4 May 2011

Sila Beli Sekian Terima Kasih



Sepupu saya baru sahaja menghasilkan sebuah buku untuk kanak-kanak yang berjudul 'Si Cantik Cempaka.' Dia turut menyertai festival buku antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini untuk mempromosikan bukunya itu.

Secara jujurnya saya belum lagi berpeluang membacanya, walaupon Cik Adik Perempuan sudah pun membeli senaskah buku tersebut. Sayugia tidak dapatlah saya memberikan riviyu atau sinopsis ringkas buku tersebut daripada kaca mata perspektif saya sendiri.

Tapi saya tahu sepupu saya itu berbakat. Apatah lagi dia adalah sepupu kepada Inche gabbana..! Wahahaha.. Eh.

Ini adalah sinopsis ringkas yang dimuatkan di dalam laman sesawang penerbit buku ini, Jemari Seni:

"Cempaka ialah seorang anak gadis yang amat berbangga dengan kecantikan wajahnya. Setiap hari dia akan duduk lama-lama di depan cermin untuk melihat dirinya. Dia amat memilih kawan dan dia juga suka menghina anak gadis lain yang tidak cantik. Satu hari, datang seekor anak kucing hitam yang cantik. Cempaka amat suka pada anak kucing itu. Dia cuba menangkap anak kucing itu. Tapi anak kucing itu berlari masuk ke dalam hutan di belakang rumahnya. Cempaka mengejar anak kucing itu. Hingga tak sedar dia telah tersesat masuk ke dalam hutan. Siang telah berganti malam. Cempaka ketakutan. Mujurlah ada sebuah rumah dalam hutan itu. Tapi rupa-rupanya rumah itu didiami nenek kebayan yang mampu mengubah wajah seseorang dengan syarat-syarat tertentu. Cempaka tergoda dengan tawaran itu dan memandang mudah pada syarat-syarat itu. Apa jadi pada wajah Cempaka selepas itu? Lihatlah wajah Cempaka dalam Si Cantik Cempaka."

Bagaimana? Anda sudah mula berasa teruja bukan..?

Jadi saya mengambil peluang ini untuk mempromosikan buku tersebut di belog ini. Sekiranya anda mempunyai adik kecil yang mula berminat untuk membaca buku, atau akan menghadiri majlis hari jadi adik kepada kawan lelaki sepupu perempuan belah ayah saudara mak anda, atau untuk bacaan santai anda sendiri, maka buku ini amat sesuai untuk anda! 

Pada harga RM13.00 senaskhah, saya rasa ini adalah tawaran hebat yang tidak dapat anda tolak kerana sekiranya anda tolak pasti anda akan mengalami mimpi ngeri setiap malam sehinggalah anda membelinya! Hihihi..

Anda boleh membelinya di lawan sesawang Jemari Seni di sini. 

Jadi apa yang anda tunggu lagi..?? Pergi berlari ambil beg duit anda sekarang, klik pada link di atas dan beli..! Tennnggsss...!

-gabbana-

Eh kepada sesiapa yang sudi membeli dan kemudian sudah membacanya, sila tinggalkan komen anda di sini ya..? Sepupu saya itu pasti teruja tahap Doraemon apabila membaca komen/kritikan anda..!

10 Caci Maki Puji Muji:

lavenderlover 04/05/2011, 09:48  

teringin nk jd author 1 day..hehe
tahniah!

Anonymous 04/05/2011, 10:19  

inche, anda beri link tu kenapa ke home/blog. ^^,

Anonymous 04/05/2011, 10:19  

saya teruja tahap doraemon untuk mendapatkannya(buku itu) !

may Allah bless =)

Anonymous 04/05/2011, 10:37  

http://www.jemariseni.com/02/

link jemari seni ! =)

Kenangan Lalu 04/05/2011, 22:31  

Sounds interestingh~ Will check it out soon~

Inche gabbana 05/05/2011, 09:14  

lavenderlover: iAllah saya doakan anda suatu hari nnt akan jadi penulis yg hebat untuk Islam dan ummah! ;)

Amin!

Inche gabbana 05/05/2011, 09:15  

enonimus I: dah tukar dah smalam. heheh.. mekasih!

(saya assume anda adalah enonimus yg sama yg bagi link ke jemariseni tu eh..? Tenggss..! ^^)

Inche gabbana 05/05/2011, 09:16  

enonimus II: ok! Sila ambil buluh terbang skang dan pergi dapatkan buku itu segera..! Hehe..

Inche gabbana 05/05/2011, 09:16  

nyamouq: yezza..! beli seguni then distribute kat sedara mara..! Hehe..

aisya 28/07/2011, 11:20  

eh awak cousin kamalia?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP