Suatu Ketika Inche gabbana Adalah Seorang Yang Kejam
Salaam semua dan selamat hari Jumaat..! Dan err, selamat hari April yang bodoh..! Wahahaha..
Tiba-tiba teringin pula nak tulis pasal pengalaman dolu-dolu ketika di Sekolah Bintang. Sudah agak lama tidak menulis tentang Sekolah Bintang. Bagi para pembaca yang mungkin baru mengikuti belog ini, Inche gabbana dahulunya bersekolah di Sekolah Bintang, sebuah sekolah berasrama penuh semua jantan *koff koff* di utara tak berapa nak utara tanah air.
Lima tahun lamanya saya bersekolah di sana. Arakian sudah tentu banyak pengalaman pahit manis masam masin yang pernah dilalui. Dan antara pengalaman yang tak mungkin sampai bila-bila saya lupakan adalah diberi tanggungjawab menjadi pengawas yang menjaga kanak-kanak tingkatan satu.
"Dari padang menghijau segar..." [Kredit Gambar] |
Lima tahun lamanya saya bersekolah di sana. Arakian sudah tentu banyak pengalaman pahit manis masam masin yang pernah dilalui. Dan antara pengalaman yang tak mungkin sampai bila-bila saya lupakan adalah diberi tanggungjawab menjadi pengawas yang menjaga kanak-kanak tingkatan satu.
Sebelum saya bercerita tentang pengalaman saya menjadi pengawas blok, elok sekiranya saya kongsi dahulu pengalaman diawasi oleh para pengawas blok ketika saya di tingkatan satu. Hitam putihnya, tugas seorang pengawas blok adalah untuk memastikan kanak-kanak tingkatan satu yang masih sakit rumah (Baca: Homesick) dan hingus meleleh dapat menyesuaikan diri secepat mungkin dengan suasana tinggal di asrama.
Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak ini daripada gangguan makhlus halus, makhluk tak berapa nak halus dan pengganas-pengganas rakus yang terdiri daripada habang-habang senior. Kiranya, pengawas blok ni tempat bergantung kami semualah ketika itu.
Kebiasaannya, ada dua kumpulan pengawas blok ini; kumpulan pertama adalah tiga orang habang tingkatan lima dan kumpulan kedua tiga orang habang tingkatan empat. Habang-habang pengawas blok tingkatan lima dikira sebagai Cikgu Muten Kura-Kura, di mana mereka dihormati dan disanjungi. Dan mereka ada 'kiub' di mana satu bilik khas untuk mereka melepak dan bermastatutin. Tugas mereka adalah untuk memantau keadaan kami secara kasar sahaja, di samping memberi panduan kepada habang-habang tingkatan empat.
Yang betul-betul menjaga kami adalah habang-habang tingkatan empat, sejurus selepas mereka dilantik menjadi pengawas. Pada mulanya Dorm 5, dorm saya ketika itu dijaga oleh Habang Izis, yang juga menjaga Dorm 6. Tetapi saya rasa kami terlalu amat nakal tahap Raja Raksasa Syaitan Pikor, sehingga tidak lama selepas itu, Habang Izis bertukar ke Dorm 3 dan 4 dan yang menggantikannya adalah Habang Lee. Wahahaha.. ^__^"
Uhm, pengalaman dijaga mereka... Ada yang best tapi rasanya lagi banyak yang tak best. Tidak mengapalah, tidak perlu saya panjangkan bab-bab yang tidak best itu. Saya akan buat-buat lupa; selective amnesia bak kata Anwar Ibrahim kepada Tun Mahathir. Eh. Tetapi cukup saya katakan yang dua benda yang paling tak best dijaga oleh para pengawas blok ini adalah meeting dan denda. Dan peraturan-peraturan yang memeningkan kepala. Eh tu dah tiga. Hihi..
Dan denda yang paling dibenci sudah tentunya 'Pa-So-La,' atau lebih glamor mungkin dipanggil 'Vespa' atau 'Shao-Lin' di sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain; di mana kami semua terpaksa duduk di atas kerusi halimunan kadang-kadang lebih daripada sejam lamanya, sehinggakan peha menjadi terlalu amat lenguh dan ada juga yang kejang kakinya. Sekiranya denda tersebut dikenakan, pasti kami semua akan mengeluh secara berjemaah kerana ketidakbestannya denda tersebut.
Tapi of kos, tanpa mereka, saya pasti kehidupan kami kanak-kanak muda remaja yang masih hingusan ini akan menjadi lebih kacau-bilau dan huru-hara. Merekalah yang banyak mengajar kami untuk berdikari; macam mana nak kemas katil dengan cara yang betul, kebersihan hendaklah sentiasa dijaga , pakaian hendaklah sentiasa kemas dan bergaya dan sebagainya. Belum lagi kira peranan penting mereka melindungi kami daripada habang-habang senior yang samseng dan ganas dan rakus. Tujuannya murni dan mulia; mendidik kanak-kanak seperti kami menjadi seorang pelajar yang berdisiplin dan berakhalk mulia. Tetapi caranya yang saya rasakan tidak kena. Cara paksaan dan kekerasan.
Jadi saya tanamkan niat dan azam, sekiranya suatu hari nanti saya menjadi seorang pengawas blok, saya tidak mahu melayan kanak-kanak di bawah jagaan saya sepertimana yang saya dilayan. Saya mahu ubah semua tradisi yang tidak sihat dan riang gembira ini! (Wah awal-awal lagi dah tanam niat nak jadi pengawas blok kan..? Memang gipang Inche gabbana ni. Hohoho.. Peluh kecil.) Oh menjadi seorang pengawas blok adalah suatu pekerjaan yang memang diidamkan apabila melihat keglamoran dan skop tugasnya! Wahaha.. Itu sangkaan saya, yang akhirnya akan meleset merudum jatuh.
Makanya, nak dipendekkan cerita, saya telah dipilih untuk menjadi pengawas blok kanak-kanak tingkatan satu ketika saya di tingkatan empat, bersama tiga orang rakan saya yang lain. (Ketika ini ada empat orang pengawas blok dan bukannya tiga, dan tujuh termasuk pengawas blok tingkatan lima.) Yang tak berapa riang dan gembiranya, di kalangan empat orang pengawas blok itu, sayalah yang paling garang. Anda tak percaya..? Hoh sila minta Doraemon mesin masa untuk anda kembali ke masa lampau dan pergilah ke Sekolah Bintang ketika itu hey..!
Saya amat mementingkan disiplin ketika menjadi pengawas blok. Kasut dan selipar mesti disusun kemas. Katil hendaklah tip-top sebelum meninggalkan blok. Selepas Subuh tidak boleh tidur. Solat mesti berjemaah. Dorm dan tandas hendaklah bersih dan kemas sebersih-bersih dan sekemas-kemasnya. Maka secara semulajadinya, saya terpaksa menjadi terlebih tegas atau dengan kata mudahnya, menyinga. Dan rakan-rakan saya yang lain bukan jenis yang menyinga, harimau bintang pun bukan dan harimau jadian apatah lagi.
Jadi secara otomatiknya, bila part marah budak, sayalah tu. Bila part denda budak, saya juga. Rakan-rakan lain ada juga marah dan denda, tetapi kalau saya marah dan denda, ada bonus dan promosi hebat seluruh negara. Maka secara otomatiknya juga, saya menjadi kambing gurun hitam di blok itu. Secara otomatiknya, secara sedar atau tidak, saya sudah menjadi pengawas blok yang suatu ketika dahulu saya benci dan tidak suka.
Malah saya rasa saya lebih kejam lagi. Uhm, tidak sanggup untuk saya ceritakan di sini. Terlalu malu dan terasa amat bersalah untuk diceritakan. (Tangan saya sedikit menggeletar dan hati bedegup kencang ketika sedang menulis ini.) Cukuplah saya katakan yang saya amat menyesal dengan sesetengah tindakan saya yang saya rasakan amat tidak rasional, didorong oleh perasaan marah yang teramat dan ego yang menggunung. Astaghfirullah.. Saya adalah seorang diktator berkuku besi!
Akibatnya? Sayalah pengawas yang paling dibenci. Saya rasalah. Banyak juga kedengaran cakap-cakap belakang yang memaki-hamun, mencaci dan mengeji. Biasalah, mereka juga manusia biasa. Lambat laun pasti akan timbul rasa menyampah dan benci terhadap diri ini.
Pernah suatu ketika akibat merajuk dengan cakap-cakap belakang dan ejekan cacian yang ditujukan kepada saya, saya mengambil keputusan untuk 'berehat' sebentar daripada tugas menjadi pengawas blok. Saya melarikan diri. Mudah. Cepat benar saya berputus-asa. Mudah sungguh hati saya dilukai. Banyak juga yang dimuhasabahkan dalam tempoh istirahat itu.
Akhirnya saya kembali semula, tetapi dengan kaedah dan pendekatan yang berbeza. Saya (kami) gunakan sistem merit, di mana kanak-kanak tingkatan satu itu digula-gulakan dengan markah dan dorongan. Dan di akhir nanti mereka dijanjikan dengan hadiah untuk dorm yang terbaik. Dan keputusannya memang menakjubkan. Kanak-kanak itu benar-benar teruja dengan pelaksanaan sistem baru dan mereka memberikan kerjasama yang memberansangkan. Tidak perlu lagi marah-marah untuk membersihkan dorm. Tidak perlu lagi denda untuk mereka bersegera ke kelas.
Namun jauh di sudut hati, saya tahu yang cara tersebut tidak akan bertahan lama. Kerana perubahan yang mereka lakukan tidak datang dari hati yang ikhlas, tetapi daripada ganjaran yang ditawarkan. Dan benar, semakin lama mereka kembali ke tabiat yang lama. Namun ketika itu sudah pun hampir ke penghujung tahun; tidak banyak yang boleh dilakukan lagi.
Akhirnya saya habiskan tugas saya sebagai pengawas blok dengan perasaan yang bercampur-baur. Antaranya, perasaan tidak berpuas hati dengan apa yang telah saya lakukan, seolah-olah saya gagal mencapai apa-apa yang boleh dibanggakan dan diingati. Uhm. Dan tahun selepas itu yakni ketika saya di tingkatan lima, sistem rumah pula yang digunapakai. Kanak-kanak tingkatan satu sehingga tiga bercampur-gaul mengikut rumah sukan masing-masing. Maka berakhirlah sistem pengawas blok (untuk tahun itu) dan kami tidak berpeluanglah untuk menjadi habang-habang tingkatan lima bertaraf Cikgu Muten Kura-Kura dan melepak dan bermastautin di dalam 'kiub' sambil memberi panduan dan tunjuk ajar kepada pengawas blok tingkatan empat yang baru. Hohoho...
Sekiranya diberi peluang, saya sememangnya amat mahu untuk menebus kembali kesilapan dan kebodohan di masa lalu. Apatah lagi setelah melalui dakwah dan tarbiyyah dan faham benar apa itu perubahan diri melalui hati, saya sering terfikir, sekiranya dahulu saya menggunakan kaedah sentuhan hati dan bukannya marah-marah dan denda mengkhinzir-buta, adakah keadaan akan menjadi berbeza.
Tetapi untuk kembali ke masa lampau dan mengubah keadaan, itu adalah suatu perkara yang mustahil. Cukuplah saya belajar dan mengambil ibrah daripada apa yang telah saya lalui. Dan sesungguhnya memang terlalu amat banyak yang telah saya pelajari.
Rasa bersalah ini saya bawa ke mana-mana.. TT__TT [Kredit Gambar] |
Kepada kanak-kanak Batch 037 yang mungkin membaca post ini, saya secara jujurnya meminta maaf dunia akhirat untuk segala tok nenek kesilapan dan kejahilan yang telah saya lakukan kepada anda. Ketika itu tiada yang lain terlintas di hati melainkan saya mahu menjalankan tanggungjawab saya dalam mendidik anda, juga sayang dan benar-benar mengambil berat tentang anda semua. Tetapi yalah, niat tidak menghalalkan cara. Dan percayalah, saya amat menyesal dengan cara yang saya gunakan dahulu.
Sekiranya masih ada yang tidak berpuas hati, silalah tuntut sebelum saya atau anda mati. Gasp. Tolong tolong dan tolong. Jangan biarkan 'hutang' ini dibawa ke kubur nanti. Tetapi lebih baik dan bergaya sekiranya anda lupakan dan maafkan saya sahaja bukan..? Wahahaha.. Eh tak serius pula Inche gabbana ni. Maaf maaf.
Saya tahu mesti anda yang masih rasa tidak puas hati, berdendam dan sebagainya. Jika ada, sila maafkan diri yang hina ini. Jika anda tidak dapat memaafkan diri ini, sila beritahu saya apa yang saya boleh lakukan untuk menebus kembali kesilapan diri. Tunduk keinsafan, sujud taubat air mata mengalir perlahan.
-gabbana-
Saya rasa banyak juga benda-benda best, kool dan bergaya yang saya buat ketika jadi pengawas blok dahulu. Tetapi yalah, takkan nak masuk lif dan tekan nombor angkat sendiri kan..? Walawehahaha. Jelir lidah.
22 Caci Maki Puji Muji:
mostly semua sekolah berasrama penuh, habang2 n ahkak2 guna kekerasan serta KKEJAMAN ! pnglmn sy sndiri tak ada lgsg yg gnakan cra lembut,mllui dkwah, klo ada pun sekerat saja. n last, ahdik2, mcm brdendam n ahdik2 bila dh senior, buat bnda yg sama. hmm2
Habang Gabbana nampaknya sedang melayan blues... rindu zaman kanak2.. =)
tapi tak dinafikaj juga turut mengambil kesempatan untuk meminta maaf dan menebus kesilapan =))
"gipang"
haha lama tak dengar perkataan tu :)
anyway,suka entry2 yang down memory lane macam ni.lagi dekat dengan readers kalau cerita kisah sendiri buat ibrah dari cerita kisah yang sangat umum. (^_^)
oh ya inche gabbana,saya teringin nak membaca pengalaman jauhlah inche ketika di London dulu.
Boleh kongsi??hehe
"Pa-So-La".. How many years since the last time I've heard that word.
macam2 org,macam2 ragam.u can never satisfy all.kte cume bleh berusaha,tp hidayah tu d tgn tuhan.
yg ptg buat yg kte rasa terbaik,lain2 tu blakang citer.
menysal adlh fitrah manusia,enjoy aja!(klo x de filing nk nyesal problem jugak tu kan...??)
jom mlangkah ke depan ato bahasa omputih,keep moving 4ward.
nk bagi sedap ati,at least your fault doesnt cost life(err...does dat help?)
so,cheer up bro!!!
encik gabbana, kalau doakan saya masuk syurga, nescaya saya ampunkan kesalahan2 encik tu..
wah, kita jiran depan rumah rupanya..!! ^^
ana pun all-boy school seberang jalan ngan Sekolah Bintang.
sekarang masih garangkah?
bestkan sekolah..!
enonimus: btol btol, itulah situasinya. dia jadi vicious cycle.. sedih kan..?
jadi apa lagi..? kena la sebarkan D&T kat sekolah2 berasrama..! ;D
aiman: rindu memang rindu, tap tak dapat nak buang perasaan bersalah ni... haih...
payung kecil: =) inche gabbana sebenarnya segan untuk menceritakan kisah2 sebegini, tapi baguslah kalau dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
pengalaman jaulah di London..? tu tak boleh tulis dalam belog, kena tulis buku tros..! wahahaha.. ;)
karakoza: wah, anda sekolah di mana dahulu? sekolah semua jantan macam saya juga ke..? Hihihi..
pocong: anda ni mmg bagus la. bagus kalau jadi pakar psikitiari (betol ke eja ni..?) atau pakar motivasi! hehe..
terima kasih bebyk..! ;)
hadekkena pa-so-la: ;O anda penah ke pasola ke..?? siapa anda..? (sbb sy tak igt penah bg denda pasola zaman dulu.. hihih..)
woah! ok ok..! sy doakan..! ^^
kahfi8: oh haha.. anda izzudin rupanya. sekolah ustaz hasrizal kan..? ;)
alhamdulillah, dah byk berubah, thanks to tarbiyyah. tp kadang2 terlepas juge.. =/
siti fatimah: ada yg best, ada yg tak. tapi overall memamg BEST GIIILLLEEE...! Hehe.. ;)
akh gabbana ^^ : aah sekolah ustaz hasrizal. zahid hamidi pun sekolah ni. hehe ~
enta asal perak ke? leh la nanti nak ajak plan utk 'terjah' sekolah2 all-boys ni.. tak cukup tenaga.. (DnT)
Salam :
Sy juga pernah menjadi 'pengawas'yg tak rasmi apabila diarahkan tinggal di Blok Green bersama beberapa rakan sy yg memegang jawatan sbg pengawas yg sah..
Pertengahan tahun, mereka semua pindah ke Blok Matrik, tinggal saya seorang di Blok Green tu menjaga budak2 form 1..
Dan itulah mengajar saya erti sebenar tanggungjawab..
kafhi8: saya asal dan menetap di KL. dah lama tak balik Ipoh. rindu sgt2 kt ipoh tu..! =(
adol ihsan: hahaha. amcm..? 'Best' kan..? hehehe..
tp btol, jaga hadek2 junior ni mmg byk mengajar diri ini erti kehidupan.. ;)
hahahhahaha . gelak japp bace post ni =p . lawak pulak ingat dulu2. sape kate inche gabanna di benci. prefect paling di sayangi tuu. =p.
denda2 tu walaupon memenatkan mcm jalan itik, andd paling "best" lari court lepas jumaat, tapi bila ingt balik, mesti kelakar.hehe.
papepon, thnks coz jge btch kitorg, n yg dulo2 tuu yg makes us today :)
When i was a juni0r, bila senior buli, i alwez tell myself, anggap mcm adik beradik sendri jer, especially kalo yg pmr n spm, lagi lah tak kesah sbb tau diaorg stress exm.. :) mayb sbb i dun hv elder sibling so mcm anggap senior sume elder sibling jerh.. Mmg xtension, buat rela jer. Kwn2 pon pelik.. Haha. But im glad i think dat way.. :)
Post a Comment