfaat dari saham syurga nih..! jzkk!

haha.. dah brapa kali kan anda bagi hint supaya cite pasal pengalaman di London..? uhm, apa maksud anda dengan jaulah sebenarnya..? meh spesifik sket, snng saya nk tulis nnt.. ;)

Inche gabbana 06/04/2011, 14:57  

SN: ok! Selamat bergembira di bulatan gembira, lillahi ta'ala..! XD

Inche gabbana 06/04/2011, 14:57  

enonimus: ooo ye ke. menarik menarik. ok, nnt dah ada maklumat sila beritahu ye..! bagus juga kalau ada hujah yg meyakinkan..! ;)

terima kasih..!

pocong 06/04/2011, 21:32  

macam segan nk berkomen pasal taubat...kelemahan semesta alam,trutama bg golongan amfibia.
stuju,kne slalu bertaubat...tp kerana iman turun naik(ep klo x de bulatan walau smgg),mmg akn flat n futur...kerana cengkerang amfibia yg maih terlalu tebal,cinta dunia yg masih menggebu.bukan x tahu,tp kurang bersungguh???
but i really like en Q's point,bukan sekadar taubat,tapi juga memohon kekuatan dr Allah.
jom,try test tengok bramai2.moga allah permudahkan

Anonymous 06/04/2011, 21:49  

enche gabbana:

try tgk link ni:
http://www.youtube.com/watch?v=4adSX6CQqoY

minit ke 2:22.

"Can God (ALLAH) do everything? The answer is NO. In Islam we do not believe that God can do everything. If you say God can do everything, my question to you would be "Can God die? Can God lie? Can God forget?"

.."God will never do things that are ungodly.." - bro Shah Kirit.

Menjawab ke?

Inche gabbana 07/04/2011, 17:47  

pocong: huhuh.. bila kita nak jadi mamalia pualk ni..? yg idop satu alam je..? TT__TT

jom kita sama2 try! bukankah bekerja secara berjemaah itu lebih indah dan manis..? ;)

Inche gabbana 07/04/2011, 17:48  

enonimus: afwan, sy tak berkesempatan nak tgk lagi. tp time kasih atas teguran dan sharing. ;)

uhm, saya ada hujahan balas, tp takpela sy simpan dulu. tak mahu bagi ego dalam diri ni naik tocang. huhu..

nnt sy ubah apa yg saya tulis. mekasih ye..? Moga allah merahmati, biidznillah.. ^^

Mar 09/04/2011, 21:24  

jzkk atas perkongsian, rasa x saba plak nk berbulatan gembira minggu dpn ni :)

Inche gabbana 10/04/2011, 21:12  

barakallahu fik. alhamdulillah. moga terus istiqamah! ^^

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP