4 April 2011

Duit Anda Yang Terkeluar Ikut Hidung Dan Mulut

Peace. [Kredit Gambar]

Anda tak tahu nak buat apa dengan duit anda yang berkepuk-kepuk itu..? Anda tak tahu bagaimana nak manfaatkan duit bonus berbulan-bulan itu? Anda dah bosan menderma pada badan-badan yang anda tidak tahu ke mana perginya duit anda..?

Nah, saya ada solusi yang kool lagi bergaya. Memperkenalkan.. 




Sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan khas untuk memperjuangkan nasib dan membela rakyat Palestin. Ya, saya tahu, sudah ada banyak badan-badan bukan kerajaan lain yang ditubuhkan atas dasar dan tujuan yang sama. Tak kisahlah anda nak pilih yang mana pon kerana saya yakin semuanya ikhlas dalam melaksanakan kerja-kerja mereka.

Cuma dalam post ini, saya mahu promote Aqsa Syarif kerana saya rasakan banyak keistimewaan Aqsa Syarif ni. Antaranya, mereka adalah antara yang terlibat dengan misi konvoi beramai-ramai dari London ke Palestin pada tahun lalu (Aqsa2Gaza). Dan yang paling menarik, jenis-jenis bantuan yang dihulurkan adalah bersifat sangat praktikal dan untuk jangka masa panjang, dan bukannya one go sahaja.

Contohnya, projek kilang roti, projek bantuan membangunkan sosi-ekonomi keluarga miskin dan projek ternakan ikan air tawar dan kilang memproses makanan ikan. Projek-projek ekonomi seperti ini dapat menawarkan peluang pekerjaan di samping menjana ekonomi untuk jangka masa yang lebih lama. Dan sekiranya berjaya Insha-Allah, rakyat Palestin dapatlah mengurangkan kebergantungan mereka kepada bantuan dari luar (walaupun bantuan akan terus-menerus masuk..!).  

Anda juga dapat memantau sumbangan anda secara terperinci. Contohnya, sekiranya anda memilih untuk menaja anak yatim, anda akan diberi gambar dan biodata anak yatim yang anda taja itu. Malah perkembangannya dari masa ke masa juga akan dihapdet kepada anda. 

Justeru saya ingin merekomenkan dua bentuk bantuan yang anda boleh hulurkan sekiranya anda berminat untuk membuat pahala lebih berlipat kali ganda (hohoho..) dan sekiranya wang ringgit anda sudah mula terkeluar melalui hidung, mulut dan telinga.

Pertamanya, bantuan kepada keluarga miskin Palestin. Tiada sumbangan minimum dan komitmen; sumbanglah seberapa banyak yang anda suka. Rakyat Palestin sentiasa memerlukan bantuan anda kerana sebahagian besar daripada mereka hidup di dalam keadaan yang amat dhaif dan menyedihkan. Kiranya, kalau ada rancangan Bersamamu di sana, pastinya sebahagian besar rakyat Palestin layak untuk masuk rancangan. 

Keduanya, penajaan anak-anak yatim. Sekiranya anda memilih untuk menaja anak yatim, sumbangan yang perlu dihulurkan adalah sebanyak RM170.00 (kurang lebih USD50) sebulan dan komitmen selama setahun. Alamak bang, apa sangat la RM170.00 sebulan tu kan..? Rokok sekotak boleh beli setiap hari tadehal, apa kes..?? Wahaha.. Eh.

Saya amat mengesyorkan bantuan bentuk kedua ni sebab Nabi SAW pernah bersabda:

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).
[Riwayat Bukhari]


Fulamaweh. Kiranya masuk syurga la kan..? Yala, macam mana nak rapat dengan Nabi SAW macam rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah kalau kita tak masuk syurga dulu..??

Dan kenapa menaja anak yatim Palestin ni lebih besar peluang anda untuk masuk syurga..? Kerana anda pon tahu keadaan di Palestin ni macam mana; bagaimana anak-anak Palestin bangkit untuk berjihad setiap hari. Jadi anda bayangkanlah kalau anak yatim yang anda taja suatu hari nanti pergi menghadap Ilahi dalam keadaan syahid, dan makan-minumnya yang menjana tenaganya untuk pergi berjihad itu ditanggung oleh anda, fuuuhhh... Saya tak dapat nak sebut dengan kata-kata betapa syyyoookkkknnnyyaaaa ganjaran yang menanti anda..!

(Eh saya tak menjamin anda masuk syurga tahu sekiranya anda menyumbang..?? Saya tiada kuasa untuk menjamin anda..! Nanti anda dakwa saya pula di mahkamah Allah! Peluh kecil.)

Anda pon mesti tahu kan fiqh awlawiyat..? Kefahaman untuk mengutamakan mana yang lebih utama dan penting..? Tidak bermakna sedekah atau sumbangan anda kepada jenis-jenis bantuan yang lain adalah tidak bagus dan tidak mendapat ganjaran daripada Allah. Malah sumbangan anda yang ikhlas untuk mangsa tsunami Jepun adalah jauh lebih mulia dan baik daripada sumbangan berjuta-juta lemon ringgit ke Palestin tetapi anda riya' dan menunjuk-nunjuk.

Cumanya, pada pendapat saya, dalam keadaan sekarang ini, saudara-saudara kita di Palestin lebih memerlukan bantuan dan perhatian daripada kita. Kalau bukan kita umat Islam, saudara seaqidah mereka nak membantu mereka, siapa lagi..?

Jadi apa tunggu lagi..?? Sudah terang lagi bersuluh, jom derma ramai-ramai jangan bertangguh..! Siapa cepat dia dapat! Tapi dalam hal ini, semua orang pon dapat, Insha-Allah..! ;)

"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." 
[al-Baqarah, 2:261]

Ok, cukuplah promosi saya untuk hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang penajaan, anda boleh ke sini. Untuk projek-projek lain, sila klik sini. Dan mengapa Palestin, mengapa orang dok sibuk-sibuk Palestin itu dan Palestin ini. Mengapa..? Saya rasa ini satu bacaan yang baik untuk anda sebagai permulaan.

Semoga bermanfaat, biddznillah. Fikir-fikirkan dan selamat beramal...! (Tanpa izin Professor Izzi Haji Ali. Heh.)

 Allahu a'lam.

-gabbana-

Yang amat teringin untuk menjejakkan kaki di bumi Palestin...

8 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 04/04/2011, 16:07  

insyaAllah saya akan menderma ke Aqsa Syarif Berhad setiap tahun walaupun saya masih seorang pelajar. InsyaAllah. moga dipermudahkan.
Saya juga sgt sgt sgt mahu ke palestin membantu mereka. Moga kita mampu ke sana suatu jari nanti insyaAllah =)

pocong 04/04/2011, 17:58  

good promotion!
kami pon baru dpt pendedahan detail ttg aqsa syarif last mth during roadshow us hassan...mmg bes n motivated!walau duit baru smpi kerongkong,(blom kuar ikot mulut apatah lg hidung),nk jugak try pilihan ke2 (anak yatim).drpd duit tu buat adegan silap mata n mengghaibkan diri mereka secara berjemaah...i hv applied,haha,macam rasa nk dapat anak pulak ^^
tp apa la guna nyumbang berjuta2 lemon ke palestin klo x mampu boikot produk2 israel?(peluh x kire jantina mnitik)macam gali lubang utk tutup lubang lain...olala..mujahadah...

Inche gabbana 06/04/2011, 08:39  

enonimus aka cucu hj hassan: bagusla! derma byk2, semoga menjadi hujah anda di akhirat nanti..! ;)

Inche gabbana 06/04/2011, 08:40  

pocong: ustaz hasanudin ke..? sy tak pernah lg jumpa dia secara personal. tgk dari jauh je..

yep btol. skang ni mcm dah surut je smangat nak boikot. ramai je org makan mcD sume.. -___-"

olala..?? hahaha.. lucu!

pocong 06/04/2011, 19:01  

ahaha..u shud.he's one of the best definition of cool n bergaya.siriyes.buat la ape cara skalipon asalkan dpt jmpe dia ^^

Inche gabbana 07/04/2011, 17:45  

seriyes...? ish ni yg lagi berkobar-kobar nak jumpa nih...! xD

Anonymous 11/04/2011, 10:28  

en gabbana, maaf mengganggu. maybe ape yg saya mahu bertnya, luar dr topik. btw,saya ingin bertnya mengenai degree progrm. boleh saya tahu bagaimana peluang pekerjaan sekiranya saya mengambil degree in maths dan ape jenis pekerjaan yg mambil degree in maths. satu lagi, ape lg degree yg mempunyai peluang pekerjaan yg tinggi yg en gabbana sarankn selain medic n dentistry?thnk u.

lepasan asasi.

Inche gabbana 12/04/2011, 09:43  

enonimus: woah, ni dah macam soal-jawab kaunselor kerjaya la pulak! hehehe..

Uish, mcm2 kot boleh jadi kalau amik maths. Selain boleh jadi cikgu maths, boleh juga jadi pensyarah maths! hehehe..

ok ok seriyes sket. byk je peluang pekerjaan ntok degree maths ni. boleh keja ngan finance, boleh jadi accountant, boleh jadi software engineer, boleh jadi economics, boleh jadi analyst.. walaweh, kira banyak ah..! asalkan ada asas kira-kira.

sume benda pon byk je peluang pekerjaan, asalkan kita tahu nak mintak kerja kt mana. tp kalau kt Malaysia ni, jgnlah degree yg pelik2 sgt mcm degree in surfing ke, degree in development econs ke.. susah sket ah.. huhu..

pape pon, kena yakin yg Allah yg bagi rezeki tu. kalau kita ikhlas dan yakin, IAllah Allah akan buka dan tunjukkan jalan. ;)

allahu a'lam.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP