Domino's Yang Dimakan Di Bulatan Gembira Lebih Lazat Rasanya
Sila terliur sekian terima kasih. [Kredit Gambar] |
Malam ini jika diizinkannya, saya akan ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan untuk berbulatan bersama hadek-hadek
Selain hadek-hadek Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan, saya juga berbulatan gembira bersama hadek-hadek di Kolej Maha Busy. Bezanya antara mereka, hadek-hadek Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan berbulatan gembira bersama sejak awal-awal lagi, sedangkan hadek-hadek Kolej Maha Busy, mereka diserahkan kepada saya.
Perasaannya memang berbeza, membawa bulatan gembira yang diusahakan sendiri dan membawa bulatan gembira hasil didikan dan asuhan orang lain. (Walaupon sebenarnya bulatan gembira di Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan bukanlah usaha saya seratus peratus pon. Saya hanya mengikut atas (baca: Follow-up) mereka sahaja, hasil sentuhan saudara-mara Kerajaan Bersatu yang pulang bercuti pada musim panas yang lalu)
Tetapi kedua-duanya mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Sungguh, begitu banyak pelajaran yang saya peroleh daripada kedua-duanya.
Secara jujurnya, saya rasa saya lebih banyak belajar dan mendapat faedah daripada bulatan-bulatan gembira yang saya bawa, daripada hadek-hadek itu sendiri. Kata orang, erti hidup pada memberi. Lebih banyak memberi, lebih beertilah hidup seseorang itu. I just couldn't agree more.
Saya masih ingat, sewaktu tahun kedua di Kerajaan Bersatu dahulu, saya berkongsi bulatan gembira dengan Inche J, di mana ketika itu saya berperanan sebagai, err, pembantu pendidik. Hohohoh.. Akibatnya, tidak banyak yang saya belajar, akibat ketidakbertanggungjawaban sendiri yang selalu sahaja mengharapkan Inche J untuk melakukan segala-galanya. Cuma dari segi bagaimana Inche J menangani bulatan gembira itu, ya, di situ banyak juga yang saya peroleh dan belajar. Melihatkan komitmen Inche J menyebabkan saya lebih bersemangat untuk berbulatan gembira sendiri pada semester hadapan.
Maka tahun berikutnya, dengan izinNya, saya diberi peluang untuk membawa bulatan gembira sendiri. Proses 'menjerat,' menangkap', 'menjala' dan 'memancing' bermula di Malaysia lagi, sebelum terbang semula ke Kerajaan Bersatu untuk tahun akhir di sana. Wahahaha.. Dan subhannallah, pengalaman membawa bulatan gembira sendiri adalah amat jauh berbeza dengan membawanya bersama orang lain.
Hadek-hadek bulatan gembira banyak mengajar saya erti kehidupan, tarbiyyah dan bermacam-macam lagi yang pastinya saya tidak boleh dapat di tadika kemas Taman Jaya. Eh. Saya menjadi lebih matang dengan berbulatan gembira bersama mereka. (Kenyataan satu perempat berani mati. Hohoho..)
Pernah suatu ketika saya mengadu kepada Inche W yang salah seorang daripada hadek bulatan gembira saya benar-benar menguji keimanan dan kesabaran saya. Saya seolah-olah hampir berputus-asa bagaimana mahu 'menjinakkannya'.
Dan anda tahu apa jawapan Inche W untuk saya..? Ok bersedia. Tarik nafas, hembuuusss. Tarrrikkk, hembuusss.. Ok. 1, 2, 3...!
Dan anda tahu apa jawapan Inche W untuk saya..? Ok bersedia. Tarik nafas, hembuuusss. Tarrrikkk, hembuusss.. Ok. 1, 2, 3...!
"Kau ingat Allah saja-saja ke bagi si X (merujuk kepada hadek tadi) tu kat kau. Kenapa Dia tak bagi kau si Y ke, si Z ke, yang memang senang kau nak masuk ngan diorang tu. Tapi tak, Allah bagi kau si X juga. Kenapa? Sebab mesti ada benda yang Allah nak kau belajar daripada dia. Mesti ada benda yang tak setel dalam diri kau tu, yang Insha-Allah boleh disetelkan kalau kau tarbiyyah si X tu betul-betul.."
Zaaaaappppppppppp. Eh ada dengar bunyi apa-apa terkoyak tak...?
Air mata bercucuran laju tak terhenti-henti.
Begitulah.
Melihat kembali ke belakang, terlalu banyak benda yang saya belajar hanya dengan membawa bulatan gembira sewaktu di Kerajaan Bersatu dahulu. Susah saya nak terangkan di sini dan susah juga untuk anda fahami selagi anda tidak berbulatan gembira dan tidak membawa bulatan gembira sendiri.
Tetapi cukuplah saya simpulkan yang saya terlalu amat paling bersyukur diberi peluang yang satu itu oleh Allah untuk melalui satu fasa yang telah banyak merobah diri ini. Terima kasih Allah, kerana Kau beri peluang pada hambaMu yang hina dan marhaen ini.
Kini, walaupon terpaksa mengembara dua jam pergi dan balik ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan dan juga Kolej Maha Busy, tapi itu tidak apa-apa sekiranya hendak dibandingkan dengan mutiara-mutiara berharga yang saya kutip di sana. Setiap kali saya ke sana, saya amat yakin yang Allah bayar saya dengan tunai, sama ada melalui kefahaman atau semangat untuk terus bekerja. Oh saya tidak kisah sekiranya tiba-tiba ada seketul kereta Volkswagen Kumbang jatuh gedebup dari langit di depan mata..! Wahahaha.. Jelir lidah.
Uh oh, comel kan gambar ni..?? Jom kita sama-sama semangat bekerja untuk Allah! ;) [Kredit Gambar] |
Tetapi sungguh, kekuatan dan kesungguhan yang ada pada diri saya kini (kalau adalah.. peluh kecil) semuanya lahir dan bermula beribu-ribu kilometer dari sini. Di bumi asing yang tidak pernah saya sangka akan menemukan saya semula dengan Islam yang sebenar. Dengan makna hidup yang selama ini disorokkan daripada saya. Dengan kemanisan ukhuwwah yang tidak pernah dirasai di mana-mana.
Mungkin di hari lain, pada post yang lain, saya akan berkongsi lagi dengan anda secara lebih spesifik pengalaman saya berbulatan gembira di Kerajaan Bersatu. Yalah, kata orang tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pula tempat ditarbiyyah. Bukankah begitu..?
-gabbana-
Apa kena-mengena dengan tajuk? Oh malam ini saya nak bawa pizza Domino's untuk dimakan bersama dengan hadek-hadek di bulatan gembira nanti..! Peace.
Oh, selamat menyambut hari buruh kepada anda yang sudah menjadi kuli seperti saya ini! Wahahaha.. ^^"
Oh, selamat menyambut hari buruh kepada anda yang sudah menjadi kuli seperti saya ini! Wahahaha.. ^^"
18 Caci Maki Puji Muji:
tak sabar rasanya nak dengar cerita dan ibrah dari Kerajaan Bersatu. looking forward!!
I agree!
It's like during usrah, there is the formal teaching in which we are the teacher and they are the students and another informal teaching in which the roles are reversed.
Oh, Encik Gabbana, ingin bertanya satu soalan.
You appear to sincerely love your adik-adik usrah.
Bukanlah saya tidak sayang adik-adik usrah saya tetapi kadang-kadang susah untuk menimbulkan perasaan sayang itu.
It is as though I know I love them instead of I feel the love for them. (Huhu. Diharapkan faham.)
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
salam
sori tak dapat join dua kaki menyental pizza domino itu. perlu ke Institut-Fulan-Mencelah. eheh..
thx tolong ana tadi ^^
salam..
dominos pizza x kena boycott ke?
boleh tak nak request jadi anak usrah inche Gabbana? ada kena isi borang ape2 tak?
Tapi saya bukan student dari K**** dan K**. :P
assalamualikum
jap,
"Kau ingat Allah saja-saja ke bagi si X (merujuk kepada hadek tadi) tu kat kau. Kenapa Dia tak bagi kau si Y ke, si Z ke, yang memang senang kau nak masuk ngan diorang tu. Tapi tak, Allah bagi kau si X juga. Kenapa? Sebab mesti ada benda yang Allah nak kau belajar daripada dia. Mesti ada benda yang tak setel dalam diri kau tu, yang Insha-Allah boleh disetelkan kalau kau tarbiyyah si X tu betul-betul.."
okeh... part tu paling menarik ^^ Allah huAkbar...
memang kita belajar banyak dri hidup juga dri orang2 lain di sekeliling kita esp dri adik2 yuyu
nyata tidak pernah ada satu pun yg Dia bg sia2 kn?
mari belajar dan mengeksplorasi hidup dengan best nya!
barakallah hufiik. smoga terus tsabat dan kuat!
nazrin: huhuh.. sorry ari tu tak sempat bercerita pasal pengalaman kat UK. IAllah next time, kalau ada rezeki k..? kalau tak, kita gi minum2 kat putra heights nnt.. ;)
zulkifli: menarik soklan anda tu.
entah, sy pon tak tau. well, to be honest, takdela syg sume gila2. ada la yg syg gila2, ada la yg syg bese2 je.. hohoho.. saya ni pon manusia dan manusia pasti ada bias kan..?
uhm, mungkin sbb sy slalu look forward nak berbulatan gembira ngan mereka. dan mungkin jugak sbb sy byk sgt belajar daripada mereka, so nak tak nak, sy sgt2 appreciate kewujudan mereka... hihihi..
mungkin satu benda yg anda boleh buat adalah treat them as u would like to be treated. kiranya, mestila kita suka kan kalau org lain, espeseli murabbi kita syg gila kat kita..? so mcm tu la kita kena layan hadek2 kita, walaupon hakikatnya kita tak sendiri tak merasai pon benda tu.. hohoho.. ^^"
allahu a'lam. maaf ye kalau tak menjawab.
adam JE: no problemo monsieur. Il est mon plaisir..! hahaha.. btol ke tak, bantai aje la labu..! ;p
merah saga: eh? tak pnah dgr la pulok. kalau pizza hut penah le dgr.
uhm, anda ada link atau source yg boleh tunjuk pasal benda tu? kalau anda mintak tolong share boleh..? jzkk! ^^
enonimus: eh boleh boleh..! ;D sy seriyes ni..! haha.. tp anda kena dok kwsn kl/selangor la, kalau tak mcm susah sket.. ^^" hihih..
arissa myana: 2 benda, 1) erti hidup pada memberi dan 2) tiada kebetulan dalam hidup ni.
peace.
;)
uhuk2.. teringat dlu pnah dpt sorg adik yg jugak benar2 menguji keimanan, mmg smpai pnah berdoa "Ya Allah, jgn lah kerana dosa2 ku Kau hijabkan hatinya dari hidayah-Mu" ... alhamdulillah dia skrg mengisi kekosongan yg sy tinggalkan di sana
mar: fulamaweh! terbhaikkk ahh...! xD
(2:216) Moga menjadi motivasi berguna! ;)
eh tp itu kesah dulu, kegemilangan zaman IPT huhu.. skrg baru masuk alam kerjaya macam ding dong sedikit, perlu usaha lebih -_-'
hahaha.. bese la tu. jom kita kuatkan iman dan tingkatkan amal..! ;)
msh sntiasa nebes bila nk bt bulatan gmbira dgn adik2. sbb adik2 tlampau byk soalan di luar alam. adehhhh (T_T)
salam.. hehe
sya bkan budak y baek eh?
i mean y lyak u bwa usrah tpi,, tiba2 dpat amanah n i cant reject it..
skang tngh brjinak2 mncari blog dakwah,, yelah sbelom ni xmnat pon..
sbelah mata pon xpndang..ceh!
anyway,,just want to say thank ats prkonsian..
cam kelin je ayt ak..
Post a Comment