12 April 2011

Tanpa Tajuk

Selepas membaca post ini, anda pasti faham mengapa saya letak gambar ini. Peace. [Kredit Gambar]

Ada dua benda yang saya amat tak gemar apabila menulis belog; mencari tajuk yang sesuai dan gambar yang relevan dengan post.

In fact, ketika saya sedang menulis ayat ni pon, saya tak tahu lagi nak bagi tajuk apa untuk post ni. Kadang-kadang tu idea datang mencurah-curah untuk menulis dan post dapat disiapkan dalam sekelip mata (ok over sket..), tapi terpaksa tunggu dulu untuk siarkan post sebab tak jumpa lagi tajuk dan gambar yang sesuai untuk post tersebut. Lap peluh kecil di tepi dahi.

Ala, post je la tanpa tajuk! Mana boleh Inche-Inche dan Puan-Puan sekalian. Tajuk, walau sependek mana pun ia, menggambarkan apakah yang terkandung di dalam sesebuah penulisan. Kadang-kadang tu penulisan tak menarik pon, tapi sebab tajuk yang giga mega bombastik pom pom pom, orang tertarik untuk membacanya. Kadang-kadang tu tajuk sepatah perkataan je, tapi sebab perkataan yang dipilih tu tepat dan bijak, sehinggakan boleh menggambarkan keseluruhan penulisan. 

Anda bayangkanlah sebuah buku tanpa tajuk..? Tak ke pelik? Anda pasti tertanya-tanya bukan apakah kandungan buku tersebut? Cover buku dah gempak habis dah, tapi ekele, takde tajuk. Macam hampagas tahap moksya kan..?

Ok la fine fine, tajuk tu penting. Kata anda. Tapi post je la kalau takde gambar pon. Gambar tu nak buat apa? Sekadar hiasan je kan..? Kata anda lagi. Tak boleh juga Inche-Inche dan Puan-Puan sekalian. Selain daripada menjadikan sesuatu post tu lebih kool dan bergaya serta kachak dan tampan *koff koff*, gambar juga ada fungsi-fungsinya yang lain. Antaranya, dengan gambar yang tepat dan menarik, ia dapat menjelaskan lagi isi-isi penting yang cuba disampaikan oleh penulis. 

Dan saya sendiri, apabila membaca buku atau belog orang lain, saya sukakan penulisan yang ceria yang disertakan dengan gambar-gambar yang bergaya kerana kombinasi penulisan dan gambar yang tepat akan menyebabkan saya lebih tertarik untuk membaca. Kira macam cuci mata lah juga.

Selepas ayat-ayat zaaaassss dan menggegar jiwa, ada baiknya kalau ada satu dua gambar yang boleh menceriakan suasana atau menstabilkan mood pembacaan agar air mata tidak terus turun bercucuran laju. Mengikut pengalaman sendiri, buku-buku yang mengepilkan banyak gambar bersama akan menyebabkan saya lebih teruja untuk membacanya. Itu sayalah, anda saya tidak pasti pula.

Nah, sekarang anda tahu betapa pentingnya tajuk dan gambar bagi sesebuah post itu bukan..? (Sehingga kini saya masih tidak tahu nak letak tajuk apa untuk post ini. Begitu juga dengan gambar. Haih..)

Ok, sekarang saya mahu memakai kaca mata dakwah dan tarbiyyah saya yang kool, ensem dan bergaya (Uish, asyik-asyik kool dan bergaya je. Tak bosan ke anda..?) dan melihat isu tajuk dan gambar ini melalui kehidupan kita sehari-hari. 

Jap jap, saya nak pakai jap. Wah, ok saya dah nampak...! Wahahaha... Senyum besar-besar nampak gigi sambil buat peace.

Saya melihat 'tajuk' sebagai apa yang mendefiniskan hidup kita atau dengan kata lainnya, TUJUAN HIDUP. Sedangkan 'gambar', saya melihatnya sebagai perkara-perkara yang melengkapi kehidupan kita, atau dengan kata lainnya, AKHLAK.  

Untuk tujuan hidup kita, tidak guna kalau kita habiskan keseluruhan hidup kita, kerah tenaga, wang ringgit dan masa untuk mencapai sesuatu yang bukan realiti, tetapi fantasi. Hanya angan-angan kosong yang membentuk fatamorgana yang tidak nyata. Akhirnya kehidupan kita hanya sia-sia kerana dihabiskan bukan untuk memenuhi tujuan hidup kita diciptakan. 

Samalah dengan sesebuah penulisan. Bayangkan kalau tajuk penulisan tu 'Seekor Ayam Gagah Yang Sungguh Gigih Berkokok' tetapi penulisannya menceritakan kisah seorang mak cik yang tinggal di Pekan Rabu menjual goreng pisang di tepi jalan. Atau pun sebuah buku yang mengisahkan tentang jerih-payah seorang ayah tunggal membesarkan sembilan orang anaknya, tetapi buku tersebut bertajuk 'Telefon Awam Di Tepi Jalan Besar.' 

Pengsan. Bagaimana sih..? Tak ke tak tercapai tujuan buku/penulisan tersebut ditulis dalam tempat yang pertama? Benar, memang ada penulis yang menulis terlebih dahulu kemudian baharulah mencari tajuk yang sesuai dengan penulisannya. Tetapi tajuknya itu pastinya tidak lari dengan tema dan penceritaan penulisannya. Bukankah begitu? Kalau sepanjang-panjang penceritaan langsung tiada kena-mengena dengan tajuk, sila ambil buku itu dan bakar sekian terima kasih. Hohoho..

Akhlak pula, well, rasanya tak perlulah saya berceloteh panjang tentang akhlak. Semua pon sudah tahu kan kepentingan akhlak yang soleh di dalam hidup kita sehari-hari? Buku atau penulisan yang tidak bergambar memang boleh dibaca, tetapi bukankah lebih menarik dan bermakna untuk membaca penulisan yang dilengkapi dengan gambar? Apatah lagi sekiranya gambar yang dikepilkan bersama adalah gambar yang cukup mengujakan!

Sebelum ar-Rasul SAW diutus menjadi Nabi dan Rasul, Allah telah mentarbiyyah baginda, membesar dalam keadaan dan situasi yang terbaik supaya apabila baginda sudah bersedia untuk membawa risalah Allah yang agung, masyarakat di sekitarnya sudah pon mengakui kecantikan akhlak baginda. Bayangkan kalau baginda berakhlak buruk dan tidak senonoh, anda rasa bagaimana penerimaan masyarakat Arab jahiliyyah terhadap dakwah yang dibawa baginda?

Benar, akhlak bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula daripada akhlak yang baik dan soleh. Tidak hairanlah Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."
[Hadith riwayat Bukhari]

Seorang dai'e perlulah melengkapkan dirinya dengan akhlak yang terbaik sebagai senjata tambahan untuknya meyakinkan orang di sekitarnya bahawa dia membawa risalah yang benar dan membenarkan. Bagi saya, seorang dai'e itu wajib berakhlak dengan akhlak yang soleh dan terbaik kerana dai'e yang tidak berakhlak akan mendatangkan fitnah kepada dakwah yang dibawanya.

Ok ok, tadi kata tak nak membebel panjang kan..? Hohoh.. Dan tulisan saya juga tampaknya seperti semakin skema dan tidak lagi bergaya. Maka izinkan saya untuk berhenti di sini.

Apa-apa pon, ini hanyalah analogi saya sahaja. Tidak semestinya analogi saya ini tepat dalam menggambarkan hujahan saya. Harapannya, mana yang baik, ambillah bawa balik rumah dan amalkan, dan mana yang buruk dan tidak cantik, tinggalkan sahaja di belog ini. Hihihi... Dan anda mungkin ada pengajaran yang jauh lebih hebat, bermakna dan bergaya. Maka anda tahu apa tugas anda; kongsikannya bersama..! Wah!

Ayuh kita sama-sama tulis buku kehidupan kita dengan tajuk yang jelas dan penuh bermakna, dipenuhi dengan gambar-gambar akhlak yang ceria dan menceriakan..!

-gabbana-

Sehingga kini saya masih tidak tahu nak letak tajuk apa untuk post ini. Peluh besar. Aaaah. Letak sahajalah 'Tanpa Tajuk.' Peace.

19 Caci Maki Puji Muji:

Zulkifli 12/04/2011, 17:56  

Nice one, Encik Gabbana.

Our purpose in life (tajuk) should dictate our words (perkataan dalam buku) and our actions (gambar) must be in line with our words.

Jazakallah.

pocong 12/04/2011, 18:34  

mmg susah rupenye nak menten blog,heheh...but i must say,u did tremendously gud job up till now,honestly.

ekceli i tink ikot kacamata orang perorang la kan...ade yg pentingkan kualiti dr sume segi,jd klo K.O 1 aspek je trus tolak tepi.u can never please everybody...tp yg penting,u must always try do ur best,in whatever u do.

rasulullah yg maksum dan brakhlakkan quran ttp dtentang oleh abu jahal yg sangat menyayangi baginda sewaktu seruan dakwah pertama duuuuluuuuu...Ada jugak bende tajuk x sesuai isi yg dterima...contohnye,err,video sex anwar,yg actornye tah mamat mana2 ngan amoi mana2...x sesuai tajuk jugak kan?tp siap dtayang d parlimen lg n dpt liputan meluas akhbar2 n youtube.muantapp choyyy.(oopss,x berkaitan ker???)

akhlak yg mulia mmg penting bg seorg daie,bak kata cakap serupa bikin n penampilan juga amatla penting..dakwah jalan,tp kne menten macho,kool n bergaya jugak kan?kan?

Sherlock Holmes 12/04/2011, 20:15  

Hehe, saya baru je terfikir siang tadi.

Saya mmg ada masalah nak fikir tajuk.

Bila dah habis taip baru fikir tajuk dan letak gambar. Selalunya memang tak relevan dgn post. =P

Azlin Azman 12/04/2011, 20:51  

dalam hidup memang perlu ada tujuan hidup tapi kita tak akan tahu kesudahan dia yang bagaimana. jadi saya lebih suka letak ia sebagai 'tanpa tajuk' . hihi

Zulkifli 12/04/2011, 21:14  

I noticed that you had entertained requests from your readers to write about a specific topic before this.
Jadi, boleh aku juga buat satu permintaan?
Boleh Encik Gabbana tolong tulis tentang sejarah tarbiyah dan dakwah Encik Gabbana?
Bagaimana anda boleh terperangkap atau terjerat?
Bagaimana anda menjadi yakin bahawa inilah jalan yang benar?
Insya Allah boleh membantu dalam menarik mad'u-mad'u yang berfikiran kritis seperti Encik Gabbana. (sedikit pujian untuk mengambil hati. eh, actually i'm serious)
Boleh? (sambil membuat muka penuh pengharapan)

Bashir IbnDzul 13/04/2011, 07:13  

erk.. bila sebut tang akhlak tu, mengingatkan semula pada tujuan ana masuk belajar semula..

baru mendaftar masuk belajar (diploma je) pada ahad lepas. sometimes, terover gak la sket, tapi alhamdulillah student laki batch ana (9 orang je) masih tsiqoh ngan ana..

alhamdullah, tsumma alhamdulillaah..

jazaakallah! ^^

Inche gabbana 13/04/2011, 09:41  

zulkifli: nice comment. ;p

im not so sure about the connection between 'gambar' and action coz they don't seem to go along with each other, but anyway, thanx..! ;)

barakallahu fik..

Inche gabbana 13/04/2011, 09:43  

pocong: O__o saya tak boleh nak terima komen anda pada perenggan ketiga. mungkin anda sudi untuk jelaskan dgn lebih terperinci..?

walaupun tajuk video tu tak senonoh, tapi isi video tu relevan dgn tajuk tu kan..? maksudnya tercapai la tujuan video tu dihasilkan, sebab kena dgn tajuk.

itulah maksud saya. lebih baik begitu daripada tajuk dan isi lgsg takde kena mengena. hoh.

Inche gabbana 13/04/2011, 09:44  

sherlock holmes: hahaha..

tp kan, apa tujuan anda taruk tajuk yg takde kena-mengena? mesti sbb nak tarik org untuk baca kan..? So kalau tajuk anda yg takde kena mengena tu berjaya untuk tarik org baca, kira tercapai ah tujuan tajuk tu. Kira ok la. ^^

eh faham ke..? Hohoho..

Inche gabbana 13/04/2011, 09:46  

zulkifli: hadohai. saya ni susah sket nak tolak permintaa org. espeseli kalau dah bagi muka penuh pengharapan... ;p

ok saya akan cuba. tapi tak boleh janji dan bukan dalam masa terdekat ni... hohoh...

p/s: tak menarik pon kisah perjalanan tarbiyyah saya. kalau buat movie mmg tak lepas ah box opis! heh.

Inche gabbana 13/04/2011, 09:47  

kahfi8: saya kurang faham dgn komen anda. pape pon, alhamdulillah dan teruskan bekerja untuk Allah..! ;)

Sherlock Holmes 13/04/2011, 09:48  

tak pun, x minat nak naikkan traffic kat blog. biasanya hanya main hentam sahaja letak tajuk.. huhu

Inche gabbana 13/04/2011, 09:48  

eh lupa nak komen ntok cucu hj. hassan. hehehe..

eh, siapa kata kita tak tahu kesudahannya camne..? Kan dah penuh dah dalam al-Quran tu allah cita..? :O

peace.

Inche gabbana 13/04/2011, 09:48  

sherlock holmes: oooo... takpe, asalkan bahagia. ^^

pocong 13/04/2011, 17:33  

oho~~~dh agak mst inc gab x paham kan...sbb mmg smlm tulih dlm keadaan super tergesa2.tu yg ayat lintang pukang n isi x diatur dgn baik.afwan~~~
btw ttg vid tuh,maksud sy actor dia x sesuai tajuk.harhar...tu jer...
kemerengan mengomen tahap kritikal...sori menyori amalan mulia.sekian

Inche gabbana 13/04/2011, 22:30  

pocong: kepala anda ni boleh tahan senteng jugak kan. esok lusa la saya komen komen anda kat post lain2 tu. dah tak larat dah. wahahaah..

tp anda memang best! itu komplimen ikhlas dari saya. Hoyeahh..! ;)

pocong lagi dan lagi 14/04/2011, 17:46  

tq bro!
secara ikhlasnye sy mmg tau sy best!ngahahahahhah
x de la.realitinya sy ni x de la bes mana,sy menjadi bes ble jmpe ngan org2 bes...yg buleh digolongkan dlm rare species.dlm lapangan tarbiyah ni,br 2 org sahabat sehidup smati,kawan dunia akhirat...yg lain tu kawan akhirat la...(syadid betul,peluh peluh)
difficult eh?hehe,tp i masuk jer ngan sume org.hepi2 terbang sana sini free willy

lagi lagi pocong 14/04/2011, 17:47  

meaning to say...u pon best bro!komplimen ikhlas jugak ni
(err,org ikhlas klem diri dia ikhlas ke ye?)

Inche gabbana 15/04/2011, 09:39  

pocong banyak kali pon takpa: anda memang BEST..!

fulsetop.

^^

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP