11 March 2011

Kadangkala Tarbiyyah Boleh Datang Dalam Bentuk Game Juga

Jom kita main satu game. Ajak empat ke lima orang rakan-rakan anda (lebih pon ok juge). Cari tempat yang selesa untuk duduk, contohnya di bawah pohon yang rendang atau di tepi tasik Chini luas mata memandang. Kemudian duduk bersila, lantik seorang pengacara majlis. Pengacara majlis itu hendaklah memulakan acara dengan berkata, "Kita mulakan dengan Ummul Kitab al-Fatihah." Wah sungguh cliche di situ. Dan terus sahaja anda memulakan Bulatan Gembira. Wahahaha. Eh.

Bukan bukan. Bagus juga untuk main game ini ketika berbulatan gembira. Tapi kalau mahu main game ini, bila-bila dan di mana-mana pon ok sahaja. Game ini sekejap sahaja. Begini. Sediakan lima kepingan kertas kecil (sekiranya jumlah pemain lima orang) dan tulis perkataan-perkataan pada kepingan kertas tersebut (satu perkataan pada satu keping kertas):
  1. Hiburan
  2. Cinta
  3. Fesyen/Gaya hidup
  4. Ekonomi/Politik
  5. Islam
(Nota: Boleh juga nak tulis lebih daripada lima, Bergantung kepada kreativiti anda dan jumlah pemain. Tapi 'Islam' wajib ada)

Kemudian lipatkan kepingan kertas tersebut dan beri kepada setiap seorang pemain tanpa mereka melihat apa yang ditulis. Cara bermain:
  1. Lantik seorang untuk memulakan permainan
  2. Pemain tersebut akan menyebut perkataan yang ditulis pada kepingan kertasnya dengan suara lunak dan merdu yang boleh didiengari dengan jelas oleh semua orang
  3. Pemain-pemain lain dengan pantas perlu menyebut satu perkataan yang ada kaitan dengan perkataan yang disebut. Contoh, pemain pertama menyebut perkataan 'Hiburan!' Maka pemain lain dengan pantas hendaklah menyebut apa-apa sahaja yang terlintas di kepala mereka yang ada hubungan saudara-mara dengan hiburan. Contoh, "Siti Nurhaliza!" Atau "Tengok wayang!" Atau "Melancong!" (Eh tapi ketika permainan, janganlah bagi contoh ni kepada para pemain, nanti spoillah game ni!)
  4. Habis perkataan pertama, pemain kedua pula yang akan menyebut perkataan yang ditulis pada kepingan kertasnya dan ulang langkah 3
  5. Permainan tamat apabila semua orang sudah menyebut perkataan yang ditulis pada kepingan kertas mereka
(Nota: Kalau anda rajin, boleh juga catat perkataan/frasa yang keluar daripada mulut para pemain sebagai respon kepada perkataan-perkataan yang ditulis pada kepingan kertas)

Selamat mencuba! Dan kalau anda dah main game ni, minta jasa baik anda meninggalkan komen pada post ini dan tulis apa respon rakan-rakan/hadek-hadek anda.

Eh anda kena main game ni tahu..? Kalau tak main anda tak boleh baca pengajaran game ini yang akan saya tulis nanti! Wahahahaha.. Senyum lebar tetapi bergaya.

Cheerios! 

Eh eh, kejap-kejap. Macam mana nak eksplen kat rakan-rakan/hadek-hadek anda apa pengajaran game ni kan...?? Emm. Emm. Oh ha! Cakap je la kat diorang anda akan bagi pengajaran pada perjumpaan akan datang..! Wahahaha.. Kiranya memang kena main game ni masa bulatan gembira la kan..?? Oh sungguh kool..!

Senyum sambil mengenyit mata.

-gabbana-

19 Caci Maki Puji Muji:

Cik Heroin 11/03/2011, 18:28  

xde kwn nak ajak main. adik2 pun xde.
-__________-

bukan enonimus 11/03/2011, 19:31  

kalau inche gabbana post pasal ni semalam, konpom saya buat game ni dalam bulatan gembira saya semalam. hoho.

so nampaknya saya akan buat next week, lepas tu baru boleh kasi respon ^_^

itachi 11/03/2011, 21:51  

menarik!

sweet n sour 12/03/2011, 04:53  

msti kena try ni!:)

Inche gabbana 13/03/2011, 00:36  

pemilik diari: erk. anda di makhluk dari planet mana ni...? o__O

takde kawan sbb tgh cuti ke, atau mmg lgsg takde kawan seumur idop..? hohoho..

Inche gabbana 13/03/2011, 00:36  

bukan enonimus: daripada cara gelak anda, mcm kenal je sapa... hihihi..

oh, kalau nak buat next week, IAllah by that time dah boleh bgtau tros kot pengajarannya. sbb iAllah dalam masa trdekat ni, nak tulis pasal pengajaran dia pulok.. ;)

Inche gabbana 13/03/2011, 00:37  

itachi: dah cuba blom..?

Inche gabbana 13/03/2011, 00:37  

sweet n sour: yezza....! nnt dh terai bgtau apa respon org2 yg main..? ;)

bukan enonimus 13/03/2011, 00:59  

eh, mustahil inche gabbana kenal saya. selama ini saya hanya comment sbg anonymous. =D

:)

ok, insya-Allah~

payung kecil 13/03/2011, 09:32  

inche gabbana sila la update cepat pasal pengajaran tu
saya teramat la eksited nk membaca nye! :)

Inche gabbana 13/03/2011, 21:53  

bukan enonimus: anda ini sungguh yakin kan..? mana anda tahu saya tak kenal anda...? ^^

Inche gabbana 13/03/2011, 21:53  

payung kecil: hihihi.. sy mmg suka membiarkan anda semua teruja dan tertanya-tanay. barulah menarik dan bergaya..! xp

IAllah akan saya usahakan dalam masa yg terdekat ni.. ;)

bukan enonimus 14/03/2011, 01:52  

kalau di luar pun, memang inche gabbana tak kenal saya -__-"

Inche gabbana 14/03/2011, 09:47  

bukan enonimus: :O takpe. kita tetap sedara dalam Islam. ;)

Anonymous 29/03/2011, 21:28  

nk tau ape pengajaran nye....

Inche gabbana 30/03/2011, 07:41  

enonimus: pengajarannya ada pada post 'Inche, Boleh Tunjukkan Arah Qiblat?'

Moga bermanfaat biidznillah.. ;)

arissa myana 08/04/2011, 18:52  

salam

dah cuba game ni... hehee alhamdulillah, amat brmanfaat dn membantu... biidznillah juga inshaAllah...

tpi sdikit x puas hati sbb 'anak2 yuyu' pny respon sgt mengikut skema jawapan... ada 1,2 tmpt je boleh celah... tpi inshaAllah, jelas tujuan 'bermain'

jzkk n barakallah ya :)

Inche gabbana 10/04/2011, 21:11  

hahaha.. and apatut bersyukur kerana anak2 yuyu anda qawiyy2 sumenya..! hehe.. tp itu juga satu ujian tahu..? ;)

semoga tsabat, iALlah.. ^^ doakan saya juga di sini!

z!!-han 29/05/2013, 21:30  

wargh!!huu..
piu piu!!(bunga api meletup2 di udara)
sgt xcited bile bce post nih!
den nk try utk usrah strusnye!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP